You are on page 1of 11

1

FIQH MUNAKAHAT (PPPG 2163)



TAJUK:
PERKAHWINAN SINDIKET DI MALAYSIA

DISELIA OLEH:
USTAZ MAT NOOR BIN MAT ZAIN
AHLI KUMPULAN
NOR AZAM BIN OMAR A132847
WAWAN SETIAWAN BIN ABD. GHAFFAR A131225


JABATAN SYARIAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN Malaysia




Isi kandungan.
Perkara muka surat
1. Pengenalan 1

2. DeIinisi perkahwinan sindiket 1

3. Faktor-Iaktor berlakunya perkahwinan sindiket 2
Poligami
Wali enggan
Terlalu percaya kepada sesetengah individu
Perkahwinan dengan warganegara asing

4. Kesan 3
Individu
Keluarga
Masyarakat

5. Masalah yang dihadapi selepas perkahwinan sindiket 4
Tidak dapat daItar sijil lahir anak
Persekolahan anak
Kesahihan perkahwinan & keturunan diragui


6. Penyelesaian masalah 6

7. Rumusan 8

8. Rujukan 9



Pengenalan.
Sejak akhir-akhir ini, acap kali terpampang di dada-dada akhbar mengenai anak gadis kita mengikut
jejaka luar bernikah di sempadan. Tidak kurang pula dengan kes anak gadis yang mengikut pasangan
bernikah di sempadan. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan terhadap kesahan pernikahan
mereka. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai ' Perkahwinan Sindiket di Malaysia. Seperti
yang telah ditulis di atas, sememangnya pernikahan secara sindiket ini membimbangkan banyak pihak. Ia
bukan sahaja menyukarkan pasangan di kemudian hari, malah zuriat pasangan tersebut juga diragui
statusnya, malah mereka bakal berdepan dengan kesukaran untuk mendapat pelbagai kemudahan dan
subsidi yang disediakan lantaran keraguan terhadap status perkahwinan ibu bapa mereka.
Justeru itu, diharapkan dengan pembentangan ketas kerja ini dapat membantu memahami cirri-
ciri perkahwinan sindiket di samping dapat mengetahui sedikit sebanyak perkara-perkara yang perlu di
ambil kira oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga seperti individu yang akan menikahkan
dan sebagainya. Waallahu a`lam.

Definisi
Pernikahan dari segi bahasa bermaksud berdakap, berhimpun dan bertaut.
1
Menurut istilah syarak pula
bermaksud satu akad yang mengharuskan hubungan suami isteri dalam bentuk yang dibenarkan oleh
syarak secara berterusan. Manakala sindiket pula bermaksud sebuah kumpulan yang menjalankan
kegiatan-kegiatan haram.
2
Nikah sindiket ini boleh dideIinisikan sebagai pernikahan yang dilangsungkan
di dalam Negara mahupun luar negara tanpa mendapatkan pengesahan yang sah dari segi syarak atau
tidak melalui prosedur yg sah di sisi undang-undang negara. Selain daripada itu,nikah sindiket ini juga
boleh diklasiIikasikan sebagai pernikahan yang tidak dilangsungkan di tempat bermastautin dan bukan
dari pihak yang bertauliah atau dalam erti kata lain bukan jurunikah yang sah atau tidak diiktiraI oleh
pihak jabatan agama islam negara terbabit. Ada juga yang mendeIinisikan nikah sindiket sebagai sesuatu
perkahwinan yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang tidak mempunyai otoriti bagi mendaItarkan sesuatu
perkahwinan.
3



1
Kamus Dewan Edisi Ke-4 Dewan Bahasa .2005.

lbld

hLLp//lbnnordlnblogspoLcom/11//kahwlnlarlkahwlnslndlkeLsuaLuhLml




Faktor-faktor berlakunya perkahwinan sindiket.

Setiap sesuatu yang berlaku pasti mempunyai sebab. Oleh yang demikian, perkahwinan sindiket ini turut
dipengaruhi beberapa Iaktor yang mendorong berlakunya sindiket-sindiket dalam memalsukan
perkahwinan. Antara contoh-contohnya adalah seperti berikut :
I. Poligami
Pasangan yang terlibat berkemungkinan tidak mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada
pihak mahkamah atau berhasrat untuk merahsiakannya daripada pengetahuan isteri sedia ada.
II. Wali enggan
Perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh wali, sama ada perkahwinan itu melibatkan poligami
atau tidak , wali tidak bersetuju dengan pasangan pilihan si anak dan lain-lain.
III. Terlalu percaya kepada individu tertentu
Antara sebab perkahwinan sindiket ini berlaku, adalah sikap terlalu mempercayai individu-
individu tertentu. Malah ada antara individu yang terlibat turut digelar ustaz. Inilah antara sikap
yang Iaktor yang perlu diberi perhatian. Ada kalanya, pasangan yang ingin bernikah tidak
mengetahui yang sebenarnya mereka telah terbabit dalam sindiket memalsukan perkahwinan.
IV. Perkahwinan dengan warganegara asing
Perkahwinan dengan warganegara asing sememangnya mempunyai beberapa prosedur penting.
Tambahan pula, ramai anak gadis sekarang yang terpikat dengan jejaka seberang. Oleh yang
demikian, demi memungkinkan cinta sejati mereka, sindiket-sindiket seperti ini menjadi pilihan
utama mereka. Apatah lagi jika pasangan mereka itu merupakan pendatang asing tanpa izin.







esan pernikahan sindiket.

Nikah sindiket secara khususnya memberikan kesan kepada individu itu sendiri. Namun demikian, kesan
nikah sindiket ini juga turut memberikan kesan kepada keluarga, dan masyarakat. Pepatah melayu ada
mengatakan, ' kerana kerbau seekor, habis semua terpalit lumpur. Ini diibaratkan kerana segelintir
masyarakat yang menggunakan khidmat nikah sindiket ini, hampir kesemua yang mempunyai kaitan akan
turut merasai kesannya. Kesan-kesan nikah sindiket kepada individu, keluarga dan masyarakat dapat
dilihat seperti di bawah.

I. Kesan kepada individu
Individu yang mengalaminya sendiri pasti akan lebih terkesan berbanding dengan individu lain.
Pasangan yang bernikah secara sindiket akan melalui proses-proses birokrasi bagi mendaItarkan
perkahwinan mereka menurut undang-undang Malaysia. Mereka juga berkemungkinan akan
didenda kerana melakukan akad nikah dengan tidak berlandaskan undang-undang. Undang-
undang yang dicipta Jabatan Agama Islam bukan berniat untuk menyukarkan hidup orang Islam,
sebaliknya hanyalah untuk memastikan kelancaran proses disamping mengelakkan berbangkitnya
masalah-masalah jika tidak dilakukan sedemkian. Mereka perlu berdepan dengan masyarakat
yang mungkin akan memandang serong kepada mereka lantaran kesilapan yang mereka pernah
lakukan.
II. Kesan kepada keluarga
Keluarga pasti akan mendapat tempias hasil dari perlakuan anak-anak. Pertamanya, mereka akan
menerima pelbagai tohmahan daripada masyarakat sekeliling mengenai anak mereka. Pastinya
ibu bapa akan merasa malu terhadap perlakuan anak mereka kerana kahwin lari dan sebagainya.
Antara lain, ia juga turut memberikan kesan terhadap hubungan kekeluargaan diantara mereka.
III. Kesan kepada masyarakat
Masyarakat hari ini sememangnya mempunyai beberapa sikap negative yang harus diubah.
Masyarakat hari ini mudah dan begitu cepat melabel dan mengata pelaku dan keluarga mereka.
Ini menyebabkan keluarga mereka menanggang malu di atas kesalahan yang mereka pernah
lekukan seakan-akan ianya terlalu besar.


asalah Selepas Nikah Sindiket

1. Kesahihan Perkahwinan dan Keturunan Diragui
Nikah sindiket selalunya dikatakan sebagai jalan keluar kepada permasalahan yang dihadapi oleh
pasangan yang terdesak . Impak nikah sindiket adalah sangat besar kerana ia melibatkan
kesahihah sesebuah pernikahan dan jika pernikahan itu tidak sah maka ia akan melahirkan anak
tidak sah taraI . Ini boleh mengakibatkan kecelaruan pada nasab umat Islam itu sendiri serta
merosakkan sistem kekeluargaan sedia ada . Hak anak dan isteri juga akan terabai dan jika ia
tidak didaItarkan maka keadaan akan lebih sukar dan sulit .
4


2. Sukar MendaItar Sijil Lahir Anak
Punca berlakunya masalah ini adalah disebabkan berkahwin di luar negara seperti di
Thailand,Indonesia dan sebagainya tetapi tidak berkahwin di Malaysia. Apabila mereka tidak
berkahwin di Malaysia, ini bermakna tiada pengesahan perkahwinan mereka di Malaysia. Ini
akan menyukarkan proses pendaItaran kelahiran anak. Bagi membolehkan anak mereka
didaItarkan kelahirannya di Malaysia, perlulah melalui proses pengesahan nikah di Malaysia
untuk mendapatkan sijil nikah.Seksyen 12(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan)1984 (Akta 303) menyebut sesuatu perkahwinan bersalahan dengan akta itu
tidak bolehdidaItarkan. Subseksyen (2) Seksyen 12 menyatakan, tanpa menjejaskan Seksyen
40(2)mengenai penalti kesalahan, sesuatu perkahwinan itu jika sah mengikut hukum syarak boleh
didaItarkan mengikut akta itu dengan perintah daripada mahkamah. Ia bermaksud, walaupun
sesuatu perkahwinan itu dilakukan tidak mengikut prosedur ditetapkan akta, tetapi ia sah
mengikut hukum syarak, maka ia masih boleh didaItarkan mengikut akta ini dengan mendapatkan
perintah mahkamah terlebih dahulu.
Tambahan lagi, punca berlakunya kes seperti ini adalah kerana si suami
tidak mendaItarkan isteri sebagai warganegara sebelum berkahwin. Bukan itu sahaja, si suami
juga berkemungkinan takut kalau isterinya akan di tangkap oleh imigresen. Seterusnya,
berkahwin menggunakan juru nikah yang tidak bertauliah. Perkara ini sudah terang-terangan
bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Ia tidak boleh didaItarkan dan surat perakuan
nikah tidak boleh dikeluarkan.Kesedaran yang cetek tentang undang-undang juga menjadi punca
perkara ini berlaku.Sebelum berkahwin, kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang undang-
undang tentang perkahwinan yangdiperuntukkan di Malaysia selain dari menganggap

4
http://www.islam.my/sah-nikah-sah-nasabE280A6


perkahwinan adalah perkara yang tidak perlu diambil berat dan di anggap sambil
lewa. Kemungkinan si suami mahu berpoligami tetapi tidak mahu isteri pertama mengetahuinya.
Apabila bernikah di sempadan, pelbagai masalah melanda kerana hukum nikah sah tetapi
mereka tidak dapat menunjukkan sijil nikah yang sah apabila di negara ini.
Punca lain ialah taraI pernikahan diragui oleh Makhamah Syariah berikutan kerana
pihak yang menjadi wali tidak menepati syarat yang diperuntukkan di dalam Islam. Wali hakim
hanyalah dibenarkan sekiranya tiada bapa ataupun ahli keluarga lelaki bagi perempuan yang ingin
berkahwin tersebut
5
.

3. Persekolahan Anak
Masalah lain yang boleh timbul sekiranya nikah sindiket dilakukan ialah anak mereka akan
mendapat kesukaran bagi mendaItarkan mereka bersekolah. Hal ini kerana setiap daripada pelajar
sekolah mestilah mempunyai sijil kelahiran bagi melayakkan mereka bersekolah. Sijil kelahiran
adalah berperanan sebagai identiti diri bagi seseorang pelajar. Tanpa sijil kelahiran, sukar bagi
pihak sekolah untuk mendapatkan pengenalan diri pelajar Sijil kelahiran bukanlah diperlukan
bagi sesetengah sekolah sahaja, malah ia adalah selaras di seluruh Malaysia. Peraturan utama
untuk mendaItarkan anak sekolah ialah sijil kelahiran anak. Sijil kelahiran juga berperanan bagi
memastikan anak yang dilahirkan adalah sah taraI atau lahir daripada perkahwinan yang halal di
sisi Islam.
Kesan lain yang dapat dilihat ialah anak yang tidak mempunyai sijil kelahiran akan
dipandang serong oleh masyarakat kerana biasanya anak-anak yang terhasil daripada perbuatan
zina sahaja yang tidak mempunyai sijil kelahiran kerana tidak mempunyai sijil pernikahan
ibubapa. Selain itu, kesan lain yang timbul adalah sukar mendapat pekerjaan kerana
tidak mempunyai pengenalan diri. Ini menyukarkan sesebuah syarikat atau tempat pekerjaan
menerima mereka sebagai pekerja. Ini kerana ditakuti mereka bukan warganegara Malaysia yang
sah ataupun mereka pendatang tanpa izin. Mereka juga akan berhadapan masalah ketika ingin
berkahwin kelak kerana untuk memperoleh sijil perkahwinan seseorang itu mestilah mempunyai
pengenalan diri sebelum boleh didaItarkan perkahwinannya.
Selain itu, sekiranya anak tersebut menghadapi masalah kesihatan, pihak pengurusan
hospital tidak dapat memberikan rawatan kepada anak tersebut kerana anak tersebut tidak
mempunyai rekod pendaItaran kelahiran bagi warganegara Malaysia. Bukan itu sahaja, kita juga
boleh mengaitkan isu ini dengan aktiviti sosial yang rancak membangun kini dari pelbagai

https://darululumonline.wordpress.com/2009/12/29/nikah-sindiket-rosakkan-nasab/


golongan remaja yang terlibat dengan pelbagai aktiviti yang kurang sihat. Hal ini berlaku kerana
berpunca daripada masalah seperti ini yang kurang perhatian daripada ibu bapa dan masalah
status anak tersebut
6
.



Penyelesaian asalah Perkahwinan Sindiket

Dewasa ini, sindiket pernikahan haram semakin menjadi-jadi bagaicendawan tumbuh selepas
hujan.Perkara ini harus dibendung atau dibanteras agar perkahwinan dan institusi keluarga islam di
Negara ini tidak seperti dipermainkan begitu sahaja. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil agar
boleh mengatasi dan mengelakkan masalah sindiket pernikahan haram ini terus menjadi-jadi dan semakin
serius dan mungkin berpotensi menjadi Duri Dalam Daging dalam kalangan umat beragama islam.
Langkah pertama yang boleh kita ambil untuk membendung gejala ini ialah meningkatkan penguatkuasaan
dan pemantauan. Langkah ini penting bagi memastikan perkahwinan dan institusi keluarga islam di negara ini
tidak dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selain mengelakkan lebih banyak pihak menjadi mangsa
sindiket pernikahan haram ini. Ia juga bagi memastikan intitusi keluarga islam dibina di atas asas yang
kukuh, sah dari segi hukum syarak dan bebas daripada segala risiko perpecahan atau perceraian.
Selain daripada itu juga, peranan keluarga juga amat penting dalam hal ini. Ibu bapa harus
memainkan peranan dalam memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka yang berkeinginan
untuk mendirikan rumahtangga. Mereka harus menitikberatkan dari pelbagai sudut seperti dari hukum
syarak. Selain itu,ibubapa haruslah berIikiran terbuka dan kearah yang positiI seterusnya tidak terlalu
memaksa dan memberi tekanan kepada anak-anak mereka apabila mereka hendak berkahwin.
Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan pendedahan tentang salahnya pernikahan melalui sindiket
ini kepada golongan yang berpotensi menjadi mangsa dan pelakunya khususnya golongan remaja masa
kini yang kurang berpengetahuan tentang ilmu agama. Pendedahan ini haruslah dilakukan bermula dari
peringkat sekolah lagi agar para pelajar akan sedar akan salahnya pernikahan seperti ini. Setiap pasangan
tidak harus mengambil jalan mudah dengan menggunakan daItar nikah sindiket tanpa menghiraukan
impak yang akan berlaku terhadap pasangan terbabit pada masa akan datang.
Langkah lain ialah sebelum berkahwin samada di dalam negara atau pun di luar Negara pastikan
jurunikah yang dipilih adalah yang sah bukannya jurunikah asing. Sekarang, terdapat banyak sindiket
jurunikah palsu yang seakan-akan jurunikah yang sebenar. Antara langkah lain ialah sekiranya
perkahwinan dilakukan di luar Negara, pastikan sejurus selepas pulang ke Malaysia terus mendaItarkan

6
http://www.scribd.com/doc/49246343/NIKAH-12


perkahwinan di Malaysia bagi mengelakkan daripada sebarang masalah sebelum isteri mengandung. Hal
ini kerana,semasa menunggu untuk mendapat sijil pernikahan di Malaysia, proses yang dilakukan
memakan masa yang lama. Hal ini akan menjadi lebih rumit seandainya isteri telah pun melahirkan anak.
Ini akan memberi kesan terhadap anak tersebut. Selain daripada proses pendaItaran semula,pasangan
terpaksa menanggung denda yang dikenakan oleh Makhamah Syariah.
Setiap permasalahan ada langkah mengatasinya. Antara langkah lain untuk mengatasi
permasalahan ini adalah pihak Jabatan PendaItaran Negara perlulah mendedahkan tentang pendaItaraan
kewarganegaraan untuk orang asing yang menetap di Malaysia sebagai warganegara agar generasi mereka
tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan sijil kelahiran dengan mengikut prosedur yang betul.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan perlulah memudahkan sistem pendaItaran ini agar isu berkaitan masalah
ini dapat di bendung seterusnya dapat mengurangkan permasalahan ini dalam masa yang terdekat.
Tambahan pula, bagi orang ramai yang mengetahui sistem ini, mereka perlulah membantu dengan
memberikan pendapat serta dorongan agar masalah ini dapat diselesaikan serta dapat mengurangkan kes
anak luar nikah sekiranya kes ibu bapa kepada anak tesebut tidak dapat kelulusan sijil pernikahan
mereka.
Selain itu,pihak Mahkamah perlu melaksanakan atau menggubal undang-undang yang sesuai
dengan keadaan semasa di mana enakmen perlu dikaji semula supaya boleh mendatangkan kebaikan
kepada semua pihak. PendaItaran kelahiran yang mana dokumen perkahwinan tidak dapat dikemukakan
semasa pendaItaran kelahiran kerana tidak disahkan atau belum mendaItar dengan Mahkamah Syariah,
pembetulan ke atas sijil kelahiran iaitu kemasukan maklumat bapa boleh dibuat bila-bila masa hatta anak
tersebut sudah mencapai umur dewasa. Yang penting, ia disertakan dengan surat pengesahan perkahwinan
ibu bapa. Seterusnya,ibu bapa janganlah terlalu memilih atau mementingkan status pasangan si anak. Hal
ini dapat membuatkan anak memberontak dan membuat keputusan untuk berkahwin tanpa restu ibu
bapa
7
.









http://www.scribd.com/doc/49246343/NIKAH-12
1

#umusan
Berdasarkan apa yang telah ditulis di atas, dapat kami rumuskan di sini bahawa nikah sindiket merupakan
suatu wacana dan media perkhidmatan dalam merealisasikan pernikahan secara mudah. Ramai dari
kalangan anak muda pada hari ini yang menganggap pernikahan suatu perkara mudah, namun hakikatnya
ianya merupakan perkara yang sulit dan rumit. Jika tersilap lungkah, kemungkinan pernikahan itu tidak
sah dan sebagainya.
Oleh yang demikian, bercambahnya sindiket pernikahan palsu ini perlu dibendung secara serius
kerana ianya akan melibatkan bermacam masalah apabila ia sudah dilaksanakan. Pertamanya pasti
keluarga akan menanggung malu dan berkecil hati atas tindakan anak-anak. Oleh yang demikian, bagi
mereka yang terIikir untuk mengambil jalan mudah, Iikirkan dahulu kemungkinan-kemungkinan yang
perlu dihadapi jika mengambil jalan mudah.
Kerajanan dan pihak berkuasa juga perlu untuk membendung gejala pernikahan sindiket ini dari
terus berleluasa. Sindiket-sindiket ini perlu terus dibanteras demi memastikan maslahah umah terus
terjamin. Sekian.














11

#ujukan.

http://www.scribd.com/doc/49246343/NIKAH-12
https://darululumonline.wordpress.com/2009/12/29/nikah-sindiket-rosakkan-nasab/
http://www.islam.my/sah-nikah-sah-nasabE280A6
http://ibnnordin.blogspot.com/2011/04/kahwin-lari-kahwin-sindiket-suatu.html
Kamus Dewan Edisi Ke-4 . Dewan Bahasa .2005.

You might also like