You are on page 1of 9

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 4

Pada 22 Ogos 2011 hingga 26 Ogos 2011, saya telah menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah 4 (PBS) di Sekolah Kebangsaan Holy Trinity Tawau, Sabah.
Sepanjang saya berada di sekolah tersebut, saya telah membuat pemerhatian, mengumpul
maklumat dan berbincang dengan guru tentang maklumat yang diperlukan. Setiap guru
mata pelajaran yang mengajar disekolah rendah kebangsaan perlu mengikuti panduan
sebelum mula untuk menyampaikan pengajaran mereka kepada murid-murid semasa
berada d dalam billik darjah. Panduan yang saya maksudkan ialah sukatan pelajaran yang
disediakan oleh kementerian pendidikan Malaysia yang mengarahkan Pusat Perkembangan
Kurikulum untuk menyediakan sukatan pelajaran tersebut.
Sukatan pelajaran merupakan bahan yang amat penting kepada guru-guru untuk
menyediakan bahan bantu mengajar dan menyampaikan pengajaran mengikut tajuk-tajuk
yang terdapat didalam sukatan tersebut. Sukatan yang digunakan juga hendaklah disahkan
oleh pihak atasan dan juga guru besar untuk menyatakan bahawa sukatan yang digunakan
adalah sesuai dilaksanakan untuk murid-murid di dalam kelas.
Saya sempat menemubual guru-guru di sekolah tersebut dengan berfokuskan
kepada guru bahasa Melayu di sekolah tersebut. Seperti yang saya lihat berlaku di Sekolah
Kebangsaan Holy Trinity Tawau Sabah, sukatan yang digunakan telah mendapat
pengesahan daripada guru besar sekolah tersebut untuk menyatakan bahawa sukatan
pelajaran yang digunakan adalah bertepatan dengan kehendak pihak kementerian dan
pusat perkembangan kurikulum.
Saya dapati penggunaan Sukatan Pelajaran dan Buku Teks adalah sangat penting
bagi guru-guru di sekolah ini. Sukatan pelajaran dijadikan sebagai rujukan utama untuk
membuat Rancangan Tahunan dan juga Rancangan Pengajaran Harian. Semua murid di
sekolah ini diberikan Skim Pinjaman Buku Teks. Penggunaan buku teks adalah sangat
penting dan guru akan merujuk dan menggunakan buku teks setiap kali menjalankan
pengajaran di dalam kelas. Bukan itu sahaja, guru-guru sekolah ini menggunakan 100
peratus buku teks sebagai bahan rujukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mereka.
Di dalam sesebuah kelas di sekolah, setiap kelas perlulah dipenuhi dengan bahan-
bahan bantu mengajar, yang boleh membantu sedikit sebanyak di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Sistem pengurusan kelas yang betul, terutamanya keperluan bahan-
bahan alat membantu mengajar ini menjadikan kelas tersebut bukan sahaja ceria, tetapi
penuh dengan informasi yang berguna kepada murid .

Penyediaan dan penggunaan Bahan Sumber/Bahan Bantu Mengajar (BBM) di


sekolah ini adalah pelbagai. Terdapat juga stor penyimpanan BBM di mana ia lebih
memudahkan guru untuk menyimpan dan menggunakan BBM tersebut apabila diperlukan.
Antara BBM yang sering digunakan adalah carta, kad imbasan, dan lain-lain lagi. Guru-guru
menggunakan BBM untuk menarik minat murid terutamanya di awal pengajaran iaitu set
induksi Rancangan Pengajaran Harian. Guru yang saya perhatikan tersebut menggunakan
BBM murid sebagai contoh di mana murid diminta untuk menjadi contoh di hadapan kelas.
Saya dapati BBM tersebut dapat menarik minat murid lain untuk menumpukan perhatian
kepada pengajaran guru.
Secara keseluruhannya, penyediaan dan penggunaan Bahan Sumber/Bahan Bantu
Mengajar kelas perlulah diperbaiki lagi memandangkan kebanyakan kelas yang saya
sempat masuk tidak mempamerkan hasil kerja murid serta BBM didalam kelas mereka, hal
ini adalah kerana BBM dapat mewujudkan satu bentuk suasana yang mendatangkan minat
pelajar itu sendiri untuk memasuki kelas dan belajar dengan bersungguh-sungguh.
Kurangnya hiasan dengan BBM bilik kelas, serta penggunaan bahan alat bantu mengajar
yang agak lusuh serta terdapat kesan-kesan koyak, menyebabkan suasana agak muram di
seluruh persekitaran kelas pemulihan ini.
Guru bahasa Melayu tersebut juga telah menggunakan beberapa strategi, kaedah
dan teknik semasa mengajar dalam kelas. Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, strategi bermakna
kebijaksanaan guru mengurus pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Strategi yang digunakan oleh guru tersebut ialah strategi berpusatkan guru di mana
guru lebih menekankan kepada peranan guru dalam situasi pembelajaran. Guru memainkan
peranan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu guru memberikan
penerangan, bertindak sebagai model dan penunjuk cara dalam penyelesaian masalah.
Bukan itu sahaja, guru di sekolah ini juga satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik
untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering
mengemukakan soalan kepada guru secara aktif. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar
mengemukakan pelbagai soalan bagi meningkatkan kefahaman murid.
Kaedah pula merujuk kepada satu set tindakan yang bersiri, perlakuan aktiviti yang
berturutan dan berkaitan antara satu sama lain yang dilaksanakan oleh guru untuk
memudahkan penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran, memudahkan
pemahaman murid, menarik minat murid untuk belajar dan mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran yang dirancangkan. Kaedah yang digunakan oleh guru tersebut ialah
kaedah natural ataupun semula jadi. Melalui kaedah ini bahasa dikuasai secara semula jadi

dan komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa. Murid akan dapat menguasai bahasa
apabila mendengar mesej daripada guru dan menekankan makna dan perbendaharaan
kata. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar. Perkataan-perkataan baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan
yang telah diketahui oleh murid. Guru tersebut juga melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara tersusun dan berperingkat.
Seperti yang kita sedia maklum tiada satu kaedah terbaik untuk semua mata
pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut
keadaan, masa, tempat dan kumpulan murid. Oleh hal yang demikian, guru di sekolah ini
pandai memilih kaedah yang baik dan sesuai dengan keadaan, masa, tempat dan murid.
Oleh yang demikian, guru harus pandai dan bijak memilih kaedah yang baik, sesuai dengan
keadaan masa, tempat dan murid dengan mengambil kira faktor-faktor yang tertentu seperti
kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah. Dalam erti
kata yang lain teknik merupakan satu cara melaksanakan kaedah. Teknik yang digunakan
oleh guru berkenaan ialah teknik bercerita dan soal jawab. Teknik bercerita digunakan untuk
mejelaskan isi pelajaran yang hendak diajar pada hari tersebut. Guru menceritakan isi
pelajaran tersebut manakala murid sebagai pendengar yang aktif. Manakala teknik bersoal
jawab pula digunakan pada awal pengajaran untuk merangsang pemikiran dan menarik
minat serta perasaan ingin tahu murid terhadap pengajaran hari tersebut. Kesemua strategi,
kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru tersebut adalah untuk mencapai objektif yang
telah ditetapkan oleh guru.
Teknik juga merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik
yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang digunakan, sebagai contoh di sekolah ini, guru juga menekankan dan
sering mengaplikasikan teknik latih tubi, dimana murid akan diberi soalan dan latihan intensif
bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka
Melalui pemerhatian saya semasa melaksanakan PBS tersebut juga saya telah
dapat memerhatikan aspek bentuk pemulihan yang dilaksanakan oleh guru bagi membantu
murid yang lemah. Secara keseluruhannya, guru telah berjaya mewujudkan murid yang
memerlukan pemulihan dengan mesra dan harmoni. Hal ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid. Hal ini penting untuk meningkatkan
pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran asas 3M mereka iaitu membaca, menulis,
dan mengira.

Guru tersebut telah memberikan peluang kepada semua murid untuk menjawab
soalan yang telah diajukan. Semua murid dilayan secara sama rata dan guru tidak
mengamalkan kepimpinan autokratik tetapi sebaliknya mengamalkan konsep kepimpinan
demokrasi. Hal ini juga mendorong murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun guru juga akan memberikan yang
lebih sedikit kepada murid yang lemah. Mereka akan diletakkan di bahagian hadapan kelas
supaya mereka dapat diperhatikan dan menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dengan
guru.
Bukan itu sahaja saya juga melihat guru tegas dan bernada serius dalam
memberikan arahan. Hal tersebut boleh dilihat melalui nada dan intonasi suara guru yang
keras dan mimik muka guru yang serius. Perlakuan non-verbal ataupun bahasa isyarat
badan tersebut mampu membantu guru memastikan keberkesanan dalam membuat teguran
atau tindakan disiplin. Sikap guru yang sentiasa mengawasi bilik darjah juga mematuhi
prinsip model ini. Melalui hal tersebut, maka segala tingkah laku murid dapat diperhatikan
sepanjang masa. Saya amat bersetuju dengan cara tersebut kerana melalui pemerhatian
berpanjangan guru dapat mengambil tindakan serta merta sewaktu sesuatu kelakuan yang
tidak diingini berlaku. Contohnya, apabila terdapat seorang murid yang mengganggu
rakannya yang sedang membaca buku, maka guru hendaklah menegur perbuatan tersebut
dengan serta merta. Hal ini mampu menyumbang dalam mengurangkan masalah tingkah
laku dalam bilik darjah.
Akhir sekali, seperti yang kita sedia maklum, setiap sekolah menggunakan buku teks
sebagai bahan rujukan dan panduan mengajar di sekolah, namun begitu sekolah ini juga
menggunakan bahan rujukan lain seperti buku-buku tambahan dan bahan bantu mengajar
yang lain bagi memudahkan proses pembelajaran. Walaubagaimanapun sekolah ini tidak
menekankan penggunaan buku bacaan tambahan kerana rata-rata guru di sekolah ini
menggunakan buku teks dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Selain itu, pihak pengurusan sekolah juga ada mengambil inisiatif lain dengan
mewujudkan bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuaia untuk murid-murid.
Pihak sekolah telah mewajibkan setiap murid membeli buku kerja yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah dan buku kerja ini telah di masukkan di dalam yuran pendaftaran sekolah
mereka, Justeru, setiap pelajaran akan menggunakan buku kerja ini sebagai rujukan serta
panduan bagi menambah pengetahuan serta mengukuhkan pemaham mereka terhadap
setiap subjek.
Secara kesimpulannya, sebagai guru kita perlu untuk memberikan arahan yang betul
untuk memandu sesebuah komuniti untuk bergerak melaksanakan tanggungjawab masing-

masing untuk mencapai misi dan visi yang dikehendaki dalam organisasi tersebut. Guru
besar sesebuah sekolah perlu mendapatkan strategi-strategi terbaru serta kaedah-kaedah
pembelajaran yang lebih berkesan daripada pihak yang lebih pakar untuk disampaikan
kepada guru-guru untuk dipraktikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran didalam
bilik darjah. ni akan menjadikan suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih
berkesan dan memudahkan murid-murid untuk menerima input-input yang penting daripada
guru-guru suatu mata pelajaran.
Merancang kurikululum, jadual waktu, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan
rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web
adalah penting bagi meningkatkan pengetahuan murid. Perkara-perkara yang melibatkan
innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku
dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja
tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin
peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilnya.













KesimpuIan
Secara konklusinya, dalam memastikan keberkesanan dan kelicinan perjalanan
sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah mengambil kira aspek
fizikal dan psikososial kelas serta cara mengurus tingkah laku murid dengan berkesan. Hal
ini mampu memberikan kesan yang besar kepada kejayaan sesuatu sesi p&p di dalam
kelas. Guru juga hendaklah mengambil panduan daripada model-model pengurusan tingkah
laku yang ada bagi menangani pelbagai masalah tingkah laku murid yang mungkin berlaku
di dalam kelas. Selain itu cara guru menyampaikan isi pembelajaran dan cara berinteraksi
dengan murid juga mampu membawa kesan yang mendalam kepada keberkesanan proses
p&p.
Kemahiran berkomunikasi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada pelajaran
bahasa. Sama ada secara langsung atau tidak, kemahiran ini terpaksa diperkenalkan
kepada kanak-kanak sejak dari darjah permulaan lagi. Oleh itu, guru perlu menyediakan
satu aktiviti khusus yang dapat meningkatkan kemahiran lisan murid supaya mereka dapat
melibatkan diri secara aktif dengan persekitaran di samping mengikis perasaan malu dan
takut ketika berhadapan orang luar di alam luar persekolahan.

Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak langsung telah
membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kaedah
pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. ni adalah satu peluang kepada guru pelatih untuk
membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru yang sebenar. Selain itu, guru
sepatutnya menjadikan Sukatan Pelajaran sebagai dokumen rujukan dalam menghasilkan
rancangan pengajaran yang menepati aras pengetahuan murid. Kajian yang mendalam
tentang pedagogi untuk mencapai hasil pembelajaran sukatan pelajaran harus
dipertingkatkan supaya murid dapat mengadaptasi kemahiran yang sepatutunya mereka
kuasai.
Sebagai seorang bakal guru, saya bertekad untuk mendalami sebanyak mungkin
ilmu berkaitan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku untuk diaplikasikan dalam
pengurusan bilik darjah saya pada masa yang akan datang. Semoga saya diberikan
peluang untuk mempraktikkannya pada suatu masa nanti.



REFLEKSI

Pertama sekali, syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya saya dapat
menyiapkan kerja tugasan Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah PBS ini dalam
masa yang ditetapkan dengan lengkap dan sempurna. Segala usaha yang
bersungguh-sungguh telah saya curahkan dalam memastikan hasil kerja ini menjadi
yang terbaik.

Dalam menyiapkan laporan ini, beberapa cabaran telah timbul yang sedikit
sebanyak mempengaruhi kelancaran kerja saya. Pertama, masa yang diberikan, iaitu
tempoh PBS selama satu minggu adalah satu jangka masa yang amat singkat, maka
banyak kerja yang dijangka tidak dapat disiapkan. Kedua, sebahagian kecil data
yang yang dikehendaki bagi menyiapkan tugasan ini tiada.

Seterusnya, saya sukar untuk menemuramah guru-guru di sekolah ini hal ini
disebabkan semua guru-guru sibuk menjadi penjaga ujian percubaan UPSR di
sekolah tersebut. Selain itu, guru-guru sibuk menguruskan aktiviti sambutan
penutupan hya Ramadhan dan juga Majlis Khatam Al-Quran yang akan dijalankan
semasa saya menjalankan PBS selama seminggu di sekolah tersebut. Disamping itu
guru-guru juga mempunyai komitmen kerja yang lain yang perlu diselesaikan.

Pelbagai langkah yang proaktif telah saya ambil untuk menangani semua
cabaran tersebut. Bagi masalah pertama, saya telah membuat jadual perancangan
kerja harian terlebih dahulu supaya saya dapat menyiapkan kerja yang ditetapkan
dalam satu-satu hari. ni mengelakkan kerja daripada bertangguh. Seterusnya, saya
telah melakukan perbincangan dengan rakan untuk menemuramah guru secara
berasingan tanpa menganggu kerja mereka.

Seterusnya, saya telah melakukan temuramah dan perbincangan dengan
guru-guru secara bersistem, iaitu saya melakukannya bersama-sama rakan saya dan
kami saling bantu membantu antara lain. ni memudahkan saya mencatat data dan

kerja menjadi lebih teratur dan berkesan. Saya telah membuat temu janji awal
sebelum menemubual guru supaya masa interaksi kami tidak terganngu dan kerja
guru terbabit tidak terjejas.

Selain itu, melalui kunjungan ke sekolah, saya dapat mempelajari dan
mengalami sendiri suasana sekolah yang bakal menjadi tempat saya berkhidmat
setelah menamatkan program latihan perguruan. Kedua,saya dapat menginsafi diri
sebagai bakal guru supaya sentiasa mengingati tugas yang telah diamanahkan
negara kepada saya dalam mendidik anak bangsa kelak.

Sebagai tambahan, interaksi dengan guru membolehkan saya mengetahui
cara-cara dan tip-tip yang amat berguna untuk menjadi seorang guru yang baik dan
efisien serta dapat berkongsi pengalaman dan pemikiran antara satu sama lain.




Yang ikhlas dan benar,

.............
Muhammad Rizam Bin Bakri





RUJUKAN

Sumber buku
Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah
dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.
Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.
Koh Boh Boon. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu: Prinsip dan
Teknik. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sumber internet
Sharbi Ali. (2005). $ukatan Pelajaran Bahasa Melayu $ekolah Rendah.
Diperoleh pada 1 Mac 2010. daripada www.ppk.kpm.my:
http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm

Ariffin. (16 Mac 2010). Konsep $trategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik.
Diperoleh pada 6 Mac 2010. Daripada dadwayne.blogspot.com:
http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-pendekatan-
kaedah.html

You might also like