You are on page 1of 6

Pengenalan Negara ialah sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah pemerintahan dan penyelenggaraan

sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Bangsa pula merujuk kepada satu komuniti orang ramai atau komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah, dirapatkan melalui perkongsian wilayah dan ekonomi bersama, serta mempunyai unsurunsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama. Menurut Kamus Dewan (1994: 924), negara bangsa didefinisikan sebagai negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara bangsa pula adalah merupakan satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan di kalangan semua penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980). Ia bererti mewujudkan sentimen satu bangsa dan satu negara serta melahirkan keperibadian bangsa (Faizal Othman,1993). Secara umunnya, negara bangsa dapat didefinasikan kepada pembentukan berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti. Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa, kaum dan agama seperti Malaysia, usaha membina negara bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup bersatu padu dan saling hormat-menghormati. Mereka mengamalkan konsep penerimaan, walaupun mereka berbeza kaum. Usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara dalam era globalisasi dan perkembangan informasi teknologi dan komunikasi yang pesat. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. Matlamat dan dasar dalam teras membina negara bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya

saintifik serta bersatu padu. Sehubungan dengan itu, menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanakkanak adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Justeru, beberapa penekanan perlu diberi perhatian bagi memastikan langkah pembinaan negara bangsa sejajar dengan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Ini termasuklah pengukuhan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan, integrasi nasional, kewarganegaraan, patriotisme dan demokrasi. Pemangkinan negara bangsa memerlukan integrasi dalam masyarakat Malaysia. Walaupun berbeza dari segi pemahaman dan kepercayaan, pemupukan dan pengukuhan perpaduan adalah agenda utama kerajaan untuk membentuk negara yang aman dan makmur. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menanam semangat nasionalisme dalam diri sendiri. Terdapat tiga faktor yang mendominasi ke arah membentuk satu negara bangsa Malaysia, iaitu faktor politik, ekonomi, dan sosial. Mengikut Ranjit (1996), faktor politik dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Kestabilan politik dan keamanan di dalam negera telah dihasilkan oleh kerjasama dan pakatan politik pelbagai kaum dalam Barisan Nasional. Faktor politik juga merupakan ciri dasar ke arah mempercepatkan agenda pembinaan negara bangsa ini. Kestabilan politik menjadi syarat utama kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Dari segi faktor ekonomi, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru merupakan perkara yang sering dikaitkan dengan pembinaan negara bangsa Malaysia. Selepas merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah ditentukan dengan sesuatu kumpulan etnik. Faktor sosial yang mempengaruhi pembinaan negara bangsa Malaysia pula merangkumi peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa

Kebangsaan. Melalui perkara-perkara ini, banyak perbincangan yang dapat dilakukan bagi menghasilkan satu identiti nasional negara bangsa Malaysia yang dibentuk. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukan satu identiti nasional dan titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mungkin dapat dilaksanakan. Agenda pembinaan negara bangsa menjadi lebih penting kepada negara ini kerana mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai persepsi atau tanggapan tersendiri terhadap kaum lain. Walaupun perhubungan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia bertambah baik tetapi pemisahan sosial masih wujud. Ini pastinya akan memperkukuhkan perasaan perkauman. Pendekatan yang dapat merapatkan jurang akan meningkatkan sikap penerimaan yang lebih terbuka dan saling mempercayai antara kaum. Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang menyentuh sensitiviti kaum timbul dan sering diperdebatkan. Dalam dunia politik di Malaysia, konflik perkauman telah menjadi bahasa rasmi bagi perbantahan mereka. Hubungan etnik yang stabil amat diperlukan dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, bahasa, budaya dan etnik. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan sangat nyata dalam masyarakat majmuk. Apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan masingmasing, perbezaan ini menjadi amat sukar. Polarisasi antara etnik wujud sekiranya setiap etnik itu lebih mengutamakan anggotanya dalam memilih sahabat dan mendapatkan pekerjaan. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat. Hubungan etnik di Malaysia mengalami perubahan turun naik. Tragedi 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara yang menunjukkan bahawa perlaksanaan dasar pada masa dahulu kurang berkesan dalam menghadapi masalah perkauman yang wujud. Peristiwa hitam ini berlaku disebabkan oleh perjalanan kempen pilihanraya yang dipenuhi dengan isu-isu perkauman yang sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu. Tragedi

ini yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta harta benda masyarakat. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut membentangkan rahsia pembinaan negara bangsa yang merangkumi bidang politik, sosial dan ekonomi serta bagaimana pentingnya integrasi nasional. Dari aspek agama pula, kepercayaan kepada Tuhan menurut agama masingmasing ditetapkan sebagai asas Rukun Negara, dan kehidupan rakyat adalah berasaskan pada pegangan agama. Hubungan antara agama khususnya Islam dan bukan Islam menjadi semakin penting. Secara umumnya, hubungan antara agama adalah baik, namun hubungan ini telah menjadi isu yang sensitif. Dua contoh yang ketara dan menimbulkan keadaan yang agak tegang di kalangan masyarakat Islam dan bukan-Islam ialah kes Lina Joy yang asalnya beragama Islam tetapi menukar agamanya kepada Kristian. Di mana kes yang kedua melibatkan Moorthy, seorang India bekas pendaki Gunung Everest, yang asalnya beragama Hindu, tetapi memeluk Islam tanpa memberitahu keluarganya. Dari aspek politik pula, masyarakat India yang kebanyakannya beragama Hindu telah mendirikan banyak kuil di kawasan ladang dan kebanyakannya tidak berdaftar. Dengan arus perubahan yang melanda Malaysia, banyak kawasan ladang dibangunkan dan ini mengakibatkan konflik antara pihak berkuasa tempatan yang hendak struktur haram dimusnahkan telah berhadapan dengan tentangan masyarakat Hindu. Dari segi kebumiputeraan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang berpusat di Kuala Lumpur telah mengemukakan permintaan dan meluaskan polisi perkauman yang mendapat ruang yang cukup luas dalam media massa tempatan. Misalnya, syair Cecil Rajendra, bertajuk The Kingdom of Purplaya, yang diterbitkan telah menimbulkan perselisihan pendapat antara dua pihak apabila beberapa kumpulan Melayu mendakwa bahawa penyair tersebut mengecam kaum Melayu dan mencabar hak istimewa kaum tersebut sebagai kaum asal di Malaysia.

Konsep kewarganegaraan pada tahap negeri yang agak berbeza daripada kewarganegaraan pada tahap kebangsaan menekan lagi keadaan di mana kaum bumiputera tidak dilayani dengan sama berdasarkan tempat asal mereka. Secara ringkas, rakyat Semenanjung Malaysia dilayan sebagai pendatang asing di Sabah dan Sarawak, manakala rakyat Sabah dan Sarawak pula dilayan sebagai pendatang asing di Semenanjung Malaysia. Dari aspek pendidikan pula, isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) telah menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Melayu terutama golongan pendidik, pemimpin masyarakat dan politik. Isu ini berpunca daripada satu laporan di mana pelajar bumiputera tidak mampu memenuhi kuota yang disediakan oleh IPTA berkenaan. Masyarakat Melayu semakin risau apabila Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kesediaan kerajaan menghapuskan sistem kuota bagi kemasukan pelajar ke IPTA sekiranya langkah itu dipersetujui oleh rakyat. Kenyataan itu telah menimbulkan banyak kegiatan dari pelbagai pihak. Ada pihak yang menyokong, bimbang dan ada juga yang membantah kerana mereka pandang tindakan itu sebagai merampas hak bumiputera. Di samping itu, pemimpin-pemimpin kita kerap mengemukakan masalah perkauman. Tanpa mengira di universiti ataupun di pejabat dan lain-lain tempat, sesiapa pun boleh rasa bahawa rakyat biasa lebih gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama. Kerajaan telah mengambil langkah mengatasi dengan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) supaya para remaja tidak perlu takut dan malu untuk berkawan atau bergaul dengan rakan-rakan dari kaum lain. Walaupun usaha ini harus dilakukan, tetapi ia bukan merupakan satu cara penyelesaian yang paling sesuai untuk mengatasi masalah perkauman yang telah mencapai ke tahap yang kritikal. Semua masyarakat mesti bersedia untuk mencapai persetujuan dengan cara bertolak ansur. Dalam iklim masyarakat yang majmuk, hanya mencapai persetujuan akan mengelakkan keganasan dan huru-hara. Apa yang kita mesti tumpukan ialah masalah perpaduan. Sesuatu sistem yang pada asasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut keturunan akan menyumbang

kepada

kepelbagaian

kaum.

Tanpa

mengira

apa

sahaja

sistem

sekalipun, asalkan mengikut dasar pemecahan rakyat dari segi kaum, ia akan tetap gagal menyatupadukan rakyat di Malaysia ini.

You might also like