You are on page 1of 2

KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU PENGAJAR GRED UDP DI FAKULTI KEJURUTERAAN Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk

mengisi jawatan tersebut dengan syarat-syarat berikut: Kelayakan: (i) Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (ii) Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas. (iii) Kepujian Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Imbuhan Bulanan: Honorarium RM2500.00 Taraf Jawatan: Kontrak (bagi suatu tempoh yang ditetapkan). Umur Pada Tarikh Tutup Iklan: Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Penempatan: Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Tarikh Tutup Permohonan: Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Disember 2011. Cara Memohon: (i) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh didapati dalam laman web Pejabat Pendaftar UPM atau diperolehi dengan cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my (ii) Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama dengan Curriculum Vitae, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan Diploma jika berkaitan) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dengan sekeping gambar berukuran pasport.

(iii) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada; Ketua, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor. Perhatian: (i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan. (ii) Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemu duga. (iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Sekian, terima kasih. Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

You might also like