You are on page 1of 21

1

ISI KANDUNGAN



TAJUK MUKA SURAT

S KANDUNGAN 01

PENDAHULUAN 02

PENGERTAN TAMADUN SLAM 03

PRNSP-PRNSP TAMADUN SLAM 03 - 07

PERBEZAAN TAMADUN SLAM DAN TAMADUN BARAT 08 - 09

SEJAUH MANAKAH TAMADUN SLAM MEMBERKAN 10-11
PERHATAN TERHADAP LMUAN SLAM PADA
ABAD PERTENGAHAN.

PECAHAN-PECAHAN BADAT, MUAMALAT, 12-17
MUNAKAHAT, SASAH DAN JENAYAH

KESMPULAN 18

REFLEKS 19

RUJUKAN 20

2

PENDAHULUAN

slam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia.
Dengan kehebatan tamadun slam ini, telah mengubah arah kegelapan tamadun
barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Ramai tokoh yang
dilahirkan dalam tamadun slam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan
dalam zaman moden ini tanpa disedari atau tidak. Kajian demi kajian dibuat
terhadap tamadun slam telah melahirkan banyak ahli fikir Eropah. Secara kasar
tamadun slam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa
membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada
keuntungan atau lebih tepat materialistic (kebendaan) walaupun soal akhlak insan
terbiar. Walaupun tidak banyak tajuk-tajuk yang diberikan secara khusus, namun
segala yang ada boleh dijadikan sebagai penambah pengetahuan kita.

Jika diteliti dari awal hingga ke akhir modul, memang banyak memberi pengetahuan
kepada kita tentang tamadun slam yang sebenarnya boleh dijadikan panduan
kepada kita yang hidup di alam ini.













3

PENGERTIAN TAMADUN ISLAM

Pengertian Tamadun berasal dari kalimah "maddana dan "maddani yang
berasal dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Kedua-
dua perkataan "maddana" dan "madani" sendiri sebenarnya berasal daripada deen
yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama. "Maddana"
iaitu kata kerja yang bererti perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan
memperhalus budi pekerti. Daripada "maddana ini, wujudlah perkataan "madani"
yang merupakan sifat nama. "Madani" pula membawa maksud sifat sesuatu yang
berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang
terpuji.



1. PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM















Memelihara
Keselamatan Nyawa
Memelihara Akal Memelihara Maruah
Memelihara Harta
Benda
Memelihara Hak
Kebebasan


Prinsip 1 : MemeIihara KeseIamatan Nyawa

Prinsip pertama dan paling utama dalam Tamadun slam ialah Memelihara
Keselamatan Nyawa sesuai dengan larangan dalam slam iaitu membunuh adalah
dilarang sama sekali. Tiada apa yang lebih berharga di dunia ini pada diri setiap
manusia selain nyawa. Pencapaian manusia dalam bidang tamadun mestilah
memelihara keselamatan nyawa. Allah s.w.t telah menggubal perundangan yang
paling terperinci dalam menjamin keselamatan nyawa. Sesiapa yang membunuh
manusia lain tanpa sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak mereka dianggap
melakukan jenayah yang akan dikenakan hukuman berat. ni dapat dijelaskan
dalam al-Quran:

"Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Tuhan itu
penyanyang kepadamu (al-Nisa, 29)

Allah s.w.t turut menjelaskannya dalam surah al-Maidah: 32 yang menyatakan:

"Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman
pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu
telah membunuh manusia seluruhnya.




Prinsip 2 : MemeIihara AkaI

Prinsip kedua Tamadun slam ialah mengutamakan keselamatan akal kerana
dengan akal manusia boleh menguruskan alam ini. Justeru itu, slam melarang
daripada sesuatu yang boleh menggugat kewarasan akal. Untuk memelihara
kesempurnaan akal, allah s.w.t telah mengharamkan segala sesuatu yang dapat


merosakkan akal. Misalnya arak diharamkan kerana boleh memabukkan dan
merosakkan akal manusia seperti yang dijelaskan dalam surah al-Maidah:90

"Wahai orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban
untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh
keuntungan.



Prinsip 3 : MemeIihara Maruah


Prinsip yang ketiga ialah memelihara maruah. Allah S.W.T mencipta manusia
dengan sebaik-baik kejadian dan kehormatannya perlu dijaga dan dikawal. Zina
merupakan satu perbuatan yang sangat keji dan ditegah. Begitu juga dengan
homoseks dan lesbian. ni kerana melakukan zina akan menyebabkan kelahiran
anak yang tidak berbapa. Akibat perbuatan zina ini juga boleh mengakibatkan
pengguguran bayi memandangkan pasangan tersebu belum bernikah dan tidak
memerlukan bayi yang dikandung. Dalam al-Quran allah menerangkan:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan perkara keji dan
seburuk-buruk cara (srak:32).

Pukulan dengan rotan sebanyak seratus kali dikenakan kepada teruna dan dara
dan rejam sampai mati dikenakan kepada pesalah zina yang telah berkahwin.
Kehormatan diri manusia seperti maruah diri, kehormatan keturunan dikawal
menerusi sistem perkahwinan. Manakala perbuatan homoseks dan lesbian akan
menyebabkan keturunan itu tidak mempunyai anak dan merupakan perbuatan yang
dilaknat oleh Allah SWT.


Prinsip 4 : MemeIihara Harta Benda

Prinsip yang keempat ialah memelihara harta benda. slam telah
menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta
dan kewajipan untuk mempertahankannya. Harta benda mesti dijaga dengan baik
supaya tidak hilang. Hukuman berat dikenakan kepada sesiapa sahaja yang
mencuri iaitu potong tangan. Firman Allah yang bermaksud:

"Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai
pembalasan bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.
(al-Maidah:38)

Berjudi juga merupakan satu perbuatan yang ditegah dalam slam.. Sesungguhnya
perbuatan berjudi itu akan menghapuskan harta. Oleh kerana pemilikan kekayaan
merupakan naluri semulajadi manusia, maka Allah S.W.T telah menggalakkan
bakat manusia dalam penimbaan harta diperkembangkan ke tahap yang paling
maksimum dengan membahagikan masa hidup manusia kepada dua bahagian iaitu
masa untuk beribadat khusus dan masa untuk beribadat umum iaitu mencari
kelebihan hidup di dunia ini.



Prinsip 5 : Menjaga Hak kebebasan

Prinsip yang terakhir ialah menjada hak kebebasan. Tamadun slam turut
mementingkan kebebasan. Manusia dikehendaki beragama sekiranya betul-betul
yakin bahawa agama yang dianuti itu benar-benar agama yang diturunkan oleh
Allah SWT. Agama slam merupakan agama Allah S.W.T dan menjadi pilihan Allah
S.W.T (Ali mran, 3:19, 8 al-Ma'idah, :3).

7

Bagi orang yang telah memilih slam, maka mereka wajib menunaikan
tanggungjawab sebagai muslim dan sekiranya keluar daripada slam maka mereka
dikira murtad.

Manusia tidak dibenarkan menganut sebarang agama hanya kerana mengikut
agam ibu bapa sedangkan mereka mengetahui bahawa agama tersebut bukannya
agama yang benar-benar diturunkan oleh Allah SWT. Manusia juga diminta agar
menghindari diri daripada kesesatan. Pentunjuk dan panduan daripada al- Quran
adalah penting bagi menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh
akal memandangkan akal manusia tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib
seperti syurga dan neraka. Manusia amat dilarang sama sekali untuk mengikuti
anutan yang boleh memesongkan akidah manusia.


















8

PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Ada beberapa perbezaan yang dapat dilihat antara tamadun slam dan tamadun
barat masa kini. Perbincangan tentang perbezaan kedua-dua tamadun ini dapat
kita lihat dari beberapa sudut:
1. Pandangan agama

slam menjadi cara hidup yang merangkumi keseluruhan kehidupan manusia
samada dari segi duniawi atau pun keagamaan. Pembaharuan dalam slam
adalah mengikut agama, bukan agama mengikut pembaharuan. Walau
bagaimanapun ia tetap ' flexible ' dan tidak rigid. Apa yang dilihat melalui
tamadun barat pula ialah agama adalah sebahagian daripada kebudayaan.
Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan dan akhirnya agama juga
dicorak oleh perubahan. Tamadun barat akhirnya menjadi semakin berubah.


2. Konsep kesepaduan dan pengawalan

Apa yang dilihat melalui tamadun slam, konsep kesepaduan dan
pengawalan dalam slam merupakan segala bentuk pembangunan
kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. Segala urusan berlandaskan
prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak tetap diutamakan. Bagi tamadun
barat pula, mereka melihat perkara-perkara keduniaan hanya untuk
kehidupan dunia semata-mata. Urusan kehidupan tidak berkaitan dengan
agama. Konsep kesepaduan dan pengawalan terikat dengan undang-
undang tetapi pengawalannya terlalu longgar. Malah bentuk pengawalan
tidak didasarkan kepada iman yang kukuh.

9

3. Konsep kemajuan
slam juga mengambil kira aspek kemajuan (pemodenan) dan perubahan
tetapi dengan menegaskan bagaimana cara ia dicapai dan apakah
matlamatnya. slam menolak konsep 'matlamat menghalalkan cara'
berbanding dengan tamadun barat pula, kemajuan berdasarkan keuntungan
semata-mata dan berpegang dengan konsep 'matlamat menghalalkan cara'.


. Perbezaan sudut kemajuan

Tamadun slam menekankan kedua-dua aspek kerohanian dan kebendaan.
Kemajuan dalam slam bersifat lengkap. Selain daripada itu, pembangunan
dan kemajuan dalam slam adalah alat untuk mencapai kesempurnaan
zaman. Fokus utama pembangunan dalam slam adalah manusia itu
sendiri. Tamadun barat pula hanya lebih menitikberatkan aspek kebendaan
dengan mengenepikan aspek kerohanian. Mereka adalah materialistik.
Mereka menghadapi krisis nilai yang teruk akibat mengabaikan aspek
kemajuan dari sudut kerohanian atau spiritual.








10

2. SEJAUH MANAKAH TAMADUN ISLAM MEMBERIKAN PERHATIAN
TERHADAP ILMUAN ISLAM PADA ABAD PERTENGAHAN


Tamadun slam telah memperlihatkan kepada kita pencapaian keilmuan
yang amat mendalam dalam abad pertengahan. Oleh sebab itu, ramai tokoh
ilmuan slam dilahirkan dalam berbagai-bagai bidang. Mereka menjadi tokoh- tokoh
yang terkenal pada abad itu seperti Al-Zuhri. Beliau merupakan seorang sejarawan
slam agung. Beliau telah mengkaji teori sejarah mengikut slam serta
mengembangkan teori-teori tersebut dengan mencatat hadith-hadith untuk manfaat
pengkaji yang lain.

Daripada hasil usaha beliau itu, maka lahirlah tokoh-tokoh keilmuan slam yang lain
seperti bnu Sina yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang perubatan. Selain
itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains,
dan fiqh.

Al Farabi pula terkenal dengan falsafah slam. Kemampuan Al-Farabi bukan
sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam
bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai
seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah.

Mereka telah meneroka pelbagai bidang yang baru dan belum pernah diterokai oleh
tokoh ilmuan yang sebelumnya. Usaha ilmuan slam ini telah menjadi sumber
rujukan asas oleh generasi seterusnya sehingga ke hari ini. Termasuklah generasi
dari timur mahupun barat. lmuan slam turut menerokai bidang ilmu agama dan
sains. Melalui bidang sains, ilmu yang ditemui ialah ilmu matematik. Kimia, fizik,
biologi, falaq dan sebagainya.
Dengan itu, dapatlah kita fahami bahawa tamadun slam memang amat
memberikan tumpuan yang jitu terhadap ilmuan slam pada pertengahan abad. ni
11

dapat dibuktikan dengan kewujudan pelbagai jenis buku ilmuan sehinggakan
adanya dihasilkan sehingga berjilid-jilid.

Dalam bidang sains pula, tamadun slam membuktikan bahawa bidang ini
berkembang pesat pada zaman pemerintahan slam di Eropah dan Timur Tengah.
Antara tokoh ilmuan yang terkenal dalam ilmu matematik ialah Umar Bin al-
Farukhan, Thabit bnu Qurra dan Al-Battani. Abduk Rahman as-Sufi dan Abu al-
Abbas Muhammad bnu Khatir pula merupakan ilmuan astonomi.

Berdasarkan senarai nama yang disenaraikan sudah jelas membuktikan bahawa
tamadun slam telah memberikan perhatian terhadap ilmuan slam pada abad
pertengahan.


















12

. PEAHAN-PEAHAN IBADAT, MUAMALAT, MUNAKAHAT, SIASAH DAN
JENAYAH


























IBADAT
Ibadat atau Ibadah adalah sebuah kata yang diambil dari bahasa Arab. badat
bermaksud amalan atau ritual seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya.
Kita boleh memahaminya sebagai sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh manusia dalam
kehidupan seharian dengan niat yang betul, tidak bercampur dengan perkara maksiat, dan
dilakukan dengan sempurna .

SoIat / Sembahyang.
Satu ibadat yang menghubungkan hamba
dengan Tuhannya, mengandungi beberapa
perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan
takbir dan disudahi dengan salam.
Sabda Nabi S.A.W bermaksud
" Amalan yang pertama yang dihisab (Allah)
kepada seseorang hamba pada hari kiamat
nanti ialah solat. Jika solat sesorang
baik,baiklah pula seluruh amalannya dan begitu
sebaliknya.

Puasa
badat puasa adalah ibadah dikerjakan
dengan berlapar dan berdahaga
sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar
sodiq (masuk waktu Subuh) hingga
terbenamnya matahari (masuk waktu
Maghrib). Antara hikmah dan faedah
ibadat puasa ialah menginsafkan diri
bahawa kita pada hakikatnya adalah
makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa
menghampirkan diri dan beribadat
kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan
Zakat
Zakat menurut segi bahasa adalah merupakan suatu
kebersihan, berkembang dan keberkatan. Manakala
zakat menurut istilah atau syara' pula ialah : bahagian
yang tertentu dari harta yang tertentu, ditunaikan
kepada mereka yang berhak sebagai ibadah dan taat
kepada Allah.
13

























P
E

A M
H U
A A
N M
- A
P M
E A
L
A A
H T
A
N



Perbankan

Jual Beli

nsuran

Upah

Sewa

Gadaian
1




























Menegah memperolehi harta dengan cara yang boleh mengganggu
kepentingan awam.
Berasaskan
ketakwaan
kepada Allah
Menggalakkan supaya
menggunakan harta untuk
melakukan amal kebajikan
Melarang
melakukan
pembaziran
Menggunakan harta sebagai
alat untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT
iri-ciri
MuamaIat
MUAMALAT
Pengertian
Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan
dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli,
tukar-menukar, pinjam-meminjam, perbankan, insuran, upah, sewa gadaian
dan sebagainya.
1































Pertunangan
Perceraian
Pemilihan
Jodoh
MUNAKAHAT
(berkumpul atau berhimpun)
Pernikahan
Tanggungjawab
suami isteri
Pemeliharaan
Anak
1
































Menekankan kepentingan bahawa setiap orang slam haruslah mentaati sepenuhnya
kepada Allah dan Rasul-Nya serta mematuhi penguasa.Ulil Amri bermaksud mereka yang
diberikan hak untuk berkuasa melaksanakan,memberikan keputusan dan menyelesaikan
permasalahan. Kuasa tertinggi terletak hanya pada Allah. Manusia hanya dibenarkan
meminjam kuasa daripadanya.
Rakyat wajib menghormati dan mentaati penguasa yang sedemikian, jika
sebaliknya, maka tiadalah wajib bagi rakyat mentaatinya. Seseorang ketua haruslah
mempraktikkan ajaran slam. Jika dia tidak melaksanakan syariat slam maka tidak
layak diberi penghormatan.
SIASAH

Majlis
Syurah

Perlantikan
Khalifah

Bai'ah
17
































Murtad
Meminum
Arak
Mencuri
Zina
Kesalahan
membunuh
Menuduh
Zina
JENAYAH
18

KESIMPULAN


Agama slam merupakan agama yang sempurna kerana ianya merangkumi
semua aspek dalam kehidupan. slam telah menetapkan segala bentuk syariat
agar manusia dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan menjaga
keadilan sejagat. slam memberikan teori yang lengkap dan mendalam tentang
alam semesta bagaimana ia diciptakan, ciri-cirinya dan bagaimana ia berjalan
mengikuti ketetapan Allah S.W.T. Begitu juga tentang penciptaan manusia dan
kehidupan. ni disebabkan slam yang menjadikan segala urusan tidak terlepas
daripada prinsip-prinsip syariah, akidah dan akhlak. slam merupakan agama yang
merangkumi kehidupan dari segi keduniaan dan keagamaan. Kita manusia yang
hidup di alam ini memerlukan panduan agar dapat menikmatinya kehidupan dengan
sebaik-baiknya.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 18 bermaksud:

llah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran."

Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting
dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait
rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Agama
berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat
serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan.






19

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat lahi kerana dengan keizinan daripadaNya,
saya dapat juga meneruskan pencarian bahan untuk dimasukkan dalam tugasan
yang diberi ini. Saya bukannya mempunyai banyak pengetahuan tentang Tamadun
slam, tetapi ala kadar dan terhad dalam beberapa perkara sahaja. Walau
bagaimanapun, berkat tunjuk ajar daripada pensyarah, Encik Mohd. Rusli serta
rakan-rakan sekelas, juga rakan-rakan di sekolah maka dapatlah saya
menyiapkannya. Begitu juga dengan panduan-panduan yang terdapat di internet.

Memang banyak kekangan yang terpaksa dilalui semasa menyiapkan tugasan ini.
Saya sebagai seorang guru di sekolah, juga memegang jawatan Guru Data
Maklumat sangat kekurangan masa untuk mencari bahan. Masa mencari bahan
juga tidak mencukupi kerana hanya waktu selepas balik dari sekolah sahaja, saya
boleh mencari maklumat yang diperlukan. ni amat menyukarkan saya. Sungguh
mendukacitakan juga kerana Perpustakaan Negeri Sabah, di daerah Tawau tidak
banyak membantu untuk rujukan kepada saya. Mata pelajaran di sekolah juga
tidak membantu kerana opsyen saya di Maktab Perguruan ialah Bahasa Melayu.
Kekurangan bahan dan masa inilah yang menyebabkan saya sukar untuk
menyiapkan tugasan dan membanyakkan isi kandungan tugasan ini.

Selain daripada itu, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah
adalah lebih diutamakan. Saya juga sebagai suri rumah apabila balik dari tempat
kerja dan perlu menjalankan tugas-tugas rutin harian sebagai seorang ibu kepada
orang anak dan sebagai seorang isteri.

Jarak dari tempat pusat pengajian juga banyak menduga kesabaran saya. ni
mengakibatkan sukarnya saya berjumpa dengan pensyarah-pensyarah yang boleh
membimbing saya dengan lebih kerap lagi. Begitu juga dengan perpustakaan di
pusat pengajian, saya tidak dapat berkujung ke sana kerana kekangan masa kuliah
20

yang hanya dijalankan 1 hari sahaja, memandangkan tempat tinggal saya nun jauh
di Pantai Timur Sabah, iaitu daerah Tawau. Syukur Alhamdulillah juga kerana
dengan adanya jalur lebar maka dapatlah saya berkomunikasi dengannya
walaupun masa yang terhad.

Walau bagaimanapun, berkat kesabaran yang ada dan atas keinginan menyahut
seruan kerajaan, saya cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan segalanya
walaupun mempunyai kekurangannya.

Perkara pertama yang saya perlukan dalam tugasan ini ialah bimbingan daripada
pensyarah. Saya memerlukan contoh tugasan sebagai panduan saya untuk
membuat tugasan ini. Walaupun tidak banyak masa berbincang bersama
pensyarah, saya beruntung kerana mendapat beberapa orang rakan yang sudi
membantu saya. Saya juga amat berterima kasih kepada Encik Mohd. Rusli kerana
beliau telah banyak membantu saya terutama sekali memberi komen tugasan yang
hampir siap yang saya email kepada beliau untuk diperiksa.

Saya banyak membaca bahan dari internet untuk dimuatkan dalam tugasan
memandangkan ketiadaan buku yang sesuai yang saya peroleh. Perkara penting
yang saya mesti tahu ialah apakah kemahuan soalan yang diberikan. Setelah
mengumpul bahan-bahan, barulah saya membaca untuk memahaminya kemudian
membina ayat yang sesuai dari hasil dapatan saya itu. Saya amat mengelakkan
diri dari menciplak semua bahan yang saya kumpul kerana saya beranggapan
bahawa apabila kita membina ayat sendiri, kita lebih memahami apa maksud ayat-
ayat yang dibina.

Saya amat berasa puas hati dengan semua yang saya perolehi kerana semua itu
adalah hasil usaha gigih saya yang tidak mengira penat lelah. Syukur Alhamdulillah
kerana saya boleh membuat tugasan dengan hasil kerja sendiri.

21

#ujukan

Mustafa Haji Daud (1991). Tamadun Islam, Kuala Lumpur. Utisan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.,

http://aliasppd.tripod.com/Perbezaantamadunslam.htm Dimuat turun pada 0 Ogos
2011

http://www.scribd.com/doc/711977/12/Tajuk-3-2-Syariat Dimuat turun pada 0
Ogos 2011

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html Dimuat turun pada 0 Ogos 2011

http://pismpmathcipgkba.blogspot.com/2010/02/prinsip-prinsip-tamadun-slam-
sesuai.html Dimuat turun pada 0 Ogos 2011

http://www.scribd.com/doc/711977//Tajuk-1--Prinsip-Prinsip-Tamadun-slam
Dimuat turun pada 0 Ogos 2011

http://id.wikipedia.org/wiki/badat Dimuat turun pada 0 Ogos 2011

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/muamalat/home.htm Dimuat turun pada 0
Ogos 2011

You might also like