You are on page 1of 27

KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350

STE MANAGEMENT
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi di atas limpah dan kurniaNya laporan bagi
melengkapi subjek Site Management (BLD350) yang bertajuk Kesihatan,
Keselamatan dan Kemalangan di Tapak Bina ini dapat disempurnakan. Diucapkan
jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada
semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Setinggi penghargaan ditujukan kepada Muhamad Hamdan Bin Othman selaku
pensyarah bagi subjek Site Management (BLD350) ini kerana telah banyak
memberikan tunjuk ajar sepanjang tempoh pembikinan laporan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada responden kerana sudi ditemuramah
dan bersetuju untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Terima kasih juga
kepada rakan sekuliah yang juga berkongsi pengalaman sewaktu tempoh
pembelajaran serta lain-lain nama yang tidak disebut. Semoga Allah s.w.t membalas
segala jasa dan pengorbanan mereka.

Sekian, terima kasih.














KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
PENGENALAN

ndustri pembinaan merupakan antara industri yang paling berbahaya kerana
persekitarannya yang mendedahkan pekerja kepada risiko kemalangan. Salah satu
langkah untuk membantu negara di dalam usaha membangunkan imej industri
pembinaan adalah dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
Dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja, terutamanya pekerja
pembinaan di tapak bina berada dalam keadaan selamat, syarikat pembinaan wajib
membekalkan peralatan keselamatan dan kesihatan disamping juga pendedahan
pengetahuan kepada pekerja mereka. Walau bagaimanapun, terdapat di kalangan
majikan yang enggan membekalkan peralatan keselamatan kepada pekerja dengan
beralasan meningkatkan kos pembinaan, telah mendedahkan pekerja kepada
bahaya fizikal, kesihatan dan "stress.

Dalam industri pembinaan, tahap perancangan dan pengurusan keselamatan perlu
dijalankan dengan teliti, mengikut langkah-langkah dan prosedur yang telah
ditetapkan. Pengurus memainkan peranan yang penting, terutamanya bagi pekerja
di tapak bina. Pengurus yang bertanggungjawab boleh meminimumkan risiko
kemalangan dengan membuat perancangan dan peka terhadap keselamatan
pekerjanya. ni kerana pekerja merupakan asset atau modal penting kepada
sesebuah syarikat.

Tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan di tapak bina juga merupakan
perkara yang penting dalam menyumbang kepada kemalangan. Kesedaran
termasuk seseorang itu mempunyai perasaan dan faham terhadap situasi
persekitaran. a bermaksud pekerja harus sedar dan sentiasa prihatin terhadap
keadaan persekitarannya dan kesedaran juga membawa kepada pemahaman
secara jelas terhadap perkataan "BAHAYA. Pekerja yang mempunyai kesedaran
yang tinggi adalah lebih peka terhadap keadaan persekitaran dan boleh
mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan. Menurut Abdul Aziz Hussin
(2001), keselamatan pekerja didefinisikan sebagai keselamatan pekerja daripada
bencana kecederaan, kematian atau kerosakan tubuh badannya. Manakala
kesihatan pekerjaan bermaksud bebas daripada penyakit kesihatan mental, fizikal
dan sosial yang berkaitan keadaan serta amalan kerja yang diterapkan.
KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
ESELAMATAN DI TAPA

Pelaksanaan amalan keselamatan di tapak bina perlu dipraktikkan oleh
semua pihak yang terlibat dalam industri binaan bertujuan untuk mengelakkan
kemalangan dari berlaku di tapak bina. Kerajaan telah menggubal akta bagi
memastikan amalan keselamatan menjadi keutamaan di tapak bina, seperti Akta
Kilang dan Jentera 1967. Kemudiannya, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan telah digubal pada 1984 bagi meningkatkan keberkesanan dan
mempertingkatkan amalan keselamatan di dalam industri binaan (A. Abdeli, 1994).
Dalam pengurusan keselamatan tapak bina, pelbagai kos diperuntukkan bagi
menjamin tahap keselamatan yang mencukupi dan bagi menjamin pelaksanaan
kerja di tapak bina tidak diganggu akibat kejadian kemalangan (Mac Collum, 1993).

Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. ni
adalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan
risiko terhadap kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996).
Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja
adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi
atau langsung tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai
keselamatan meningkat dalam industri binaan, banyak kajian berkaitan keselamatan
telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Sehubungan dengan itu, kajian lebih
mendalam perlu dilakukan bagi mengenalpasti kos pengurusan dan perancangan
bagi kerja kejuruteraan awam agar dapat dijadikan panduan perancangan projek
dan anggaran projek akan diketahui.








KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
EMALANGAN

Kemalangan menurut Laney (1982a) merupakan keadaan atau situasi yang
berlaku tanpa kawalan yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam
industri binaan kemalangan mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan
jentera, bahan binaan dan sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Ridley
(1983) menyatakan definisi terawal yang telah dikemukakan oleh Lord Mac
Naughton di dalam kes Fenton v. Thorley & Co. Ltd (1903) AC 443 yang
berpendapat bahawa suatu perkara yang menghalang atau ditonjolkan ketika tidak
diingini ke atas sesuatu pekerjaan normal dan di dalam erti kata harian, ia
merupakan kemalangan yang tidak dapat dijangka atau disedari oleh mangsa.
Definisi yang didapati daripada 40 penyelidikan yang dibuat oleh Ridley (1983) dari
aspek umum, undang-undang, perubatan, saintifik dan literatur keselamatan telah
mengemukakan definisi kemalangan yang tepat.

Peyton dan Rubio (1991), menyatakan kebanyakan pakar mendefinisikan
kemalangan sebagai kejadian yang tidak dapat diramal menyebabkan kecederaan
fizikal kepada manusia dan kerosakan harta benda. a juga boleh dikatakan sebagai
suatu kejadian yang boleh dan telah menyebabkan penurunan kecekapan firma
dan operasi perniagaan. Maksud risiko dan bahaya merujuk kepada kemalangan
yang boleh mengganggu kesihatan dan mewujudkan suasana kerja yang tidak sihat
(Davies dan Tomasin, 1990). Brazier (1994) dan Covan (1995) bersetuju bahawa
kemalangan merupakan suatu keadaan yang tidak diingini yang menyebabkan
kecedaraan atau kerosakan.










KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
ENIS-ENIS EMALANGAN

Tapak pembinaan biasanya menjadi medan berlakunya kemalangan di
kalangan pekerja. Hal ini berlaku disebabkan situasi pekerja dan peralatan berada
dalam suatu keadaan yang tergesa-gesa kerana semua pihak memfokuskan pada
kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya tidak
dikenakan denda. Dalam keadaan yang tergesa-gesa, kemalangan mudah berlaku.
Jenis kemalangan yang biasa direkodkan adalah terjatuh di tapak, kemalangan yang
melibatkan kren, kemalangan yang melibatkan scaffolding, kecuaian pekerja
mengendalikan peralatan, kemalangan yang melibatkan bekalan elektrik, kejadian
keruntuhan parit, kebakaran dan letupan serta kemalangan semasa kerja kimpalan
dijalankan. Setiap jenis kecelakaan ini adalah berbahaya dan boleh mengakibatkan
kematian.

Setiap jenis kecelakaan dapat dielakkan melalui pengurusan keselamatan yang
efektif. Statistik menunjukkan setiap tahun lebih kurang 1000 pekerja binaan
terbunuh semasa berada di tapak bina. Daripada jumlah ini, sebanyak satu per tiga
atau lebih 300 kematian berpunca daripada kejadian tergelincir di tapak. Kejadian
seperti ini perlu ditangani untuk mengurangkan bilangan kematian atau kecederaan.
Kejadian tergelincir di tapak termasuklah terjatuh dari atap, terjatuh dari kren,
terjatuh dari scaffolding dan terjatuh dalam lubang yang digali dan objek jatuh dari
atas. Peralatan pelindungan yang sesuai dan langkah-langkah keselamatan amat
perlu untuk melindungi nyawa pekerja dan memelihara kesejahteraan keluarga
mereka (Jimmie W. Hinze 1997).










KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
PUNCA EMALANGAN

Tapak pembinaan boleh menjadi amat berbahaya apabila subkontraktor gagal
mengamalkan langkah-langkah keselamatan. Dalam kilang bahan kimia, kilang besi,
kilang penapis, pemasangan paip, pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain tapak
pembinaan, kemalangan boleh mengakibatkan kecederaan yang kritikal dan
kemalangan yang meyayatkan hati. Kemalangan scaffolding serta punca lain yang
boleh mengakibatkan kemalangan dan kematian biasanya disebabkan oleh
kecuaian dalam menggunakan peralatan dan penyelenggaraan. Sebanyak 10,000
kemalangan selalu dilaporkan adalah berkaitan dengan scaffolding. Kebanyakan
kecederaan yang disebabkan oleh scaffolding adalah berpunca daripada kegagalan
untuk menampung atau pekerja tergelincir atau terhantuk dengan peralatan yang
jatuh dari atas.

Kimpalan, memotong dan membuat sokongan adalah aktiviti yang mempunyai
gabungan hazard kepada keselamatan dan kesihatan dan lebih 500,000 pekerja
dalam banyak industri terdedah kepada risiko sebegini. Peraturan mewajibkan
penggunaan alatan perlindungan individu untuk menggurangkan pekerja terdedah
kepada hazard semasa membuat kerja kimpalan. Majikan diminta menyenaraikan
hazard-hazard yang terdapat di tempat kerja dan mengkaji bahawa perlulkah pekerja
menggunakan alatan perlindungan diri untuk melindungi pekerja mereka. Antara
hazard yang berkaitan dengan kerja kimpalan ialah sinaran UV(ultraviolet radiation)
yang dihasilkan dengan menggunakan electric arc dalam proses kimpalan. Kulit
yang terdedah dengan sinaran UV akan terbakar dengan teruk dalam kebanyakan
kes tanpa sebarang amaran awal. UV juga boleh merosakkan kanta mata dan
menjadikan kulit menjadi sensitif kepada beberapa penggunaan bahan kimia
(Robert et. Al 1985).

Sinaran R(infrated radiation) yang dihasilkan dengan penggunaan electric arc dan
nyala mesin pemotong boleh melecurkan permukaan kulit dan tisu di bahagian
bawah dengan serta-merta. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kebakaran
termal dalam sesetengah situasi. Pekerja dalam sektor pembinaan terdedah kepada
berbagai jenis bahaya dan berdepan dengan risiko yang tinggi yang berkait dengan
kecederaan dan kematian adalah tinggi berbanding dengan sektor lain di Malaysia.
KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
Statistik menunjukkan seramai 9605 orang mati untuk 10 tahun yang yang lepas
dalam kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan.

Pada tahun 1992, sebanyak 919 kematian direkodkan tetapi pada tahun 2005,
bilangan ini meningkatkan kepada 1150 kematian. Hampir setengah daripada
kemalangan ini melibatkan kaum lelaki yang berusia di antara 20 hingga 24 tahun.
Pada yang tahun yang sama, lebih daripada setengah kematian dalam sektor
pembinaan (544) berlaku di antara lingkungan usia ini. Syarikat kecil tidak
menyediakan program keselamatan yang formal seperti syarikat besar kerana
program seperti ini memerlukan kebenaran OSHA. Syarikat kecil juga tidak dapat
untuk menyediakan pekerja mereka dengan peralatan yang selamat seperti
arnesses, tie-offs dan lanyards (Robert et. al 1985).

Setiap tahun, kejadian tergelincir merekodkan bahagian yang besar dalam jumlah
mangsa di tapak pembinaan. Kemalangan jenis ini lazimnya melibatkan punca yang
pelbagai iaitu tempat kerja yang tidak stabil, penggunaan alatan perlindungan yang
tidak betul dan kecuiaan manusia. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan jaring
keselamatan, sistem kawalan kegelinciran(fall arrest system), penutup(covers) dan
sistem kawalan pengangkutan(travel restriction system) boleh mencegah daripada
kecederaan akibat terjatuh dan kematian.

Antara faktor tergelincir dan kecederaan di tapak pembinaan di Malaysia ialah:
i. lubang yang tidak ditutup di atas lantai atau tanah
ii. kecuaian dalam penggunaan tangga
iii. pembinaan scaffolding yang tidak sempurna
iv. kekurangan latihan penggunaan jentera berat
v. kemalangan jentera pembinaan
vi. keadaan di mana membenarkan objek jatuh dan menghempap pekerja
vii. kegagalan menggunakan jaring(nets) atau kanopi untuk menangkap objek
yang jatuh
viii. kekurangan penyeliaan keselamatan
ix. pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh Occupational Safety and Healt
Administration(OSHA)
x. kecuaian pekerja tapak yang lain
KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
xi. kelakuan pekerja tapak yang tidak memuaskan
xii. kerosakan peralatan di tapak bina
xiii. kecuaian dan kesilapan pekerja lain mengambil dadah atau meminum arak


Dalam kebanyakkan kes, kemalangan di tapak disebabkan oleh mangsa kecederaan
bagaimanapun, dalam banyak kes kemalangan tapak bukan merupakan kesalahan
mangsa yang tercedera. Keadaan ini membolehkan mangsa menuntut ganti rugi
untuk kegunaan rawatan, kerugian pendapatan, kesakitan, penderitaan dan
kecederaan untuk jangka masa yang panjang yang disebabkan oleh kemalangan.

Antara keadaan yang berbahaya di tapak bina:
i. kerosakkan scaffolding atau pembinaan scaffolding yang tidak betul
ii. kerosakkan forklifts atau operator forklift yang tidak bertanggungjawab
iii. kejatuhan beban akibat daripada pemindahan beban yang tidak sempurna
atau kecuaian
iv. tersadung atau jatuh akibat peralatan berada merata-rata di tapak
v. kejatuhan struktur
vi. kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan jentera( rod kimpalan,
perkakas elektrik) yang tidak betul atau kecuiaan

Pihak yang bertanggungjawab di atas kemalangan bergantung kepada kemalangan
itu sendiri. Pihak tersebut mungkin merupakan majikan, pekerja lain di tapak,
kontraktor atau pengilang bergantung kepada punca kemalangan.









KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
PENGURUSAN ESIHATAN, ESELAMATAN DAN EMALANGAN DI TAPA
BINA

Keselamatan dan kesihatan merupakan satu prioriti dalam pengurusan
sumber manusia kerana ia mempunyai perkaitan dengan kehidupan bekerja yang
berkualiti. Bidang keselamatan dan kesihatan melibatkan pelbagai pihak seperti
pekerja, majikan, masyarakat dan kerajaan. Pengabaian isu keselamatan dan
kesihatan menyasikkan majikan menanggung kos langsung seperti pampasan dan
kos perubatan dan beberapa kos tidak langsung seperti kehilangan masa atau hari
bekerja, kerugian pengeluaran, penaggantian pekerja, penyiasatan kemalangan kos
perundangan dan sebagainya.

Langkah-langkah untuk mencegah dari berlaku kemalangan boleh dilaksanakan oleh
kontraktor dengan menyediakan peralatan serta kelengkapan keselamatan yang
sesuai dengan keperluan kerja dalam kadar yang mencukupi (Peyton dan Rubio,
1991). Pihak kontraktor terlebih dahulu perlu mengenalpasti risiko-risiko bahaya di
tapak bina dan mengenalpasti peralatan yang sesuai untuk mewujudkan sistem
kerja yang selamat. Di antara peralatan keselamatan yang perlu disediakan oleh
kontraktor adalah topi keselamatan, jaket keselamatan dan kasut keselamatan.

Menurut Dimond (2002) menyarankan bahawa setiap majikan perlu membentuk
sistem pengurusan risiko yang efisien dalam memenuhi keperluan perundangan dan
berpendapat bahawa proses penilaian risiko yang diamalkan hendaklah terdiri
daripada perkara-perkara berikut;
i. Melibatkan pihak pengurusan menganlpasti risiko dan hazad yang terdapat di
organisasi.
ii. Memastikan semua aspek kerja bekerja diteliti dengan rapi.
iii. Mengambil kira kerja bukan rutin seperti penyenggaraan, pembersihan dan
sebagainya.
iv. Mengambil kira gangguan yang terdapat di tempat kerja.
v. Membuat kajian mengenai kesan sesuatu pekerjaan terhadap kesihatan
pekerja
vi. Mengambil kira kesan risiko kepada orang awam.

KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
Manakala Goetsch (2005) menyatakan bahawa penilaian risiko harus menjawab
empat soalan berikut iaitu;
i. Tahap teruk (severe) sesuatu kecederaan
ii. Kekerapan pekerja terdedah kepada hazad terlibat
iii. Peluang untuk mengelakkan hazad sekiranya ia wujud
iv. Kebarangkalian kecederan wujud sekiranya berlaku kegagalan pada sistem
kawalan keselamatan.


GARIS PANDUAN BAGI ESELAMATAN DAN ESIHATAN DI TAPA
PEMBINAAN

Terdapat beberapa badan yang telah menggariskan panduan di dalam
mengurus dan menjaga keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Sebagai contoh,
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kementerian Sumber
Manusia, Malaysia telah menggariskan beberapa panduan untuk menangani
masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Garis panduan ini
bertujuan untuk menyediakan panduan untuk majikan berhubung dengan
bagaimana amalan kerja yang baik boleh dilaksanakan dalam setiap aktiviti semasa
pembinaan untuk mencegah kemalangan kepada pekerja malah terhadap orang
awam. Garis panduan ini boleh dijadikan rujukan standard bagi Pemaju, Kontraktor,
Jurutera, Arkitek, Pereka Bentuk dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Terdapat beberapa elemen kerja yang dititikberatkan di dalam garis panduan ini
iaitu:
i. Pagar Adang
ii. Pergerakan Lalu Lintas Kenderaan
iii. Nyahsambung Utiliti
iv. Kerja Perobohan
v. Peletupan dan Penggunaan Bahan Letupan
vi. Pembuangan Puing
vii. Pembersihan Tapak
viii. Kerja Pengorekan
ix. Kerja Cerucuk
KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
x. Superstruktur
xi. Perancah
xii. Jaring Keselamatan dan Jaring Sisi
xiii. Kerja Konkrit
xiv. Kemasan
xv. Penggunaan Kelengkapan Angkat

Sebagai contoh, diambil kerja pembinaan perancah untuk penyiapan kerja-kerja
superstruktur. Pelbagai garis panduan yang telah diletakkan bagi memastikan
keadaan tapak yang selamat bagi pekerja tapak mahupun awam. Garis panduan
bagi kerja perancah ini adalah seperti berikut:
i. Tiap-tiap perancah dan tiap-tiap bahagiannya hendaklah dibina dengan baik,
dari bahan yang sesuai dan baik dan mempunyai kekuatan yang mencukupi
bagi maksud yang hendak digunakannya. (!eraturan 72(1), !eraturan-
!eraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986)
ii. Tiap-tiap perancah dan tiap-tiap bahagiannya hendaklah mematuhi Piawaian
Malaysia atau mana-mana piawaian antarabangsa yang berkaitan.
iii. Tiada perancah boleh dibina atau sebahagian besarnya diubah atau dirombak
kecuali di bawah penyeliaan orang yang ditetapkan. (!eraturan 74(1),
!eraturan-!eraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-
Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)
iv. Semua bahagian yang hendak digunakan untuk pembinaan perancah
hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan setiap kali sebelum ia
digunakan. (!eraturan 74(2), !eraturan-!eraturan Kilang dan Jentera
(Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan)
1986)
v. Setiap pengendali perancah hendaklah berdaftar dengan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
vi. Pengendali perancah hendaklah sentiasa menggunakan sistem yang selamat
semasa memasang, mengubah suai dan merombak perancah. ni biasanya
termasuklah penggunaan abah-abah keselamatan.
KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
vii. Semua perancah perlu dirembat untuk membantu mencegah keruntuhan.
Semua perancah, termasuk perancah independent', haruslah ditambat
selamat, atau disokong. Lebih banyak tambatan diperlukan jika:
O perancah dilitup atau dipasang jaring yang akan mengakibatkan beban
angin yang bertambah;
O ia digunakan sebagai pelantar untuk memunggah bahan atau
kelengkapan; atau
O pesawat angkat, perkakas angkat atau pelongsor sampah
disambungkan padanya.
viii. Pembinaan perancah dan jaringan sisi haruslah satu tingkat lebih tinggi dari
lantai struktur yang dalam pembinaan untuk memastikan tiada objek yang
boleh jatuh di tepi luar bangunan.
ix. Tiap-tiap perancah hendaklah disenggara dengan sempurna dan tiap-tiap
bahagiannya hendaklah dipasang kekal, dikukuhkan atau diletakkan dalam
keadaan supaya dapat mencegah, setakat mana yang praktik, daripada
teranjak ke tempat lain dengan tidak sengaja. (!eraturan 73(1), !eraturan-
!eraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)
x. Tiap-tiap perancah tiub logam yang melebihi 40 meter tingginya dan tiap-tiap
perancah lain yang melebihi 15 meter tingginya hendaklah dibina mengikut
reka bentuk dan lukisan Jurutera Profesional. (!eraturan 75(1), !eraturan-
!eraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan
Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986)
xi. Perancah hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan:
O sebelum digunakan kali pertama;
O selepas banyak melakukan pengubahsuaian dan selepas apa-apa
kejadian yang mungkin menjejaskan kestabilan perancah, misalnya
selepas hujan lebat atau angin kencang; dan
O dalam tempoh yang tetap tetapi tidak melebihi tujuh hari.



KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
PROGRAM LATIHAN ESELAMATAN DAN ESIHATAN DALAM INDUSTRI
PEMBINAAN

Darkenwald dan Merriam (1982) memberikan pengertian latihan sebagai "...aktiviti
yang direkabentuk untuk meningkatkan prestasi kerja pekerja semasa bekerja atau
apa yang akan dilakukan oleh pekerja. Manakala Noe (1986) mendefinisikan latihan
sebagai satu reka bentuk perancangan pengalaman pembelajaran untuk membawa
perubahan yang kekal terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran individu.

Menurut Roberts (1980) latihan ditakrifkan sebagai aktiviti atau segala usaha
terancang atau yang diprogramkan bagi kaedah pembelajaran dalam tingkah laku
kerja tertentu. Menurut Kamus Dewan (2000), latihan merupakan pelajaran atau
pendidikan untuk memahirkan atau membiasakan mengenai ajaran atau pelajaran
yang diterima dan mencukupi untuk seseorang menjalankan kerjanya.

Banyak aktiviti dan program keselamatan seperti program kad hijau dan sebagainya
yang bertujuan memberikan pendedahan dan latihan mengenai amalan
keselamatan. Namun program tersebut hanya sekadar permulaan dan tiada
tindakan dan program susulan mengenai latihan keselamatan yang dilakukan secara
berkala. Tiada program latihan keselamatan yang berterusan yang dirangka kepada
semua golongan personel binaan di tapak bina. Program pembelajaran berterusan
dalam latihan keselamatan seharusnya dirangka bagi memberikan input tambahan
dan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, mengurangkan kemalangan
selain memberikan persekitaran kerja industri binaan sebagai sektor pekerjaan yang
selamat sebagaimana dalam industri petrokimia.

Menurut nternational Labour Office, manual keselamatan dikeluarkan bagi
memberikan panduan praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tapak bina
dan bagi memberikan pengetahuan penyelesaian kepada masalah keselamatan
yang berlaku. ni bagi memberikan gambaran bahawa industri pekerjaan di tapak
bina adalah selamat dan praktik keselamatan tersebut berupaya mengelakkan
kemalangan kepada nyawa pekerja, kesihatan dan juga sumber tenaga kerja terlatih
yang berada di tapak projek. Salah satu tujuan polisi keselamatan dan kesihatan
pekerja yang perlu ada dalam organisasi dan pengurusan keselamatan ialah
KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
keperluan latihan keselamatan di semua peringkat pekerja binaan. Keperluan latihan
sangat diperlukan terutamanya bagi pekerja dalam tred yang dikategorikan berisiko
seperti pekerja peranca dan operator kren yang mana sebarang kesilapan oleh
mereka akan memberikan kesan kepada pekerja-pekerja yang lainnya di tapak
projek (LO, 1995).

Robert dan Rubio (1991), menyatakan bahawa latihan merupakan antara elemen
asas yang menjadikan program keselamatan menjadi lebih efektif dalam pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Juga menambah bahawa latihan
keselamatan dan orientasi merupakan elemen penting kepada program keselamatan
yang efektif. Penyelia dan pekerja perlu memahami polisi keselamatan firma dan
prosidur berkaitan bahaya dalam persekitaran pekerjaan mereka. Pekerja perlu
disediakan dengan program latihan orientasi keselamatan apabila pertama kali
memasuki tapak bina yang merangkumi polisi firma dan keselamatan projek,
peraturan keselamatan, orientasi tapak bina, peralatan pencegahan keselamatan
dan keperluan latihan menurut OSHA.

Antara program keselamatan yang boleh dilaksanakan di tapak bina (Levitt dan
Raymond, 1987) adalah Latihan Keselamatan Dan Kursus nduksi. Dalam program
tersebut, pekerja-pekerja perlu diberi latihan keselamatan yang berkaitan dengan
bidangnya untuk memberi pendekatan yang lebih berhubung dengan keselamatan
ketika melaksanakan kerja. Kursus induksi juga boleh dilakukan dengan mengawal
pekerja-pekerja yang baru supaya mengamalkan kaedah kerja yang betul dan
selamat. Kursus atau latihan seperti yang dinyatakan oleh Levitt dan Raymond ini
boleh dilaksanakan di tapak bina atau menghadiri kursus seperti yang dianjurkan
oleh National nstitute of Occupational Safety and Health (NOSH).

Selain itu, latihan praktikal juga dilaksanakan di tempat kerja untuk melihat tahap
keberkesanan pelaksanaan dan kefahaman peserta. Bermula pada tahun 1999,
CDB telah mewajibkan peserta menghadiri latihan pekerja dan mendapat kad hijau
sebagai bukti mereka telah berjaya menghadiri latihan tersebut. Oleh itu, kos latihan
ini mesti diperuntukan oleh semua kontraktor yang terlibat apabila ia
dikuatkuasakan.

KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
Menurut Koehn dan Kothari (1994) dan Amrien (1992), dalam usaha menekankan
amalan keselamatan semasa pembinaan, adalah disarankan organisasi
mengambilkira beberapa perkara iaitu, mempunyai pengetahuan berkaitan
perundangan terlibat, menentukan polisi dan prosidur dan memastikan diikuti oleh
semua pihak, melaksanakan latihan keselamatan berjadual kepada pekerja,
pengurus dan profesional pereka bentuk, membangunkan polisi bertulis berkaitan
program keselamatan dan melaksanakan sistem penalti, dan melaksanakan
mesyuarat keselamatan selain menyediakan pasca rekod data keselamatan bahan
binaan. Keselamatan tidak akan dicapai melalui penguatkuasaan perundangan
semata-mata walaupun ia merupakan tanggungjawab kontraktor. Majikan atau klien
perlu terlibat sama kerana keselamatan pekerjaan merupakan usaha kumpulan dan
ianya boleh dicapai melalui pelaksanaan latihan dan pendidikan.






















KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
EPENTINGAN LATIHAN ESELAMATAN DALAM INDUSTRI BINAAN

Latihan keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma dan masyarakat seperti
yang dinyatakan oleh Robert dan Rubio (1991). Latihan keselamatan berupaya
menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kesakitan.
Melalui kebanyakan latihan dan praktis dalam pekerjaan, kita akan berupaya
melaksanakan tugasan dengan sempurna berbanding dengan sebelumnya. Menurut
Davies dan Tomasin, (1996), adalah menjadi kewajipan majikan membekalkan
arahan dan latihan secukupnya bagi kepentingan memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja terjamin selain bagi mematuhi peruntukan perundangan
keselamatan di tempat kerja (Health and Safety at Work Act, 1974). Dan antara
persoalan yang akan ditanya selepas berlakunya kejadian kemalangan adalah ,
"adakah latihan secukupnya telah diberikan kepada semua pekerja?. ni
menunjukkan betapa pentingnya membekalkan secukupnya latihan keselamatan
bagi memastikan tanggungjawab majikan telah dilaksanakan iaitu membekalkan
latihan kepada semua lapisan pekerja termasuk kakitangan pengurusan. Tambahan
lagi keselamatan sepatutnya merupakan sebahagian daripada semua latihan dalam
operasi industri binaan

Kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan dilihat dari aspek membekalkan
pekerja semua lapisan ketukangan atau kepakaran profesional kepada kemahiran
asas dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan atau
menambahkan pengkhususan kepakaran. Latihan tidak perlu dilihat sebagai khusus
latihan seperti di kolej malah latihan yang khusus di tapak bina yang membekalkan
pengetahuan berkaitan risiko pekerjaan di lapangan (King dan Hudson, 1985).









KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
AIAN ES
PENGENALAN

Kajian ini telah dijalankan di projek pembangunan Menara Felda yang terletak
di Platinum Park, Bandar Kuala Lumpur. Tajuk projek adalah seperti berikut:
Cadangan pembangunan 1 blok ibu pejabat 50 tingkat yang mengandungi:-
a. Kemudahan dewan utama di aras basemen 2
b. Kemudahan kafeteria di aras 10
c. Kemudahan gimnasium di aras 11
d. Podium tempat letak kereta di aras 3-9 serta besmen 1-2
Di atas lot 322, 323, 324, 157 dan pt58, seksyen 63, jalan stonor, bandar Kuala
Lumpur.

Gambarfoto 4.1 : Tapak projek Menara Felda
KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
Terdapat beberapa parti utama yang telah berganding tenaga di dalam projek
pembangunan Menara Felda ini. Berikut adalah senarai parti utama yang terlibat:-
a. NAZA TTD (Development) Sdn Bhd pemaju projek
b. WTW Bovis Sdn Bhd pengurus projek
c. RSP Sdn Bhd arkitek
d. TY Lin nternational Sdn Bhd jurutera struktur
e. Perunding Kotrek Sdn Bhd jurutera mekanikal & elektrikal
f. Juruukur Bahan AAR kuantiti surveyor
g. Meinhardt Facade Technology (S) Pte Ltd perunding fasad
h. Pentago Landscape Sdn Bhd lanskap arkitek
i. Putra Perdana Construction Sdn Bhd kontraktor utama
Dengan lokasi tapak projek yang terletak di dalam kawasan Menara Berkembar
KLCC yang disekelilingi kawasan kediaman mewah seperti The Avare, Binjai, Stonor
Park dan Suria Stonor menjadikan pembinaan projek tersebut menghadapi pelbagai
permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan masyarakat sekeliling
semasa pembinaan disamping pembinaan menara setinggi 50 tingkat yang
mendedahkan pelbagai hazad terhadap pekerja pembinaan. Dengan berpandukan
Quality SO 9001:2008, Environment SO 14001:2004 dan Safety OSHAS
18001:2007, kumpulan pembinaan projek bangunan ini telah mengambil langkah
untuk menerapkan pengurusan keselamatan, kesihatan dan kemalangan di tapak
bina yang baik.






KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
PENGURUSAN ESIHATAN, ESELAMATAN DAN EMALANGAN DI TAPA
PEMBINAAN PROE MENARA FELDA

Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor utama pembinaan projek
Menara Felda ini dalam mengurus hal-hal kesihatan, keselamatan dan kemalangan
di tapak pembinaan. Dengan usaha ini, pasukan pembinaan telah dianugerahkan
anugerah 1,000,000 Hours Without Accident. Dalam mencapai kejayaan seperti ini,
pihak kontraktor utama pembinaan projek ini telah mengamalkan beberapa sistem
bagi menjayakan matlamat syarikat.

SISTEM 5S
Sistem 5s adalah satu sistem yang telah diperkenalkan di Jepun yang diterap masuk
ke dalam projek pembinaan Menara Felda. Sistem 5s yang bermaksud Sanitise,
Structurise, Systematise, Standardise dan Self-discipline adalah satu sistem audit
yang membantu untuk meningkatkan mutu di dalam pengurusan keselamatan,
kesihatan, kebersihan, kualiti kerja dan imej syarikat.




KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
AMALAN SISTEM 5S DI TAPA PROE MENARA FELDA

Amalan system 5s ini amat berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan pekerja
di tapak. Berikut adalah antara amalan 5s yang di amalkan di tapak projek Menara
Felda:
i. Structurise

Pengasingan bahan terpakai dan tidak terpakai


Penyimpanan bahan kimia dan mudah terbakar

KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT


ii. Systematise

Penyusunan alat di tempat yang betul

Penyimpanan skru, nat dan barangan kecil dengan teratur

KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
iii. Sanitise


Tempat kerja sentiasa dibersihkan selepas bekerja


Laluan kenderaan yang bersih


KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
iv. Standardise

Material sentiasa diperiksa dan disusun agar kebersihan berterusan


Ruang pintu lif sentiasa diawasi dan dikunci untuk mengelakkan kemalangan berlaku





KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
v. Self-discipline

Pemakaian keselamatan diri sentiasa di kawal agar pekerja mengikut cara pemakaian yang
betul

Cara kerja yang selamat di amalkan

KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
Dengan amalan sistem 5s ini, jumlah risiko bahaya di tapak dapat dikenal pasti dan
di kawal. Sebagai contoh, dengan pemakaian keselamatan diri pekerja yang
sentiasa dikawal mengikut cara pemakaian yang betul, pekerja dapat bekerja di
dalam keadaan yang selamat, dan jika kemalangan berlaku, kemalangan tersebut
dapat dikawal.

Selain daripada itu, terdapat juga langkah lain yang diambil untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Penggunaan jaring keselamatan untuk mengelakkan bahan atau alatan yang
jatuh mencederakan pekerja di bawah.
ii. penyediaan tanda-tanda amaran di tempat merbahaya
iii. penyediaan alatan keselamatan untuk pekerja dengan lengkap dan
mencukupi
iv. pemeriksaan secara bulanan alatan elektrik bagi mengelak penggunaan
alatan elektrik yang boleh membahayakan pekerja
v. pemeriksaan perancah yang digunakan
vi. memberikan taklimat keselamatan terhadap pekerja baru
vii. mengadakan mesyuarat keselamatan bersama supervisor subkontraktor
bagi menerangkan keadaan keselamatan yang harus diikuti.















KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
ESIMPULAN

Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri pembinaan,
banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan.
Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah
mengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda
berjuta-juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Kejadian kemalangan di dalam
industri pembinaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan,
pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan
latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar
yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin
meningkat hari ini.

Bagi menjamin keselamatan industri binaan yang berterusan, majikan dalam industri
pembinaan adalah perlu menyediakan pelbagai peringkat latihan tentang
keselamatan dan kesihatan kepada setiap pekerja dan pegawai pengurusannya.
Oleh yang demikian, majikan atau kontraktor boleh dikatakan merupakan golongan
yang utama dalam menentukan keselamatan dan kesihatan kepada pekerjanya.

Kesimpulannya, dalam sektor pembinaan semua pihak harus melibatkan diri dalam
mengurangkan kes kemalangan. Program keselamatan dan kesihatan pekerja tidak
akan berjaya sekiranya tanpa komitmen daripada semua pihak. Semua pihak juga
perlu sentiasa meningkakan tahap sistem pengurusan keselamatan di tapak binaan
untuk mengurangkan keskes kecederaan atau kematian. ni bagi memastikan
industri pembinaan adalah industri yang selamat untuk diceburi oleh golgongan belia
demi kepentingannya industri ini yang banyak menyumbangkan kepada pendapatan
perkapita negara.







KESHATAN, KESELAMATAN DAN KEMALANGAN D TAPAK BNA BLD350
STE MANAGEMENT
RUUAN

Abdul Aziz Hussin, 2001, Keselamatan Pekerja Di Tapak Bina Tanggungjawab
Bersama, Universiti Sains Malaysia.
Dimond, B. 2002. Risk Assessment And Management To Ensure Health And Safety
At Work, Britis Journal of Nursing, 11 (12). 1372-1374.
Goetsch, D. 1999. Occupational Safety And Health For Technologists, Engineers,
And Managers, New jersey, Prentice Hall.
Jimmie W. Hinze. 1997. Construction Safety. 1st .ed. Upper Saddle River, New
Jersey: Prentice Hall.
Robert L. Peurifoy and William B. Ledbetter. 1985. Construction !lanning,
Equipment & Metods. 4t.ed. McGraw-Hill nternational Editions. 1-6.
Berita Harian (1992). Sektor Pembinaan dan Pembuatan Penting. dlm. Berita
Harian, 13 Ogos 1992. Kuala Lumpur: Berita Harian Sdn. Bhd
Bold. J (1996). Role of State Labour nspectors in The Prevention of Occupational
Accident, Journal of Asian-Pacific Newsletter on Occupational Health and
Safety, Vol. 3 (2), July 1996, pp 36-37
Ludin Embong (1995) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Buletin
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bil 1/95, Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Bhd

You might also like