You are on page 1of 2

http://www.utusan.com.

my/utusan
Kampung Memey di Felda Tenggaroh diserang gajah liar $$
KOTA TINGGI 16 Sept. - Felda Tenggaroh Selatan 1 yang bakal menjadi tumpuan pada 24
September ini berikutan pernikahan dua artis popular Norman Hakim dan Memey, di situ kini
diancam 'serangan' gajah liar.
Kejadian yang berlaku sejak April lalu membimbangkan kira-kira 400 peneroka di kawasan
tersebut kerana binatang itu semakin 'mengganas' merosakkan tanaman dan harta benda di situ.
Terbaru, sekumpulan 13 gajah liar 'menyerang' Masjid Jamek kampung itu, kelmarin.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Felda Tenggaroh 1,
MustaIIa Bidon berkata, kewujudan kumpulan gajah liar di Felda berkenaan menimbulkan
keresahan kepada peneroka kerana ia bukan sahaja merosakkan harta benda dan tanaman, malah
mampu mengancam nyawa penduduk.
"Pagi kelmarin kumpulan gajah itu sudah masuk ke kawasan masjid dan rumah peneroka. Pada
masa itu, ada 13 ekor gajah termasuk empat ekor anak gajah memusnahkan banyak tanaman
landskap dan pagar masjid di sini.
"Selain itu, kumpulan gajah berkenaan turut merosakkan tanaman penduduk seperti pokok
pisang dan kelapa sawit," katanya.
Justeru, beliau meminta bantuan daripada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
untuk menangkap atau menghalau kumpulan gajah itu ke kawasan hutan sebelum lebih banyak
kemusnahan ditanggung peneroka.
"Tindakan segera amat perlu bagi mengembalikan ketenangan Felda ini dan mengelakkan
perkara lebih buruk berlaku," katanya.
http://beritaharian.org/gajah-musnah-pisang-di-sik.html
Gajah musnah pisang di Sik
10/10/2011 2:47pm
SIK Hampir 200 batang pokok pisang yang sedang mengeluarkan hasil di kawasan projek
tanaman pisang di Kampung Hujung Bandar, Sik sejak sebulan lalu dimusnahkan gajah.
Peserta projek terbabit, Husain Osman, 56, mendakwa penduduk kini semakin bimbang dengan
kehadiran gajah liar berkenaan yang boleh mengancam keselamatan mereka.
Katanya, walaupun aduan sudah dibuat kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (Perhilitan), tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini kecuali pihak
berkenaan hanya datang membuat pemantauan.
'Penduduk dan peserta projek itu bimbang, gajah liar itu akan mengganas jika diganggu hingga
boleh mengancam nyawa penduduk di sini terutama waktu malam dan mereka yang bekerja di
kawasan hutan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Husain berkata, penduduk mahu pihak berkuasa bertindak segera memindahkan gajah itu ke
kawasan lain.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Sik, Mahadhir Abd. Hamid yang meninjau kawasan projek itu
berkata, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini penduduk tidak mengambil tindakan sendiri
seperti menghalau gajah menggunakan mercun kerana bimbang ia bertindak lebih ganas.
Selain peserta projek tanaman pisang, peserta projek tanaman cili berhampiran kawasan
berkenaan turut terancam. Bernama

You might also like