You are on page 1of 2

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

PEMUDA GESA PM LUCUT JAWATAN SHAHRIZAT

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor MENYOKONG kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ridhuan Mohd Noor, supaya Y.A.B Perdana Menteri melucutkan jawatan Menteri Kabinet Malaysia daripada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sehingga siasatan ke atas skandal Perbadanan Feedlot Kebangsaan (NFC) yang membabitkan syarikat ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat sendiri selesai. Di dalam usaha pihak Kerajaan Pusat mewar-warkan sistem urus tadbir negara yang berhemah dan telus serta bebas rasuah, sudah pasti skandal NFC ini menunjukkan bahawa pihak Kerajaan hanya bersandiwara. Akibat skandal NFC ini, duit rakyat sebanyak RM 250 juta telah dihilangkan tanpa ada keuntungan dan kebaikan kepada rakyat. Jawapan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di dalam membela Ketua Wanita UMNO dan syarikat keluarga beliau di dalam pengagihan projek NFC cukup mengecewakan hati rakyat. Kenyataan bengong Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin telah mengesahkan bahawa sememangnya UMNO/BN memfaraidkan harta dan duit rakyat dikalangan kelompok dan kroni mereka. Datuk Seri Shahrizat sendiri sepatutnya mencontohi pemimpin-pemimpin dunia lain seperti di Jepun yang mempunyai integriti untuk meletakkan jawatan mereka sekiranya disabitkan dengan sesuatau skandal ataupun pertuduhan. Tetapi sistem UMNO/BN sememangnya terus-terusan membela pemimpin mereka walaupun telah melakukan banyak kesalahan seperti pembohongan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah bahkan hingga ke tahap melakukan pembunuhan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan rakyat sudah cukup muak dan meluat dengan sikap dan karenah pemimpin UMNO/BN yang ibarat beraja di mata, bersultan di hati dengan melakukan segala kemungkaran tanpa mengira hak dan kepentingan orang lain melainkan kelompok mereka sahaja.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta sekali lagi supaya Y.A.B Perdana Menteri mengambil tindakan yang tegas dengan melucutkan jawatan Menteri Pembangunan Wanita daripada Datuk Seri Shahrizat bagi membuktikan keseriusan Kerajaan melaksanakan pengurusan negara yang berintegriti dan bermaruah.

USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR 16 November 2011

You might also like