You are on page 1of 15

CLM5073

LINGUISTIK TERAPAN
LINGUISTIK & LINGUISTIK
TERAPAN
Linguistik salah satu kajian penting tentang
sifat-sifat: kemanusiaan.
Antara disiplin - integrasi sains, sains sosial,
dan kemanusiaan.
Bukan mengkaji pelbagai bahasa tetapi
mengkaji bahasa secara umum sifat asas
mana-mana bahasa manusia.
Linguistik terapan kajian tentang bahasa
secara lebih praktikal, berkaitan dengan
masalah-masalah sebenar seperti:
pengajaran dan pembelajaran bahasa
asing sebagai bahasa kedua,
polisi dan perancangan bahasa,
penilaian program bahasa,
pengukuran & penilaian bahasa,
terapi pengucapan,
bahasa pengkhususan pekerjaan dan
masalah-masalah komunikasi berkaitan
(cth. Penggunaan terjemahan dalam
mahkamah),
Bidang linguistik terapan mencakupi disiplin-
disiplin ilmu yang lain seperti antropologi,
pendidikan, linguistik, psikologi & sosiologi.
Bukan sekadar 'menerap linguistik' -
linguistik terapan menjana penyelidikan dan
teorinya yang tersendiri.(ada kala bertindih
dengan linguistik & ada kala terpisah jauh).
Pakar dalam bidang linguistik terapan dan
linguistik mempunyai organisasi
profesional dan identiti mereka yang
tersendiri.
Terdapat perkaitan antara ahli linguistik
terapan dan ahli linguistik.
PERSOALAN-PERSOALAN YANG
DIKEMUKAKAN OLEH AHLI
LINGUISTIK
Bagaimanakah struktur linguistik dikatakan
mempunyai perkaitan dengan apa yang
dituturkan, dan bagaimana ini dikaitkan
dengan makna yang disampaikan?
Apakah struktur bunyi ini dan bagaimana
diartikulasikan?
Apakah struktur sintaktik sesebuah ayat,
dan bagaimana tatabahasa yang betul
digunakan?
Bagaimana kanak-kanak boleh menguasai
bahasa dengan cepat, walaupun jumlah
ayat-ayat kelihatan seolah-olah tidak
dapat dikira?
$ambungan.
Bagaimanakah kapasiti ini menerangkan
kepada kita tentang minda?
Bagaimanakah bahasa manusia berbeza
daripada sistem komunikasi binatang?
Bagaimakah bahasa boleh berubah mengikut
peredaran masa?
Proses apakah yang menyebabkan
bahasa terbahagi kepada dua bahasa
yang tidak komprehensif, seperti bahasa
Latin yang terbahagi kepada bahasa
Romania dan Perancis?
Bagaimanakah prasejarah bahasa dapat
distrukturkan semula?
PERSOALAN-PERSOALAN
DALAM LINGUISTIK TERAPAN
Bagaimanakah cara terbaik mengajar dan
belajar bahasa boleh dilakukan?
Apakah isu-isu yang berkaitan dengan
penterjemahan dan intepretasi bahasa untuk
untuk tujuan khusus (testimoni mahkamah)?
Apakah perkara yang terlibat dalam
kebolehan menulis & membaca dalam
bahasa ke-2, ke-3 /?
Sambungan.
Bagaimanakah bahasa mempunyai
hubungan dengan budaya dan
masyarakat (sebagai contoh apakah
hubungan antara identiti, bahasa dan
budaya)?
Apakah masalah-masalah yang akan
timbul semasa kegagalan berbahasa?
fizikal, psikologi
$ambungan.
Bagimanakah pakar komputer
menggunakan deskripsi linguistik untuk
sistem memahami bahasa (natural
language)?
Bagaimanakah bahasa boleh dinilai untuk
pelbagai tujuan (seperti menentukan tahap
penguasaan bahasa atau menentukan
pendaftaran pelajar bahasa ke dalam
program pembelajaran?
Bagaimanakah bahasa digunakan dalam
bidang pendidikan (seperti belajar
membaca, belajar menulis atau membaca,
menulis, bertutur untuk tujuan akademik?
Tugasan:
Jelaskan perbezaan antara bidang
linguistk dengan linguistik terapan.
$iapkah tokoh-tokoh dalam bidang
linguistik & linguistik terapan di pentas
dunia?
$iapakah tokoh-tokoh linguistik terapan
dalam pengajian bahasa Melayu?

You might also like