You are on page 1of 8

Perang Dunia I

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula
di Balkan.

Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya
terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh
Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang.
Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia.

Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan


untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong
Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin,
tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian
menyerang Jerman.

Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara
Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya
digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka
digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain
bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun
1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada
tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihaki Tentera Bersekutu.
Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.

Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir


memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg,
kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga
menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918,
tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya
pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera
Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas
1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di
barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11
November.

Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara


Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya.
Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian
Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh
Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai
kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah
pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan
tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu
membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak
Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan
tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan
dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang
Dunia II berlaku.

Punca Perang Dunia I

Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik
termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu
Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan
persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan
membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua
negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-
Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat
menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan
masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan
sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula
bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan
bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.

Garis waktu
1914

• 28 Jun: Archduke Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo.


• 28 Julai: Austria-Hungary mengumumkan perang ke atas Russia.
• 2 Ogos: Jerman menceroboh Luxembourg.
• 3 Ogos: Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis.
• 4 Ogos: Britain mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria-Hungary.
• 4 Ogos: Tentera Jerman menceroboh Belgium melanggar perjanjian yang
ditandatangani oleh Prussia untuk menghormati keberkecualian Belgium.
• 19 Ogos: Wilson merayu untuk berkecuali.
• 26-30 Ogos: Pertempuran Tannenberg.
• Ogos: Pertempuran Togoland dan pengejaran Goeben dan Breslau.
• 5-10 September: Pertempuran Pertama Marne.
• September: Pertempuran Pertama Aisne dan pertempuran Lemberg.
• Oktober-November: Pertempuran Pertama Ypres.
• November: Pertempuran Lodz.
• 25 Disember: Kedamaian sementara tidak rasmi sempena Krismas di Barisan
Barat.
1915

• 19 Januari: Serangan udara zeppelin Jerman pertama ke atas Britain.


• 4 Februari: Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain.
• Februari: Pertempuran Masuria.
• Mac: Pertempuran Neuve-Chapelle.
• Mac-Disember: Pertempuran Rabung Aubers dan Festubert.
• 22 April-5 Mei: Pertempuran Kedua Ypres. Pengunaan senjata kimia pertama.
• 23 April: Serangan Tentera Bersekutu ke atas Gallipoli.
• 7 Mei: Kapal Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman.
• 13 Mei: Nota Lusitania pertama.
• Mei: Pertempuran Gorlice-Tarnow.
• 30 Ogos: Berdasarkan tuntutan Amerika, kapal selam Jerman menghentikan
menenggelamkan kapal tanpa amaran.
• 5 September: Tsar Nicholas memerintah askar Rusia.
• September-Oktober: Pertempuran Artois dan Champagne serta Pertempuran Loos.
• 7 Disember: David Lloyd George menjadi Perdana Menteri Britain.
• 28 Disember: Tentera Bersekutu berundur dari Gallipoli.

1916

• 21 Februari: Pertempuran Verdun


• Mei-Jun: Serangan Trentino.
• 31 Mei: [Pertempuran Jutland.
• 4 Jun: Serangan Brusilov.
• 1 Julai-18 November: Pertempuran Somme.
• 7 November: Woodrow Wilson dilantik semula.

1917

• 22 Januari: Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson.


• 1 Februari: Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan
kembali.
• 24 Februari: Penenggelaman Laconia.
• 15 Mac: Tsar Nicholas turun takhta.
• Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku.
• 6 April: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
• 16-29 April: Serangan Chemin des Dames.
• April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle.
• Jun: Pertempuran Messines.
• 6 Julai: Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence.
• 16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres.
• 6 Ogos: Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri
Rusia.
• Oktober: Pertempuran Caporetto.
• 7 November: Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik.
• 10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele.
• November: Pertempuran Cambrai.
• 3 Disember: Gencatan senjata Jerman-Russia.
• 9 Disember: Jerusalem ditawan oleh Britain.

1918

• 3 Mac: Perjanjian Brest-Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman,


Austria-Hungary dan Turki).
• 15 Mac: Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia
keluar dari perang.
• Mac-Jun: Serangan Ludendorff.
• April: Serangan Zeebruggge.
• Jun-Julai: Serangan Piave.
• 16-17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya.
• 17 Julai: Ekspedisi Archangel.
• 29 September: Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg.
• September: Serangan St. Mihiel.
• September-Oktober: Pertempuran Megiddo.
• September-November: Pertempuran Meuse-Argonne.
• 28 Oktober: Kelasi Jerman memberontak.
• 9 November: Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan.
• 10 November: Republik Jerman ditubuhkan.
• 11 November: Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa membatalkan
Perjanjian Brest-Litovsk.

1919

• 28 Jun: Perjanjian Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.

Korban

Gambar zon peperangan


Tentera Bersekutu

• Belgium: 13,700 (0.2%)


• Pihak British: 908,000 (16.5%)
o Australia: 60,000
o Kanada: 55,000
o India: 25,000
o New Zealand: 16,000
o Afrika Selatan: 7,000
o Britain: 715,000
• Perancis: 1,354,000 (24.6%)
• Greece: 5,000 (0.1%)
• Itali: 650,000 (11.8%)
• Jepun: 300 (0.0%)
• Rumania: 336,000 (6.1%)
• Rusia: 1,700,000 (30.9%)
• Serbia: 450,000 (8.2%)
• Amerika Syarikat: 50,600 (0.9%)
• JUMLAH: 5,497,600 (100%)

Kuasa-kuasa Pusat

• Austria-Hungary: 1,200,000 (35.5%)


• Bulgaria: 87,500 (2.6%)
• Jerman: 1,770,000 (5.3%)
• Kerajaan Uthmaniyah: 325,000 (9.6%)
• JUMLAH: 3,382,500 (100%)

Orang awam

• Austria: 300,000 (4.6%)


• Belgium: 30,000 (0.5%)
• Britain: 31,000 (0.5%)
• Bulgaria: 275,000 (4.2%)
• Perancis: 40,000 (0.6%)
• Jerman: 760,000 (11.7%)
• Greece: 132,000 (2.0%)
• Romania: 275,000 (4.2%)
• Rusia: 3,000,000 (46.2%)
• Serbia: 650,000 (10.0%)
• Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%)
• JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)
Perjanjian Versailles
Perjanjian Versailles juga dikenali sebagai Triti Versailles merupakan satu daripada
lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan Keamanan Paris atau (Paris
Peace Conference) yang bermula pada 12 Januari 1919. Perundingan ini diketuai oleh
lima kuasa besar yang berjaya menewaskan Kuasa Pusat atau Central Powers iaitu
Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Tokoh yang utama dalam
perundingan ini termasuklah Georges Clemenceau (Perancis) David Lloyd George
(Britain), Vittorio Orlando (Itali), dan Woodrow Wilson (Amerika Syarikat).

Hasilnya, lima perjanjian telah dimeterai dan ianya diberi nama berdasarkan lima bandar
suburbs di sekitar Paris iaitu Versailles, St Germain, Trianon, Neuilly dan Serves.

Syarat utama

Woodrow Wilson dengan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika

Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, dimana sebahagian


kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam
Perang Dunia I. Antara syarat dan terma yang utama ialah:

1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang


dimandatkan oleh Liga Bangsa (League of Nations):
2. Wilayah Alsace-Lorraine dipulangkan kepada Perancis;
3. Penyerahan Eupen-Malmedy kepada Belgium, Memel kepada Lithuania, daerah
Hultschin kepada Czechoslovakia,
4. Poznania, iaitu sebahagian Prussia Timur dan Upper Silesia diserah kepada
Poland;
5. Danzig dijadikan bandar yang bebas;
6. Plebiscites (sejenis pungutan suara) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk
menyelesaikan isu sempadan Denmark-Jerman;
7. Pendudukan dan status istimewa bagi wilayah Saar di bawah kawalan Perancis;
8. Pendudukan Rhineland yang dijadikan kawasan bebas tentera selama limabelas
tahun ;
9. Jerman membayar hutang perang sebanyak £6,600 juta;
10. Pengharaman keatas penggabungan Jerman dan Austria;
11. Menerima pengakuan kesalahan Jerman kerana menyebabkan Perang Dunia I;
12. Provisi untuk perbicaraan bekas Kaiser dan pemimpin perang yang lain;
13. Tentera Jerman terbatas kepada 100,000 orang tanpa tentera kerahan, kereta kebal,
artileri berat, bekalan gas beracun, kapal terbang dan "airship";
14. Tentera Laut Jerman hanya boleh memiliki kapal di bawah sesaran 10,000 tan
untuk "kapal berperisai", dan tidak boleh memiliki kapal selam;

Perjanjian Versailles merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada rakyat Jerman
yang bangga dengan kegemilangan mereka yang lampau.

You might also like