You are on page 1of 2

Definisi: (Can combine)

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai
bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk Dalam
erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan
menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber
hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain

2 BIOTEKNOLOGI merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan
kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian,
perubatan dan kualiti alam sekitar Pada abad ke-2 ini, bioteknologi memainkan
peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari
DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari
organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit
yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian

3 Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: "Bioteknologi bererti sebarang
penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau
teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi
kegunaan khusus
akta: (Use some in your essay, will definitely add marks =D)
Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D
Watson serta Francis Crick (3) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks
ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat

$emenjak -an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk
kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi,
seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu

$ama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil
bioteknologi itu Terdapat , syarikat di seluruh dunia yang berasaskan
bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2 trilion

Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat,


kerajaan Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang
berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke- Perdana
Menteri, Datuk $eri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 April 2 telah melancarkan
Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam
membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru

Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi


manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM3 billion Ini
akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar
pendapatan negara

Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau.
Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan
genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk
kegunaan perubatan. anya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan
antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan
mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan.
Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-
vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan.

Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian
melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali
sebagai bioteknologi kelabu. Hanya dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu
persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak. Bioteknologi
telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang terancam
dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong
mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air.
Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari tanah
untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan pembersihan
logam arsenik dan logam lain yang mencemar.

Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-
aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan
dan haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif.
Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang
jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh bioteknologi hijau.

You might also like