You are on page 1of 4

Resipi Cupcake Vanilla (BM) 1/3 cawan mentega atau margerin, dilembutkan.

2/3 cawan gula sudu teh baking powder. sudu teh baking soda. 1 biji telur. 1 sudu teh vanilla. 1/3 cawan yoghurt tanpa perisa. 1/3 cawan susu segar. 1 1/3 cawan tepung gandum CARA: Panaskan oven 350F (175C). Masukkan 12 keping alas cupcake dalam loyang Di dalam mangkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit) Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang. Campurkan vanilla yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain. Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata. Masukkan ke dalam loyang. Masak 15-20 minit atau bila atas kek berwarna perang keemasan atau bila pencugkil gigi yang dicucuk pada tengah kek keluar dengan bersih. Resipi untuk buat icing cupcake atau kek. Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes ) 1/2 cwn shortening 1/2 cwn butter (kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter) 1 sudu kecil esen vanilla

4 cwn gula icing (ayak) 2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh) Cara-cara 1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan. 2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih. 3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu. Cupcake Chocolate Mudah 4 keping segiempat coklat masakan separa manis 6 sudu besar mentega atau margerin 3/4 cawan gula 1 sudu teh vanila esen 2 biji telur 1 1/4 cawan tepung gandum (dibahagi kepada dua bahagian) 1/2 sudu teh baking soda 3/4 cawan air SUHU OVEN ~ 350 MASA MEMASAK ~ 19 - 21 Min. JENIS PAN ~ 12 tin muffin pan CARA: 1) Panaskan oven 2) Masukkan coklat masakan dan mentega ke dalam satu mangkuk dan panaskan dalam Microwave oven selama 2 minit (suhu HIGH) atau sehingga mentega cair. 3) Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya. 4) Masukkan gula dan vanila. Kacau rata. 5) Masukkan telur, satu per satu. Pukul dengan mixer electrik pada kelajuan perlahan setiap kali sehingga sebati dengan baik. 6) Masukkan 1/4 cawan tepung dan baking soda. Kacau rata. 7) Masukkan tepung selebihnya berselang seli dengan air. Pukul dengan rata setiap kali. 8) Masukkan ke dalam cawan cupcake di dalam pan. Masak sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah kek keluar dengan bersih. Sejukkan selama 10 minit di dalam pan. Keluarkan dan sejukkan pula atas rak dawai.

Hiaskan dengan ising setelah sejuk.

Bahan-bahan ( 35 biji )

150 g mentega 185 g tepung naik sendiri 150 gram gula kastor 1/2 sudu teh soda bikarbonat 3 biji telur 1 sudu teh vanilla Untuk ising: 100 g mentega 200 g gula ising 2 sudu teh air panas 1 sudu teh esen vanilla chocolate rice utk tabur

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula hingga kembang 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla 3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati

4. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh 5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C 6. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim 7. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice

alma@myresipi.com rasa kek mini coklat yg budak2 susah nk resist! penyediaannya pun mudah, xsampai 10min.

Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )


300g tepung 350g gula cawan serbuk koko 1 sdk soda bikarbonat cawan butter 2 sdk esen vanilla 1 cwn susu segar * 2 biji telur

Cara-cara
1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi. 2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama 20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C. 3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: cwn susu pekat + cwn serbuk koko + buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.

You might also like