You are on page 1of 8

Perkembangan kurikulum sains di Malaysia banyak dipengaruhi perkembangan sains luar

oleh

negara khususnya Britain dan Amerika

Syarikat.Pada mulanya pengajaran lebih memberi penekanan tentang fakta sains sahaja.Aktiviti amali telah dimuat turunkan dalam buku teks dan dibincangkan dalam amali sahaja. Perubahan telah berlaku selepas Rusia telah berjaya melancarkan setelit buatan manusia yang pertama.,iaitu sputnik 1957. Kajayaan ini telah mengejutkan Amerika Syarikat dan membuat reformasi dalam kurikulum sains dengan tertubuhnya National Science Foundation. Hasilnya wujudlah Program Elementry Science Study, Science Curriculum Improvement dan science dan sebagainya.Science telah beralih dari pendakatan tradisional kepada proses aktiviti eksperimen dan aktiviti amali (hands on). (Pengenalan Amali Sains,OUM 2004) Perubahan ini turut melanda kurikulum sains di Malaysia . Kurikulum sains moden yang diperkenalkan pada tahun 1969 adalah ubahsuaian Scottish Integreted Science. Perubahan kurikulum ini melibatkan perubahan pendekatan dalam pengajaran sains sebagai satu proses. Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dihadapi oleh pelajar- pelajar di Malaysia tetpi merupakan masalah sejagat. Perbincangan International Congres on Mathematics Education (ICME) telah mewujudkan kumpulan PME (International Group on Psychology of Mathematic Education). Perbincangan lanjut juga telah dibuat oleh Krantz (1993). Tall (1991), Nesher & Kilpatrick (1990), Sharma (1989,1990) , Datta & Scarfpin (1983). Penelitian dan pencarian factor mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya menentukan kejayaan di dalam subjek ini seringa diperbincangkan.

Subjek sains

merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di

Malaysia. Jesteru itu matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Salah tanggapan pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susah dan sukar untuk memahaminya. Ini kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan, menyiasat alam fizikal, menyiasat alam bahan, bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih daripada pemerhatian kita. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara factor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. (Mohamad Khatim, 2001)Pengajaran dan pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini. Pendidikan sains dalam KBSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Selain itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian turut diberikan dalam semua kurikulum sains. Dalam abad ke -21 ini, perubahan dunia dalam semu

bidang memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Tanpa sebarang matlamat, kita mungkin tidak pasti hala tuju kita dan mengapa kita melakukkannya. Dengan itu secara tidak langsung guru harus menyediakan keseronokan mengajar dan belajar. (Shukor,2001) Daripada kajian menunjukan kaedah guru banyak memberi kesan dalam pemahaman konsep dan keseronokan untuk belajar. Oleh itu untuk mencapai matlamat wawasan 2020 guru mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Guru perlulah meningkatkan ilmu pengatahuan sejajar dengan perkembangan semasa. Ini penting agar guru lebih yakin dalam pengajaran dan ilmu yang disampaikan adalah yang terkini dan mengikut peredaran zaman. Calhoon (1963) menyatakan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tidak dapat menjalankan tugas- tugas rutinnya dengan baik, Oleh yang demikian guru terpaksa menambahkan ilmunya sepanjang masa (Omardin Ashaari 1999) Pendidikan sains di Malaysia yang dilaksanakan melalui KBSR dan KBSM mempunyai matlamat membina masyarakat saintifik yang progresif. Sesuai dengan sifat sains sebagai satu proses, penekanan kepada kaedah pengajaran sains adalah sangat penting. Matapelajaran sains merangkumi Sains Teras, Kimia, Fizik, Biologi dan Sains Tambahan yang perlu diajar dengan pendekatan yang sesuai samaada dalam bilik darjah mahupun dalam makmal. Mengajar sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yag wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingin tahu lebih lebih lagi terhadap apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan

tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini telah membawa kepada penemuan demi penemuan. Meneroka fenomena sekeliling kita adalah penerokaan sains. Bertolak daripada perasaan inilah, sains berkembang pesat. Ini jugalah strategi yang perlu diamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar. Hasil kajian menunjukan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding pedekatan tradisional yang berpusatkan guru. Brunner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan (Beyond the information given) Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Sehubungan itu wajarlah pengajaran amali berasas inkuiri penemuan di ketengahkan bagi meningkatkan pemahaman pelajar.

Jika sistem pendidikan dahulu dan sekarang dapat digabungkan kerjaya akan menjadi lebih baik, disamping menambahkan lagi kaedahkaedah pengajaran yang terkini agar ia dapat diserap kedalam system pendidikan sekarang. (Nik Azis Nik Pa, 1992). Pembelajaran amali berupaya membantu pelajar membina pengetahuan sendiri. Dalam proses ini pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Oleh itu , kegiatan hans-on dan minds- on telah disepadukan. Kaedah ini juga dapat membantu pendidik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran yang analitik, kritis , inovatif dan kreatif.Selain itu , tugasan amali juga biasanya dijalankan secara berkumpulan yang mengalakan perasaan positif serta saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama sendiri dan menurut kajian , ini menunjukan peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan psikologi pelajar. Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakan-rakan 1996; Saw Kian Swa 1996; Agness Voo 1996; Fatimah 1996 dan Amir 1996). Dari sudut kaedah pengajaran, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu Chalk and Talk. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan kepada pembelajaran sepnjang

hayat. Oleh itu kaedah Chalk and Talk digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan. Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kirakira 25 % daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Termasuk juga di kalangan guruguru yang pernah mengikuti kursus orientasi KBSM. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna (Ibrahim 1994). Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993). Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains (Tengku Zawawi 1997). Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Teknologi Perkembangan media elektronik di negara-negara maju adalah didorong oleh kepentingan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan. Impak daripada perkembangan yang menggalakkan ini, komputer tidak lagi dianggap sebagai bahan mewah atau simbol kemewahan tetapi dianggap sebagai satu perkakasan yang menjadi keperluan hidup bagi individu, guru dan masyarakat untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat terkini yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Toffler (1980) dan Naisbitt (1982) menyatakan bahawa komputer dan perisian telah diberikan gelaran sebagai the wave of the future. Gelaran ini membawa kepada wujudnya istilah Information and Communication Technology (ICT). Semua negara terutamanya negara-negara membangun berlumba-lumba untuk menguasai bidang ICT yang dilihat sebagai satu landasan untuk memperkenalkan negara masing-masing dengan perkongsian maklumat yang lebih cepat dan tepat. Suasana ini menekan mana-mana kerajaan di negara membangun untuk memiliki pekerja-pekerja mahir dalam bidang ICT. Perubahan ini memaksa bidang pendidikan direncana semula agar dapat memenuhi keperluan negara. Penggunaan teknologi di dalam kelas perlu diberi perhatian sewajarnya. Sekolah-sekolah mula diberikan sejumlah peruntukan untuk membina makmal komputer. Persekitaran pembelajaran mula berubah. Ramai guru dihantar untuk menghadiri kursus bagi memahirkan diri untuk mengendalikan kelas menggunakan bantuan ICT.

Hilary (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kenyataan tersebut memperkukuhkan lagi keperluan guru untuk mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains merupakan satu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi setiap murid. Bagi menepati tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik P&P serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira. Penggunaan perisian pendidikan mula diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains. Kebanyakan perisian ini dibekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Perisian ini dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahan ini dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru dan seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri. Menurut Pispa (1994), intergrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.

You might also like