You are on page 1of 12
aq KERJASAMA DAN KONFLIK DALAM HuBUNGAN MataysIs-INDONESIA Ruhanas Harun Pengenalan Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara berjiran yang mempunyai pertalian sejarah, rampun bangsa, bahasa dan kebudayaan yang rapat. Hubungan mereka dianggap seperti hubungan “abang- adik”’ yang dicirikan bukan sahaja dengan keakraban, tetapi juga oleh pertengkaran seperti kebiasaan dalam hubungan keluarga. Keakraban ini digambarkan melalui pepatah Melayu: “Air dicincang tak akan putus” dan “Biduk lalu kiambang bertaut”. Namun dalam hubungan antarabangsa, kepentingan negara mengatasi kepentingan persatidaraan. Ini menyebabkan negara-negara bersaing dan berusaha untuk mencapai objektif masing-masing seperti kepentingan keselamatan, keutuhan wilayah, kekuatan ekonomi, dan pengaruh politik. Dalam mencapai objektif nasional ini, maka berlakulah pertembungan kepentingan yang membentuk hubungan negara-negara bebas dan berdaulat. Hubungan dua hala Malaysia-Indonesia juga tidak terlepas daripada cabaran-cabaran dan masalah, terutamanya di peringkat awal. Hubungan yang terjalin sejak lama itu telah melalui beberapa tahap perkembangan yang mencerminkan perkembangan politik dalaman dan persekitaran antarabangsa. Pada peringkat awal, iaitu selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan, hubungan mereka melalui masa yang mencabar. Ini kerana kedua-duanya baharu sahaja bebas daripada penjajahan yang selama ini mempengaruhi hubungan luar mereka. Malaysia dan Indonesia cuba mengukuhkan hubungan persaudaraan di samping menyesuaikan diri dengan status negara merdeka dalam arena antarabangsa. Cabaran juga datang daripada 58 Malaysia's Foreign Relations: Issues and Challenges Politik, ekonomi, dan keselamatan Barat di rantau ini. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Subandrio dalam satu ucapan pada 20 Januari 1963, bahawa Indonesia “tidak dapat tidak terpaksa menggunakan dasar konfrontasi menentang Malaysia kerana pasa masa ini mereka sendiri adalah menjadi pembantu kuasa-kuasa neo-kolonialis dan neo- imperialis dengan mengikuti suatu dasar yang bermusuhan terhadap Indonesia.”1¢ Walau apa pun pandangan Indonesia mengenai hubungan Malaysia dengan kuasa-kuasa Barat pada masa itu, agak sukar untuk menerima kenyataan yang mengatakan Malaysia mempunyai dasar bermusuhan terhadap Indonesia. Malah, Tunku sendiri menunjukkan sikap terbuka dengan mengadakan konsultasi dengan pemimpin- pemimpin Indonesia bagi menjelaskan pembentukan Malaysia. Jadi tidak timbul suatu dasar permusuhan terhadap Indonesia. Kebimbangan dan penolakan gagasan Malaysia oleh Indonesia lebih dipengaruhi oleh keadaan politik serantau semasa yang memperlihatkan kuasa besar berlumba-lumba mengukuhkan pengaruh mereka di negara-negara bekas jajahan mereka. Britain dan Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di Singapura dan di Filipina yang menyebabkan Indonesia terasa terkepung dan diasingkan. Lagipun British masih mengekalkan kepentingan keselamatan dan strategiknya melalui Perjanjian Pertahanan Britain-Malaya tahun 1957 (AMDA—Anglo Malayan Defence Agreement). Kecurigaan ini dikuatkan lagi dengan masalah politik antara Indonesia dengan Malaysia sebelum itu di mana Indonesia mempercayai Malaysia membantu pemberontakan dan gerakan pemisah di beberapa wilayah di Indonesia. Dari segi ideologi pula, Sukarno memang mempunyai perbezaan yang besar dengan Malaysia. Beliau melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang lemah dan tidak mampu hidup tanpa pergantungan kepada Barat. Dalam era 1960-an di mana antikolonialisme dan antiimperialisme merupakan ideologi yang popular dalam kalangan negara Dunia Ketiga, kewujudan Malaysia pada pandangan Indonesia di bawah Sukarno adalah sesuatu yang bukan sahaja menakutkan, tetapi memalukan. Dari segi politik dalaman, Sukarno juga membayangkan kebimbangannya terhadap adanya jumlah penduduk China yang besar jumlahnya di Malaysia dan Singapura. Indonesia bimbang ini akan memberi kemungkinan kepada China Komunis mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk menguasai rantau ini. Jika dihalusi, kebimbangan Indonesia mengenai China Komunis meluaskan pengaruhnya di kawasan kepulauan Melayu agak ganjil kerana Indonesia pada masa itu mempunyai hubungan rapat dengan China Komunis melalui Parti Komunis Indonesia (PKI). Malah PKI dipercayai * gerjasama dan Konflik dalam Hubungan Malaysia-Indonesia 59 merupakan salah satu golongan politik di Indonesia yang mendorong dasar anti-Malaysia oleh Sukarno. Bagi Malaysia pula, ia berpendapat bahawa penentangan Sukarno terhadap gagasan Malaysia dan pelancaran konfrontasi adalah berpunca dari keadaan dalaman Indonesia yang menghadapi banyak masalah politik, ekonomi, dan sosial. Konfrontasi merupakan satu cara mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada masalah dalaman ini dan akan memberi perpaduan menyokong kerajaan menghadapi musuh luar. Ja merupakan satu strategi yang boleh digunakan oleh negara-negara untuk memobilisasikan rakyat dalam keadaan Kepimpinan menghadapi kesulitan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa Sukarno mempunyai cita-cita dan impian besar untuk merealisasikan sebuah negara Indonesia yang lebih besar “Indonesia Raya” yang merangkumi wilayah-wilayah yang pernah satu masa dahulu terhimpun dalam empayar Srivijaya dan Majapahit. Kebesaran dan keagungan masa lampau Indonesia ini masih tidak luput dari ingatan dan memberi inspirasi kepada pemimpin- pemimpinnya untuk mengembalikan kegemilangan itu dalam bentuk baru. Ada juga yang berpendapat bahawa konfrontasi adalah sebahagian daripada rancangan tentera Indonesia untuk mengembalikan semula peranan dan kedudukannya dalam masyarakat dan negara seperti yang pernah dimiliki mereka semasa revolusi dan dalam perjuangan di Irian Barat. Malaysia telah mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia pada 17 September 1963 berikutan daripada keengganan negara tersebut mengiktiraf Malaysia yang terbentuk pada 16 September. Di sepanjang ketiadaan hubungan diplomatik antara dua negara itu, kerajaan Malaysia meminta kerajaan Thai menjaga kepentingannya di Indonesia, manakala Indonesia meminta kedutaan Mesir di Kuala Lumpur menjaga kepentingan Indonesia di sini. Ekoran daripada konfrontasi ini, maka berlakulah rusuhan anti-Malaysia di bandar-bandar utama Indonesia seperti Jakarta dan Medan. Demonstrasi anti-Indonesia juga diadakan di Kuala Lumpur sebagai balasan daripada apa yang berlaku di Indonesia. Selain daripada tindakan rusuhan dan memusnahkan harta-benda, kedua- dua kerajaan juga melakukan perang psikologi melalui radio dan akhbar. Pidato-pidato Sukarno yang membara dan bersemangat disiarkan oleh Radio Republik Indonesia (RRI) untuk menyemarakkan semangat rakyatnya berjuang menentang Malaysia. Selain insiden yang melibatkan perwakilan diplomatik, kerajaan Indonesia juga bertindak mengambil alih kepentingan ekonomi British di negara itu, seperti Shell, Dunlop, bank-bank, dan sebagainya.” Penerbangan Malaysia dan

You might also like