You are on page 1of 7

* New User? Register * Sign In * Help Trending: Amy Winehouse * Yahoo! * Mail * * * * My Yahoo!

News Finance Sports

Yahoo! Groups Search Web Search Yahoo! 1. Drag the "Y!" and drop it onto the "Home" icon. 2. Select "Yes" from the pop up window. 3. Nothing, you're done. If this didn't work for you see detailed instructions Close this window OBMMC07 KM Portal for OB MMC * Home * Messages * Attachments * * * * * * * * * * * Info Settings Group Information * * * * Members: 22 Category: Education Founded: Feb 9, 2007 Language: English Members Only Post Files Photos Links Polls Members Calendar Promote Groups Labs (Beta) Chat

Group Settings * * * * * Membership requires approval Messages do not require approval All members can post messages Email attachments are archived on site. Members cannot hide email address

* Listed in directory ? Already a member? Sign in to Yahoo! Yahoo! Groups Tips Did you know... Hear how Yahoo! Groups has changed the lives of others. Take me there. Best of Y! Groups Check them out and nominate your group. Messages Messages Help Message # Search: Advanced FW: Artikel 1: GELAGAT KUMPULAN Topic List ic > Reply < Prev Message Next Message > NAMA: ROSNANI BINTI ZAKARIA. ID NO: DMKWEP05090028 ARTIKEL 1. GELAGAT KUMPULAN. Ringkasan. Gelagat kumpulan ialah tingkah laku yang ditunjukkan oleh setiap individu dalam sesebuah kumpulan. setiap individu mempunyai perbezaan jika di dalam kumpulan da n bila mereka bersendirian. bila dalam kumpulan kita dapat memahami tahap kebole han setiap ahli kumpulan dari semasa ke semasa melalui beberapa peringkat sepert i peringkat pembentukan, pergeseran, kebiasaan, perlakuan dan penangguhan. Di petik dari: http://stafweb.uum.edu.my/~hartini/group.htm MEMAHAMI GELAGAT KUMPULAN Gelagat dalam kumpulan bukanlah dilihat sebagai jumlah gelagat bagi ke semua ind ividu di dalam sesebuah kumpulan. Kenapa? Ini adalah kerana individu akan bertin gkahlaku secara berbeza dalam kumpulan berbanding apabila mereka bersendirian. J adi adalah perlu untuk mengkaji gelagat organisasi secara menyeluruh untuk kita mengkaji kumpulan. Apa itu kumpulan? Definisi : individu yang terdiri daripada dua atau lebih yang berinteraksi dan s aling bergantungan dan ingin mencapai objektif tertentu secara bersama. Kumpulan adalah terdiri daripada formal dan informal. Kumpulan formal adalah kum pulan kerja yang diiktiraf oleh organisasi yang mempunyai tugas yang diberikan d an tugas yang khusus. Dalam kumpulan formal, gelagat dibentuk dan dijuruskan ke arah matlamat organisasi. Contoh kumpulan formal ditunjukkan di bawah :

< Prev Topic

Next Top

* Kumpulan arahan (command group)

Adalah kumpulan asas, kumpulan tradisional yang ditentukan oleh autoriti formal dan berdasarkan kepada carta organisasi. Selalunya terdiri daripada pengurus dan subordinat yang melapor secara terus kepada pengurus tersebut.

* Pasukan Merentasi-Fungsian (cross-functional teams) Pasukan yang terdiri daripada pengetahuan dan skil individu daripada berbagai bi dang kerja untuk mendapatkan penyelesaian kepada permasalahan operasi. Pasukan i ni juga mengandungi kumpulan yang ahli-ahlinya dilatih untuk membuat kerja antar a satu sama lain.

* Pasukan Urusan-Kendiri (self-managed teams) Kumpulan yang boleh melakukan kerja mereka, melakukan tanggungjawab pengurusan t radisional seperti mendapatkan pekerja, perancangan dan penjadualan, serta penil aian prestasi. * Gerak kerja (task forces) Merupakan kumpulan sementara yang dibentuk untuk melaksanakan tugas yang spesifi k. Apabila tugas siap sepenuhnya maka kumpulan akan dibubarkan.

Tahap Pembangunan Kumpulan (Stages of Group Development) Pembangunan kumpulan merupakan proses yang dinamik. Kebanyakan kumpulan berada p ada keadaan perubahan yang berterusan. Terdapat bentuk yang umum untuk menerangk an pertumbuhan sesebuah kumpulan. Terdapat lima tahap iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Pembentukan (Forming) Pergeseran (Storming) Kebiasaan (Norming) Perlakuan (Performing) Penangguhan (Adjourning)

Pembentukan (Forming) Tahap pertama bagi pembangunan kumpulan, di mana individu menyertai kumpulan dan kemudiannya kenalpasti tujuan kumpulan, struktur, kepimpinan, di mana ianya ber cirikan ketidakpastian. Terdapat 2 aspek, iaitu pertama, individu menyertai kumpulan untuk tugasan kerja (kumpulan formal). Atau, kedua, penyertaan dalam kumpulan yang disebabkan oleh keinginan kepada faedah lain (kumpulan informal). Pergeseran (Storming) Tahap kedua untuk pembangunan kumpulan, bercirikan konflik individu dalam kumpul an. Ahli-ahli menerima kewujudan kumpulan tapi menolak wujudnya individualiti. T ambahan pula, wujudnya konflik terhadap siapa yang mengawal kumpulan. Tahap ini akan lengkap, apabila tercetusnya hirarki yang jelas dan persetujuan terhadap ha la tuju kumpulan. Kebiasaan (Norming)

Tahap ketiga dalam pembangunan kumpulan, bercirikan perhubungan yang erat. Ident iti kumpulan wujud dengan jelas dan setiakawan. Tahap ini akan lengkap struktur kumpulan mantap dan kumpulan telah menyetujui set jangkaan umum yang menggariska n gelagat yang betul bagi ahli-ahli. Perlakuan (Performing) Tahap keempat dalam pembangunan kumpulan, di mana kumpulan berfungsi secara sepe nuhnya. Kumpulan akan tahu edan memahami antara satu sama lain untuk melaksanaka n tugas. Penangguhan (Adjourning) Tahap terakhir dalam pembangunan kumpulan untuk kumpulan sementara, bercirikan p enekanan kepada aktiviti-aktiviti berbanding dengan pencapaian tugas. Ianya meru pakan kumpulan sementara seperti jawatankuasa, gerak kerja, dan sebagainya yang bersifat sementara. Konsep asas kumpulan Peranan (role) Set bentuk tingkahlaku yang dijangkakan dimainkan daripadaindividu yang menjawat keduduian dalam unit sosial. Oleh itu, bagi individu yang memainkan peranan yan g berbeza daripada apa yang dijangkakan akan mengalami konflik peranan (role con flict). Contohnya, prestasi kerja operator yang rendah berbanding dengan apa yan g dijangkakan oleh majikannya akan menyebabkan konflik peranan. Norma (norms) Piawaian (standard) yang diterima dan dikongsi oleh ahli-ahli di dalam sesebuah kumpulan. Norma menerangkan perkara-perkara seperti tahap output, kadar ketidakh adiran kerja, kepantasan tindakbalas, dan sebagainya. Sistem Status Status ialah gred (grading), kedudukan dan tahap (rank) yang berprestij dalam ku mpulan. Status selalunya berkait dengan pendidikan, umur, skil, atau pengalaman. Saiz kumpulan Adakah saiz kumpulan akan mempengaruhi gelagat keseluruhan kumpulan? Ya, tetapi kesannya bergantung kepada mana satukah hasil yang difokuskan. Contohnya, kumpul an kecil lebih cepat menyiapkan tugas berbanding dengan kumpulan yang lebih besa r. Bagi penyelesaian kepada permasalahn pula, kumpulan yang lebih besar akan leb ih baik berbanding dengan kumpulan yang kecil. Terdapat juga kajian yang menunju kkan apabila saiz kumpulan bertambah maka sumbangan individu dalam kumpulan akan menjadi bertambah kurang atau menurun. Ini menunjukkan walaupun produktiviti ku mpulan yang bersaiz lebih besar bertambah, tetapi sebenarnya sumbangan individu atau produktiviti individu dalam kumpulan adalah menurun. Sebenarnya ini menunju kkan konsep kecenderungan penumpang percuma (free rider tendency) iaitu penuruna n usaha dalam sumbangan individu apabila saiz kumpulan meningkat. Ini terjadi ap abila individu yang free rider berfikir bahawa sumbangannya tidak dapat diukur. Keeratan kumpulan Darjah di mana ahli-ahli bekerjasama antara satu sama lain dan berkongsi matlama t kumpulan. Kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang lebih erat akan lebih efekti f berbanding dengan yang kurang erat.

Pengurusan konflik Apabila kumpulan melaksanakan sesuatu tugas maka akan timbul juga perasaan tidak setuju dan konflik. Konflik merujuk kepada perasaan ketidaksesuaian yang tercet us akibat daripada pertelingkahan atau gangguan.

Terdapat 3 pandangan berkaitan dengan konflik. 1. Pandangan tradisional - semua konflik adalah tidak baik dan perlu dielakka n. 2. Pandangan hubungan manusia - konflik adalah hasil yang semulajadi dan tida k perlu dielakkan dalam kumpulan. 3. Pandangan interaksi (interactionist) - sesetengah konflik adalah perlu bag i sesebuah kumpulan untuk melaksanakan tugas dengan efektif.

Pandangan interaksi (interactionist) ini melihat bahawa tidak semua konflik itu baik. Terdapat beberapa konflik yang dapat menyokong matlamat kumpulan, iaitu ko nflik fungsian (functional conflicts) iaitu sifatnya membantu. Sebaliknya, terda pat konflik yang menghalang kumpulan mencapai matlamat iaitu konflik ketidakfung sian (dysfunctional conflicts) yang bersifat mengekang atau tidak membantu. Komunikasi informal Merupakan komunikasi yang wujud di luar daripada saluran komunikasi formal organ isasi. Ianya digunakan oleh 2 kumpulan iaitu; pertama; individu yang boleh memen uhi keperluan mereka untuk interaksi sosial. Kedua, pencapaian kumpulan boleh di tingkatkan melalui alternatif ini, di mana ianya merupakan saluran komunikasi ya ng lebih efisien dan lebih cepat. Rangkaian komunikasi informal dikenali sebagai khabar angin (grapevine) di mana ianya aktif berlaku bagi kebanyakan organisasi. Maklumat akan mengalir di antara ahli dalam kumpulan kerja dan di antara kumpulan-kumpulan kerja menggunakan kha bar angin. Pengurus akan mendapati bahawa khabar angin ini penting dalam mengena lpasti isu dan ketidakpuasan hati pekerja. Khabar angin boleh digunakan sebagai mekanisme penapis atau maklumbalas untuk pengurus dengan mengeluarkan isu yang r elevan kepada pekerja dan dengan mewujudkan mesej yang pengurus mahu pekerjanya dengar. MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA BERKUMPULAN Kebanyakan daripada keputusan organisasi dilakukan oleh kumpulan. Terdapat beber apa kebaikan dan keburukan pembuatan keputusan oleh kumpulan berbanding dengan p embuatan keputusan oleh individu, ditunjukkan pada jadual di bawah.

KEBAIKAN KEBURUKAN 1. Maklumat lebih lenkap - kumpulan akan mempunyai pengalaman dan perspektif yang berbeza untuk memberikan sumbangan kepada pembuatan keputusan. 2. Mewujudkan lebih alternatif - ini disebabkan maklumat yang banyak yang bol eh mengenalpasti berbagai alternatif. 3. Meningkatkan penerimaan untuk penyelesaian - penyelesaian yang dibuat leni

h mudah diterima memandangkan ramai yang terlibat sewaktu proses pembuatan keput usan. 4. Meningkatkan keadilan - keputusan yang dibuat dilihat mengamalkan ciri-cir i demokrasi di mana melibatkan input daripada ramai individu.

1. Kekangan masa - interaksi dan perjumpaan yang kerapkali akan memakan masa berbanding dengan keputusan yang dibuat oleh individu. 2. Pengaruh minoriti - disebabkan oleh terdapat ahli di dalam kumpulan yang m ungkin mempunyai sesuatu kelebihan maka akan mempengaruhi keputusan akhir. 3. Tekanan untuk patuh - tekanan sosial yang mungkin wujud yang dikenali seba gai fenomena groupthink. Fenomena ini menyebabkan ahli akan bertindak untuk meny etujui keputusan kumpulan supaya tidak tersisih daripada kumpulan. Ini menyebabk an kualiti keputusan akhir akan tercemar. 4. Tanggungjawab kabur - perkongsian tanggungjawab menyebabkan persoalan tent ang siapakah yang bertanggungjawab terhadap hasil akhir.

Wed May 30, 2007 8:04 am Show Message Info #264 of 445 Msg List <Prev Next> View Source Use Fixed Width Font Unwrap Lines "Rosnani Zakaria" <rosnani.zakaria@...> rosnani_zakaria Offline Offline Send Email Send Email < Prev Message Next Message > Expand Messages Author Sort by Date FW: Artikel 1: GELAGAT KUMPULAN NAMA: ROSNANI BINTI ZAKARIA. ID NO: DMKWEP05090028 ARTIKEL 1. GELAGAT KUMPULAN. Ringkasan. Gelagat kumpulan ialah tingkah laku yang ditunjukkan oleh setiap ... Rosnani Zakaria rosnani_zakaria Offline Send Email May 30, 2007 8:04 am < Prev Topic Next Topic > Message # Search: Advanced SPONSOR RESULTS Bus Tours http://www.eworldtours.com - Find Great Deals On All East Coast Tours. Book 2 & Get 3rd Free! Lodging in Taos Mountains www.columbineinntaos.com - Authentic, mountain inn located 1.5 miles from the li fts. cancun mexico Cancun.BookIt.com - Save 50% Luxury Inclusive Resort! Free $120 Credit, Book Can cun Now

Copyright ? 2011 Yahoo! Inc. All rights reserved. Privacy Policy - Terms of Service - Copyright Policy - Guidelines NEW - Help

You might also like