Hasil Assgmnt 4

You might also like

You are on page 1of 1

Sampel annotated bibliography untuk kajian Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam

Meningkatkan Kebolehan Komunikasi Murid daripada http://web.usm.my/education/publication/JPPSubadrah%20(21-42)B.pdf

Nair, S. (2005). Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Model Konstukstivisme Lima Fasa Needham (Needham,1987) dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan Empat daripada dua buah sekolah menengah (sekolah A dan sekolah B) di daerah Kulim, Kedah. Sekolah A adalah kumpulan Eksperimen. Manakala sekolah B adalah kumpulan Kawalan. Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pasca. Borang soal selidik juga digunakan dalam kajian ini dan kesahan soal selidik diuji dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for Windows Version 10.0. Ujian t (t-test) digunakan untuk melihat kesan pemboleh ubah bebas ke atas pemboleh ubah bersandar. Hasil kajian sangat berkesan dan dapat membantu pelajar Tingkatan 4 memahami konsep dan menguasai isi kandungan tajuk Pelajaran Sejarah dengan lebih baik. Seterusnya membantu pelajar untuk mendapat pencapaian yang lebih baik dalam Pelajaran Sejarah.

You might also like