You are on page 1of 3

2.

5 OBJEKTIF DOMAIN SOSIAL


Adakah objektif-objektif pengajaran yang telah dibincangkan itu mencukupi?
Selain proses/aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama ini, kita dapati proses/ aktiviti
dalam bidang hubungan sosial tidak diberi perhatian sewajarnya. Contohnya, hubungan
murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan orang tua. Sehubungan itu,
Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial,
iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: (1) Berhubung,
(2) Berkomunikasi, (3) Melibatkan Diri, (4) Berunding, (5) Bekerjasama, (6) Menghakim,
(7) Memulakan dan (8) Menukar.
. Berhubung
Objektif pertama Domain Sosial ialah Berhubung (Relating), yang bermaksud seseorang
itu cuba menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain,
seperti membuat kontak mata (eye contact). Di sini, kontak mata merupakan permulaan
kepada "perkenalan yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi. Contoh
objektif pengajaran peringkat Berhubung ialah "Pelajar menyedari kehadiran seseorang
lain.
2. Berkomunikasi
Objektif kedua Domain Sosial ialah Berkomunikasi (ommunicating), yang bermaksud
seseorang itu cuba berkomunikasi dengan seseorang lain, iaitu cuba memberi atau
menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. Di sini, tingkah laku ingin
bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi. Contoh
objektif pengajaran peringkat Berkomunikasi ialah "Pelajar cuba berkomunikasi dengan
seseorang lain melalui bahasa isyarat.
3. MeIibatkan Diri
Objektif ketiga Domain Sosial ialah Melibatkan Diri (!articipating), yang bermaksud
seseorang itu secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan,
seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. Di sini, tingkah laku berbual akan
menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Contoh
objektif pengajaran peringkat Melibatkan Diri ialah "Pelajar mengambil bahagian dalam
aktiviti berkumpulan.
4. Berunding
Objektif keempat Domain Sosial ialah Berunding (egotiating), yang bermaksud
seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu
isu/masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Di
sini, tingkah laku berbincang menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi kumpulannya. Contoh objektif pengajaran
peringkat Berunding ialah "Pelajar cuba menjelaskan sesuatu isu/masalah supaya
penyelesaian yang baik dapat dicapai dengan segera.
5. Bekerjasama
Objektif kelima Domain Sosial ialah Berkerjasama (ollaborating), yang bermaksud
seseorang itu boleh berkerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu
projek, seperti berkerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah. Di sini, tingkah
laku berkerjasama menunjukkan seseorang itu ingin semua ahli sama-sama
menyelesaikan projek/masalah yang dihadapi. Contoh objektif pengajaran peringkat
Berkerjasama ialah "Pelajar dapat menguruskan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan
projek.
6. Menghakim
Objektif keenam Domain Sosial ialah Menghakim (/u/icating), yang bermaksud
seseorang itu dapat bertidak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat
perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran. Di sini, tingkah laku
meleraikan pertengkaran menunjukkan seseorang itu ingin mengekalkan keharmonian
di kalangan ahli-ahli kumpulannya. Contoh objektif pengajaran peringkat Menghakim ialah
"Pelajar dapat menyelesaikan perbalahan di kalangan ahli-ahli kumpulan.
7. MemuIakan
Objektif ketujuh Domain Sosial ialah Memulakan (nitiating), yang bermaksud seseorang
itu dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa
menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai. Di sini, tingkah laku
mengadakan perkhemahan menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli
kumpulannya mendapat pengalaman baru. Contoh objektif pengajaran peringkat
Memulakan ialah "Pelajar berjaya mencadang dan melaksanakan projek baru bersama
ahli-ahli kumpulannya.
8. Menukar
Objektif kelapan dan terakhir Domain Sosial ialah Menukar (onverting), yang bermaksud
seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup
baru, seperti mencintai alam sekitar. Di sini, tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan
mencintai alam sekitar menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya
hidup dalam persekitaran yang lebih harmoni. Contoh objektif pengajaran peringkat
Menukar ialah "Pelajar berjaya mendorong ahli-ahli kumpulannya membersihkan kawasan
sekolah setiap minggu ".
#,, Menghakim
#&M&SAN
Penggubalan alat pengukuran memerlukan perancangan yang rapi, teliti dan sistematik,
agar
keputusan yang diperoleh benar-benar tepat dan sebarang tindakan susulan akan tepat dan
selaras. Penetapan dan penentuan objektif pengajaran yang jelas akan dapat membantu
guru dalam menyediakan alat pengukuran yang berkesan dan sesuai bertepatan dengan
objektif penilaian yang ditetapkan. Tajuk ini telah menjelaskan tentang peringkat-peringkat
objektif pengajaran bagi Domain Kognitif, Domain Afektif, Domain Psikomotor dan Domain
Sosial. Tajuk seterusnya akan membincangkan tentang penyediaan Jadual Penentu Ujian
(JPU) yang diharapkan dapat memberi panduan kepada penggubal soalan ujian, bagi
memastikan soalan ujian yang digubal itu memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi.
GLOSA#I
Objektif Pengajaran Dinyatakan dalam bentuk penyataan yang jelas bagi sebagai
panduan kepada guru dalam memilih kaedah dan pendekatan
dalam pengajaran di bilik darjah. Terbahagi kepada empat domain
iaitu kognitif, afektif, psikomotor dan social.
Domain Kognitif Melibatkan perkembangan intelek pelajar.
Domain Afektif Melibatkan perkembangan sikap dan nilai.
Domain Psikomotor Melibatkan perkembangan kemahiran dan kebolehan fizikal.
Domain SosiaI Melibatkan perkembangan hubungan/tingkah laku sosial pelajar.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1987). eveloping scale in affective /omain. Occasional papers
no.5. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bloom, B.S. (1989). Taksonomi obektif pen/i/ikan, buku pe/oman 1 omain kognitif
(ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bloom, B.S., Hasting, J.T., Madaus, G.F. (1971). Han/book on formative an/ summative
evaluation of stu/ent learning. New York: Harper and Row Publisher.
Dettmer, P.A. (1997). ew blooms for establishe/ fiel/s. Presented at annual conference
of the Kansas Association for Gifted, Talented, and Creative, Hutchinson, K.S.
Hanna, G.S. & Detmer, P.A. (2004). ssessment for ffective Teaching: Using ontext-
/aptive !lanning. Boston: Pearson.
Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., Masia, B.B. (1965). lassroom testing onstruction.
llinois: F.E Peacock Publisher nc.
Mokhtar smail. (1995). !enilaian /i bilik /arah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. !enilaian ken/alian sekolah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Raminah Haji Sabran (1991). !enilaian /an penguian Bahasa Malaysia !enerapannya
pa/a peringkat sekolah ren/ah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Simpson, E.j. (1972). The !sychomotor omain, vol. 3. Washington, DC: Gryphon
House.

Cb[ekt|f penga[aran
- Merancang penga[aran yang mengambll klra kepelbagalan gaya pembela[aran pela[ar
- Menakslr kefahaman pela[ar Lerhadap lsl kandungan pela[aran
- Merancang penga[aran yang memberl peluang pela[ar berlnLeraksl anLara saLu sama
- Menerang fakLa dan prlnslp kandungan pela[aran

ul akhlr unlL lnl anda dlharap dapaL
1 Men[elaskan maksud maLlamaL dan ob[ekLlf penga[aran dan pembela[aran
2 Membezakan empaL domaln hasll pembela[aran lalLu kognlLlf afekLlf pslkomoLor dan
soslal
3 Menulls hasll pembela[aran menglkuL aras seLlap domaln dalam maLa pela[aran yang
dla[ar

You might also like