You are on page 1of 7

KESATUAN RAGBI MALAYSIA PROGRAM KEJOHANAN PIALA KELAB KEBANGSAAN, LIGA SUPER DAN PIALA SUPER 2009/2010

Pindaan 1 (Sept 2009)


PENDAHULUAN Sebagai kesinambungan kejohanan Liga Super dan Piala Super yang telah dijalankan sebelum ini, Lembaga Pertandingan KRM telah bersetuju untuk meneruskannya lagi pada tahun 2010. Konsep dan Tatacara kejohanan adalah sebagaimana yang dibentangkan di bawah. Adalah diharapkan, semua Ahli Gabungan akan dapat memberikan kerjasama dan komitmen terhadap jadual perlawanan yang disusun atur.

KEJOHANAN ANTARA KELAB KEBANGSAAN (Di kenali dengan nama NICC)


Tujuan Kejohanan:-

1. Sebagai kesinambungan kepada Kejohanan Liga Tempatan yang dianjurkan

oleh Ahli Gabungan. 2. Memberi peluang kepada kelab bermain di peringkat Kebangsaan. 3. Sebagai pusingan kelayakan untuk memilih pasukan bagi Kejohanan Liga Super KRM. Syarat-syarat Am Kelayakan Pasukan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada Kelab/Pasukan yang tidak bermain dalam 2. 3. 4. 5.

Liga Super KRM 2008. Kelab yang sah berdaftar kepada ROS atau Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan menjadi Ahli Gabungan Persatuan Ragbi Negeri (Ahli Gabungan KRM). Menyertai Kejohanan Liga Tempatan yang dianjurkan oleh Ahli Gabungan KRM. Permohonan untuk menyertai kejohanan hendaklah melalui dan disahkan oleh Persatuan Ragbi Negeri. Mengakuri beberapa syarat utama kejohanan yang disediakan termasuk:-

5.1.

Membayar Yuran Penyertaan sebanyak RM300.00

5.2.

Berdaftar dengan KRM melalui Program Pendaftaran Kelab & Pemain KRM. 5.3. Menanggung semua kos perbelanjaan pasukan. 5.4. Tuan rumah akan menanggung kos penyediaan padang dan Khidmat Perubatan.

Syarat-syarat Am Kelayakan Pemain. 1. Hanya pemain yang berdaftar dengan Kelab/Pasukan semasa menyertai Kejohanan Liga Tempatan sahaja layak bermain. 2. Pemain yang telah menyertai Kelab/Pasukan yang bermain dalam Liga/Piala Super 2009 adalah tidak layak bermain dalam kejohanan ini. 3. Pemain yang digantung oleh Lembaga Disiplin KRM adalah dilarang bermain sehingga tempuh pegantungannya tamat. 4. Lima (5) pemain warga asing boleh didaftarkan tetapi hanya 3 pemain dibenarkan bermain dalam satu masa. Format dan Jadual Perlawanan 1. Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. 2. Penyusunan jadual perlawanan adalah hak mutlak Jawatankuasa Pengelola dan akan dibuat selepas menerima pengesahan dari pasukan sebelum hujung bulan September 2009. 3. Tempuh kejohanan adalah dijangkakan dari bulan Oktober 2009 hingga Januari 2010. Maklumat Lain.

1. KRM akan menanggung kos Pengadil dan Pegawai Teknikal Kejohanan 2. KRM akan menanggung kos Hadiah dan Cenderamata kepada pemenang. 3. 2 pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan layak menyertai Liga Super
2010.

Urusetia Lembaga Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia

KEJOHANAN LIGA SUPER KRM 2010


Kejohanan Liga Super KRM 2010 akan melibatkan 8 pasukan elit di Semenanjung. Tujuan Kejohanan:1. Memberi pendedahan tertinggi kepada tahap permainan sukan peringkat kelab 2. Memberi pendedahan kepada pemain yang bakal menyarung kebangsaan bagi menghadapi kejohanan A5N yang akan diadakan pertengahan tahun 2010. 3. Memberi pendedahan kepada Pegawai Perlawanan di peringkat yang tinggi. Kelayakan Pasukan 1. Enam (6) pasukan yang menyertai kejohanan Liga Super pada tahun 2009 adalah layak secara otomatik. 2. Dua (2) pasukan yang melayakkan diri ke Perlawanan Akhir Kejohanan Kelab Kebangsaan (NICC) juga layak secara otomatik. Kelayakan Pemain. 1. Hanya 30 pemain yang berdaftar sahaja layak bermain. 2. Pemain yang telah bermain dalam Liga Super 2010, tidak layak bermain dalam Kejohanan Liga Tempatan pada tahun yang sama. 3. Tujuh (7) pemain warga asing layak didaftarkan tetapi hanya tiga (3) pemain dibenarkan bermain pada satu masa dalam satu-satu perlawanan. 4. Pemain yang digantung oleh Lembaga Disiplin KRM adalah dilarang bermain sehingga tempuh pegantungannya tamat. Format dan Jadual Perlawanan 1. Perlawanan akan dijalankan secara liga satu pusingan ragbi jersi pada lebih

2. Penyusunan jadual perlawanan adalah hak mutlak Jawatankuasa Pengelola dan akan dibuat selepas menerima pengesahan dari pasukan sebelum hujung bulan Disember 2009. 3. Tempuh kejohanan adalah dari bulan Februari hingga April 2009. Maklumat Lain.

1. KRM akan menanggung kos Pengadil dan Pegawai Teknikal Kejohanan 2. KRM akan menanggung kos Hadiah dan Cenderamata kepada pemenang. 3. KRM akan menanggung kos Penyediaan Padang dan Khidmat Perubatan
kecuali pasukan sendiri memohon untuk menjadi Tuan Rumah.

KEJOHANAN PIALA SUPER & PIALA PREMIER KRM


Kejohanan Piala Super 2010 adalah merupakan kesinambungan kepada Liga Super 2010. Bagi kejohanan kali ini, ianya akan di bahagikan kepada 2 kategori. Ianya diadakan bagi membolehkan pasukan dari Sabah/Sarawak menyertai kejohanan yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan menilai keupayaan pemain yang bakal menyarung jersi Kebangsaan. Pengagihan kategori dan format kejohanan adalah seperti berikut:-

1. Piala Super
1.1. 1.2. 1.3. 1.4. 1.5. 1.6. 1.7. Melibatkan 3 pasukan teratas Liga Super 2010 dan Pasukan Kelab dari Sabah. Perlawanan akan dijalankan secara kalah-mati. Johan dan Naib Johan tahun lalu (jika layak) akan diasingkan. 2 pasukan lain akan diundi untuk menentukan lawan masing-masing. Pasukan yang menang akan bermain untuk merebut kategori Cup dan Pasukan yang kalah akan bermain untuk merebut kategori Plate.

2. Piala Premier
Kejohanan ini diadakan bagi memastikan pemain yang bakal menyarung jersi kebangsaan terus aktif sehingga sessi latihan pusat pasukan Kebangsaan untuk menghadapi kejohanan A5N Format Kejohanan. 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. Melibatkan 4 pasukan berikutnya dalam Liga Super 2010. Pasukan tempat ke 4 hingga ke 7 layak secara otomatik. Perlawanan akan dijalankan secara kalah-mati. Jadual Perlawanan:-

2.4.1. Pasukan Ranking 4 vs Pasukan Ranking ke 7 2.4.2. Pasukan Ranking 5 vs Pasukan Ranking ke 6 2.5. Pasukan yang menang akan bermain untuk Piala Premier Cup 2.6. Pasukan yang kalah akan bermain untuk Piala Premier Plate. Nota: 1. Pasukan Ranking ke 8 akan bermain semula pada Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan (NICC) pada hujung tahun 2010 bagi memberi peluang kepada mereka melalui proses kelayakan untuk Kejohanan Liga Super 2011.
Urusetia Lembaga Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia

PROGRAM KEJOHANAN ANTARA KELAB KEBANGSAAN 2009 & LIGA SUPER 2010
BIL 1 2 3 4 5 BUTIRAN Pemakluman kepada Ahli Gabungan dan maklumbalas. Semakkan dan pindaan Kertas Kerja Pemakluman dan tawaran kepada semua Kelab melalui Ahli Gabungan. Pengesahan Penyertaan daripada Kelab melalui Ahli Gabungan Taklimat Pengurus Pasukan & Teknikal Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan Pelaksanaan Kebangsaan Kejohanan Antara Kelab TARIKH RUJUKAN 1 Ogos 2009 9 Sept 2009 5 Okt 2009 16 Okt 2009 23 Okt 2009 TINDAKAN Urusetia KRM Urusetia Kejohanan Urusetia KRM Kelab & Gabungan Urusetia Kejohanan, Gabungan Kelab Urusetia Kejohanan Kelab Urusetia Kejohanan Urusetia Kejohanan Urusetia Kejohanan Ahli Ahli & &

6 7 8 9 10 11 12

31 Okt 2009 3 Jan 2010 10 Jan 2010 15 Jan 2010 5 Jan 2010 15 Jan 2010 22 Jan 2010 6 Feb 18

Posmotem Kejohanan Laporan Penuh Kejohanan Tawaran kepada Kelab untuk sertai kejohanan Liga Super KRM 2010 melalui Ahli Gabungan Pengesahan Penyertaan oleg Kelab melalui Ahli Gabungan Taklimat Kejohanan Liga Super 2010 & Piala Super Pelaksanaan Kejohanan Liga Super &

Ahli Gabungan & Kelab Urusetia Kejohanan & Kelab Urusetia

Piala Super KRM 13 14 Posmotem Kejohanan Laporan Penuh Kejohanan

Apr 2010r 25 Apr 2010 5 May 2010

Kejohanan Kelab Urusetia Kejohanan Urusetia Kejohanan

&

Nota: 1. Semua Jabatan yang terlibat (Urusetia, Pengadil, Ahli Gabungan& Kelab) diminta menepati tarikh rujukan yang dijadualkan bagi memastikan kelancaran pengelolaan kejohanan berkenaan. 2. Sebarang Pindaan akan dimaklumkan oleh Pengarah Pertandingan KRM atau melalui Urusetia Kejohanan KRM.

Urusetia Lembaga Pertandingan KRM

You might also like