You are on page 1of 3

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Nama : Masyuniza Binti Yunos


No PendaItaran : P58939
Hari : Rabu
Tarikh : 2 November 2011
Kemahiran : B ( Menggunakan papan hitam dan pengesanan)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu (Tahun 2)
Tajuk : Tatabahasa Pembentukan ayat
Tujuan Am : Supaya pelajar-pelajar dapat membina ayat-ayat yang lengkap
yang terdiri daripada subjek dan predikat.
ObjektiI Pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran diharap pelajar dapat:
1. Mengetahui subjek dan predikat dalam ayat.
1. Membina ayat yang lengkap yang terdiri daripada subjek dan
predikat.
2. Mengenalpasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat yang
diberikan.
Bahan Bantu Mengajar : Power Point, kertas mahjong,
Isi Pengajaran : a. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya
dalam susunan tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang
lengkap. Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Dalam bentuk tulisan, ayat dimulai dengan huruI besar dan
diakhiri dengan tanda baca titik.
b. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-
kurangnya satu subjek dan satu predikat.
c. Subjek ialah benda, orang, tempat ataupun perkara yang ingin
diterangkan atau diceritakan.
d. Predikat ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.
e. Contoh :
subjek predikat
1. Azmi
2. Modul Bahasa Melayu
3. Kotak itu
4. Ayam itu
5. Tanah tinggi Cameron
pergi ke sekolah
ditulis oleh Cikgu Rohani
bewarna merah.
asyik berkokok.
sangat sejuk.

Langkah-langkah Pengajaran :
Langkah Aktiviti P & P Bahan/ Nota

Permulaan
(3 minit)

- Guru memulakan kelas dengan memberikan
penerangan tentang topik yang akan diajar pada
hari itu secara keseluruhan.

Penggunaan
Power Point
Perkembangan

(5 minit)
- Guru menjelaskan bentuk ayat Bahasa Melayu
yang lengkap iaitu struktur ayat yang terdiri
daripada subjek dan predikat serta mempunyai
makna.
- Guru sebagai pemudahcara menyoal pelajar untuk
mengenalpasti subjek dan predikat dalam ayat.
- Guru meminta pelajar memberikan contoh ayat
yang mempunyai subjek dan predikat.
Penggunaan
Power Point,
Kertas mahjong
dan Papan Hitam.
Penutup

(2 minit)


- Guru meminta pelajar membuat rumusan tentang
apa yang dipelajari.
- Guru membuat kesimpulan keseluruhan tajuk yang
diajar.

Penilaian Kendiri :



Catatan Penyelia :

You might also like