You are on page 1of 29

KANDUNGAN

PENGENALAN.....................1 - 2


AGAMA :
i. su mengenai Lina Joy dan Moorthy........3 - 4
ii. Gereja dibakar.................5 - 7


POLTK :
i. su Hindraf................. 8 - 9


KEBUMPUTERAAN D MALYSA :

i. Hak dan keistimewaan bumiputra termasuk
Sabah dan Sarawak..............10-12



PENDDKAN :

i. Kuota pelajar bumiputra dan bukan
bumiputra.................13 - 17
ii. su mengenai pengetua (Siti nshah)
di Kulai, Johor................18 20




KESMPULAN :....................21 - 24


RUJUKAN : ........................25


LAMPRAN :
i. Peristiwa 13 Mei 1969...........26 - 27
ii. Hindraf............ ........28

1

PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, banyak isu yang menyentuh sensitiviti kaum timbul
dan sering diperdebatkan. Dalam dunia politik di Malaysia, konflik perkauman telah
menjadi bahasa rasmi bagi perdebatan mereka. Hubungan etnik yang mantap
sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian agama, bahasa, budaya dan etnik. Perbezaan dari segi agama,bahasa
dan kebudayaan sangat ketara dalam masyarakat majmuk. Perbezaan ini menjadi
amat sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan
masing-masing. Polarisasi antara etnik wujud sekiranya setiap etnik itu lebih
mengutamakan anggotanya dalam memilih sahabat dan mendapatkan pekerjaan.
Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar
seandainya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

Hubungan etnik di Malaysia mengalami turun naik. Tragedi 13 Mei 1969
merupakan sejarah hitam negara yang menunjukkan bahawa perlaksanaan dasar
pada masa lalu kurang berkesan dalam menghadapi masalah perkauman yang
wujud. Peristiwa hitam ini berlaku kerana perjalanan kempen pilihanraya yang
dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan sensitif seperti bahasa,agama dan
kedudukan istimewa orang Melayu. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan
nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya
Umum 1969. su Perkauman dalam Pilihanraya 1969 tercetus lantaran slogan
'Malayan Malaya' yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura
dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Provokasi daripada
pihak pembangkang bermula pada malam 10 Mei 1969 yang menghina kaum
Melayu sehingga ada sebilangan Melayu yang membuat tindak balas. UMNO telah
mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan
2

terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan
kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang
negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada
persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan
satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan
hubungan antara kaum di Malaysia.
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti
dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia
pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi
serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang
diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.








3


Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan, agama slam
diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. ni
terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa slam adalah
agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan
dipraktikkan oleh penganut-penganutnya. Dalam konteks negeri-negeri pula, hampir
kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa slam adalah
agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara
sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan
kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri
Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri
Terengganu 1911. Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan
mengenai slam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam
perlembagaan. Kita telah menyaksikan bahawa pada masa ini terdapat golongan
yang mempersoalkan slam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara yang telah
persetujui bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuangkemerdekaan
terdahulu tidak patut dipertikaikan lagi. Sesiapa yang berbuatdemikian maka mereka
tidak layak menggelar atau mengakui bahawa diri merekaadalah rakyat negara ini.
Di Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan (menurut agama masing-masing)
ditetapkan sebagai tonggak pertama Rukun Negara, dan kehidupan rakyat adalah
berasaskan pada pegangan agama. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan
antara agama khususnya slam dan bukan slam menjadi semakin penting, lebih-
lebih selepas Peristiwa 11 September 2001. Di Malaysia juga, walaupun secara
umumnya hubungan antara agama adalah baik, namun hubungan ini akhir-akhir ini
telah menjadi isu yang sensitif. Di negara ini, wujud dua sistem undang-undang dan
institusi yang mengendalikannya, iaitu undang-undang sivil yang berkuatkuasa ke
4

atas semua warganegara dan dikendalikan oleh mahkamah sivil, serta undang-
undang syariah yang berkuatkuasa ke atas semua penganut agama slam dan
dikendalikan oleh mahkamah syariah. Beberapa kes telah dibawa ke mahkamah sivil
dan juga mahkamah syariah berhubung dengan status agama seseorang. Dua
contoh yang ketara dan mencetuskan keadaan yang agak tegang di kalangan
masyarakat slam dan bukan-slam ialah kes Lina Joy yang asalnya beragama slam
tetapi menukar agamanya kepada Kristian. Beliau telah mengemukakan tuntutan di
mahkamah sivil supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan
status "slam dalam kad pengenalannya tetapi ditolak berasaskan hujah bahawa
status slam seseorang adalah di luar bidang kuasa mahkamah sivil kerana ia
terletak pada mahkamah syariah. su murtad merupakan subjek yang sensitif bagi
orang Melayu yang hampir 100 % menganut agama slam di Malaysia. Keboleh-
percayaan terhadap kerajaan boleh disalahtafsir jika gagal menangani isu-isu
sebegini dan boleh mencetuskan rusuhan. Dalam perbahasan yang timbul, pelbagai
pihak telah mengeluarkan berbagai kenyataan yang menggambarkan salah faham
terhadap isu sebenar yang mendasari kes tersebut. Meskipun keputusan Mahkamah
Persekutuan ini menggambarkan seolah-olah kegusaran bukan slam terhadap
kebebasan beragama terbukti benar, keputusan ini sebenarnya tidak bermakna
orang bukan slam tidak dapat terus mengamalkan agama pilihan mereka.
Keputusan tersebut juga sama sekali tidak bermakna mana-mana pihak boleh
memaksa orang bukan slam memeluk slam. Kebebasan beragama secara
keseluruhannya masih dipelihara. Kes kedua melibatkan Moorthy, seorang ndia
bekas pendaki Gunung Everest, yang asalnya beragama Hindu, tetapi memeluk
slam tanpa memberitahu keluarganya. Apabila beliau meninggal dunia, keluarganya
menuntut untuk mengurus jenazahnya menurut agama asal manakala Jabatan
Agama slam menegaskan adalah menjadi tanggungjawab mereka mengurusnya
secara slam kerana Moorthy telah memeluk agama itu dan berdaftar sebagai
3

seorang slam. Kes itu dibawa ke mahkamah syariah yang memutuskan Moorthy
seorang slam dan jenazahnya harus diurus menurut slam.
Peristiwa pembakaran tiga buah gereja; gereja Metro Taberate, di Taman
Melawati, gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya pada tahun ini adalah
sesuatu kejadian yang malang. Gereja adalah rumah ibadat. Pembakaran rumah
ibadat sangat sensitif sekali tidak kira rumah ibadat agama apa sekali pun.


Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibom

Gereja Life Chapel di Petaling Jaya yang dibakar
6

Kejadian ini bukan pertama kali berlaku di negara ini. Sekitar tahun 1986/87
tiga buah masjid pernah dibakar hangus di Pahang. Kejadian itu sungguh menghiris
hati umat slam. Masjid yang terlibat ialah di Teriang dan di kampung Bohor
Perpindahan Banjir dalam Maran Pahanag. Rakyat negara ini mengutuk atas
kejadian itu. Begitu juga dengan kuil hindu juga pernah menghadapi nasib yang
sama. Kalau tidak salah ingatan tiada pula laporan sama ada mereka
bertanggungjawab dengan kejadian itu berjaya ditangkap atau tidak? Kini giliran
gereja pula cuba dimusnahkan. Tidak kira siapa atas apa yang berlaku. Tidak
seharusnya rumah ibadat di bakar! melakukannya kita kesal.
Kita berharap polis menjalankan siasatan dan menangkap orang yang
bertanggungjawab melakukannya. Dalam melihat kejadian ini apa yang perlu
difahami dan dikaji ialah kenapakah berlaku kejadian malang itu. Mengutuk tidak
menyelesaikan masalah tetapi berfikir mencari sebab musababnya paling mujarab
demi memastikan kejadian itu tidak akan berulang pada masa akan datang baik ke
atas rumah ibadat penganut agama apa sekalipun. Adakah pembakaran itu
disebabakan isu yang berlaku sekarang ini, mengenai tindakan Kristian yang beriya-
iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald. Adakah itu puncanya?
Kita tahu suhu dan darah orang slam panas gara-gara isu berkenaan.Pun begitu kita
tidak boleh menuduh kejadian itu perbuatan orang slam. Orang slam yang
bersemangat 1 Malaysia, yang liberal dan memahami akan kesejagatan kalimah
Allah tidak mungkin melakukannya. Mereka akan menjaga kesucian gereja dan
rumah ibadat agama apa sekalipun. Jadi siapakah yang bertanggungjawab? Apakah
ada anasir lain yang sengaja ingin menimbulkan perpecahan dan menanam benih
prangsangka di kalangan penganut agama di negara ini. Yang melakukan tersebut
atas niat itu tentulah musuh negara. Mereka melakukan jenayah itu dengan harapan
untuk menimbulkan pergaduhan antara penganut agama di negara ini.Zaman
semasa Parti Komunis Malaya (PKM) aktif dulu jika berlaku apa-apa perbuatan
7

memusnahkan harta awam ianya akan dikaitkan dengan perbuatan jahat komunis.
Hari ini komunis sudah tidak ada. Chin Peng nak balik pun dilarang. Lagipun
komunis tidak sesekali bertindak ke atas kepentingan mana-mana agama.
Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dalam membuat penilaian ke
atas kejadian itu. Walaupun suasana hari ini darah orang slam panas, tetapi jangan
ada yang terus menunding jari dan meletakkan kejadian itu dalam tanggungjawab
orang slam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang slam memburukkan lagi
keadaan.
Polis haruslah menyiasat sebaik mungkin. Pihak Kristian juga perlu
memahami kenapa gereja dibakar. Kalau mereka merasakan ia berpunca dari
suasana yang timbul tempoh hari, maka berusahalah untuk mengatasi
mengembalikan semula suasana sebelum 31 Disember tahun lalu sebelum
Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan.
Penganut Krsitian dan semua orang kena menerima hakikat kenapa perkara
malang ini tidak terjadi sebelum ini? Sesungguhanya dalam masyarakat majmuk
seperti Malaysia ini jangan ada niat hendak mencuba atas apa tujuan sekali pun
kerana ia sangat berbahaya. Dan atas semangat 1Malaysia dan sebagai hak sejagat
rakyat Malaysia harus sama-sama menjaga keselamatan masjid, gereja dan kuil.

POLITIK
Dari aspek politik pula, masyarakat ndia membentuk 8% dari 26 juta
penduduk di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka dibawa masuk oleh british kira-
kira 200 tahun dahulu untuk bekerja di ladang sebagai penoreh getah. Sehingga hari
ini sosio-ekonomi masyarakat ndia berada di belakang masyarakat utama lain
seperti cina dan melayu. Masyarakat ndia yang kebanyakannya beragama
hindu telah mendirikan banyak kuil di kawasan ladang dan kebanyakannya tidak
berdaftar. Dengan arus perubahan yang melanda Malaysia, banyak kawasan ladang
dibangunkan dan ini mencetuskan konflik antara pihak berkuasa tempatan yang
mahu struktur haram dimusnahkan yang berhadapan dengan tentangan masyarakat
Hindu. Beberapa siri perobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa,
Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang
mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat ndia.
Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum
ndia dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan
mendakwa berlaku genosid (penghapusan etnik) dengan memberi contoh lebih 100
orang ndia dibunuh semasa peristiwa medan kampung. Propaganda mereka
disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa tamil ,
penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material
daripada kaum ndia. Kerajaan Malaysia mendakwa Hindraf turut menjadi dalang
menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu
malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa
depan.
Pada hari 25 november 2007 Hindraf menganjurkan perhimpunan 100,000
penduduk ndia dan menghantar memorandum ke Kedutaan britain di Jalan Ampang,
Kuala Lumpur. Memorandum dengan 100,000 tandatangan ditujukan kepada Ratu
Elizabeth . Setiausaha Agung, Datuk S.Veerasingam kesal dengan tindakan
9

memanggil masyarakat Hindu menyertai perhimpunan haram itu melalui sistem


pesanan ringkas (SMS). Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan bebas
mengadakan perhimpunan, tetapi perhimpunan seramai 100,000 akan mencetuskan
ketegangan kaum.
bu pejabat polis di Balai Polis Cheras tidak meluluskan permit kepada
perhimpunan ini. Surat permohonan telah dihantar oleh Hindraf kepada Ketua Polis
Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim di Balai Polis Cheras pada 7
November 2007. Rayuan kedua juga ditolak oleh ibu pejabat polis kontijen Kuala
Lumpur pada 15 Naovember 2007.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan mengambil
tindakan terhadap peserta perhimpunan haram ini. Perhimpunan ini boleh
menyinggung perasaan kaum lain dan menyebabkan pergaduhan kaum.
Perhimpunan ini akan mengugat keselamatan negara malah ekonomi negara akan
terjejas teruk. Pelbagai pihak akan mengekploitasi perhimpunan ini dan
mencetuskan huru-hara terutama kumpulan kongsi gelap. Peserta perhimpunan
yang berselindung di sebalik kanak-kanak sebagai benteng manusia akan didakwa di
bawah Akta Kanak-Kanak. Pada 22 November 2007, Ketua Polis Kuala Lumpur
Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin berkata, mereka yang hadir akan dikenakan
tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Sentimen perkauman akan diapi-apikan
oleh pihak tertentu. Polis terpaksa bertindak awal dengan mengadakan sekatan jalan
raya bermula pada 20 November 2007. Pemeriksaan rawak setiap kenderaan ke
arah Kuala Lumpur. Sesiapa yang membawa senjata dan alatan berbahaya akan
didakwa. Pada 30 Oktober 2007, beberapa pemimpin Hindraf telah ditahan kerana
mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Waytha Moorthy
Ponnusamy, M. Manoharan, Uthayakumar Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.


10

KEBUMIPUTERAAN DI MALAYSIA

Sejak beberapa lama, kerajaan Barisan Nasional yang berpusat di Kuala Lumpur
telah mengajukan dan meluaskan polisi-polisi perkauman yang mendapat ruang
yang cukup luas dalam media massa tempatan. Misalnya, syair Cecil Rajendra,
bertajuk %e Kingdom of Purplaya,yang diterbitkan baru-baru ini, menimbulkan
kontroversi apabila beberapa kumpulan Melayu mendakwa bahawa penyair tersebut
mencela kaum Melayu dan mencabar hak-hak istimewa kaum tersebut sebagai
kaum 'asal di Malaysia.' Sambil Rajendra menafikan dakwaan-dakwaan ini, karya
tersebut telah diterbitkan dan disebarkan luas oleh beberapa akhbar tempatan,
termasuklah Utusan Malaysia.
Apakah asal-usul hak-hak keistimewaan kaum 'bumiputera' ini? Dari segi
sejarah, semasa kemerdekaan pada tahun 1957, kaum Melayu telah membuat
perjanjian yang meneraskan 'keistimewaan' bagi kaum mereka lalu 'menghadiahkan'
status kewarganegaraan kepada kaum-kaum bukan Melayu (perjanjian ini juga
melibatkan keutamaan ekonomi bagi kaum Cina). Pada masa itu, ia dipersetujui
bahawa "sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan Malaya pada atau selepas Hari
Merdeka (31hb Ogos, 1957) akan menjadi rakyat dari segi undang-undang. Namun
demikian, Artikel 159 dalam perlembagaan Malaysia telah digunakan untuk
mengutamakan 'hak-hak istimewa' bagi kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi.
Artikel tersebut adalah berkenaan dengan tanggungjawab kerajaan untuk
mempertahankan kedudukan khas kaum Melayu dan warga-warga kaum peribumi di
negeri Sabah dan Sarawak. Kedudukan khas ini diterajui oleh kerajaan-kerajaan
Malaysia, termasuklah kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa pada hari ini.
Tujuannya adalah untuk memastikan 'keistimewaan' bagi golongan bumiputera,
termasuk kaum Melayu dan kaum-kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, dalam
pertubuhan-pertubuhan pendidikan seperti universiti, perkhidmatan awam, pekerjaan
11

dalam firma-firma kerajaan dan dalam permohonan lesen atau pinjaman wang bagi
perniagaan.
Selepas kemerdekaan, kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur mencuba
menekan kemajuan pada tahap yang sama-rata bagi setiap negeri melalui
perbadanan-perbadanannya. Namun, salah satu akibat daripada usaha ini adalah
keengganan kumpulan-kumpulan tertentu di Sabah dan Sarawak untuk menerima
'pendatang asing.' Keadaan ini dilanjutkan oleh polisi-polisi kerajaan di mana salah
satu golongan diberikan keutamaan sebelum golongan yang lain. Seringkali, kaum-
kaum Kadazan-Dusun di Sabah menganggap penghijrah dari Semenanjung
Malaysia sebagai penghijrah dari negara asing. ni tidaklah menghairankan apabila
kita meneliti sistem kerajaan di Malaysia, di mana kerajaan tempatan (misalnya, di
Sabah) dibenarkan mengutarakan polisi-polisi pentadbiran yang agak berbeza
daripada polisi-polisi kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.

Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1963 dengan
syarat-syarat khas yang digubahkan untuk mempertahankan negeri tersebut
berkenaan dengan hal-hal seperti keagamaan, kedudukan kaum peribumi dan
bumiputera, bahasa, pendidikan dan lain-lain. Salah satu daripada pertahanan ini
adalah kawalan imigrasi, di mana pertahanan disediakan agar kaum-kaum peribumi
tidak diketepikan sambil penghijrah dari Semenanjung Malaysia yang mempunyai
pendidikan dan latihan yang lebih baik membanjiri negeri itu. Namun, salah satu
kajian yang terdapat dalam buku Jeffrey Kitingan bertajuk %e Saba Problem
menunjukkan bahawa hanya 19 daripada 89 jabatan persekutuan di Sabah pada
tahun 1989 diketuai oleh penduduk Sabah. Manakala, jabatan-jabatan lain diketuai
oleh penghijrah-penghijrah dari Semenanjung Malaysia. Jelasnya, kawalan-kawalan
imigrasi yang diwujudkan untuk 'mempertahankan' Sabah daripada dibanjiri
penghijrah dari Semenanjung Malaysia tidak berfungsi dengan baik.

12

Lebih-lebih lagi, kedudukan perlembagaan bagi imigrasi di Sabah dan


Sarawak yang begitu rumit tidak menyenangkan isu ini. Menurut Artikel 9
Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal imigrasi ke
dalam negeri-negeri tersebut. Maka, di bawah perintah Parlimen, seseorang mungkin
dihalang daripada memasuki Sabah atau Sarawak, atau sebaliknya, dibuang negeri
dari kedua-dua negeri itu. Misalnya, seorang aktivis dari Switzerland, Bruno Manser,
pernah dibuang negeri dari Sarawak apabila menyuarakan masalah-masalah kaum
Penan. Kadang-kala, undang-undang ini digunakan untuk menghalang penduduk
tempatan dari Sabah dan Sarawak meninggalkan negeri-negeri tersebut. Contohnya,
pada bulan Ogos 1993, pasport seorang aktivis dari Sarawak, Jok Jau Evong,
dirampas oleh Jabatan migrasi, kerana dia didakwa terlibat dalam kempen anti-
pembalakan dan pernah membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia sedang
memusnahkan alam sekitar dengan pembalakan tanpa kawalan. Kuasa-kuasa
kerajaan persekutuan untuk melarang seseorang daripada memasuki atau
meninggalkan Sabah dan Sarawak di bawah Akta migrasi, serta keperluan rakyat
Semenanjung Malaysia untuk memohon kebernaran bertulis untuk memasuki negeri-
negeri tersebut, bermaksud bahawa rakyat Semenanjung Malaysia seringkali
dianggap sebagai 'pendatang asing.'

Oleh yang demikian, konsep kewarganegaraan pada tahap negeri yang agak
berbeza daripada kewarganegaraan pada tahap kebangsaan menekan lagi keadaan
di mana kaum bumiputera tidak dilayani dengan sama berdasarkan tempat asal
mereka. Dari segi ini, maksud 'menjadi seorang warganegara Malaysia' kini lebih
rapat dengan maksud 'berasal dari Semenanjung Malaysia' atau 'berbangsa Melayu.'
Secara ringkas, rakyat Semenanjung Malaysia dilayan sebagai 'pendatang asing' di
Sabah dan Sarawak, sambil rakyat Sabah dan Sarawak pula dilayan sebagai
'pendatang asing' di Semenanjung Malaysia.
13

PENDIDIKN
su sistem kuota pengambilan pelajar memasuki nstitut Pengajian Tinggi
Awam(PTA) telah menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayu
terutama golongan pendidik, pemimpin masyarakat dan politik. a berpunca daripada
satu laporan kononnya pelajar bumiputera tidak mampu memenuhi kuota yang
disediakan oleh PTA berkenaan. Masyarakat Melayu semakin resah apabila Bekas
Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan kesediaan kerajaan
menghapuskan system kuota bagi kemasukan pelajar ke PTA sekiranya langkah itu
dipersetujui rakyat.
Kenyataan itu, menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak. Ada pihak
yang menyokong, ada pihak yang ragu-ragu dan tidak kurang ada yang membantah
kerana mereka lihat tindakan itu sebagai merampas hak bumiputera. Kekusutan itu
berakhir apabila Kementerian Pendidikan menjelaskan perkara yang sebenarnya
bahawa tidak wujud kekosongan seperti yang dilaporkan. Kuota itu sudah dipenuhi
malahan ramai yang tidak dapat memasuki PTA. Ramai di kalangan bumiputera
yang menarik nafas lega dan berpuas hati dengan penjelasan Kementerian
Pendidikan itu.
Namun begitu, kesilapan itu ada hikmah di sebaliknya. Sekurang-kurangnya
masyarakat bumiputera harus mula menyedari dan menginsafi bahawa peluang yang
ada sekiranya tidak mampu diisi , ia akan diisi oleh orang lain. Justeru itu dalam
keratan akhbar yang dipilih, rencana ini telah dapat mengupas kepentingan system
meritokrasi kepada kemajuan orang melayu. Perbincangan ini telah dilakukan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Seranta Kongres Pendidikan Melayu
Pertamayang juga bekas pensyarah, Dr Alias Mohamed. Beliau menerangkan
maksud meritokrasi, masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa kini,
meritokrasi yang diamalkan oleh masyarakat bukan melayu, kebaikan meritokrasi
14

dan system kuota pada masa akan datang. Sesungguhnya dengan penerangan yang
diberikan oleh beliau sekurang-kurangnya dapat saya membincangkannya dalam
tugasan sosiologi saya.
Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang kuota bumiputera bagi
sebarang tawaran kemasukan ke PTA terutamanya bagi sesi 2010/2011 akan
datang ini, pastinya ramai pemohonan inginkan tempat dan bila dapat tempat di PTA
mereka mahukan kursus yang dipohon mereka dalam erti kata lain bidang yang
mereka minat. Tetapi senario hari ini, cuba kita lihat taburan mahasiswa
dibandingkan mahasiswi di seluruh PTA. Sangat ketara perbezaannya. ni boleh
dilihat terutamanya dalam bidang-bidang kritikal. Pada tahun lepas, hanya 33
peratus mahasiswa daripada keseluruhan pelajar Melayu di IPTA berbanding
67 peratus mahasiswi, dan bilangan mahasiswa itu merosot kepada 30
peratus berbanding 70 peratus mahasiswi tahun ini. Sehinggakan ada cakap-
cakap yang mengatakan :
"Kalau kita baling batu dalam bilik kuliah itu, pastinya yang akan terkena penuntut
perempuan
Sebut berkenaan kemasukan ke PTA, Tun Dr. Mahathir berharap peluang
kemasukan ke universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputera
berbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak
dan tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman dan
meminggirkan kaum-kaum lain. Peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding
kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka
tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan
pelbagai kesan negatif. Jumlah nstitusi Pengajian Tinggi Swasta (PTS) kini hampir
sama dengan nstitusi Pengajian Tinggi Awam (PTA) dan kemasukan pelajar
Bumiputera ke nstitusi Pengajian Tinggi Swasta (PTS) amat kecil iaitu hanya sekitar
13

10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain. Perkara itu berlaku kerana tidak
ramai kaum Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke PTS disebabkan masalah
kewangan yang terhad. Kalau kita buat banci jumlah keseluruhan pelajar di universiti
kerajaan dan swasta, pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. tulah
sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada kuota Bumiputera.
agaimanapun, bilangan kemasukan pelajar ke IPTS akan diambil kira
seperti, kerajaan mewujudkan keadaan yang seimbang di antara bumiputera
dan bukan bumiputera dalam bidang ekonomi. Imbangan penyertaan
bumiputera dan bukan bumiputera perlu diberi perhatian dalam semua
perkara.
Sehubungan dengan itu, kerajaan berusaha menambah penyertaan
bukan bumiputera dalam bidang kerajaan, pihak swasta juga perlu memberi
peluang yang sama kepada kontraktor atau pembekal bumiputera dalam
projek mereka. Kita tidak menentukan kuota atau apa-apa tetapi untuk
tambah bilangan bukan bumiputera dalam kerajaan, kita juga perlu melihat
tambahan bumiputera dalam sektor swasta. Sekarang ini kita dapati swasta
kadang-kala tidak memberi peluang sama sekali kepada kontraktor
bumiputera untuk projek mereka. Kalau ada projek swasta yang bukan
dimiliki bumiputera, kita dapati tidak ada pegawai atau jurutera bumiputera,
jadi mereka juga perlu meningkatkan penyertaan bumi diperingkat swasta.
Pemimpin-pemimpin kita kerap mengutarakan masalah perkauman. Biarlah di
universiti ataupun di pejabat, sesiapa pun boleh lihat bahawa rakyat jelata lebih
gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama. Kerajaan telah mengambil
langkah mengadakan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN), supaya para remaja
tidak perlu takut dan malu untuk berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan dari
kaum lain. Memang benar, usaha ini harus dilakukan, tetapi ia bukan satu jalan
16

penyelesaian untuk mengatasi masalah perkauman yang sudah mencapai ke tahap


yang kritikal. Sejak kecil lagi, masyarakat kita telah dibahagikan mengikut kaum dan
apabila meningkat remaja, barulah kita diterapkan dengan perpaduan kaum,
ternyatalah tindakan ini adalah terlalu lambat. Oleh sebab itu, sistem pendidikan
rendah dan menengah kita mesti dibentuk semula untuk mengelak pembahagian dan
perpisahan mengikut barisan kaum.
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca
yang membawa kepada masalah perkauman. Pada awalnya, sistem pendidikan
yang wujud di Malaysia terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah
Melayu, Cina, ndia dan nggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum
yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan
mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah
Cina dan ndia pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-
buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan
ndia .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah
sedia wujud. Sekolah nggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan
ndia yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Sebelum proses permodenan, sebelum tiap-tiap anak memasuki alam
sekolah, tiada masalah berkawan dengan kaum dan bangsa yang lain. Dalam
masyarakat kita yang cukup majmuk, bila-bila masa sahaja kanak-kanak bermain
dan berborak dengan rakan seumur mereka, tidak kira bangsa,kau dan agama.
Namun, timbulnya masalah apabila kanak-kanak masuk ke alam persekolahan,
kecuali jika mereka memasuki sekolah yang sama. Walaubagaimanapun, kita sudah
biasa dengan menghantar anak-anak kita ke sekolah mengikut keturunan masing-
masing.
17

Kalau kanak-kanak dapat bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan


mereka daripada keturunan lain di luar sekolah, kita mungkin boleh mengelak
masalah perkauman. Tetapi dalam zaman milenium ini, kita hidup dalam masyarakat
di mana kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran, tetapi mereka lebih gemar
bersembang dan bergaul dengan rakan sekolah sahaja.
Hakikatnya yang berlaku sekarang ialah, anak Melayu pergi sekolah
kebangsaan, anak Cina pergi sekolah jenis kebangsaan Cina, manakala anak ndia
pergi sekolah jenis kebangsaan Tamil, di mana terletaknya perpaduan nasional?
Realitinya, kita sudah mengamalkan suatu sistem pendidikan berdasarkan
segregasi.
Kita kadangkala membangkitkan isu ini dengan rakan keturunan Cina, tetapi
respon mereka selalunya hampir sama. Tambahan pula, kata mereka, dengan
pembangunan pesat di negara Cina, sesiapa yang fasih dalam bahasa Mandarin,
tentulah masa hadapannya cerah. Namun demikian, kompromi antara kaum-kaum di
Malaysia sangat mustahak, demi masa depan negara kita.
Biasanya penyokong sistem yang diamalkan sekarang akan mengelakkan isu
perpaduan dan pergaulan antara pelajar-pelajar daripada keturunan yang berlainan.
Tetapi, ini bukanlah isu yang kecil, kalau kita hanya mempunyai kawan baik daripada
satu kaum, adakah kemungkinan kita boleh bergaul, berinteraksi dengan mereka
yang mengamal budaya dan agama lain?
Oleh itu, mustahil menafikan kenyataan ini, sistem pendidikan kita pada masa
kini menjejaskan perpaduan nasional. Penyelidik-penyelidik di Britain sudah
mendapati kanak-kanak yang menghadiri sekolah di mana para pelajar terdiri satu
kaum sahaja, lebih mungkin bertembung dengan masalah berkawan dan memahami
orang daripada keturunan dan kaum yang lain.
18

ni bukan maksud kita mesti memansuhkan sekolah jenis kebangsaan. Bagi


sebahagian rakyat, sistem sekolah ini mungkin lebih sesuai daripada sekolah
kebagsaan. Tetapi sekolah kebangsaan seharusnya memadai bagi kebanyakan
pelajar dan ibu-bapa. Jadi bangkitlah soalan seterusnya, mengapa kebanyakan
keluarga Cina dan ndia membuat keputusan untuk menghantar anak-anak mereka
ke sekolah jenis kebangsaan? Mungkin terdapat dua sebab utama iaitu isu akademik
dan iklim sosial.
Sebagai seorang yang telah menghadiri sekolah kebangsaan, kita dapat
mengetahui bahawa kualiti akademik di sekolah kebangsaan begitu rendah, tiada
bandingan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina. Di sana, guru-guru amat
berdedikasi dan mendorong pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran
mereka. Di sekolah kebangsaan, kebanyakan guru kurang motivasi untuk mengajar.
Tambahan pula, sekolah jenis kebangsaan mengajar bahasa ibunda pelajar Cina
dan Tamil, tentulah ibu-bapa Cina dan Tamil lebih suka menghantar anak-anak
mereka ke sekolah jenis kebangsaan.
Masalah yang lebih rumit, iklim sosial di sekolah kebangsaan biasanya
kurang bertolak ansur. Sebagai contoh, lihatlah kejadian yang baru berlaku, seorang
guru di satu sekolah menengah kebangsaan memberitahu pelajar-pelajarnya
bahawa budak ndia merupakan anak pelacur, di antara banyak lagi kenyataan yang
menghina. Kejadian seperti ini bukan begitu jarang. Antara contoh lain, aktiviti-aktiviti
kadangkala diadakan pada hari Ahad atau hari perayaan agama yang lain, dan
kakitangan sekolah bukan selalunya bertolak ansur. Semua kejadian kecil ini, apabila
dijumlahkan, amat menakutkan bagi ibu bapa pelajar-pelajar Cina dan ndia.
Sistem sekolah kebangsaan haruslah dibentuk semula kalau kita betul-betul
mahu memupuk perpaduan. Guru-guru dan kakitangan sekolah mestilah lebih
bertolak ansur dan lebih bermotivasi. Mereka yang enggan menerima hakikat
19

bahawa kita tinggal di negara dan masyarakat yang majmuk patut berdepan dengan
akibat yang serius. Untuk meningkatkan motivasi guru-guru, gaji harus naik. Kalau
kerajaan kita mahu memupuk semangat perpaduan di sekolah kita, guru-guru
mestilah jadi suatu contoh untuk para pelajar. Dengan ini, barulah sistem sekolah
kebangsaan kita menjadi sistem sekolah kebangsaan, bukan sistem sekolah Melayu.
Barubaru ini, Tuan Pengetua dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra,
Kulai, Johor, Pn Hajjah Siti nshah Mansor(DG48) telah dikritik hebat oleh Hindraf,
DAP, PKR dan PAS kerana dianggap seorang pengetua bersikap perkauman dalam
satu situasi di sekolahnya.
Satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untuk
menyiasat perkara tersebut, menurut Timbalan Perdana Menteri. Kemungkinan juga
sindiran Pengetua tersebut secara menyeluruh, mungkin beliau geram dengan sikap
pelajar yang kurang ajar, biadab, tidak berdisplin dan lain-lain kemungkinan yang
ada.Pengetua juga mungkin marah dengan sikap guru-gurunya yang pro-
pembangkang.Guru Melayu menyokong PAS dan PKR, Guru Cina menyokong Dap
dan Guru ndia menyokong Hindraf.
Sekolah mungkin dijadikan gelanggang politik oleh setengah guru dan
pelajar. Dilihat dari segi pengalaman dan usia, Pengetua tersebut cukup cemerlang,
beliau juga telah bergelar Pengetua Kanan. Mungkin juga faktor usia dan jantina
yang mempengaruhi beliau dan hilang sabar lalu melontarkan amarahnya kepada
semua warga pendidik dan pelajar di sekolah beliau dipertanggungjawabkan. Apa
pun jika jawatankuasa yang dilantik juga pro-pembangkang maka tamatlah riwayat
Pengetua Cemerlang tersebut.
Selain itu, isu bahasa juga mesti ditangani. Sekolah kebangsaan tidak boleh
menggantikan sekolah jenis kebangsaan, tetapi mereka masih boleh mengadakan
kelas-kelas untuk bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. ni lebih baik daripada tidak
20

mengadakan apa-apa kelas untuk bahasa ibunda kaum lain. Apabila isu bahasa
ditangani, dan apabila ibu-bapa boleh mempercayai guru-guru ini, tiadalah halangan
kepada satu sistem sekolah kebangsaan.
Biarlah masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu,
mesti bersedia untuk berkompromi sedikit. Dalam iklim masyarakat yang majmuk,
hanya kompromi akan mengelakkan keganasan dan huru-hara. Apa yang kita mesti
tumpukan ialah masalah perpaduan, masalah sistem sekolah kebangsaan. Suatu
sistem yang pada terasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut keturunan
akan menyumbang kepada kepelbagaian kaum. Apa sahaja sistem sekalipun,
biarlah sistem kerajaan, sistem pendidikan, sistem korporat, asalkan mengikut dasar
pemecahan rakyat dari segi kaum, akan tetap gagal menyatupadukan rakyat di
Malaysia ini.


21

KESMPULAN
Sangat menyedihkan selepas 52 tahun kemerdekaan negara, kita masih lagi
perlu diingatkan untuk meruntuhkan tembok perkauman. Dalam usia separuh abad
terbinanya negara Malaysia hasil kesepakatan dan toleransi pemimpin pelbagai
kaum terdahulu, semangat itu seharusnya sudah menjadi intipati dan sebati di dalam
jiwa segenap lapisan masyarakat. Malangnya, kita hari ini lebih mengenali diri dan
jati diri berdasarkan siapa kita mengikut latar belakang kaum, ras, etnik atau asal-
usul. Melayu, Cina dan ndia akan selamanya dipisahkan sebagai kaum yang
berbeza dan bukannya satu bangsa Malaysia. Barangkali disebabkan jurang itu juga,
banyak tuntutan dan polemik yang melangkaui sempadan agama dan kaum berlaku
dalam masyarakat hari ini. Jika inilah yang menjadi amalan, maka percayalah soal
perpaduan akan terus menghambat negara walaupun selepas berabad negara
mengecapi kemerdekaan sekalipun.
Cabaran kepada perpaduan itu bermula pada era penjajahan British yang
memisahkan masyarakat Tanah Melayu menerusi dasar pecah dan perintah. Dasar
ini telah menyebabkan kita berpecah-belah mengikut pola kependudukan dan
penempatan, jenis pekerjaan dan sistem pendidikan mengikut kaum. Namun itu
bukanlah alasan untuk kita terus-menerus meletakkan kesalahan tersebut kepada
penjajah. ni kerana kesilapan itu boleh diperbaiki apatah lagi negara sudah lama
mengecapi nikmat kemerdekaan.
Yang penting ialah sejauh mana dalam persekitaran hari ini, wujud sifat
toleransi, hormat dan faham-memahami beralaskan kejujuran. Bagaimana elemen ini
diterima berdasarkan kepada kekuatan Perlembagaan? Adakah setiap individu
bersedia untuk membelakangkan amalan budaya dan kepercayaan dan memberi
keutamaan kepada nilai kemanusiaan? ni memandangkan nilai-nilai itu merupakan
asas penting untuk meruntuhkan dinding yang memecah-belahkan masyarakat.
22

Namun, timbul dilema siapa yang harus berkorban dan siapa pula harus
berkompromi. kemuafakatan dan keharmonian memberi penghormatan kepada nilai
kemanusiaan yang tidak melihat siapakah yang memberi lebih, dan siapa pula yang
kurang memberi dan lebih merasa. Jika wujud perasaan seperti itu, maka ia boleh
berakhir dengan perasaan prasangka antara satu sama lain. Stereotaip akan
menebal dan sifat etnosentrik akan mendominasi pemikiran seseorang individu.
Sejajar dengan proses pemodenan dan pembangunan juga, masyarakat hari
ini seolah-olah semakin luntur nilai kemasyarakatan, yang muncul adalah sifat
materialistik dan individualistik yang menyaksikan semakin luntur dan pupusnya sifat
kejujuran kerana persaingan ini. Ada yang berebut kekayaan untuk diri sendiri dan
lupa ada masyarakat sekeliling. Ada yang menyoal hak dan tanggungjawab serta
Perlembagaan yang hanya dirujuk mengikut keselesaan masing-masing.
ni menyebabkan lahir ikatan longgar bukan sahaja dalam sesuatu kumpulan etnik
tetapi juga hubungan antara etnik. Kerana itu juga tambah Sivamurugan, seiring
dengan proses modenisasi, kita semua harus mempunyai rasa bertanggungjawab.
Keluarga harus menanam nilai ini di rumah supaya anak mereka menjadi
'idola' di mana sahaja kerana perpaduan sebenar bermula dari rumah. a
mencerminkan kesungguhan kita bersama dalam apa sahaja keadaan. Kesemua
etnik ada sifat etnosentrik untuk menanam semangat kekitaan tetapi lebih daripada
itu, jika mereka memiliki perwatakan hormat-menghormati, saling memahami dan
bertolak ansur dengan kumpulan etnik lain, maka perpaduan akan subur dengan
sendirinya. Dalam masa yang sama, pemimpin juga perlu tampil sebagai individu
contoh yang boleh diteladani oleh setiap lapisan masyarakat. Dalam suasana politik
yang tidak menentu ketika ini, pemimpin sewajarnya memiliki nilai kepimpinan yang
tinggi. Paling utama, ia perlu berasaskan kepada toleransi dan semangat kerjasama
yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan lampau.
23

Politik etnik telah mendominasi sejarah politik tanah air sejak sekian lamanya.
Walaupun ramai menyatakan bahawa selepas 8 Mac 2008, pola pengundian
menunjukkan bahawa kita sudah melangkaui garis keetnikan, namun sedar atau
tidak, hakikatnya kita mempunyai kesedaran yang lebih tinggi ke atas persoalan
keetnikan selepas 8 Mac 2008. Demokrasi negara akan matang dengan sendirinya
jika watak yang terlibat juga matang.
Persoalannya, adakah watak utama dalam politik mengetahui bahawa kita
masih terikat dengan sentimen emosi dan bukan rasional dalam hal-hal tertentu
walaupun ada ketikanya kita mahukan kebebasan Barat dipraktis di negara ini. Ada
kekangan tertentu yang memberi limitasi ke atas kebebasan dalam sebuah negara
yang terdiri dari masyarakat pelbagai etnik. Pemimpin harus berwaspada dalam
memainkan sentimen perkauman kerana masyarakat hari ini lebih celik dari sudut
ilmu, informasi dan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat.
Pemimpin ada pengikut dan pengikut yang memberi kesetiaan tidak berbelah
bahagi kepada pemimpin dan parti akan taksub dengan pemimpinnya sehingga
bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk pemimpin tersebut. Kerana itu juga,
pemimpin perlu lebih bertanggungjawab dan memastikan bahawa walaupun berbeza
ideologi politik, itu tidak bermakna kemuafakatan harus dikorbankan untuk mencapai
matlamat akhir mereka iaitu mendapatkan kedudukan dan pangkat. Paling utama
perpaduan tidak boleh dikompromi untuk apa sahaja walau untuk sesiapa sekalipun.
Dalam menyoal hak dan tanggungjawab, kita mesti bertekad mempertahankan apa
yang sedang terbina sekian lamanya.
Permainan politik di Malaysia tidak dapat lari daripada perjuangan
berunsurkan kaum yang turut melebarkan jurang kemajmukan rakyat di negara ini.
Justeru, bagaimanakah perpaduan dalam erti kata sebenar boleh dicapai dan
24

masalah integrasi kaum dapat diselesaikan jika parti berbaur perkauman itu masih
dikekalkan?
Oleh sebab itu, langkah terbaik ialah memansuhkan parti berasaskan
perkauman dan mewujudkan satu parti tunggal dengan perjuangan 1Malaysia.
Persoalannya mampukah ia dicapai secara aman? yang pasti ia bukanlah sesuatu
yang mudah untuk dicapai. Jika tidak, parti Barisan Nasional yang tidak pernah gagal
memerintah negara sudah melakukannya sejak negara merdeka 52 tahun lalu. ni
kerana masyarakat Malaysia sudah terpisah dengan jurang perbezaan kaum yang
sangat nyata. Apa yang boleh dilakukan adalah melalui perjuangan ideologi bagi
mengaburi perjuangan yang berorientasikan kaum seperti bangsa Malaysia,
Wawasan 2020 dan 1Malaysia.
Namun, itu bukanlah halangan untuk kita merealisasikan ideologi perjuangan
kaum menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Atas semangat perpaduan dan
persaudaraan yang tinggi untuk membina satu wajah bangsa Malaysia sebenar,
perbezaan itu boleh menjadi persamaan yang mengikat kita menjadi lebih
bersaudara.








23

RUJUKAN

1. Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
2. Buku modul pengajaran Hubungan Etnik di Malaysia, diatur huruf oleh :
Paimah Antom, Kassim Thukiman & Hamidah Abdul Rahman;Fakulti
Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), Universiti
Teknologi Malaysia.
3. nternet :
i. www.facebook.com
ii. www.utusanmalaysia.com
iii. www.beritaharian.com
iv. www.google.com
v. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=463173&extra=&ordertyp
e=2
vi. http://www.projectmalaysia.org/articles/sistem-pendidikan-di-malaysia-
punca-masalah-perkauman.html


26

LPIRN

Peristiwa 13 mei 1969.



27





28


indraf.

You might also like