You are on page 1of 1

Unit ini mengandungi 2 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan di

Malaysia serta dasar yang diwujudkan berasaskan perpaduan ke arah pembangunan negara.
Dalam bahagian pertama memberi Iokus kepada sejarah pendidikan negara sebelum dan
selepas kemerdekaan. Semasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah
dasar pecah dan perintah` dimana kerajaan British membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan
mengikut haluan masing-masing. Kesannya, wujud tiga sistem persekolahan yang berbeza
dan menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang ketara dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk
mencapai perpaduan bangsa, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan
sedia ada yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956 dan kemudian dikuatkuasakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957. Selepas kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan bermula dengan Penyata Rahman Talib 1960 sehingga Akta
Pendidikan 1996 melalui pindaan yang dilakukan dari semasa ke semasa dengan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah, kurikulum dan sistem
peperiksaan yang sama.

You might also like