You are on page 1of 10

SYARAT DAN PERATURAN

PENGENALAN Terma-terma dan syarat-syarat khas KOSMO! VARSITI FUTSAL 2008 ini (selepas ini dirujuk sebagai Terma dan Syarat Khas) adalah terpakai dan bekuatkuasa ke atas semua peserta (selepas ini dirujuk sebagai Pesertapeserta) yang memasuki KOSMO! VARSITI FUTSAL 2008 (selepas ini dirujuk sebagai Kejohanan) yang diadakan oleh KOSMO! (selepas ini dirujuk sebagai Pihak Penganjur). Pihak Penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda peraturanperturan ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya. Pendaftaran dan penyertaan Kejohanan ini bermakna anda menerima peraturan-peraturan ini. Para perserta bersetuju untuk berkerjasama dan mengikut semua arahan daripada Pihak Penganjur mengenai Kejohanan ini dan penyiarannya. Semua keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan. dan sebarang

Kegagalan Pihak Penganjur untuk menguatkuasa sebarang Terma dan Syarat Khas dalam apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana pihak. Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan dan/atau membatalkan Kejohanan ini pada bila-bila masa di atas budibicara mutlaknya dan tanpa liabiliti kepada sesiapa pun.

TANGGUNGJAWAB Pihak Penganjur sekuriti/keselamatan permainan/kejohanan. akan bertanggungjawab untuk memastikan tempat Kejohanan sebelum dan selepas

Pihak Penganjur bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan perubatan yang berpatutan semasa Kejohanan ini. Sebarang pertanyaan mengenai Kejohanan ini boleh dirujuk kepada Pihak Penganjur. Semua pasukan adalah bertanggungjawab untuk tingkah laku/disiplin pemain mereka, ahli-ahli mereka dan sesiapa yang terlibat di dalam kejohanan bagi pihak pasukan tersebut.

KEMASUKAN/PENYERTAAN Hanya penyertaan melalui pendaftaran borang rasmi (Akhbar KOSMO!) yang menepati tarikh akhir penghantaran akan diterima. Jika syarat ini tidak dipatuhi, Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengisytiharkan penyertaan tesebut tidak sah dan tidak membenarkan penyertaan pasukan tersebut dalam Kejohanan ini. Peserta-peserta boleh mendaftar lebih daripada satu pasukan. Borang pendaftaran rasmi harus dilengkapkan dan semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Penganjur haruslah dipatuhi. Borang-borang harus diserahkan di lokasi yang ditetapkan atau di faksimili ke Sekretariat KOSMO ! Bank Rakyat Varsiti Futsal 2008 atau seminggu sebelum permulaan setiap pusingan awal (Peringkat Zon). Jumlah kemasukan tidak harus melebihi 48 pasukan (U-23), 24 pasukan (Terbuka Lelaki), 24 pasukan (Terbuka Wanita) dan 24 pasukan (U-19) untuk setiap pusingan awal (Peringkat Zon). Sebarang maklumat mengenai kejohanan dan penyertaan boleh menghubungi talian Hotline kami iaitu 013 205 0986. Penerimaan setiap penyertaan adalah di atas budi bicara mutlak jawatankuasa KOSMO! VARSITI FUTSAL 2008

PENDAFTARAN Setiap pasukan harus terdiri daripada 8 peserta sahaja (5 peserta di gelanggang dan 3 pemain simpanan). Setiap peserta hanya boleh mendaftar sekali sahaja. Setiap peserta hanya boleh mewakili satu pasukan sepanjang Kejohanan ini. Setiap perserta yang mendaftar harus menunjukkan atau memberi salinan KAD PELAJAR dan dokumen lain yang diminta oleh Pihak Penganjur. Kegagalan untuk melakukan perkara tersebut, bermakna peserta terlibat akan digugurkan dari pasukan yang didaftarkan. Setiap pasukan akan diwakili oleh seorang (1) wakil (Pengurus) Pengurus tersebut akan mengetuai pasukan. Pengurus tersebut boleh menjadi salah seorang pemain dalam pasukan tersebut. Pengurus akan bertanggungjawab untuk keselamatan dan kebajikan setiap pemain dalam pasukan. Pengurus harus memastikan setiap peserta pasukannya mematuhi segala peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Penganjur. Setiap peserta yang didaftarkan bagi pasukan Kategori Bawah 23 tahun mesti berumur 23 tahun ke bawah (dilahirkan pada 1985) dan peserta yang didaftarkan untuk kategori bawah 19 tahun mesti berumur 19 tahun ke bawah (dilahirkan pada 1989). Setiap peserta harus menyertakan dan memberi salinan kad pengenalan atau kad pelajar mereka sebagai bukti umur mereka. 2

Setiap borang yang digunakan untuk pendaftaran MESTI diluluskan atau disahkan oleh Pegawai HEP Universiti / Kolej atau Pengetua Sekolah setiap pasukan. Hanya peserta yang disenaraikan dalam senarai akhir setiap zon berhak untuk menyertai Kejohanan ini. Peserta tidak boleh ditukarganti semasa kejohanan berlangsung kecuali telah diberi kebenaran oleh pihak peganjur. Para peserta boleh memakai sebarang nombor di baju mereka tetapi nombor tersebut tidak boleh dipakai lebih dari seorang peserta semasa Kejohanan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini akan menyebabkan peserta tersebut digugurkan oleh Pihak Penganjur.

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN Pihak Penganjur akan berusaha sedaya-upaya untuk mewujudkan keadaan yang terbaik untuk kejohanan ini termasuk lokasi, kelengkapan, pentadbiran, pendaftaran, sistem permainan, keselamatan, hak-hak komersil dan sebagainya. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengendalikan local rules atau mengubah peraturan-peraturan tertentu. Pasukan-pasukan bersetuju untuk mematuhi prinsip fair play

PRINSIP FAIR PLAY Salah satu unsur yang ditemui dalam sebarang sukan adalah idea untuk bermain dengan unsur keadlian dan menghormati pihak lawan. Sukanlah yang memberi penyataan dan konsep fair play. Ia merupakan unsur yang penting dalam sukan hari ini. Konsep fair play boleh dibahagikan kepada prinsip-prinsip berikut :a ) Undang-Undang dan peraturan-peraturan Futsal haruslah dihormati. b ) Semua pemain haruslah berusaha untuk menghormati pihak lawan, pengadil dan semua yang terlibat dalam Kejohanan seperti penonton-penonton, pegawaipegawai dan wakil-wakil media. c ) Sesiapa yang terlibat di dalam kejohanan harus menggalakkan tingkah laku seperti di atas sebelum, semasa dan selepas Kejohanan, tanpa mengambil kira keputusan Kejohanan itu. Unsur fair play adalah penting untuk kemajuan promosi dan pembangunan sukan. Tujuan fair play adalah untuk meningkatkan keseronokan semua yang terlibat dalam Kejohanan. Jikalau berlaku pergaduhan (secara fizikal atau mental) atau perselisihan faham di antara peserta-peserta semasa Kejohanan ini, Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang terlibat dengan pergaduhan ini. Sebarang rayuan tidak akan diterima. 3

Peserta yang berkelakuan tidak adil atau tidak sopan akan disingkirkan. Semua keputusan penyingkiran Kejohanan ini akan dibuat oleh Pihak Penganjur. Semua keputusan adalah muktamad. Rayuan tidak akan di layan. Setiap Peserta memperakui bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak ke atas kesemua rakaman, nama-nama, watak-watak, persamaan atau suara untuk tujuan promosi termasuk penerbitan secara siaran radio, program televisyen, internet atau sebarang medium yang Pihak Penganjur fikir bersesuaian. Peserta-Peserta mengakui bahawa foto mereka mungkin digunakan untuk tujuan promosi Kejohanan dan apa juga promosi Pihak Penganjur di lokasi yang ditentukan oleh Pihak Penganjur dan/atau lokasi-lokasi lain yang ditentukan oleh pihak penganjur.

PENGATURAN PERLAWANAN Pihak Penganjur telah menetapkan tarikh, masa dan lokasi untuk seluruh masa Kejohanan ini. Jadual ini tidak boleh diubah atau minta diubah oleh mana-mana pasukan. Pasukan yang tidak bermain mengikut jadual akan digugurkan. Jikalau pasukan tidak hadir ke gelanggang perlawanan 15 minit selepas panggilan perlawanan diumumkan, keputusan menang tanpa bertanding akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir. Pihak Penganjur boleh mengubah jadual di atas bicara mutlaknya dan akan memberitahu pasukan dan peserta-peserta mengenai sebarang perubahan. Pengurus pasukan harus mendaftar kehadiran pasukan mereka di lokasi Kejohanan mengikut waktu yang ditetapkan. Borang Kejohanan: a) Semasa pendaftaran, setiap pasukan akan menerima borang Kejohanan di mana; nombor, nama penuh, nombor kad pengenalan dan salinan kad pengenalan / kad pelajar seluruh pasukan harus diberi termasuk nama penuh pegawai-pegawai di kerusi pemain simpanan. Borang Kejohanan harus dilengkapkan dan ditandatangani oleh pengurus pasukan. Nombor pada baju peserta harus menyamai nombor yang diisi dalam borang Kejohanan. b) Semua pemain simpanan yang disenaraikan dalam borang Kejohanan boleh menyertai Kejohanan tersebut. c) Jika terdapat tiga (3) atau kurang peserta untuk kedua-dua pasukan, perlawanan itu akan diabaikan. Pihak Penganjur akan memutuskan tindakan seterusnya. d) Pemain Simpanan; 4

Selepas borang kejohanan dilengkapkan dan ditandatangani oleh kedua-dua pasukan dan jikalau perlawanan itu belum bermula, peraturan berikut akan digunapakai: Jika 5 peserta pertama yang disenaraikan tidak dapat terlibat semasa permulaan perlawanan untuk apa-apa sebab, mereka boleh digantikan oleh mana-mana pemain simpanan Jika pemain simpanan tidak dapat terlibat dalam perlawanan, mereka tidak boleh digantikan dan kuota penambahan pemain simpanan tidak dibenarkan Tempoh setiap perlawanan ialah 5 minit untuk setiap separuh tanpa waktu rehat Kad Kuning dan Kad Merah a) Para peserta akan diberi kad kuning jika; pemain simpanan memasuki gelanggang melalui posisi yang salah atau; sebelum peserta yang digantikan itu telah meninggalkan gelanggang atau peserta itu melanggar undangundang permainan Futsal; atau peserta itu membangkang keputusan pengadil; atau peserta itu berkelakuan tidak adil. b) Jika peserta mendapat kad kuning dalam dua perlawanan, peserta itu akan di gantung dari Kejohanan untuk satu perlawanan. c) Kad kuning pertama dan kad kuning kedua dari pusingan kelayakan akan di bawa terus ke pusingan perlawanan semula. Bagaimanapun kad kuning itu akan dibatalkan setelah pusingan perlawanan semula selesai. d) Pemain akan menerima kad merah untuk kelakuan curang; kelakuan ganas; penggunaan bahasa cabul; menerima dua kad kuning; menghalang peluang jaringan gol dengan sengaja dan menghalang peluang jaringan gol dengan menggunakan tangan di kawasan penalti. e) Pemain yang ditunjukkan kad merah akan digantung dari Kejohanan untuk satu perlawanan. f) Penggantungan pemain yang menerima kad merah dari peringkat pasukan akan di bawa terus ke peringkat kalah mati. Bagaimanapun penggantungan ini akan dibatalkan setelah pusingan kalah mati itu selesai. PRINSIP PROTOKOL Peraturan-peraturan seterusnya harus di ikuti: a) Sebelum dan selepas perlawanan, para peserta harus berjabat tangan dengan peserta-peserta dari pasukan lain dan pengadil. b) Hanya pegawai-pegawai pasukan dan pemain simpanan dibenarkan untuk duduk di kerusi pasukan yang disediakan. Ini tidak harus melebihi 10 orang pemain. Nama-nama mereka harus disenaraikan di dalam borang Kejohanan.

PEMBATALAN Pasukan yang didaftarkan harus bermain dalam semua perlawanannya. 5

Pasukan yang tidak mahu bermain akan digugurkan dari kejohanan kecuali Pihak Penganjur mengatakan sebaliknya. Pihak Penganjur berhak untuk mengambil langkah-langkah tertentu jika pasukan tersebut mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak bermain. Pihak Penganjur berhak untuk mencari pasukan pengganti jika pasukan tertentu tidak mahu bermain dalam pusingan kalah mati. Pemilihan pasukan pengganti akan bergantung kepada keputusan pasukanpasukan lain yang telah disingkirkan sebelum ini. Jikalau pasukan digugurkan dari kejohanan, pasukan itu tidak akan dibenarkan terlibat dalam kejohanan ini lagi. Mereka juga tidak akan layak untuk menerima apa-apa hadiah dari kejohanan ini. Jikalau perlawanan tidak dapat diteruskan kerana kesalahan satu pasukan, Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggelarkan perlawanan itu terbiar atau menggugurkan pasukan tersebut dari Kejohanan.

HAKCIPTA Semua nama, simbol, logo dan tanda yang muncul dalam laman sesawang (website), kecuali yang lain-lain yang telah dinotiskan, adalah tanda dagangan dimiliki atau digunakan di bawah lesen oleh KOSMO! atau badan-badan gabungannya dipelbagai negara di mana KOSMO! memasarkan barangan atau perkhidmatan menggunakan tanda-tanda dagangan tersebut. Penggunaan tanda-tanda dagang atau lain-lain bahan dalam laman sesawang ini adalah dilarang. Sebarang artikel, cerita dan/atau bahan-bahan berita (kerja-kerja) muncul di dalam laman sesawang ini akan menunjukkan kredit yang berkenaan kepada pengarang/pencipta dan/atau letakkan penerbit. Semua kerja-kerja yang diterbitkan adalah di bawah hakcipta dan mana-mana jua pengeluaran semula dan pengedaran barangan yang sama adalah.dilarang

HADIAH Segala hadiah adalah diterima di bawah risiko pemenang secara sepenuhnya dan Pihak Penganjur dengan ini mengesahkan bahawa mereka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang hadiah selagi mana ianya dibenarkan di bawah undangundang. Sekiranya sesuatu hadiah yang ditetapkan menjadi tidak ada atas sebab-sebab tertentu, Pihak Penganjur berhak menggunakan budibicara mutlaknya untuk menukar hadiah tersebut dengan hadiah lain sebagai gantinya. Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang hadiah yang defektif dan/atau penyalahgunaan sebarang hadiah, dan/atau terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, kerugian dan/atau kerosakan yang timbul dan/atau berkaitan dengan sebarang peraduan yang dipromosi oleh Pihak Penganjur. Kesemua peserta adalah dilepaskan daripada, dan bersetuju untuk mengindemniti Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya terhadap sebarang liabiliti, kos, kerugian dan/atau perbelanjaan yang timbul hasil daripada sebarang Hadiah dan/atau penglibatan di dalam sebarang Peraduan termasuk, tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi dan/atau kerosakan terhadap harta benda sama ada secara terus atau tidak langsung, secara patut nampak (foreseeable), yang timbul hasil daripada perbuatan cuai dan/atau kegagalan untuk melaksanakan sesuatu perkara dan/atau sebaliknya. Para Pemenang adalah bertanggungjawab terhadap sebarang dan kesemua cukai yang perlu dibayar hasil daripada sesuatu hadiah yang diberi atau diterima. Para Pemenang bagi sebarang hadiah boleh, di bawah budibicara mutlak Pihak Penganjur dikehendaki untuk menandatangani perjanjian pelepasan dan indemniti dalam bentuk yang disediakan oleh Pihak Penganjur untuk penerimaan sebarang hadiah.

PUBLISITI Para Peserta adalah dikehendaki oleh Pihak Penganjur untuk menyertai sesi temuramah, sesi bergambar, sesi video dan/atau filem dan para Peserta dengan ini memperakui bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan temuramah-temuramah, gambar-gambar publisiti, video dan/atau filem tersebut dalam sebarang medium dan dalam sebarang keadaaan yang Pihak Penganjur fikir bersesuaian, tanpa sebarang bayaran pampasan dalam apa bentuk sekalipun diberikan. Pihak Penganjur berhak untuk mewujudkan/membuat informasi daripada para Peserta di dalam sebarang pangkalan data untuk tujuan penggunaan di dalam urusan harian biasa Pihak Penganjur. Para Peserta dengan ini memberi kuasa dan menyerahhak kepada Pihak Penganjur keseluruhan hakcipta dan/atau sebarang hak intellectual property di dalam 7

Peraduan dan penglibatan para Peserta di dalam Peraduan dalam segala media dan teknologi.

LIABILITI DAN INDEMNITI Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/awatu wakil-wakilnya adalah tidak bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun terhadap sebarang kos, perbelanjaan, kerugian, liabiliti, dan/atau kecederaan yang timbul hasil daripada dan/atau berkaitan dengan Kejohanan dan/atau Hadiah selain daripada kos-kos dan/atau perbelanjaan-perbelanjaan yang dinyatakan secara khusus di dalam Hadiah. Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya adalah tidak menerima sebarang liabiliti dan dengan ini menafikan sebarang liabiliti di atas sebarang kehilangan keuntungan, perniagaan, kontrak-kontrak/perjanjianperjanjian, modal-modal dan/atau simpanan yang dijangka atau untuk sebarang kerugian khusus, secara terus/langsung dan/atau kerugian secara tidak langsung yang timbul dalam apa jua cara sekalipun. Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya adalah tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan sebarang obligasi mereka di dalam Kejohanan dan/atau berkaitan dengan Hadiah dalam keadaan di mana mereka adalah tidak berkeupayaan untuk melaksanakan obligasi-obligasi tersebut yang timbul hasil daripada keadaan di luar kawalan mereka dan adalah tidak bertanggungjawab untuk memberi pampasan kepada Pemenang dalam situasi-situasi berkenaan. Para Pemenang dengan ini memperakui dan mempersetujui bahawa masingmasing melibatkan diri di dalam Kejohanan di atas risiko sendiri dan juga dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya terhadap sebarang kos, kerugian, kehilangan, perbelanjaan dan/atau liabilti, yang mana termasuk kehilangan nama baik, reputasi dan/atau yuran-yuran penasihat-penasihat profesional, dan juga sebarang tuntutan yang timbul hasil daripada tindakan para Pemenang itu sendiri berkaitan dengan Kejohanan, Hadiah dan/atau hasil daripada perlanggaran obligasi-obligasi para Pemenang di dalam ini.

AM Para Peserta adalah bertanggungjawab untuk mengambil segala langkahlangkah munasabah untuk memastikan amalan keselamatan biasa dan aktivitiaktiviti am yang bersesuaian dan yang diterima umum diambil dan dilaksanakan semasa Kejohanan dan dengan ini memperakui bahawa segala aktiviti adalah dilaksanakan di bawah risiko masing-masing.

Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan tempat seseorang Peserta di dalam Kejohanan dan/atau keberhakkannya terhadap sesuatu Hadiah (tanpa liabilti dan/atau pampasan) jika, di dalam pendapat Pihak Penganjur Peserta tersebut mungkin mendedahkan diri Peserta tersebut sendiri dan/atau pihakpihak lain terhadap risiko penyakit dan/atau kecederaan dan/atau terhadap pembatalan, gangguan dan/atau pengurangan Kejohanan. Peraturan-Peraturan di dalam ini adalah tertakluk kepada dan perlu ditafsir menurut undang-undang Malaysia. Melainkan dinyatakan secara khusus di dalam ini, segala syarat, jaminan dan/atau representasi nyata dan/atau tersirat di bawah undang-undang adalah tidak terpakai. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan/kesangsian, tiada informasi dalam sebarang bentuk mengenai Kejohanan dan/atau Hadiah dan/atau sebarang Peraturan di dalam ini perlu digunapakai melainkan dinyatakan secara bertulis oleh Pihak Penganjur. Sebarang ketidaksahan, kepenyalahan undang-undang dan/atau tidak boleh penguatkuasaan keseluruhan dan/atau sebahagian daripada Peraturan-Peraturan di dalam ini tidak akan menjejaskan dan/atau merosakkan / melemahkan / mengurangkan penguatkuasaan berterusan Peraturan-Peraturan lain di dalam ini. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengenakan bayaran, meminda, membuang dan/atau menambah Terma-terma dan Syarat-Syarat Kejohanan ini tanpa sebarang notis awal diberi pada bila-bila masa dan para Peserta adalah dengan ini tertakluk kepada sebarang bayaran, pindaan, pembuangan dan/atau penambahan tersebut.

RULES & REGULATIONS ACKNOWLEDGEMENT SHEET

I, _________________________________________________ representative/captain/manager of this team [______________________________________________] have read, understood and accept the contents and terms of the KOSMO! VARSITI FUTSAL 2008 Rules and

Regulations. I, indemnify KOSMO!/other co-sponsors against any claims and liabilities occurred during the KOSMO! VARSITI FUTSAL 2008

NAME : . NRIC : DATE :

You might also like