You are on page 1of 23

1.

KRITERIA PENUBUHAN PRASEKOLAH Pengenalan Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung kepada

bagaimana pengurusan prasekolah itu dirancang secara keseluruhannya. Di Malaysia, pendidikan prasekolah merupakan satu program di luar system pendidikan formal yang tidak dicapai oleh pendidikan statutory. Namun demikian pendidikan prasekolah di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya sehingga pada tahun 1995 terdapat 10,350 pusat prasekolah di seluruh Negara dengan enrolmen kanak-kanak berjumlah 447,420 orang. Kesedaran masyarakat terhadap perlunya pendidikan di peringkat awal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan penubuhan pusat-pusat prasekolah yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang

1.1

Peta konsep penubuhan prasekolah

Menentukan matlamat dan objektif Tinjauan kebolehbinaan

Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang, dan persekitaran

kriteria penubuhan

Kewangan

prasekolah

Bangunan

Peralatan dan sumber Organisasi pengurusan

Peraturan dan undang-undang

i.

Menentukan matlamat dan objektif Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan ibu bapa. Terdapat pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu difikirkan bersama-sama ada penubuhannya menepati matlamat dan objektif atau pun tidak.

Matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. ii. Tinjauan kebolehbinaan

Semasa merancang penubuhan sesebuah pusat prasekolah tinjauan kebolehbinaan perlu dilakukan yang mengambil kira perkara-perkara berikut:-

y y y y y y y y iii.

Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah Kumpulan sasaran / pelnggan Sumber kewangan Prasarana / Infrastruktur Kurikulum / perancangan Sumber manusia Peraturan dan perundangan Peralatan dan perabut

Infratruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang, persekitaran Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak bangunan
3

prasekolah.

Mengikut

Akta

267

(perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 seksyen 19; sesebuah bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik. Setiap bangunan pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan. iv. Bangunan

Bangunan yang sesuai dijadikanpusat prasekolah:1. Rumah banglo 2. Rumah berkembar 3. Rumah teres lot tepi dengan kawasan lapang dan tidak menyebabkan kesesakan dan gangguan dengan lalulintas 4. Rumah pangsa tingkat bawah 5. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan madrasah 6. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna 7. Bangunan-bangunan yng dibina khas untuk dijadikan pusat prasekolah Tempat atau kawasan yang dipilih adalah penting semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek keselamatan dan keselesaan kanak-kanak secara keseluruhannya. v. Kewangan Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanakkanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia
4

menggerakkannya mereka.

dandigunakan

untuk

mencapai

matlamat

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini. a.Peruntukan Makanan b Peruntukan Perkapita c. Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan d. Penyata Kewangan Bulanan vi. Organisasi pengurusan Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan penting pengurusan sekolah selain daripada perancangan, penilaian.

penyelarasan,

perhubungan,

penyeliaan

dan

Pengelolaan adalah pengaturan, penyusunan dan perlaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan pengembelengan semua elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah yang terdiri daripada manusia ( guru, pelajar dan staf sokongan ), material ( bangunan, kawasan, kewangan dan peralatan ) vii. Peraturan dan undang-undang

Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pusat pendidikan awal kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan
5

keberkesanan perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan awal kanak-kanak mestilah mematuhi perkara-perkara berikut; A PEMILIHAN KANAK-KANAK 1. Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun layak untuk belajar di pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan sebanyak RM400.00 ke bawah dan diikuti dengan pendapatan di antara RM401.00 hingga RM800.00 jika masih ada tempat. Kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan sebanyak RM1000.00 ke atas boleh juga diterima atas alas an tanggungjawab (keramaian anak). Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal kanak-kanak ditentukan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan guru prasekolah. Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 10-25 orang.

3.

4.

B. SEMASA DI PRASEKOLAH

1. 2.

Waktu belajar tidak melebihi 31/2 jam. Pakaian seragam tidak tetapkan terpulang kepada sekolah masing-masing. Makanan hendaklah disediakan di sekolah atas kadar RM1.50 sehari setiap murid. Tuntutan hendaklah sekali setahun sebagaimana telah ditetapkan. Bantuan per kapita kan diberikan pada kadar RM100.00 bagi setiap kanak-kanak. Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak sekolah boleh menetapkannya.

3.

4.

5.

6.

Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan di setiap pusat pendidikan awal kanak-kanak. Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen prasekolah.

7.

C. KEMUDAHAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1. Kemudahan yang disediakan termasuk alat permainan di luar bilik darjah dijaga, dibaiki jika rosak dan digunakan dengan rapi. Alat permainan luar yang rosak hendaklah dibaiki dengan segera. Keselamatan murid hendaklah diambil perhatian dengan serius. Kawasan dan tempat, alat permainan luar bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat. Menyediakan alatan/permainan yang perlu dan mencukupi seperti bahan pengajaran, bantal, apron, berus gigi dan ubat gigi. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjagan sebelum bermulanya sesi persekolahan.

2.

3.

4.

5. 6.

viii.

Peralatan dan sumber

Alat-alat pembelajaran boleh membantu memperkembangkan perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun keharmonian. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi, meja, almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti pensil, buku, pembaris, gam dan juga dan bantu mengajar yang guru gunakan. Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kemahiran memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di
7

tadika. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alatalat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik. 1.2 Kesimpulan Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan,

meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini boleh diwujudkan di pusat prasekolah.

2.0

SUASANA FIZIKAL DALAM PROSES P&P

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran

merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan

pembelajaran serta penilaian. Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya
9

yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan

pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang sebahagian daripada keimanan.

10

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

11

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid- murid.

12

3.0

PELAN LANTAI PRASEKOLAH DAN JUSTIFIKASINYA

TANDAS PEREMPUAN

TANDAS LELAKI

DAPUR
PINTU KE DAPUR TEMPAT MENGAMBIL MAKANAN

TANDAS
PINTU

PINTU
PAPAN PUTIH PUSAT SAINS & TEKNOLOGI MEJA GURU

TEMPAT PERBUALAN PAGI DAN AKTIVITI BERCERITA/NYAYIAN

PUSAT KEROHAN IAN DAN MORAL

MEJA MURID

PUSAT KOGNITIF

PINTU

MEJA MURID PUSAT KRETIVITI & ESTETIKA

RAK BUKU LATIHAN KANAKKANAK

MEJA MURID

PUSAT MANIPULATIF

PINTU UTAMA

PUSAT BAHASA & KOMUNIKASI

13

3.1

Justifikasi Pelan Lantai Prasekolah

Pengurusan bilik darjah pra-sekolah perlu mempunyai ruang circle-time iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul bersama guru dan menjalankan sesi perbualan. Diruangan ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Dalam bilik darjah pra-sekolah, ruangan ini lah yang paling banyak digunakan.

Mempunyai sudut-sudut untuk mengembangkan potensi kanakkanak usia 5 hingga 6 tahun dari segi perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan sosio-emosi dan

perkembangan bahasa. Pengajaran dan pembelajaran banyak tertumpu kepada murid dan pembelajaran murid adalah melalui permainan, Learn through play Sudut-sudut untuk perkembangan murid adalah sut binaan atau sudut bongkah, sudut lukisan, sudut bacaan, sudut main peranan atau role play dan lain-lain sudut yang difikirkan sesuai oleh guru bergantung kepasa saiz bilik darjah dan kepadatan murid seperti sudut bercerita, sudut permainan boneka, sudut matematik, sudut sains, sudut keluarga dan sebagainya.

Meja murid dalam bilik darjah pra-sekolah disusun secara berkelompok dan bukan bentuk barisan. Ini adalah kerana murid pra-sekolah banyak melakukan aktiviti berkumpulan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Dengan susunan meja begini akan memudahkan mereka berinteraksi dan berbincang sesama sendiri. Meja dan kerusi pula adalah bersesuaian dengan umur murid di antara 5 hingga 6 tahu.

14

Terdapat juga sudut bacaan atau Book and Reading Centre dalam bilik darjah pra-sekolah. Ruang pembacaan ini diletakkan di tepi bilik darjah dan berdekatan dengan tingkap bagi memudahkan murid-murid mendapat pencahayaan ketika membaca.

15

4.0

PERLAKSANAAN AKTIVITI/PROSES P&P DI PRASEKOLAH 4.1 Perlaksanaan Aktiviti secara berkumpulan

16

Aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah juga amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi

pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Aktiviti belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu proses yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak. Sebagai guru prasekolah,aktiviti berkumpulan juga boleh

merangka pelbagai aktiviti

untuk membangkitkan minat kanak-

kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai- bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu sebagai seorang guru yang mengendalikan kelas. perlulah fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu
17

jangka masa yang agak lama. Selain itu, sebagai guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai. Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek yang boleh. Misalnya, apabila berada dalam kumpulan, aktiviti bercerita dijalankan dan sesuatu cerita itu dibacakan atau disampaikan secara lisan oleh guru. Dengan cara itu, guru mungkin boleh menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak- kanak melibatkan diri secara aktif semasa cerita dijalankan, membunyikan bunyi- bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada tempat-tempat sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak akan merasa seronok dan tidak mudah bosan. Selain itu pula, aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk, saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di makan juga boleh dijalankan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat membuat pengamatan bekerjasama, berinteraksi dan berkongsi ideal bersama-sama dalam kumpulan untuk membezakan bahanbahan yang diberikan mengikut pemahaman dan imaginasi mereka sendiri dan melakukannya mengikut kreativiti dan kemampuan mereka. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi antara mereka.

18

5.0

Laporan tentang keberkesanan susun atur yang dipilih Persekitaran yang selesa, menarik, dan kemas dapat membantu meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Saiz kelas, pusat-pusat pembelajaran,susun atur perabot, keadaan lantai, perhiasan di dalam kelas yang menarik dan jumlah pengcahayaan yang secukupnya amat penting untuk kanak-kanak melakukan aktiviti seharian di pusat prasekolah. Dengan susun atur yang dipilih, kanak-kanak dapat bergerak secara bebas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak dapat memilih pusat-pusat pembelajaran yang di minati dan sesuai untuk mereka melakukan aktiviti. Selain itu juga, kanak-kanak dapat melakukan aktiviti perbualan pagi, bercerita, lakonan, nyanyian dan pelbagai aktiviti yang melibat keseluruhan kanak-kanak di prasekolah di tempat yang disediakan. Tempat yang disediakan amat bersesuaian dengan kanakkanak kerana berhampiran dengan meja guru dan memudahkan guru dan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, tempat yang disediakan juga bedekatan dengan papan putih bagi memudahkan kanak-kanak melihat dan melakar sesuatu gambar ataupaun keadaan apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Pusat teknologi juga berdekatan untuk memudahkan kanak-kanak melihat dan mendengar lagu, melihat gambar yang dipasang diradio, television, dan komputer. Susun atur meja dan kerusi kanak-kanak pula adalah untuk memudahkan mereka berkerja atau melakukan aktiviti secara berkumpulan dan individu. Mereka dapat berinteraksi sesama mereka dengan mudah dan selesa. Guru juga mudah melihat kesemua murid apabila melakukan aktiviti.

19

6.0

Refleksi Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengetahui tentang PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH dengan lebih terperinci. Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat mengenai subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui cara dan kriteria yang sebenar yang perlu ada untuk menubuhkan pusat prasekolah. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap kriteria penubuhan prasekolah dan perlaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan kanakkanak semakin jelas difahami. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan PRASEKOLAH mengenai untuk PENUBUHAN dan DAN PENGURUSAN saya. Selain

kegunaan

pengetahuan

mendalami tentang pengurusan dan penubuhan prasekolah, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru dan pendidik dalam bidang dan kerjaya yang saya ceburi sekarang. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritir, kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai prasekolah. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semesta nanti.

20

Rujukan

Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006).Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad,(2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd

www.scribd.com/.../kepelbagaian-gaya-pembelajaran-dan-kemahiran-belajar

www.scribd.com/.../Gaya-Pembelajaran

Sukatan Pelajaran; KDPM Pengajian Prasekolah, (2002). Modul pendidikan prasekolah

21

BORANG REKOD KOLABORASI

NAMA NO MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING

: NORHANIZA BINTI ABDULLAH HALIM : IPGM : MEI 09-00081 : KDPM/KDC/PRA 4-AMBILAN MEI 2009 : PENDIDIKAN PRASEKOLAH : PN. HJH. SITI ZAINAB ABU BAKAR

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN


Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran Pn. Hjh Siti Zainab Abu Bakar Membaca dan memahami kehendak soalan tugasan Mencari maklumat dari internet, pperpustakaan IPGM dan buku-buku rujukan yang berkaitan

CATATAN

TANDA TANGAN

8 September 2010

Tugasan perlu dihantar pada minggu pertama kuliah di buka

22 Oktober 2010

Mula membuat penyenaraian subtopik -Cetakan internet -Catatan bibliografi

23 Oktober 2010

25 Oktober 2010

Berkumpul dengan kawan-kawan untuk bertukar-tukar isi dan pendapat Menghantar tugasan lengkap kepada pensyrah pembimbing

- catatan - soalan

21 November 2010

Diterima dan direkodkan

22

23

You might also like