You are on page 1of 1

kelebihan ibadat umrah pada ramadan

umrah atau ziarah ke tanah suci makkah amat dituntut sepanjang ramadan. perkara
ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu makkah dan pada bulan mulia,
ramadan.

dalam hadis, rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita ansar, ummu sinan
mengenai kelebihan umrah pada bulan ini.

baginda bersabda bermaksud: �apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama
kami?�

wanita itu menjawab: �keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si
polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain
dipakai untuk memberi minum anak kami.�

baginda bersabda lagi: �umrah pada ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji
bersamaku.�

dalam hadis lain rasulullah bersabda yang bermaksud: �apabila datang bulan
ramadan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.�

jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran
disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di masjidil haram.

masjidil haram ialah masjid paling mulia di sisi allah diikuti masjid nabawi,
masjid al-aqsa dan masjid kiblatain.

diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di masjidil haram menyamai 100,000


ganjaran.

dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu,
bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti qiamullail, membaca al-quran dan
iktikaf.

di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang
mengunjungi masjid nabawi.

dalam hadis lain, rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu
menyamai 1,000 pahala.

You might also like