You are on page 1of 11

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

KERJAYA BIDANG

KEJURUTERAAN

1.0

Tugas seorang Jurutera

Salah satu bidang profesional yang popular tetapi masih kurang dari segi sumber manusia ialah kejuruteraan. Perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion ini. Sektor awam juga

memerlukan jurutera dalam pelbagai bidang.

Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan pengetahuan ini masalah-masalah digabungkan praktikal. dengan Pengetahuanyang

pengalaman

dipraktikkan sebaik-baiknya dengan menggunakan bahan-bahan dan sumber semula jadi.

Jurutera ialah orang yang terlatih dalam merekacipta, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Seseorang jurutera perlu

menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 1

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

dan

struktur,

mengubah

idea-idea

baru

kepada dan

realiti,

menyelesaikan

masalah-masalah

kemahuan

kehendak

manusia, memperbaiki kaedah-kaedah yang sedia ada dan merintis kaedah-kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

2.0

Jenis-jenis kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Pelbagai pengkhususan dibidang kejuruteraan ditawarkan oleh univensiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. Antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.

2.1.

Kejuruteraan Awam

Kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam merangkumi tugas mengenalpasti dan memenuhi keperluan

masyarakat, sama ada pada skala kecil (projek luar Bandar) atau berskala antarabangsa (membina janakuasa elektrik).

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

Tugas seorang Jurutera Awam pada sesebuah projek membabitkan: Menganalisis dan mengenalpasti keadaan cadangan projek - Konsultasi dengan masyarakat setempat tentang tapak cadangan projek Perbincangan mengenai plan projek dengan arkitek atau jurutera perunding mengambilkira kesan projek terhadap alam sekitar projek mengemukakan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh sesuatu projek. merekabentuk sesebuah projek mengawasi kualiti pembinaan sesebuah projek mengawasi perbelanjaan sesebuah projek tapak

2.2.

Kejuruteraan Mekanikal

Tugas

seorang

Jurutera

Mekanikal

tertumpu

dalam

organisasi perindutrian yang membabitkan pembuatan peralatan mekanikal atau alat ganti peralatan mekanikal. Tugas seoarang Jurutera mekanikal membabitkan:merekacipta produk baru atau merekacipta semula

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

produk sedia ada menyelia proses pemasangan alatan membina dan memasang peralatan mesin sedia baru ada atau untuk

mengubahsuai

yang

meningkatkan kecekapan pengeluaran

2.3.

Kejuruteraan Kimia

Jurutera bidang ini mempraktikkan penggunaan sains kimia. Ahli Kimia dan jurutera berganding bahu dalam

makmal penyelidikan untuk memajukan produk kimia seperti sabun pencuci, ubat-ubatan, plastik, fabrik di samping memajukan proses untuk menghasilkan

barangan ini. Jurutera kimia kemudian menyesuaikan operasi

berskala kecil yang dijalankan dalam makmal kepada pengeluaran Mereka industri dan komersil di berskala besar. jualan

juga

bekerja

bahagian

teknikal,pemasaran, personel,,kewangan, pengajaran dan sebagainya.

Tugas seorang Jurutera Kimia membabitkan: mentafsir dan menganalisis kertas kawalan mutu

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 4

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

yang ditulis oleh jurutera penyelidik. Merekacipta dan memajukan kaedah kerja dan peralatan baru yang lebih baik serta mengubahsuai kaedah kerja dan peralatan yang sedia ada. menentukan kaedah yang paling berkesan bagi pengeluaran bahan kimia

2.4.

Kejuruteraan Elektrik. Kejuruteraan elektrik melibatkan setiap ciri kehidupan moden. Jurutera elektrik berhubung rapat

denganpelbagai bentuk aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, rekebentuk, pengeluaran, pemasangan,

penyelenggaraan dan baikpulih peralatan, komponen dan sistem elektrik. Tugas seorang Jurutera Elektrik membabitkan: terlibat dengan dalam system tugas-tugas yang yang bersangkutan mengeluar,

menjana,

mengagih, mengawal dan menggunakan elektrik. merekacipta dan pembikinan berbagai jenis

peralatan elektrik menguji perkakas, menyelesasi masalah operasi. menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 5

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

3.0

Potensi Kerjaya kejuruteraan pada masa hadapan Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Setiap hari. ada syarikat-syarikat yang mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbarakhbar tempatan.

4.0

Kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti program kejuruteraan.

4.1 4.1.1 4.1.2

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan: Meminati profesion ini Mempunyai pengetahuan di dalam bidang sains,

matematik dan bahasa 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 4.1.7 4.1.8 Mempunyai kemahiran komputer Berkebolehan dan mempunyai kreativiti Tekun dan bekerja keras Mempunyai keinginan untuk berjaya Seorang yang dinamik Dapat bekerja secara berkumpulan

Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV, dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia,

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 6

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

biologi, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Bagi peperiksaan Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, para pelajar perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am. Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar berjaya mendapat ijazah pertama kejuruteraan sama ada universiti di dalam atau di luar negara. Tempoh pengajian tahun. antara empat hingga enam

(i)

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia - Pelajar-pelajar boleh memohon masuk ke UKM,UM, UPM, USM, UNJMAS, UMS dan UiTM. Kelayakan ini juga diterima oleh universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

(ii)

Asasi/matrikulasi sains - Kursus selama satu setengah tahun ini adalah lepasan SPM/SPMV. Pelajar-pelajar

yang mengikuti kursus ini dengan jayanya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan. (iii) UTM - Kursus kejuruteraan boleh diikuti secara terus di UTM selepas SPM. Kursus ini mengambil masa selama lima tahun.

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 7

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

Terdapat beberapa universiti swasta tempatan seperti Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) juga menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.

(iv) Diploma - Kursus ini ditawarkan oleh UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan serta banyak kolej swasta. Pemegang-pemegang diploma ini boleh memasuki pasaran pekerjaan. Sekiranya ingin meneruskan

pengajian di peringkat sarjana muda, pelajar boleh berbuat demikian sama ada universiti di dalam atau di luar negara.

(v)

Program anjuran MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Program anjuran kedua-dua badan ini untuk lepasan SPM dan merupakan program pra universiti dan ijazah

pertama di universiti-universiti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Korea Selatan, Jepun serta negara-negara lain yang dipilih

5.0

Pusat-pusat pendidikan dan latihan yang menyediakan program kejuruteraan.

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 8

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

Banyak

universiti

tempatan

menawarkan

kursus-kursus

kejuruteraan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Universiti-universiti sarjana muda yang menawarkan kursus di peringkat (UTM),

ialah

Universiti

Teknologi

Malaysia

Univensiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Univensiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Sementara UTM, UPM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik Kementenian Pendidikan menawarkan kursus peringkat diploma.

Selain itu, univensiti-universiti luar negara seperti Amenika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, Zealand dan Singapura juga menawarkan kursus ini.

6.0

Organisasi yang memerlukan Jurutera.

Organisasi organisasi

yang yang

memerlukan terlibat di

Jurutera dalam

di

Malaysia

ialah

sektor

pengangkutan,

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 9

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

pembinaan,

perlombongan,

telekomunikasi,

perindustrian,

penyelidikan dan konsultasi

7.0

Pendapatan dan gaya hidup seorang Jurutera.

Walaupun

kerjaya

ini

mencabar

tetapi

mampu

memberi

kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan

Kerjaya sebagai seorang Jurutera sangat mencabar kerana sebagai seorang Jurutera anda akan berhadapan dengan

pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari. Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang. Kepuasan kerja

tercapai apabila menyaksikan hasil akhir produk yang terhasil seperti bangunan, empangan atau pun jambatan dan

pengetahuan yang telah dicurahkan untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup manusia.

Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 10

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

kerjaya bidang

luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli : Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

Manmohan Singh /03/08/2010

Muka surat 11

You might also like