You are on page 1of 6

Kebimbangan terhadap Matematik.

Terdapat pelbagai Ienomena yang telah menunjukkan seseorang itu telah mengalami
kebimbangan terhadap matematik. Apabila seseorang memiliki perasaan seseorang takut, sakit
perut, berpeluh-peluh, tekanan, malu dan mulut kering apabila berhadapan denagn nombor atau
apa-apa masalah yang melibat matematik ia menandakan bahawa sesorang itu memliki
kebimbangan terhadap matematik.
Kebimbangan dalam matematik sebenarnya bukanlah bergantung samaada seseorang itu lelaki
ataupun wanita kerana kedua-duanya jantina ini memiliki kebimbangan terhadap matematik.
Kebimbangan terhadap matematik telah menjadi satu ciri yang wujud dalam kalangan pelajar
dan orang dewasa. Ia mungkin sebenarnya bergantung kepada sejauh mana matematik itu
diterima oleh kebanyakan pelajar. Kebimbangan terhadap matematik juga mungkin berlaku
disebabkan oleh pendedahan awal kepada matematik.
Kebimbangan terhadap matematik ini boleh menyebabkan seseorang menjauhkan diri daripada
matematik itu sendiri. Mungkin semakin tinggi peringkat pembelajaran pelajar tersebut semakin
susah tahap pembelajarannya semakin tinggi kebimbangan terhadap matematik.
Apakah itu Iobia terhadap matematik? Terdapat pelbagai taIsiran yang telah dibuat oleh pelbagai
individu namun secara ringkasnya Iobia terhadap matematik ini adalah merupakan satu perasaan
tekanan dan Iobia apabila berdepan dengan masalah yang melibatkan nombor dan apabila ia
melibatkan satu masalah matematik dalam kehidupan seharian atau pun masalah akademik itu
sendiri. Masalah ini sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri.
Kenapa Iobia matematik ini boleh berlaku? Adakah ia disebabkan kurikulum matematik itu
menyusahkan? Sebenarnya menyalahkan kurikulum itu sendiri adalah tidak tepat. Perasaan takut
dan Iobia ini mungkin berlaku disebabkan beberapa Iaktor antaranya adalah diri sendiri, sikap
tidak yakin pada diri sendiri dan sering menganggap bahawa diri sendiri tidak pandai matematik,
ia mungkin disebabkan oleh bagaimana ibubapa atau orang dewasa itu menyampaikan kepada
anak-anak matematik itu sendiri. Kebanyakan ibu bapa mempunyai satu sikap negatiI terhadap
matematik yang disampaikan kepada anak-anak meraka. Selain itu, guru yang mempunyai Iobia
terhadap matematik juga akan mempunyai satu sikap yang negatiI terhadap matematik akhirnya
menjadi ikutan oleh para pelajar.
Kebimbangan terhadap matematik kadang-kadang berlaku pada awalnya lagi namun tidak
disedari oleh mereka. Kebanyakan guru sekolah rendah menglami masalah berkenaan dengan
kebimbangan terhadap matematik mungkin disebabkan golongan masih mengalami masalah
tehadap perkara yang asas mengenai matematik.
Kebimbangan terhadap matematik itu sebenarnya terbina daripada diri sendiri. Antara perkara
yang boleh menyebabkan Iobia terhadap matematik adalah; personaliti guru dan cara pengajaran
dilaksanakan, peperiksaan awam dan kesannya, domain aIektiI, perasaan risau, susah yang
dikaitkan dengan kebolehan untuk mengingat, isu ibu bapa, rakan sebaya dan adakah ianya
berguna untuk kehidupan
Seseorang pelajar mempunyai sebab mengapa mereka tidak suka terhadap sesuatu matapelajaran.
Golongan yang memiliki kebimbangan terhadap matematik ini sangat takut kepada matematik
mereka adalah golongan yang menyekat pemikiran mereka terhadap matematik, menganggap
matematik ini terlalu sukar. Pelajar selalunya akan mempunyai perasaan yang sangat takut
apabila mereka tidak Iaham sepenuhnya matematik itu dan akhirnya tidak dapat menyelesaikan
sesuatu masalah yang berkaitan dengan matematik.
Golongan yang mengalami masalah Iobia matematik ini meraka menganggap matematik ini
adalah pengiraan yang hanya berkaitan dengan nombor, simbol, dan akhirnya ia membosankan
dan mengelirukan, matematik ini hanya penyelesaian masalah dan oleh sebab itu, ia sangat
susah, matematik ini sangat abstrak dan tidak berkaitan dengan kehidupan seharian, selain itu,
tidak kurang juga ada yang menganggap matematik ini adalah peraturan dan hanya untuk dihaIal
sahaja dan perlu mengikut langkah-langkah yang ditetapkan, ia juga di anggap sebagai alat untuk
mengukur IQ dan kreativiti, dan menjadi sebagai penanda aras kebolehan dan penentu masa
depan dan akhirnya golongan ini menanggap bahawa matematik ini memerlukan kerja keras
memerlukan konsentrasi yang tinggi.
Golongan seperti ini selalunya tidak suka akan cabaran, tidak mempunyai keyakinan yang tinggi,
golongan yang rendah motivasi diri, mudah untuk berputus asa.
Bila kebimbangan matematik ini berlaku? Ia mungkin berlaku sejak daripada sekolah rendah
lagi, pelajar di sekolah rendah membawa kebimbangan terhadap matematik ini ke sekolah
menengah, apabila peperiksaan pelajar sering diarahkan untuk mendapat cemerlang dalam
matematik. Pelajar-pelajar ini dididik untuk berorientasikan peperiksaan kerana peperiksaan
penentu kejayaan para pelajar pada waktu ini telah menyebabkan para pelajar sangat bimbang
untuk gagal.
Selain itu, ia juga boleh berlaku apabila secara terus menrus pelajar tersebut gagal untuk
menjawab soalan penyelesaian terhadap matematik. Para pelajar diajar untuk mengikut langkah-
langkah yang telah ditetapkan sekiranya langkah yang diselesaikan oleh pelajar mendapat
jawapan tetapi langkah tidak seperti yang dipelajari maka pelajar tersebut akan disalahkan.
Kebanyakan pelajar akan merasa bosan sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah.
Seseorang pelajar mempunyai sebab mengapa mereka tidak suka terhadap sesuatu matapelajaran.
Golongan yang memiliki kebimbangan terhadap matematik ini sangat takut kepada matematik
mereka adalah golongan yang menyekat pemikiran mereka terhadap matematik, menganggap
matematik ini terlalu sukar. Pelajar selalunya akan mempunyai perasaan yang sangat takut
apabila mereka tidak Iaham sepenuhnya matematik itu dan akhirnya tidak dapat menyelesaikan
sesuatu masalah yang berkaitan dengan matematik.
Apakah yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku sebenarnya? Salah satu Iaktor yang boleh
menyebabkan perkara ini boleh berlaku adalah bagaimana cara guru mereka mengajar.
Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan sesorang pelajar namun telah
berlaku sebaliknya, pelajar telah dididik dengan perasaan takut untuk bertanya, guru sering
menyalahkan pelajar sekiranya tidak memahami satu topik yang telah diajar. Guru matematik
pula terkenal dengan ketegasan dan kegarangan telah menyebabkan berlakunya Iobia matematik
ini. Pengajaran yang dilakukan oleh guru tidak menyentuh perasaan pelajar (hearts-on). Teknik
pengajaran guru juga antara salah satu Iaktor membuatkan pelajar tidak suka kepada matematik
ini. Teknik guru yang hanya tulis dan menerangkan (tradisional) ini boleh membangkitkan rasa
bosan kepada pelajar. Selain itu, tekanan terhadap peperiksaan menyebabkan pelajar hanya ingat
matematik ini adalah untuk peperiksaan sahaja bukan untuk digunakan untuk kehidupan
seharian.
Selain itu, guru semudahnya menganggap pelajar sudah memahami topik yang telah di ajar
dengan memanggil hanya dua tiga pelajar ke hadapan untuk menulis di papan hitam.
Kebanyakan pelajar pula sentiasa takut untuk kehadapan kerana mereka takut jawapan yang
mereka berikan adalah salah. Pelajar-pelajar ini mudah terancam.
Bagaimana cara untuk mengurangkan masalah ini? Pertamanya mungkin seorang guru boleh
menukar teknik pengjaran mereka. Menjadikan matematik adalah sesuatu yang menghiburkan
dan menakjubkan dengan membuat aktiviti di dalam kelas. Ini kerana, pelajar sangat menghargai
segalah usaha yang dilakukan oleh guru mereka.
Guru harus membina hubungan yang baik dengan pelajar mereka supaya mereka tidak merasa
guru terlalu jauh daripada mereka. Para pelajar sebenarnya mudah untuk berubah dan berusaha
untuk memperbaiki hubungan dengan pelajar walupun sebenarnya mereka menghadapi masalah
yng sukar menyelesaikan masalah.
Kadang-kaang disiplin juga boleh menyebabkan matematik sangat disukai oleh pelajar, jadi satu
disiplin harus ditetapkan oleh guru, sebelum mula mengajar supaya pelajar sentiasa menghormati
guru tersebut. Namun begitu, guru seharusnya jangan menyalahgunakan kuasa memarahi pelajar
sesuka hati.
Mungkin pelbagai alasan boleh dicipta oleh seseorang untuk tidak menyukai matematik namun
setiap alasan yang dicipta itu tidak akan berpenghujung. Jadi, langkah penggerak harus diambil
untuk mengurangkan dan seterusnya boleh menghapuskan Iobia atau kebimbangan terhadap
matematik ini. Semua pihak harus berperanan untuk menyelesaikan masalah ini, daripada pihak
ibubapa menggalakkan anak-anak mereka untuk mempelajari matematik, ibu bapa hendaklah
mengubah sikap mereka daripada negatiI terhadap matematik kepada satu sikap yang positiI
terhadap matematik. Peranan rakan sebaya juga sangat penting kerana seperti pepatah arab
sekiranya seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi nescaya bau minyak wangi itu akan
melekat pada dia walaupun tidak banyak tetapi sedikit sahaja menyebabkan kawan tersebut akan
wangi juga. Sekiranya rakan sebaya itu pandai dalam matematik nescaya kawannya juga akan
pandai dalam matematik seterusnya dapat mengurangkan Iobia terhadap matematik.
#::kan:
Marzita Puteh. (Ph. D). (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Tanjong Malim:
UPSI.

You might also like