You are on page 1of 6

BAB 1

PROFIL SYARIKAT


1.1 Pengenalan

MOET Management Sdn. Bhd. (MOET) merupakan syarikat induk kepada anak
syarikat di dalam MOET Group yang berIungsi untuk mengembangkan syarikat ke
peringkat yang lebih tinggi. MOET telah didaItarkan di bawah akta syarikat 1965 pada
31 Disember 2001. Ia ditubuhkan sebagai pelengkap kepada usaha perniagaan
peruncitan yang telah diusahakan sejak dari tahun 1991.
Penubuhan MOET ditujukan kepada individu, masyarakat dan negara Malaysia
ke arah pembangunan keusahawanan dan perniagaan yang komprehensiI. Organisasi
MOET mempunyai kumpulan proIesional dan pengamal pengurusan strategik yang
berIungsi ke arah pembangunan usahawan yang berteraskan ciri-ciri usahawan yang
dinamik, bermotivasi tinggi dan berdaya saing.
Usaha MOET dalam pembangunan keusahawanan dan perniagaan telah
mendapat sokongan daripada kerajaan dan agensinya serta institusi pengajian tinggi di
Malaysia. Antara agensi dan institusi yang pernah berurusan dengan MOET adalah
seperti berikut:
i. EXCO Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
ii. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
iii. Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB).
iv. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
v. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Selain itu, MOET turut menyediakan kursus dan seminar seperti berikut:
i. Pentadbiran Peruncitan
ii. Operasi Peruncitan
iii. Pemasaran Peruncitan
iv. Kewangan Peruncitan
v. Mentor Peruncitan
vi. Strategik Peruncitan
vii. Pembangunan Sistem Perakaunan
viii. Pembangunan Keusahawanan
ix. Pembangunan Organisasi
x. Pembangunan Perniagaan
xi. Penyediaan Rancangan Perniagaan
xii. Motivasi dan Kepimpinan
xiii. Bengkel Peruncitan


1.2 Objektif dan Matlamat

i. Bersama-sama membantu kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020 dari aspek
pembangunan usahawan.
ii. Merancang dan melaksanakan proses pembudayaan keusahawanan di kalangan
masyarakat Malaysia.
iii. Melaksanakan Program Research & Development` yang berterusan berkaitan dengan
keusahawanan dan pembangunan perniagaan bagi memastikan sistem ekonomi
sentiasa terurus mengikut keadaan semasa.
iv. Melaksanakan Program Keusahawanan dan Pembangunan Perniagaan dalam bentuk
teori dan praktikal, Program Mentor, Klinik Usahawan dan Venture Capital.
v. Menyediakan persekitaran yang kondusiI dan modul yang bersepadu mengikut
pendekatan yang berkesan dalam program yang dijalankan.
vi. Berusaha menggalakkan inisiatiI inovasi di kalangan usahawan ke arah pembangunan
perniagaan yang berterusan dan cemerlang.
vii. Membangunkan perniagaan menerusi Penerapan Program Pembangunan Insan dan
Sumber Manusia.



1.3 Misi dan Visi


1.3.1 Misi Syarikat
Fokus dan komited kepada sistem organisasi ekonomi terurus serta program
pembangunan keusahawanan.

1.3.2 Visi Syarikat
Pemangkin kepada pembangunan organisasi usahawan Malaysia yang
mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, bermotivasi tinggi dan berdaya tahan
ke arah merealisasikan wawasan negara.
















1.4 Motto





1.5 Anak Syarikat

MOET mempunyai 6 buah anak syarikat yang pelbagai bidang di bawahnya iaitu:
i. Bidang Peruncitan:
a. Kumpulan MOET Sdn. Bhd.
b. C-Tam Retail & Wholesale





Rajah 1.1: Barangan Runcit

ii. Bidang Pembinaan:
a. Casa Bina Construction & Suppliers

Syarikat ini diterajui oleh Encik Amzil Bin Hj. Amir di mana beliau
mempunyai pengalaman yang luas di dalam mengendalikan projek
pembinaan sejak tahun 1989. Bertanggung jawab dalam menyelia dan
memantau projek yang diperolehi.

Syarikat ini menyertai MOET pada awal tahun 2008 melalui
perkongsian bijak di bawah program Pembangunan Usahawan` yang
dibangunkan oleh MOET memberikan tanda aras dan impak yang besar
bagi membangunkan syarikat.

Syarikat ini dibarisi oleh mereka yang berpengalaman dalam
bidang masing-masing serta komited dalam memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada syarikat. Selain itu, ia juga memiliki sistem
pengurusan bersepadu yang mampu untuk menguruskan projek
pembinaan dan pembekalan dan mempunyai hubungan dagang dengan
lebih daripada 160 buag syarikat di sekitar wilayah selatan serta
dipercayai melalui rekod pembayaran yang baik melalui syarikat
induknya.

Dalam bidang pengurusan pula, syarikat ini mempunyai tenaga
kerja pengurusan dan operasi yang mempunyai kemahiran dan
kepakaran hasil daripada pengalaman bersama syarikat dan memiliki
tahap kedudukan kewangan yang kukuh.



Rajah 1.2: Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan

You might also like