You are on page 1of 7

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKKS 2011

SK KAMPUNG KUALA SIN 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUALA SIN


06 HINGGA 08 OKTOBER 2011

ANJURAN:

JAWATAN KUASA KOKURIKULUM SK KAMPUNG KUALA SIN

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKKS 2011

1.

PENDAHULUAN Perkhemahan Bersepadu ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Jawatan kuasa Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sin. Program ini boleh disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli badanbadan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sin. Ia akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sin, pada 06 hingga 08 Oktober 2011. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan. Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKKS 2011

3.4 3.5 3.6 3.7

Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 4.1 4.2 4.3 4.4 Tarikh yang dirancang ialah 06 hingga 08 Oktober 2011 iaitu pada hari Khamis sehingga hari Sabtu. Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.

TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT) Rasional pemilihan Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sin sebagai tempat perkhemhan adalah kerana: 5.1 Menjimatkan kos kerana tidak perlu menyewa kawasan perkhemahan. 5.2 Terdapat banyak kemudahan yang sesuai untuk aktiviti yang dirancang. 5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti. 5.4 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.

PERASMIAN Program Perkhemahan Bersepadu ini akan dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG SK Kampung Kuala Sin, iaitu Encik Azizan bin Abdul Rahman . Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKKS 2011

7.

KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 7.2 7.3 Jumlah peserta : 107 orang (pelajar Tahun 4 hingga Tahun 6) (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2) Jumlah pegawai JPA: 4 orang

8.

JAWATANKUASA PENGURUSAN PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 : GURU BESAR SK KAMPUNG KUALA SIN EN. MOHD SHARIFF BIN ABDULL HADI : EN HAI KIANG A/L DIN DENG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN : EN. AZHAR BIN JAPAR @ JAAFAR PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SETIAUSAHA BENDAHARI

: EN. JAMIL BIN MOHD DAUD : USTZ. SUFIANADZALI BIN ALWI

9.

PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: 9.1 BIL 1 Perbelanjaan hadiah dan cenderahati: PERKARA Khemah Terbaik KUANTITI 3 JUMLAH (RM) RM 40.00

Pasukan Terbaik

RM 40.00

Kawad Kaki

RM 40.00

Pertandingan B. Sepak & B. Jaring

RM 200.00

Jumlah RM320.00

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKKS 2011

9.2 BIL 1 2. 3.

Program JPA PERKARA Saguhati Pegawai JPA Bahan-bahan KUANTITI 4 JUMLAH (RM) RM200.00 RM 30.00

Jumlah 9.3 BIL 1 2 3 4 Perbelanjaan pengurusan: PERKARA Belerang Arang Lain-lain Tali KUANTITI

RM230.00

JUMLAH (RM) RM 20.20 RM 24.00 RM 100.00 RM 16.00

Jumlah RM 160.20

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKKS 2011

9.4 BI L 1. 2. 3

ANALISIS PERBELANJAAN PERBELANJAAN BI L 1. 2. 3. 4. PERKARA Makan dan minum peserta (Menu disertakan dalam lampiran) Hadiah/cenderahati JUMLAH RM 2375.40 JUMLAH RM 1515.60

PENDAPATAN PERKARA Peruntukan kokurikulum Yuran Peserta

RM 1070.00 RM Sumbangan 300.00 RM Lain-lain 200.00 Jumlah RM 3085.60

RM 320.00 RM Pengurusan, alatan dan bahan 160.20 RM Program JPA 230.00 Jumlah RM 3085.60

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM 10.00 Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan dalam melaksanakan Program Perkhemahan Bersepadu ini.

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SKKKS 2011

PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, ........... ( JAMIL BIN MOHD DAUD ) Setiausaha, Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Kampung Kuala Sin 2011. Disahkan oleh, .............................................................

You might also like