You are on page 1of 13

Pendahuluan Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi Negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah

Negara. Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang member jaminan kepada pemerintah dan juga kepada rakyat sama ada perlindungan, kedudukan, hak dan sebagainya.perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan. Kedudukan istimewa orang Melayu, agama, bangsa, kebebasan asasi dan sebagainya. Perlembagaan juga telah menggariskan tentang kuasa Persekutuan, negeri dan kuasa bersama. Oleh kerana Perlembagaan sumber undang-undang Negara, maka semua pihakperlu akur kepada undang- undang Perlembagaan memandangkan kandungan Perlembagaan adalah dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak.

Apa itu perlembagaan Perlembagaan adalah sekumpulan undang-undang dasar, yang menjadi garis panduan bagi pemerintahan sesebuah Negara. Dari undang-undang dasar ini, lahirlah semua undang-undang yang diperkenalkan di Negara ini. Dalam perlembagaan termaktub peraturan yang menentukan struktur kerajaan dan kuasanya, sistem kehakiman, hak asasi , kebebasan beragama, soal bahasa, hak kerakyatan, dan pilihan raya. Jelaslah bahawa Perlembangan merupakan satu dokumen

unggul yang amat mempengaruhi segala aspek perkembangan politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan, dan kebudayaan.

Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Tanah Melayu yang telah digubal oleh Suruhanjaya Perlembagaan yang dipengerusikan Lord Reid dari United Kindom. Ahli-ahli Suruhanjaya ini terdiri daripada pakar-pakar perlembagaan dari Australia, India dan Pakistan. Wakil-wakil Raja-raja Melayu dan parti-parti politik seperti UMNO, MCA, dan MIC juga menyertai suruhanjaya ini. Perlembagaan Malaysia telah mula dikuatkuasakan bermula pada 16 September 1963 dan kandungannya disesuaikan dengan keadaan tempatan. Perlembagaan kita adalah jenis bertulis. Ada juga Negara seperti England yang mempunyai perlembagaan yang tidak bertulis

Konsep Perlembagaan

Merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah

Untuk menyelaraskan pemerintahan

Bermatlamat untuk Berperanan sebagai garis memberikan jaminan


2

panduan pembentukan
undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau

dan perlindungan
kepada rakyat.

Perlembangan Persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA, keistimewaan raja-raja ,Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa Melayu, agama, kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan

Kontrak Sosial Seawal termeterainya kontrak ini di awal pembinaan negara, hal ini dipandang relevan kerana masyarakat bukan bumiputera masih baru di tanah ini. Namun setelah masa selama 50 tahun berlalu, generasi terkemudian, masyarakat yang lahir daripada benih penduduk bukan bumiputera tadi sudah merasakan bahawa mereka juga rakyat Malaysia yang perlu mendapat kesaksamaan hak dalam menongkah arus kehidupan di bumi tercinta ini. Isu ini sememangnya antara isu yang boleh membawa negara ke arah kemusnahan sekiranya tidak difahami secara teliti terutamanya oleh generasi muda dewasa ini. Perlembagan Persekutuan Malaysia pada hari ini merupakan hasil dari kontrak Sosial yang telah dipersetujui antara etnik dalam proses pembentukan Negara semasa; (a) Bantahan orang melayu terhadap rancangan Malayan Union melahirkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (b) Pemuafakatan pelbagai etnik di wakili oleh Parti Perikatan, cadangan NGOs dan RajaRaja Melayu-Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (c) Pemuafakatan antara etnik merangkumi Sabah dan Sarawak dalam Penubuhan Malaysia-Perlembagan Persekutuan Malaysia 16 September 1963 Semasa proses pembentukan Perlembagaan Perseketuan terdapat beberapa kaedah yang di praktikan antara etnik
3

konsep win-win solution/situation persefahaman, tolenrasi,berkongsi kuasa. sedia berkorban Contoh; Orang melayu sanggup memberikan kerakyatan manakala bukan melayu sanggup menerima hakikat kedudukan istimewa orang melayu. Hasilnya prinsip jus soli diterima dan 800,00 etnik cina diterima menjadi warganegara.

Pendapat tentang Kontrak Sosial Apabila membaca banyak buku rujukan dan melayari internet berkaitan dengan Kontrak Sosial saya berpendapat bahawa kontrak social ini merupakan satu perjanjian yang tidak bertulis yang telah dimeterai oleh pemerintah dan pentadbir Negara pada zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957., kontrak social ini masih lagi menjadi pegangan dan ikutan oleh pemimpin pada masa kini. Bagi saya kontrak sosial ini memang merupakan tindakan bijak yang dilakukan oleh pemimpin tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, India, dan Cina dalam menjadikan rakyat Tanah Melayu yang pada masa itu berkerjasama dan hidup sebagai satu komuniti masyarakat yang harmoni. Masyarakat ,Malaysia pada masa itu terlalu bersikap pasif terhadap satu sama lain. Setiap kaum hanyak mementingkan keadaan dan keperluan kaum itu sendiri. Malah pada masa itu perasaan cinta kepada Tanah Melayu masih belum terpahat dalam diri rakyat bukan Melayu. Ini seterusnya membawa kepada pembentukan Perjanjian yang tidak bertulis yang telah membawa kepada permuafakatan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Malah kontrak sosial ini turut menjamin keamanan Negara sehingga ke hari ini. Dapat dikatakan di sini bahawa pemimpin pada zaman dulu telah mengambil keputusan yang bijak dengan mewujudkan kontrak sosial yang terus diikuti walaupun tiada bukti hitam putih. Permuafakatan antara kaum akan terus terpelihara jika semua orang mengetahui tentang kontrak sosial ini dan terus mengikutinya.

Unsur unsur dalam Perlembagaan Malaysia Unsur- unsur ini penting kerana menjadi faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan, ia juga merupakan satu kontrak sosial. Ianya telah pun wujud semenjak ratusan tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan 1963 dan ia berperanan menstabilkan sistem politik negara (Tun Salleh Abbas bekas Ketua Hakim Negara). Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah Akta Hasutan atau lebih di kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ( Internal Security Act 1960 (ISA) ). Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang hasutan berkaitan dengan un sur unsur tradisi ini maka seseorang atau pemula hasutan boleh dikenakan tidakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Bahasa Melayu Perkara 152(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,namun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak Unsur- unsur dalam dihalang. Cth-penggunaan bahasa cina,tamil dimedia cetak atau elektronik,disekolah-

Perlembagaan
Malaysia

sekolah- ada subjek bahasa iban,


kadazan,cina dan tamil di sekolah. Agama Islam Perkara 3 Islam sebagai Agama rasmi. Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi, namun agamaagama lain boleh diamalkan secara bebas

Pemerintahan beraja Perkara 32,38(4) Kedudukan RajaRaja Melayu dalam sistem pemerintahan negara, Kewujudan institusi ini adalah sebagai simbol kuasa,kestabilan Kepentingandan perpaduan politik Perlembagaan etnik. Hak ini meliputi pejawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,permit dan lesen perniagaan, selain itu berkaitan dengan perezaban tanah perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan penarikan hak berkaitan terhadap kaum Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

lain. Etnik lain juga diberikan ruang untuk terlibat dalam


perkara yang serupa dengan bilangan yang minoriti.

untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil

Kewudan Perlembagaan dari segi sejarahnya adalah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, bangsa Melayu agamaIslam dan lain- lain lagi. Dalam hal ini, walaupun Perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan/ Agama Rasmi, ( bahagian 1, perkara 3 (1) ), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia. Peruntukan Bahasa Mealyu sebagai bahasa rasmi negara (Perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasabahasa lain juga bebas digunakan di Malaysia, manakala dalam perkara hak keistimewaan orang Melayu, YDPA tidak sahaja menjaga kepentingan orang Melayu , tetapi kaum bukan Melayu juga mendapat perlindungan yang sewajarnya. Peruntukan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesuatu kaum sahaja.

untuk mengelakkan penyalahguna -an kuasa oleh pemerintah

Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/ Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan ( Bahagian 4 , Bab 3, Perkara 40). Jadi , ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

mengawal pergerakkan kerajaan dan rakyat

Perlembagaan Persekutuan bukan saja peruntukan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada Rakyat melalui kebebasan asasi( Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. dalam hal ini , Pemerintah ada had perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dan rakyat juga ada perkara yang boleh dialkukan dan juga perkara yang tidak boleh dilakukan

Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah

Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undangundang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. Malahan apa-apa masalah dalam pembuatan undangundang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seorang warganegara adalah berdasrkan perlembagaan

Menjamin riwayat Negara Bangsa

Perlembagaan sememangnya berperanan penting dalam menentukan haal tuju pentadbiran negara Malahan Perlembagaan itu sendiri adalh asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia. Justeru itu, pembentukan Perlembagaan akan mengekalkan identiti sesebuah negara bangsa Malaysia kerana ia telah mencorak sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara.

Menjamin Keamanan dan Kestabilan Negara

Perlembagaan yang berfungsi sebagi alat penyelesai masalah, mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah. Alat penyelesai masalah yang sesugguhnya telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara Ini memendangkan terdapat sekatan-sekatan dalam Perlembagaan yang mengawalpergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Tetapi kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila adanya perkara-perkara yang difikirlkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka(BBahagian 2,Perkara 10)

Bentuk-bentuk Perlembagaan Perlembagaan terdiri daripada dua jenis iaiatu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat yang utama iaitu: 1. Ia adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda. 2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam Perlembagaan tetapi Parlimen adalah dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi. 3. Tugas mahkamah. Dalam hal ini mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undangundang dan melindungi Perlembagaan. Manakala Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip Perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat contohnya Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Dalam hal ini, Perlembagaan Malaysia mengamalkan Perlembagaan bertulis di mana Parlimen mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Malah ketiga tiga badan kerajaan iaitu badan Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif serta Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Kuasa kuasa perundangan dan kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga tertakluk kepada sekatan sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam Perlembagaan. .

Perlembagaan Persekutuan Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang Negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. Oleh itu, perkara penting yangmencirikaqn Perlembagaan ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah Negara Persekutuan, mempunyai Raja Berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, tetapi agama lain bebas untuk mengamalkan agama masing-masing. Ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan
9

menjaga kepentingan semua kaum dan bangsa. Manakala Perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang tertinggi Negara dan pada masa yangsama menjamin kebebasan undang-undang di Negara ini. Selain daripada itu, Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ini juga melambangkan sikap toleransi pemerintah dan menjamin amalan demokrasi tetap wujud.

Malaysia sebuah Persekutuan

Raja Berperlembagaan

Pengasingan Kuasa

Ciri-ciri perlembagaan persekutuan Kebebasan Undangundang Agama Islam sebagai Agama Rasmi

Demokrasi Berparlimen

Ketertinggian Perlembagaan

10

Sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia

Malayan Union diperkenalkan dan mendapat tentangan orang Melayu


April 1946

Perjanjian Persekutuan telah dibuat antara raja-raja Melayu dan pemimpin British 1948

1 Februari 1948

Perlembagaan baru bagi Tanah Melayu telah diperkenalkan

1955

selepas pilihan raya, parti perikatan menang majoriti undian dan telah menjadi kerajaan pemerintah

oktober 1956

Suruhanjaya Reid berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.

31 ogos draf perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk . 1957
Perlembagaan tersebut dipinda berdasarkan laporan suruhanjaya Cobbolt(Persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia

1963

16 Sep 1963

pindaan Akta Malaysia yang memasukkan sabah, sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan kepada Malaysia

Ciri-ciri Utama Dalam Setiap Peringkat Kearah Penggubalan Perlembagaan


11

Ciri ciri Malayan Union Malayan Union merupakan gabungan 11 buah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat .Ciri-ciri utama Malayan Union ialah Singapura telah diasingkan menjadi Tanah Jajahan Mahkota kerana kepentinganny sebagai pelabuhan bebas. Selain itu, Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Rajaraja Melayu dilantik sebagai ahli Majlis Raja- raja dan hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat orang Melayu. Kerakyatan sama rata berdasarkan prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan Malayan Union juga telah diperkenalkan. Pada maa yang sama Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan diwujudkan sebagai badan pelaksana dan perundingan.

Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merupakan gabungan 11 buah negeri , 4 buah negerinegeri Melayu Bersekutu, 5 buah negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat.kerajaan Pusat diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu 2 badan kerajaan iaitu Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan. Negeri pula diketuai oleh sultan dan jawatan Menteri Besar diwujudkan sebagai pentadbir negeri. Selain itu, konsep Raja Berperlembagaan telah diwujudkan, kuasa raja ditentukan oleh Perlembagaan. Sistem kerakyatan diperketatkan. Kerakyatan jus soli hanya untuk rakyat melayu dan rakyat British yang lahir di sesebuah negeri Melayu dan menjadi rakyat negeri itu secara automatic. Rakyat British ialah mereka yang lahir dan tinggal di Pulau Pinang dan Melaka malahan British juga telah mengiktiraf semula ketuanan Melayu yang diperakui sejak Perjanjian Pangkor.

Ciri- ciri Suruhanjaya Reid Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Mac 1956. Tujuan pembentukannya adalah untuk berbincang dan susun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya Reid diketuai oleh Lord Reid ( Hakim British ). Tugas Suruhanjaya ialah merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Ciri-ciri Suruhanjaya Cobbolt Suruhanjaya Cobbolt adalah sebuah suruhanjaya yang diwujudkan adalah untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini turut membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British. Suruhanjaya ini bertugas dari Februari ke April 1962 dan seterusnya mengemukakan laporan kepada British pada Jun 1962. Ahli-ahli yang terlibat ialah Lord Cobbolt, Sir Antony Abell, dan Sir David Waterson.
12

Kesimpulan Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan Negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, setakat ini ia telah Berjaya melicinkan pentadbiran Negara. Perlembagaan sebenarnya adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Perlembagaan juga telah menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Melalui perlembagaan setiap warganegara samavada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya

13

You might also like