You are on page 1of 3

SOALAN 1A

Kenaikan pangkat Cikgu Nadia oleh Lembaga Kenaikan Pangkat ke Gred DG44 dan memegang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum adalah berdasarkan empat syarat utama. Pertama sekali, kenaikan pangkat Cikgu Nadia adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan. Terdapat kekosongan di jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah baru, iaitu Sekolah Menengah Bukit Payung Hulu Besut. Oleh sebab Cikgu Nadia memenuhi semua syarat yang ditetapkan dan merupakan seorang calon yang berkelayakan, maka beliau dipilih untuk kenaikan pangkat tersebut. Syarat kedua yang dipertimbangkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat ialah kecekapan dan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh Cikgu Nadia dalam menjalankan tugasnya. Prestasi kerja Cikgu Nadia adalah amat cemerlang. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) semasa bertugas di sekolah lamanya, iaitu Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Hal ini menunjukkan bahawa Cikgu Nadia merupakan seorang guru yang berpengetahuan dan berkemahiran memilih pedagogi-pedagogi yang bersesuaian untuk mengajar anak-anak muridnya. Oleh sebab itu, beliau dianugerahkan APC. Syarat ketiga yang digunakan untuk kenaikan pangkat ialah Cikgu Nadia telah lulus Peperiksaan Tahap Kecekapan (TK) yang disyaratkan. Beliau telah melepasi keduadua kertas (kertas Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus) dalam perperiksaan PTK pada Aras III atau Aras IV. Kelulusan Cikgu Nadia dalam peperiksaan PTK pada Aras III atau Aras IV adalah syarat utama yang digunakan untuk kenaikan pangkat beliau.

Selain daripada syarat-syarat yang disebutkan di atas, kualiti peribadi Cikgu Nadia juga merupakan salah satu syarat yang dipertimbangkan. Cikgu Nadia merupakan seorang guru yang berdedikasi. Kesungguhan beliau mengajar dan komitmen yang ditunjukkan telah membolehkan beliau memperoleh APC dan ini secara tidak langsung juga telah menyumbang kepada kenaikan pangkat beliau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat. Disebabkan oleh kenaikan pangkat Cikgu Nadia ke Gred DG44, beliau berhak menuntut dan menikmati beberapa jenis elaun. Pertama sekali, beliau berhak menikmati Gaji Kenaikan Pangkat dari Gred DG41 ke Gred DG44 dan Pergerakan Gaji Tahunan Gred DG44. Beliau juga berhak menuntut Kadar Imbuhan yang lebih tinggi yang meliputi Kadar Imbuhan Perumahan (ITP) dan Kadar Imbuhan Khidmat Awam (ITKA) disebabkan oleh kenaikan jawatan hakikinya ke Gred DG44. Selain itu disebabkan oleh kenaikan pangkat beliau, Cikgu Nadia telah ditukarkan ke/ ditempatkan di sekolah baru yang mempunyai kekosongan jawatan. Sekiranya Cikgu Nadia terpaksa berpindah rumah disebabkan oleh penempatan baru beliau, Cikgu Nadia berhak menuntut Elaun Perpindahan Rumah. Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan, Elaun Berpindah Rumah merangkumi Unsur Bayaran Tetap and Unsur Bayaran Berubah. Unsur Bayaran Tetap terdiri daripada Elaun Makan sebelum 3 hari dan selepas 5 hari berpindah. Unsur Bayaran Berubah merangkumi Bayaran Sewa Hotel (termasuk Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Kerajaan disokong dengan resit) atau Elaun Lojing (untuk pegawai sahaja) 3 hari sebelum dan 5 hari selepas berpindah, tambang Perjalanan (Tambang Pengangkutan Awam termasuk untuk seorang orang gaji atau Elaun Perjalanan Kenderaan sekiranya menggunakan kenderaan sendiri, Tambang Pengangkutan Barang

(jalan raya atau jalan laut disokong dengan resit), dan Belanja Pelbagai (termasuk belanja packing). Kesemua elaun ini bertujuan untuk membantu dan memudahkan Cikgu Nadia untuk bertugas dan menyandang jawatan barunya di sekolah baru.

You might also like