You are on page 1of 1

Unit Kecemasan & Trauma Klinik Kesihatan Bandar Mentakab Off Jalan Karak, 28400 Mentakab, Pahang Urusetia,

Malaysian Medical Council (MMC) Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 2, Blok E1, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Wilayah Pesekutuan Putrajaya 62518 Putrajaya 7 OKTOBER 2011

Tuan/Puan, RAYUAN KELAYAKAN MELANJUTKAN PELAJARAN Saya bernama W Mohd Awis Arkani bin W Jusop @ W Yusuf, no. kad pengenalan 860817-335711 berhasrat melanjutkan pelajaran dalam Program Perubatan MBBS (KA11517) yang dibuka bermula Disember 2011 ini di Kolej Universiti Islam Insaniah, Alor Setar, Kedah. 2. Kelayakan minima bagi program tersebut, saya telah diberitahu bahawa sekurangkurangnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 5 kredit B, antara subjek wajib ambil adalah Matematik, Biologi, Kimia dan Fizik, selain memiliki Diploma Sains. 3. Kelayakan saya terhad kerana tidak menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu memperoleh, Matematik B, Biologi C, Kimia C dan tidak mengambil subjek Fizik. Manakala kelayakan lain pula adalah Diploma Sains iaitu Diploma Pembantu Perubatan, CGPA 3.12. 4. Justeru itu, dengan minat yang mendalam terhadap bidang kesihatan dan perubatan saya merayu kerjasama tuan/ puan bagi melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang dipohon ini. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan membantu dalam kerjaya saya pada masa akan datang. Sekian, Terima Kasih. Berkhidmat Untuk Negara ................ (W Mohd Awis Arkani bin W Jusop @ W Yusuf) Pen. Peg. Perubatan U29 Unit Kecemasan & Trauma KKBM

You might also like