You are on page 1of 6

REFLEKSI PENGAJARAN Matapelajaran : Pengajian Am (1) Tarikh Masa Tingkatan Bil, Pelajar : 24 Mac 2011 ( Jumaat ) : 5.00-5.

40 ptg ( 40minit ) : 6 Atas Bestari : 6 orang

Tajuk : Perundangan di Malaysia Topik : Fungsi-fungsi Mahkamah di Malaysia

Berdasarkan pengalaman menjalankan macroteaching yang pertama ini, saya dapat melihat kelemahan dan kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Pengajaran selama 40 minit ini telah menyentuh subtopik Fungsi Kehakiman dalam topik enam iaitu Sistem Kehakiman Malaysia. Semasa pengajaran berlaku terdapat beberapa kekangan daripada pelajar disebabkan waktu sebelum pengajaran saya, pelajar telah melakukan aktiviti di perpustakaan. Hal ini telah mengambil masa pengajaran dan pembelajaran kelas saya selama 10 minit. 1.0 Permulaan Pengajaran. Bagi memulakan pengajaran saya telah menggunakan set induksi melalui tayangan video. Subtopik ini telah disentuh secara ringkas dalam topik fungsi umum Mahkamah di Malaysia iaitu. Ketika berlakunya proses soal jawab ini, pelajar memberikan respon yang baik dan memberikan jawapan mengikut persepsi mereka terhadap video yang ditayangkan dan masa yang diperuntukan bagi set induksi ini ialah 5 minit. Kelemahan yang dapat saya lihat dalam set induksi ini, saya telah mengambil masa yang lama dan melebihi masa yang telah diperuntukan iaitu hampir 9 minit. Hal ini telah menyebabkan isi pembelajaran tidak dapat dijelaskan secara terperinci.. Oleh itu, saya sebagai guru perlu membaiki kelemahan saya terdahulu. Saya perlu lebih banyak pengetahuan bagi melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Pengetahuan guru amatlah perlu kerana guru merupakan sumber rujukan kepada pelajar. Selain itu, saya juga perlu bijak menggunakan masa bagi dapat menjalankan perkembangan pengajaran dalam kelas.

2.0 Perkembangan Pengajaran. Sebelum memulakan isi pengajaran, saya telah menanyakan kepada pelajar secara secara terbuka tentang fungsi-fungsi mahkamah. Pertanyaan dijawab dengan baik oleh setiap pelajar. Selepas itu, subtopik disentuh secara spesifik dan setiap fungsi mahkamah yang disebut oleh pelajar saya catat di papan putih. Kemudian, saya menayangkan slaid dan menerangkan fungsi utama dalam sistem kehakiman.Namun terdapat kelemahan dalam proses perkembangan pengajaran ini. Pelajar berasa bosan dengan menggunakan kaedah ini. Selain itu, isi pengajaran yang banyak memberi beban kepada pelajar untuk memahami tajuk ini. Pelajar juga tidak bersedia untuk mempelajari subtopik ini. Selepas itu, saya mengarah pelajar untuk membentuk kepada dua kumpulan dan mengagihkan tajuk untuk perbincangan di dalam kad manila. Melalui kaedah ini, saya dapati pelajar tidak memberikan perhatian sepenuhnya dalam perbincangan dan pembentangan berjalan secara pasif kerana tiada sebarang sesi pertanyaan berlaku. Hal ini menyebabkan pelajar tidak memberi kerjasama yang baik dalam sesi perbentangan.

3.0 Pengurusan Bilik Darjah. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru serta pelajar lain. Selain itu, pengurusan bilik darjah yang berkesan terdiri juga daripada penggunaan masa pembelajaran yang efesien.

Ketika proses pengajaran berlaku, saya dapat melakukan pengurusan bilik darjah dengan baik. Saya telah mewujudkan suasana bilik darjah yang positif melalui pembentukan hubungan antara individu yang lain secara baik. Selain itu juga, saya mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan pelajar melalui proses soal jawab dan penglibatan pelajar dalam membina peta minda. Selain itu juga, saya juga menggunakan kaedah pendekatan permisif dalam pengurusan bilik darjah. Saya telah memberi kebebasan kepada pelajar untuk memberi pandangan ketika proses P&P. Hal ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi pelajarpelajar. Namun kelemahan saya dalam pengurusan kelas ialah saya tidak memberi pujian atau ganjaran kepada mereka yang telah membantu saya dalam membina peta minda di papan hitam. Seharusnya saya perlu mengucapkan pujian kepada pelajar bagi merangsang minda mereka untuk terus memberi idea.

4.0 Komunikasi Komunikasi adalah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menggunakan kaedah komunikasi dua hala iaitu komunikasi antara guru dan pelajar serta pelajar dan guru. Komunikasi antara guru dan pelajar berlaku ketika saya menerangkan nota dan maklumat mengenai pindaan perlembagaan. Pada ketika ini, pelajar mengambil nota tambahan di samping mendengar penerangan guru. Di samping itu juga, pelajar juga diberi peluang untuk memberi pendapat mengenai isuisu semasa berkenaan dengan subtopik ini. Hal ini telah mewujudkan komunikasi antara pelajar dan guru Selain itu, kelemahan yang boleh dilihat ialah guru mempunyai suara yang pelahan. Hal ini menyukarkan pelajar untuk mendengar penerangan guru. Selain itu juga, komunikasi

daripada saya tidak jelas kerana berada dalam keadaan gugup. Hal ini menyebabkan suara yang keluar adalah tersekat-sekat.

5.0 Pencapaian Objektif. Dalam pengajaran subtopik ini saya telah menyenaraikan tiga objektif pengajaran iaitu ;Di akhir pengajaran pelajar dapat : 1. Menyenaraikan setiap fungsi kehakiman di Malaysia. 2. Menghuraikan setiap fungsi kehakiman di Malaysia. 3. Menyatakan pendapat tentang kesan setiap fungsi kehakiman terhadap diri dan negara. Ketiga-ketiga objektif diatas berjaya dilaksanakan. Hal ini berdasarkan pelajar dapat menyatakan serta menyenaraikan fungsi-fungsi Mahkamah di Malaysia. Selain itu juga, pelajar dapat member pendapat terhadap kesan mahkamah terhadap diri dan negara. Hal ini dapat dibuktikan melalui proses soal jawab antara guru dan pelajar serta dalam proses pembentangan kumpulan. 6.0 Penilaian/Penyoalan. Semasa proses pengajaran ini saya telah menilai pelajar melalui perbincangan dan pembentangan dalam kumpulan. Di sini saya boleh menilai sama ada pelajar dapat

menguasai ataupun tidak. Saya telah menggunakan penilaian formatif dalam pengajaran saya ini. Penilaian ini digunakan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu pengetahuan. Selain itu, penilaian ini dibuat secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini bertujuan untuk mengesan kemajuan pelajar dan dapat menilai hasil yangdiperolehi dapat memberi maklumat tentang penguasaan kemahiran pelajar.

7.0 Penguasaan Isi Kandungan. Bagi penguasaan isi kandungan pengajaran, pelajar dapat menguasai sepenuhnya walaupun ada segelintir pelajar yang tidak dapat menguasai subtopik tersebut. Hal ini berkemungkinan, saya bercakap dengan nada yang laju atau tidak berapa jelas. Oleh itu, saya akan membaiki pertuturan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh menerima dan memahami isi pengajaran saya tersebut.

8.0

Penyertaan Pelajar. Penyertaan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik.

Pelajar memberi kerjasama kepada guru. Mereka banyak bertanya sekiranya saya menyampai pelajar secara kurang jelas. Selain itu, pelajar juga banyak memberi pandangan mereka berkenaan isu-isu semasa berkaitan dengan fungsi kehakiman.Hal ini menunjukkan pengetahuan mengenai isu semasa pelajar adalah luas. Hal ini mengalakkan proses pengajaran dan pembelajaran. P&P juga berjalan dengan lebih menyeronokkan dengan pelajar berbahas mengenai isu semasa.

9.0

Penggunaan Alat/Bahan Pengajaran

Pengunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah cara untuk menbantu dalam penyampaian pengajaran guru. Selain itu, BBM dipilih untuk membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini dan mengaplikasikannya dalam Pembelajaran dan Pengajaran. Bahan Bantu Mengajar juga penting untuk membantu guru dalam penyampaiannya terhadap pelajar. Guru hanya menggunakan kad manila dan tayangan video sebagai BBM dalam proses P&P . Hal ini dapat dilihat penggunaan BBM yang minima . 10.0 Penutup Pengajaran

Dalam penutup pengajaran ini terdapat banyak kelemahan, di mana guru tidak membuat sebarang kesimpulan mengenai subtopik tersebut. Hal ini menampakkan proses pengajaran tersebut tergantung. Selain itu, di akhir pengajaran saya tidak menilai pelajar melainkan saya hanya menilai mereka melalui pembinaan peta minda dalam pembentangan kumpulan. Oleh itu, sebagai guru seharusnya membuat kesimpulan bagi proses pengajaran dan

pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu juga, saya perlu menilai kefahaman pelajar secara keseluruhan bukan kepada pelajar tertentu sahaja.

You might also like