You are on page 1of 1

Maksud slam dari sudut bahasa adalah ''aman'' (salam).

a juga bermaksud serah (submit); dalam


konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada mematuhi kehendak dan larangan dari
tuhannya (ALLAH). Perutusan slam telah diwahyukan (diturunkan dari ALLAH) kepada Nabi
Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu. a diwahyukan melalui Malaikat Jibrail a.s dan disimpan
dengan baik sehingga kini melalui kitab yang dinamakan Al Quran. Al Quran, yang merupakan kitab
suci yang paling lama berada di dunia ini telah mendapat jaminan Allah bahawa ia terpelihara dari
kecacatan maklumat atau penyelewengan. Seruan utama slam adalah bahawa hanya ada Satu
Pencipta alam ini dan DA lah yang layak disembah serta Nabi Muhammad SAW merupakan hamba
dan pertusanNYA di muka bumi. Pengikut agama ini digelar Muslim (orang yang menyerah diri
kepada ALLAH). Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat,
kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kewujudan ciptaan ALLAH.
Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama; bersyahadah, bersolat,
berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.slam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam
keadaan suci. Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Manusia boleh
berusaha memohon petunjuk dari Tuhannya melalui keyakinan aqidah, solat beserta doa dan usaha-
usaha kebajikan.


Source: http://ms.shvoong.com/books/1750605-pengenalan-islam/#ixzz1gEWuQZT0

You might also like