You are on page 1of 2

Notis Perluasan SPLG Perluasan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) ke semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru telah selesai menjalankan taklimat Sistem Pengurusan Latihan Guru di semua Jabatan Pelajaran Negeri. Oleh yang demikian pihak BPG memohon kerjasama semua JPN menjalankan perluasan SPLG kesemua PPD dan sekolah serta memasukkan maklumat-maklumat latihan dari bulan Januari 2011 sehingga Disember 2011. sebagai persiapan pelaporan yang perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pihak kami mencadangkan tarikh pengemaskinian dilaksanakan sebelum pada 30 November 2011 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.

Kerjasama Y.Bhg Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan bagi menjayakan usaha ini didahului dengan ucapan terima kasih . * Surat Perluasan perlu dibuka menggunakan aplikasi yang menyokong format pdf. Sila gunakan sekurangkurangnya adobe acrobate reader version 7.0

MAKLUMAT BERKAITAN SPLG URL aplikasi splg di server (apps.moe.gov.my/splg) telah dipindahkan sementara waktu ke server didik dan server apps1. bagi tujuan penambahbaikan dan pengurusan server dengan pihak pembekal hosting. Sehubungan itu proses pengemaskinian maklumat dan data latihan boleh terus dilaksanakan menerusi url berikut. Pihak kami menyediakan 2 server sementara bagi tujuan pengemaskinian. Diminta pihak sekolah hanya mengisi disalah satu server. . Sila Klik Link dibawah untuk tujuan Daftar Kursus LADAP dan sokongan bagi kursus KK http://apps1.moe.gov.my/abpg Atau http://www.didik.my/splg

(SULDP hanya perlu mengisi di salah satu url yang dinyatakan diatas. Pihak Kami akan menggabungkan data-data yang pernah dimasukkan di

server apps atau didik.)

Modul Individu ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada SU LADAP sekolah untuk memasukan kursus-kursus yang di jalankan di sekolah sebelum 31 November 2011. Namun begitu maklumat-maklumat berkaitan Kursus Luar(KKL) dan Book Review(BR) masih boleh di masukan melalui Modul SU LADAP sekolah. Harap Maklum. . MAKLUMAT BERKAITAN SPLG- Bagi Tujuan Latihan..

Pihak Administrator telah menyediakan Link ke server latihan. Ia bertujuan memberi kemudahan kepada Penyelaras PPD/ JPN mengadakan latihan dan taklimat kepada SULDP sekolah. Diharapkan Hosting sementara ini akan mengurangkan trafik ke server splg yang sebenar. Sila Klik Link dibawah untuk tujuan latihan http://www.didik.my/Latihan_splg

Sebarang kesulitan dan kesukaran semasa menggunakan aplikasi ini amat dikesali. Mohon kerjasama Y.bhg Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dapat bersabar dan melayari semula laman Web ini dari masa kesemasa bagi tujuan mengemaskini maklumat Kursus LADAP/ KKL/ BR Terima Kasih atas sokongan yang diberi ...Administrator...

You might also like