You are on page 1of 16

MENGURUS KONFLIK DAN KRISIS SKPM 3023 SEM 1 2011

TA1UK ESEI : BINCANGKAN SECARA MENDALAM KRISIS YANG


MELANDA MALAYSIA DEWASA INI DENGAN MEMBERI
PENEKANAN KEPADA SEBAB BERLAKUNYA KRISIS TERSEBUT DAN
KAEDAH MENANGANINYA : ISU PELAKSANAAN HUKUM HUDUD

PENSYARAH : EN AZMI BIN ABDUL MANAF

NAMA : NORIZZATI HIDAYAH BT MOHAMAD UNI A127735
MOHAMAD RIDZLAN BIN MOHAMAD SIDEK A128230
FARIDAH HANIS BT HOOD A130471

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN HUKUM HUDUD...............................................................................3
2.0 SEBAB KRISIS( PERBEZAAN PERSEPSI PEMIMPIN)
2.1 UMNO/Kerajaan Pusat.......................................................................................5
2.2 PAS........................................................................................................................7
2.3 Ketakfahama Masyrakat dan Pemimpin Bukan Islam..................................10
2.4 Pendirian Rakyat/Masyarkat Islam...................................................................12
2.5 Sistem Perundangan Malaysia.............................................................................12
3.0 KAEDAH MENANGANI KRISIS
4.0 PENUTUP












3
1.0 PENGENALAN HUKUM HUDUD
Hukuman Hudud adalah salah satu dasar penting dalam syariat Islam. Selagi mana mampu, ia
wajib dilaksanakan dalam negara-negara Islam dan umat Islam perlu redha dengan
pelaksanaannya. Hukum hudud ini secara mudahnya, ialah menjatuhkan hukuman yang telah
ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya ke atas seseorang yang melakukan
sesuatu jenayah, di mana jenis jenayah dan cara pembuktian jenazah telah ditetapkan juga oleh
Allah dan Rasul-Nya. Jenis jenayah yang masuk dalam kategori hudud ialah murtad, zina, seks
sejenis (gay dan lesbian) dan mencuri. Isu pelaksanaan hukum hudud merupakan isu semasa
yang menjadi kontroversi di Malaysia. Isu ini menjadi konIlik kerana usul untuk melaksanakan
hukum ini mendapat tentangan di negara ini dimana krisis melibatkan tiga pihak iaitu Parti Pas
yang inginkan hukum hudud ini dilaksanakan di Malaysia, kedua kerajaan pusat di bawah
pimpinan UMNO dan yang ketiga Parti DAP iaitu orang bukan islam yang merasakan hukum ini
tidak sesuai bagi mereka. Berikut merupakan antara beberapa ciri hukum hudud.
ObjektiI utama hukuman hudud bukanlah menghukum, tetapi menjauhkan manusia
daripada melakukan sesuatu jenayah. Untuk mencapai objektiI ini, hudud memiliki siIat
menakutkan agar dengan itu manusia merasa takut dengan jenayah tersebut dan berusaha untuk
menjauhinya. Perkara ini disebut oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala: Itulah batas-batas larangan
Allah, maka fanganlah kamu menghampirinya. Oleh itu jika ada yang berkata hudud adalah
zalim dan kejam, kita jawab: 'Benar! Jawapan ini kemudiannya disambung dengan penjelasan
bahawa objektiI utama hukuman hudud bukanlah menghukum, tetapi menjauhkan manusia
daripada melakukan sesuatu jenayah. Namun demikian, hukuman hudud tidak akan dikenakan ke
atas orang gila, jahil dan keliru. Berdasarkan pertanyaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
kepada orang yang mengaku berzina, jelas bahawa ditentukan terlebih dahulu sama ada beliau
adalah gila atau tidak. Kemudian ditentukan juga sama ada beliau benar-benar tahu apa yang
dimaksudkan dengan zina, agar tidak terjadi sebarang salah Iaham atau kekeliruan. Berdasarkan
pertanyaan ini, dapat dirumuskan bahawa orang yang melakukan jenayah dalam keadaan
Iikirannya tidak terkawal sepenuhnya, dia tidak dikenakan hukuman hudud. Contoh selain gila
ialah jahil, keliru, kanak-kanak dan tidur.

Hukuman hudud dijatuhkan ke atas jenayah yang berlaku secara terbuka iaitu untuk
menjatuhkan hukuman hudud, pendakwa perlu membawa jumlah saksi yang tertentu. Jika syarat
saksi tidak memadai, pendakwa sendiri yang akan dikenakan hukuman. Ini sekali lagi menjadi
bukti bahawa hukuman hudud hanya dijatuhkan kepada jenayah yang berlaku secara terbuka
sehingga wujud orang yang menyaksikannya. Dalam hukum hudud juga, tertuduh dibenarkan
membela diri dimana orang yang tertuduh boleh membela dirinya dengan sekian-sekian hujah.
Mungkin dia jahil, mungkin dia keliru, mungkin dia mencuri kerana keadaan darurat, mungkin
dia membunuh kerana cuba membela diri sendiri, mungkin para saksi yang sengaja
memerangkap dirinya dalam melakukan jenayah tersebut dan pelbagai lagi bahkan terdapat
juga sistem peguam bela, dimana orang tertuduh yang tidak tahu cara membela dirinya boleh
meminta orang lain yang lebih ariI. Para ilmuan telah bersepakat bahawa hukuman hudud tidak
dikenakan di atas sesuatu kes yang memiliki kesamaran di dalamnya. Imam Ibn al-Munzir
berkata: 'Telah bersepakat para ahli ilmu bahawa hukuman hudud tertolak berdasarkan syubhat.
Ciri-ciri ini telah diikuti oleh sistem pengadilan konvesional masa kini di mana
pendakwaraya perlu membuktikan tanpa sebarang kesamaran bahawa yang tertuduh memang
bersalah. Manakala peguambela bagi yang tertuduh pula akan membuktikan bahawa dalam
bukti-bukti tersebut terdapat kesamaran di dalamnya. Jika kesamaran masih wujud di antara
hujah salah satu pihak, hukuman tidak dikenakan ke atas yang tertuduh. Ciri yang ke 6 ialah
hukum hudud berbentuk Iizikal sebat, potong tangan, buang daerah dan bunuh berbanding
hukuman sivil yang kadangkala hukuman penjara ditambah dengan sebatan. Hukum hudud
mempunyai manIaatnya dari segi kos dimana kos penjagaan banduan dapat dikurangkan selain
bertujuan untuk menjauhkan masyarakat dari melakukan jenayah berbanding hukum sivil yang
seolah-olah menjemput masyrakat melakukan jenayah kerana banduan akan mendapat layanan
makanan, sosial dipenjara. Hal ini menyebabkan kemungkinan untuk melakukan jenayah
berulang kali tanpa penginsaIan. Jesteru, hukum hudud sebenarnya mempunyai banyak
kelebihan dan wajar dilaksanakan sebagai alternatiI dalam menangani gejala sosial masyrakat
yang semakin parah.


2.0 SEBAB KRISIS(PERBEZAAN PERSEPSI)
2.1 UMNO/Kerajaan Pusat
Pemimpin kerajaan pusat rata-ratanya tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana
mereka mendakwa pelaksanaan hukum hudud di Malaysia adalah sukar. Hal ini demikian kerana
Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang berbeza langsung dari segi agama, dan budaya
dan masyarakat majmuk Malaysia bukan semuanya menganut agama samawi atau agama wahyu
berbeza dengan orang bukan Islam pada zaman Rasulullah. Masyarakat majmuk pada zaman itu
lebih kepada majmuk kekabilahan, budaya dan adat resam. Pemimpin UMNO mempersoalkan
ijtihad yang dipegang oleh Pas adalah bukan Islam di Malaysia boleh dikecualikan dari Hudud
kerana pandangan bahawa dalam al-Quran hanya membicarakan tentang orang Islam dan ahli
kitab (yakni Yahudi dan Nasrani) sahaja. Dalam keadaan (hampir separuh) daripada
penduduk Malaysia ini merupakan bukan Islam, undang-undang yang tidak seragam boleh
memberi pelbagai implikasi besar kepada pentadbiran, undang-undang dan kestabilan
masyarakat pada masa depan jika tidak ditangani secara teliti. Tambahan lagi, bila bukan Islam
yang bukan Yahudi dan Nasrani (majoriti bukan Islam di Malaysia) tidak tertakluk kepada hudud
ini diambil kira secara serius oleh kerajaan dan UMNO.
Menurut mereka lagi, pada zaman Rasulullah hukuman yang dikenakan ke atas Islam dan
bukan Islam (yang diklasiIikasikan sebagai ahli kitab) adalah serupa tetapi apakah hukuman ke
atas golongan bukan ahli Kitab seperti Majusi(penyembah api) yang tidak diperdebatkan secara
jelas. Tambahan lagi, pada zaman Rasulullah juga kegiatan jenayah kerap kali berlaku dalam
kelompok atau kabilah tetapi amat jarang sekali Yahudi, Nasrani dan Islam tinggal dalam satu
penempatan atau taman atau kawasan perumahan seperti di Malaysia dan jarang wujud kes-kes
perkongsian jenayah seperti di Malaysia. Pembahagian ini bertambah kompleks bila berlakunya
perkongsian jenayah antara bukan Islam dan Islam atau perlakuan jenayah oleh individu atau
kumpulan atas individu atau kumpulan lain yang berbeza agama. Ijtihad-ijtihad ulama terdahulu
bahawa bukan Islam tidak tertakluk kepada hudud adalah berdasarkan Iaktor negara tersebut.
Kebanyakan negara yang menjadi naungan negara imam-imam muktabar dahulu seperti Arab
6
Saudi walaupun mempunyai pelbagai agama tetapi jumlah bukan Islam termasuk Nasrani dan
Yahudi amat sedikit dan tiada permasalahan dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman
berbanding Malaysia. Kerajaan pusat berpendapat Hudud bukanlah perkara penting yang
memerlukan pelaksanaan segera sebaliknya terdapat perkara yang lebih besar dalam
membangunkan umat Islam Malaysia. Mengambil kenyataan Haji Awang Hadi ' hudud hanya
1/10 ribu daripada hukum Islam pemimpin UMNO berpendapat hal-hal membabitkan undang-
undang kekeluargaan Islam, sistem pentadbiran Islam, dan perkara lain berkaitan perundangan
Islam perlu diselesaikan terlebih dahulu. Pemimpin UMNO tidak menolak hudud sebaliknya
merasakannya ianya bukan perkara utama pada masa kini kerana cuba mengambil pendekatan
Rasululluah S.A.W dalam mengampunkan pesalah daripada menghukum dengan Hudud. Oleh
itu, pemimpin UMNO melihat PAS bermodalkan Hudud kerana pelaksanaan hukum Islam yang
lain telah dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan.
Tun Dr. Seri Mahathir Mohamad menekankan bahawa kepentingan melaksanakan hukum
hakam Islam secara berhemah dan jelaslah bahawa terdapat perkara lain yang perlu diambil
perhatian dahulu dalam merealisasikan Hudud. Selain itu juga, Kerajaan pusat mendakwa hudud
yang disarankan PAS adalah hukum hudud kepunyaan PAS bahkan menggunakan isu ini untuk
memecahkan ummah. Pihak UMNO menolak dakwaan bahawa mereka tidak berusaha dalam
pelaksanaan hukum hudud kerana mereka mengambil pendekatan yang berbeza dengan PAS
terutamanya dalam kekuatan umat Islam dari segi politik dan ekonomi. Tun Dr. Seri Mahathir
Mohamad umpamanya pernah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Hukum
Hudud peringkat Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh (Allahyarham) ProI Ahmad
Ibrahim, seorang tokoh perundangan Islam yang amat diakui oleh masyarakat antarabangsa
dalam menjalankan saranan jawatankuasa tersebut dilaksanakan secara perlahan-lahan tetapi
berterusan. Kerajaan pusat juga menimbangkan pelbagai perkara pembaikan dan pelaksanaan
peringkat bawahan yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan Hudud termasuklah
melakukannya secara sedikit demi sedikit serta memperbaiki kualiti dalam pentadbiran Islam
negeri-negeri.


2.2 PAS
Pihak PAS menolak dakwaan bahawa Hudud adalah kepunyaan PAS kerana konsep Hudud ialah
Hudud Allah yang dipertanggungjawab kepada pemerintah, maka sesiapa sahaja yang menjadi
pemerintah dan memimpin kerajaan kalau dia benar-benar Islam maka dialah yang
bertanggungjawab, kalau yang bernama PAS memerintah maka merekalah yang diwajibkan
menunaikan kewajipan itu, begitu juga kalau sesiapa sahaja yang memerintah menjadi wajib
kepadanya bukannya sunat atau harus. Hudud ialah hak kepunyaan Allah hakimiah Allah) yang
tidak boleh dirampas oleh sesiapa, kalau merampas akan menjadi syirik berdasarkan Firman
Allah Taala: Apakah mereka mempunyai sekutu (syirik) dalam urusan Ad-Din (agama menurut
istilah Islam)Pdalam apa-apa perkara yang tidak dii:in oleh Allah?" (Surah Asy Syuura: Ayat
21). Haji Awang Hadi membidas kenyataan Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad ' Antara kita ada
fuga yang tidak cuba mengikut dan menghayati sifat-sifat yang ada pada AUah SWT. Antara kita
bukan sahafa tidak penyayang dan tidak pengasih, tetapi fuga mudah bertindak dengan tidak
adil kepada umat Islam yang lain dan umat manusia`.

Menurutnya, dalam menghayati siIat-siIat Allah dan namanya yang Maha baik ialah
percaya kepada hukum Hudud dan beramal dengannya kcrana hukum Hudud itu dari Allah Yang
Maha Mengetahui maka dia juga Maha Mengetahui hikmah disebalik hukum Hudud itu, dan
Hudud juga adalah dari Allah S.W.T yang Maha penyayang supaya tidak berlaku kemusnahan
kepada hamba-Nya supaya tidak mengerjakan maksiat di mana semua maksiat merosakkan
hamba-Nya di dunia dan akhirat. Pihak PAS juga menjelaskan keraguan tentang hukum Hudud
berdasarkan kenyataan Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad 'sebagai contoh untuk kafian, kita
boleh mengambil kes rogol, secara ringkas seseorang wanita yang belum kahwin dirogol, ia
membuat pengaduan terhadap orang yang merogolnya, apakah yang akan berlaku dengan kes
ini mengikut undang-undang PAS, iaitu Seksyen 10 berkenaan :ina bahkan perogol tidak
merogol di hadapan saksi dan saksi yang tidak melakukan dosa besar pun sudah sukar
didapati. Dalam menjawab persoalan ini, perlu diIahami bahawa istilah rogol digunakan oleh
undang-undang Barat, iaitu mereka yang dipaksa bersetubuh termasuk juga suami isteri, atau
orang yang tidak cukup umur menurut perhitungan mereka melakukan persetubuhan walaupun

secara suka rela. Istilah ini sedikit sebanyak mempengaruhi perundangan kita dengan penaIsiran
ala Malaysia. Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan yang menegaskan kecuali jika dapat
membuktikan sebaliknya iaitu dia tidak berikrar dengan melakukan zina secara sukarela sudah
cukup menjadi bukti menurut hukum Islam bahkan ikrarnya dengan menuduh orang lain tidak
boleh diterima dengan sewenang-wenang. Islam mengetatkan syarat-syarat saksi supaya Hudud
tidak dilakukan sewenang-wenang, dan penekanan yang diutamakan daripada Hudud bukannya
untuk menjatuhkan hukuman tetapi untuk menghindarkan maksiat dengan hukuman yang
menakutkan. Sekiranya ada sedikit pun kekeliruan di dalam ikrar atau saksi maka tidak boleh
dijatuhkan hukuman Hudud dan hakim berusaha untuk mencari hujah bagi membebaskan orang
yang dituduh, kerana menurut kaedah perundangan Islam orang yang dituduh dikira tidak
bersalah selagi belum dibuktikan. Selain itu, kalau tidak ada bukti sedikit pun, tetapi pada
hakikatnya penjenayah itu sungguh-sungguh bersalah dia menyembunyikan kesalahannya dan
disembunyikan oleh Allah, menurut Islam dia akan dihukum di akhirat dan dalam perkara yang
berhubung dengan hak manusia kalau dia tidak bertaubat di dunia nescaya dia akan dibicarakan
di hadapan Allah dengan yang Maha Adil.

PAS membidas pihak UMNO yang menamakan undang-undang Allah dengan nama
manusia adalah cara yang pernah dilakukan oleh mereka yang menolak ajaran-ajaran rasul-rasul
A.s. di zaman masing-masing dan dipakai oleh para orientalis di zaman muktakhir seperti ajaran
Muhammad dan undang-undang Muhammad. Dalam soal jawab itu lagi, PAS membidas
kenyataan Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa undang-undang PAS tidak akan dikenakan
ke atas orang-orang bukan Islam di Kelantan. Tetapi orang-orang bukan Islam di Kelantan tidak
terletak di bawah undang-undang mana-mana kitab, mereka terletak di bawah undang-undang
ciptaan manusia. PAS menjawab persoalan ini dengan merujuk kenyataan Al-Qurtubi di dalam
taIsirnya iaitu terdapat kekhilaIan di kalangan ulama berhubung dengan kedudukan Ahlul
Zimmah (orang bukan Islam yang menjadi rakyat dalam negara Islam) para ulama taIsir zaman
dahulu di antaranya al-Nakha'ie, al-SyaIi'e dan lain-lain dan menurut pendapat Imam Malik
Rahmatullah mereka diberi pilihan sama ada dihukum dengan hukum Islam atau hukum mereka
seperti yang terdapat dalam kanun jenayah Syariah (II): Seksyen 6 Subseksyen (2). Oleh itu,


tiada timbul isu bahawa orang bukan Islam dipaksa menerima Hudud sekiranya melakukan
kesalahan jenayah seperti dakwaan pihak UMNO. Menurut Haji Awang Hadi lagi, hukum
hudud ini dilihat berdasarkan realiti di Malaysia iaitu Malaysia belum mempunyai ciri-ciri
negara Islam yang sebenar yang membolehkan orang bukan Islam berada di bawah undang-
undang Islam kerana perlembagaannya masih dibelenggu penjajahan, maka menjadi
tanggungjawab Kerajaan Pusat membuat perubahan yang penting ini, atau beri peluang kcpada
Kerajaan Kelantan menunjukkan memerdekakannya. Tambahan lagi, setiap orang yang percaya
kepada adanya hari pembalasan atau hari akhirat tetap menyedari dan percaya bahawa masalah
undang-undang tidak selesai di dunia. Pendapat mazhab yang menyatakan orang-orang bukan
Islam tidak dikenakan hukum hudud kepada mereka tidak selesai di dunia, kerana mereka tidak
tcrlcpas daripada hukuman di hari akhirat. Orang Islam yang dihukum di dunia dengan hukum
hudud dibebaskan daripada dihukum di akhirat kerana kesalahan yang dilakukan itu, kerana
dosanya hilang dengan dijatuhkan hukuman itu dan di antara tujuan hudud itu ialah
menghilangkan dosa.
















10
2.3 KetakIahaman Masyarakat dan Pemimpin Bukan Islam tentang hukum Hudud.
Masyarakat bukan Islam tidak menyokong Hudud kerana tidak Iaham akan hukum Hudud dan
cara pelaksanaannya kerana tidak didedahkan dengan hukum Islam. Hukum Hudud adalah salah
satu daripada tiga cabang di dalam undang-undang jenayah Islam iaitu Qisas yang berkaitan
dengan hak sesama manusia berhubung dengan penyeksaan seperti membunuh dan meluka,
Hudud dalam perkara yang berhubung dengan hak Allah atau berhimpunnya hak Allah dan
manusia iaitu kesalahan yang berhubung keperluan memelihara agama, nyawa, akal, maruah,
keturunan dan keperluan menjaga harta dan Takzir dalam perkara yang tidak ada nas daripada
al-Quran dan hadis di mana urusannya terserah kepada pemerintah atau kebijaksanaan
mahkamah dengan kaedah-kaedah dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam. Kebimbangan
ketidakadilan tidak timbul dan tidak berlaku sekiranya merujuk kepada syarat-syarat dan
keterangan-keterangan yang berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud itu seperti syarat-
syarat saksi, ikrar (mengaku salah), keterangan-keterangan yang Iain dan sebagainya. Hukum
Hudud sebenarnya berkait dengan aspek rohani masalah dosa pahala dan hukuman balasan di
hari akhirat di mana aspek ini tidak ada dalam undang-undang ciptaan manusia yang diamalkan
pada hari ini kerana undang-undang manusia hanyalah menyatakan hukuman di dunia sahaja dan
tidak ada pengawasan dari aspek rohani. Ilmu, penjelasan dan praktikal tentang perkara-perkara
ikrar, saksi dan keterangan yang lain perlu diberikan kepada orang-orang bukan Islam di
Malaysia kerana mereka masih terlalu awal mengenali Hudud dan mereka pula dikelirukan oleh
media masa yang tidak beriman kepada hukum Allah. Namun demikian, bagi orang-orang Islam
Hudud menjadi perkara wajib ke atas mereka kerana berkait rapat dengan rukun Iman dan Islam
bahkan apabila orang Islam dikenakan hukuman Hudud, akhlak masyarakat Islam lebih terkawal
dan mereka menjadi masyarakat yang bermaruah, mulia, dan berwibawa.. Sekiranya merujuk
kepada ajaran Islam secara menyeluruh kekeliruan tidak akan timbul, kekeliruan yang timbul
kerana masyarakat bukan Islam membuat perhitungan dengan berpaksikan Iikiran Barat dan
neraca Barat. Tambahan lagi, berdasarkan Kanun jenayah Syariah (II): Seksyen 6 Subseksyen
(2) tidak ada apa-apa di dalam enakmen ini yang menghalang seseorang bukan Islam daripada
membuat pilihan supaya enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa-apa kesalahan yang
dilakukan olehnya dalam Negeri Kelantan dan sekiranya seseorang bukan Islam itu membuat
pilihan sedemikian, maka peruntukan enakmen ini hendaklah terpakai ke atasnya seperti juga
11
peruntukan tersebut terpakai ke atas orang-orang Islam. Kanun Jenayah Syariah (II) tidaklah
bermakna membebaskan sewenang-wenang orang-orang bukan Islam tetapi mestilah dihukum
mengikut pilihan mereka dengan memberi kelonggaran. Disamping itu juga, sains telah
membuktikan hukum hudud bukannya hukum zalim yang membawa keburukan sebaliknya,
Hudud mempunyai kebaikan dan hikmah untuk umat manusia. Mengambil contoh penzina yang
belum berkahwin, mereka sebenarnya mempunyai antibody T LimIosit yang kuat dan masih
bertenaga dan sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T
LimIositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T LimIositnya
musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami
kelumpuhan dan Iibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T yang baru. Kesannya,
badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit(AIDS) akan menyerang namun,
pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan tetapi dengan syarat ia mesti
didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilan sel-
sel T yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada Iibrosis.
Kaedah terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang
di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T yang
baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T LimIositnya
itu boleh menguasai HIV AIDS. Sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin dan dihinggapi
virus AIDS, sel-sel T mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T kepunyaan mereka
yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami
sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan ke arah
menghasilkan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak
akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan
penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping
memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang
sama.


12
2. Pendirian Rakyat/Masyarakat Islam

Masyarakat Islam Malaysia pula sebaliknya berhadapan dengan dilemma kerana kuasa
berkenaan pelaksanaan hukum hudud ini terletak pada keputusan pemerintah. Hukum Hudud
dilihat sebagai permainan politik yang digunakan dalam manisIesto sebagai umpan untuk
pengundian parti menyebabkan masyarakat menjadi kurang berminat dengan isu ini. Selain itu,
terdapat juga masyarakat Islam yang menyokong dan menolak Hudud namun bagi yang
menyokong mereka juga masih tidak mampu melaksanakan hukum Hudud kerana terikat dengan
keputusan pemimpin. Tambahan lagi, pihak media hanya menunjukkan Hudud sebagai punca
perbalahan antara parti pemerintah dan PAS tanpa adanya satu sesi dialog, perbincangan,
ataupun soal jawab terbuka di media mengenai elemen-elemen hukum hudud, apakah justiIikasi
dan implikasinya dalam masyarakat. Jesteru, rakyat yang beragama Islam umpama lalang yang
ditiup angin kerana sokongan mahupun penolakan berkenaan hukum Hudud masih tertakluk
kepada bidang kuasa kerajaan pusat dalam pelaksanaannya.


2. Masalah Sistem Perundangan Malaysia
Sistem perundangan Malaysia didasari oleh Common Law atau Undang-undang Inggeris
menyebabkan implementasi hukum Hudud sukar dilaksanakan kerana dalam mengubal dan
mewujudkan 2 sistem perundangan yang berbeza tentunya memerlukan kos yang tinggi dan akan
membebankan kerajaan Malaysia. Undang-undang Islam dan bidang kuasa Makhamah Syariah
sedia ada sebenarnya tidak mencukupi dan terhad jika dibandingkan dengan Makhamah Sivil
dimana had hukuman maksimum ini telah ditingkatkan pada tahun 16 dengan denda seribu
atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Undang-undang Syariah
bersumberkan autoritatiI yang ketat dan tegas, namun kodiIikasinya berinspirasikan undang-
undang Barat ini telah menukarkan undang-undang Syariah dari undang-undang Iuqaha (jurists
law) kepada undang-undang yang digubal dan dibuat oleh badan perundangan negara (statutory
law).
13
Di negara-negara Islam pada masa kini, penggubalan undang-undang baru adalah didesak
oleh Iaktor-Iaktor politik, sosial dan ekonomi dan kebanyakannya tidak mengikut peraturan-
peraturan yang digaris pandukan oleh metodologi tradisi dalam bidang pengajian usul al-Iiqh,
malahan ianya terpengaruh secara langsung dengan presepsi perundangan Barat. Di Malaysia,
kuasa bertindih antara Mahkamah Syariah dan Sivil cuba diselesaikan setelah Perlembagaan
Persekutuan dipinda pada tahun 1. Pindaan itu dilakukan kepada Perkara 121(1A),
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sekiranya masih terdapat banyak peruntukan
kesalahan jenayah Syariah yang masih belum dikuatkuasakan namun hanya beberapa peruntukan
sahaja yang lebih kerap digunakan seperti kesalahan khalwat dan matrimoni berbanding dengan
kesalahan-kesalahan lain. Penelitian mengenai isu semasa mendapati undang-undang Syariah
merujuk kepada beberapa isu sahaja iaitu ketidakseragaman dan konIlik undang-undang,
kesalahan murtad, ajaran sesat dan kesalahan khalwat yang mendominasi. Isu sebegini
menyerlahkan kelemahan dan kekurangan undang-undang pentadbiran Islam di Malaysia
khususnya dari aspek undang-undang jenayah Syariah. Seharusnya Malaysia yang telah
mencapai kemerdekaan tahun, mempunyai mahkamah Syariah yang bidang kuasanya yang
setaraI dengan mahkamah sivil dan diberikan hak secara ekslusiI untuk selaras dengan roh
perlembagaan Malaysia yang menyebut secara jelas bahawa agama Islam adalah agama
persekutuan.







1
3.0 KAEDAH MENANGANI KRISIS


















4.0 PENUTUP

Isu pelaksanaan hukum Hudud telah menyebabkan suasana politik Malaysia bergetar sekali lagi
kerana pihak kerajaan pusat, pihak PAS dan masyrakat bukan Islam masing-masing dengan
pendirian dan persepsi mereka mengenai hukum hudud sama ada menyokong atau menolak
hukum Hudud. Hal ini telah menyebabkan hubungan dengan pihak bertelagah kurang mesra
kerana masing-masing mahu mengatakan persepsi dan pendirian merekalah yang betul. Tindakan
kedua-dua pihak yang meletakkan isu Hudud sebagai Iokus dalam menghentam peribadi pihak
yang bertentangan dalam ceramah politik dan akhbar mereka tidak akan memberikan penjelasan
yang sebenar tentang intipati hukum Hudud kepada masyrakat bukan Islam dan juga masyarakat
Islam sendiri. Jesteru, adalah lebih hemat sekiranya isu pelaksanaan ini dibincangkan secara
akademik bukannya politik kerana pihak kerajaan pusta mahupun pembangkang masing-masing
juga mahu memperjuangkan matlmat yang sama dalam membangunkan dan mewujudkan
Malaysia sebagai masyrakat madani(civil society).





















RU1UKAN
1. Isu Hudud : Haji Awang Hadi Jawab Mahathir.1. Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan
Pas Pusat.
2.

You might also like