You are on page 1of 10

Hubungan Penawaran Wang (M3) dan Kadar Pertukaran Asing (USD) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia

(GDP) PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Makroekonomi adalah satu kajian menyeluruh yang dilihat dari segi gelagat pengguna, kegiatan pengeluar dan perubahan-perubahan kegiatan ekonomi. Teori makroekonomi menerangkan atau menjelaskan mengenai kepentingan permintaan dalam menentukan tingkat kegiatan ekonomi dan kepentingan dasar serta campur tangan kerajaan untuk menwujudkan keupayaan kegiatan ekonomi pada tahap yang dikehendaki.

Makroekonomi membincangkan isu-isu ekonomi seperti masalah pengangguran, kemelesetan ekonomi dan juga inflasi. Dalam perbincangan ini, terdapat tiga perkara penting akan dianalisis.

Pertamanya adalah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) yang menjadi petunjuk yang paling utama digunakan kalau dibandingkan dengan petunjuk pendapatan negara lain. Keluaran Dalam Negara Kasar didefinisikan sebagai nilai barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara tersebut dalam satu tahun tertentu. Dalam sesebuah negara, barang dan perkhidmatan dikeluarkan bukan sahaja oleh perusahaan atau syarikat milik penduduk negara tersebut tetapi oleh penduduk negara lain. Keluaran negara kebanyakan dicipta oleh faktor-faktor

pengeluaran yang berasal dari dalam negara.

Keduanya adalah pertukaran asing iaitu jenis-jenis mata wang yang digunakan di negara lain. Di Malaysia mata wangnya dinamakan Ringgit Malaysia(RM) dan di Amerika Syarikat dinamakan US dollar(USD). Mata wang asing diperlukan untuk membiayai import dan beberapa urusniaga dengan luar negeri. Maka, mata wang dalam negeri perlu ditukar dengan mata wang asing. Nilai pertukaran asing adalah satu nilai yang menunjukkan jumlah mata wang dalam negeri yang diperlukan untuk mendapat satu unit mata wang asing. Nilai ini ditentukan di pasaran bebas di mana ia bergantung kepada permintaan dan penawaran mata wang asing.

Ketiganya adalah penawaran wang atau bekalan wang (M3) yang terdiri daripada dua komponen iaitu bekalan wang (M1) dan bekalan wang (M2). Bekalan wang (M1) meliputi mata wang dalam edaran dan simpanan semasa. Dalam konteks Malaysia, mata wang dalam edaran adalah merujuk kepada wang kertas dan syiling tolak jumlah

dipegang oleh bank perdagangan. Simpanan semasa merujuk kepada akaun semasa termasuk akaun semasa Sistem Perbankan Tanpa Faedah(SPTF) sector swasta bukan bank disimpan dengan bank perdangangan. Bekalan wang (M2) meliputi M1 dicampur dengan separa wang secara kecil atau separa wang. Separa wang ini didefnisikan sebagai deposit yang memberikan pulangan faedah yang meliputi deposit tetap, deposit tabungan, deposit mata wang asing, Instrumen Deposit Boleh niaga dan Repo. Bekalan M3 meliputi M2 ditambah dengan deposit simpanan institusi kewangan lain iaitu syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat diskaun.

1.1 Pernyataan Masalah

1.2 Objektif Kajian Kajian dijalankan adalah untuk: i) mengenal pasti hubungan bekalan wang (M3) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar(GDP) ii) mengenal pasti hubungan kadar pertukaran asing (USD) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) iii) mengenal pasti hubungan kadar pertukaran asing (USD) dengan bekalan wang (M3)

1.3 Persoalan Kajian Berikut merupakan persoalan kajian yang dibina untuk menjawab objektif yang telah disediakan i) Apakah hubungan bekalan wang (M3) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) ii) Apakah hubungan kadar pertukaran asing (USD) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) iii) Apakah hubungan kadar pertukaran asing (USD) dengan bekalan wang (M3)

1.4 Hipotesis Kajian Berdasarkan persoalan kajian (i), (ii) dan (iii), hipotesis-hipotesis kajian yang berkenaan ialah: Ho1: Terdapat hubungan signifikan bekalan wang (M3) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (M3) Ho2: Terdapat hubungan signifikan kadar pertukaran asing (USD) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (M3) Ho3: Terdapat hubungan signifikan kadar pertukaran asing (USD) dengan bekalan wang (M3)

1.5 Kepentingan Kajian Menerusi kajian yang dijalankan ini, diharapakan hasil kajian akan dapat membantu golongan analisis makroekonomi di Malaysia mengetahi hubungkait di antara bekalan wang (M3), kadar pertukaran asing (USD) dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

1.6 Kerangka Kajian Pembolehubah Bebas Penawaran Wang (M3) Pembolehubah Bersandar Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Penawaran Wang (M3)

Pertukaran Asing (USD)

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)

Pertukaran Asing (USD)

Penawaran Wang (M3)

Pertukaran Asing (USD)

Pertukaran Asing (USD)

Penawaran Wang (M3)

1.7 Batasan Kajian Kajian ini hanya melibatkan penawaran wang (M3), pertukaran asing (USD) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Malaysia sahaja. Kajian ini hanya memperolehi data dari tahun 1972 hingga tahun 2010 sahaja.

1.8 Definisi Kajian ini menggunakan definisi operasi berdasarkan kepada konsep atau model berikut: i) Keluran Dalam Negara Kasar (GDP) nilai barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara tersebut dalam satu tahun tertentu

ii) Pertukaran asing (USD) jenis-jenis mata wang yang digunakan di negara lain.

iii) Penawaran wang atau bekalan wang (M3)

semua jenis wang dalam terdapat dalam edaran ekonomi

1.9 Kesimpulan Diharap kajian tentang hubungan antara penawaran wang (M3), pertukaran asing (USD) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Malaysia dapat memberi sumbangan kepada banyak pihak. Selain itu, diharap penyelidikan ini juga akan membantu para pelajar dan para guru untuk mengetahui pertalian atau hubungkait antara penawaran wang (M3), pertukaran asing (USD) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

METODOLOGI

2.0 Pengenalan Dalam bab ini akan dibincangkan metodlogi yang digunakan untuk mendapatkan keputusan tentang hubungan antara penawaran wang (M3), pertukaran asing (USD) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Aspek-aspek dibincangkan ialah sample kajian, prosedur mengumpul data kajian dan penganalisisan data.

2.1 Sampel Kajian Sampel kajian diperolehi adalah berdasarkan penawaran wang (M3), pertukaran wang asing (USD) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Malaysia sahaja iaitu data dari tahun 1972 hingga tahun 2010.

2.2 Prosedur Mengumpul Data Kajian Data kajian diperoleh dari beberapa sumber antaranya: i) ii) iii) iv) World Data Bank Jabatan Perangkaan Malaysia Bank Negara Malaysia International Monetary Fund

2.3 Proses Penganalisisan Data Proses penganalisisan data dibuat melalui dengan penggunaan SPSS version 19.0 bagi mendapat hasil kajian. Segala maklumat yang didapati akan dianalisis berdasarkan

kepada objektif kajian. Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi, penerangan yang terperinci dapat dilakukan dalam bab perbincangan nanti.

DAPATAN KAJIAN

3.0 Pengenalan Bab ini membincangkan hasil analisis dapatan kajian berdasarkan maklumat yang diperolehi. Semua data daripada sumber-sumber dianalisis secara deskriptif dengan penggunaan SPSS version 19.0 supaya mengenalpasti hubungan kolerasi di antara penawaran wang (M3), pertukaran asing (USD) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Malaysia.

You might also like