You are on page 1of 1

Soalan 6.

Huraikan sebab-sebab timbulnya penentangan pahlawan Mat Salleh di Sabah dan kesan penentangan tersebut terhadap kebangkitan nasionalisme rakyat Sabah. Pengenalan. Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh . Beliau merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Sabah. Beliau dilahirkan di Kampung dalam Inanam. Mat Beliau Salleh pernah Negeri mengistiharkan daerah Tambunan atau bahasa

Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya , Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.1 Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.2 Pejuang kebangsaan Sabah, Mat Salleh dikatakan memiliki ilmu kebatinan yang tinggi . Inilah yang menyebabkan British gagal membunuhnya .Walaupun beberapa kali serangan hebat termasuklah dengan menggunakan meriam namun Mat Salleh tidak dapat ditumpaskan. Beliau juga dikatakan memiliki ilmu kebal . Ini dibuktikan menerusi baju jaket yang dipakainya. Dengan menggunakan baju jaket tersebut, beliau dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan. Bukan itu sahaja, beliau juga mampu meloloskan diri ketika serbuan British terhadap kubu beliau. Selain daripada beliau, cerita aneh dan ganjil turut dikaitkan dengan isterinya iaitu Dayang Bandang yang dikatakan tidak dapat menjejakkan kaki ke tanah. Beliau hanya bergerak ke sesuatu tempat hanya apabila diusung.

. Mohamed Roselan Abdul Malek, Kesan Sejarah Dan Tempat-tempat Menarik Negeri Sabah: Oscar Book International, 1998. 2 . ibid.

You might also like