You are on page 1of 30

Asas Pembudayaan Keusahawanan

GXEX 1412

Kod Kursus : GXEX 1412 Tajuk Kursus : Asas Pembudayaaan Keusahawanan Jam Kredit : 2 jam Pensyarah : Puan Ponmalar Alagappar Prasyarat : Tiada Kursus Wajib Universiti

Hasil Pembelajaran: Menerangkan konsep keusahawanan dan kepentingan bidang keusahawanan Menerangkan and menjelaskan mengenai etika keusahawanan serta mengaplikasi nilai-nilai murni keushawanan Membuat penilaian diri dan menilai sifat keushawanan dalam diri
3

Mengaplikasi

aspek kreativiti dan innovasi dalam keushawanan Menyediakan rancangan perniagaan.

Sinopsis Kandungan Kursus:


Konsep

dan perkembangan keusahawan Analisis kompetensi keusahawanan diri, Etika keusahawanan, Kreativiti dan innovasi dalan keusahawanan, Peluang perniagaan Kemahiran memulakan perniagaan Merancang perniagaan dan Kemahiran mengurus projek perniagaan
5

Di samping itu pengalaman amali melalui kerja lapangan atau penglibatan langsung pelajar dalam pengendalian satu projek perniagaan secara berkumpulan. Latihan ini adalah untuk memberi kesan kepada pelajar mengenai realiti dunia perniagaan sebenar.

Rujukan Utama:
Kementerian

Pengajian Tinggi, Asas Pembudayaan Keusahawanan, 2007, Penerbit Universiti Utara Malaysia

Rujukan Lain:
Ab.Aziz

Yusof, Prinsip Keusahawanan, 2003, Malaysia: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Rosli Mahmood 7 rakan-rakan, Prinsip-prinsip Asas Keushawanan, 2007, Malaysia: Thomson
7

Topik 1: Konsep dan Perkembangan Keusahawan


1.1 1.2 1.3 1.4 Kepentingan Keusahawanan Konsep ushawan dan Keusahawanan Ciri keusahawanan Perkembangan keusahawanan di Malaysia

1.1 Kepentingan Keusahawanan


1.1.1 Pembangunan keushawanan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi sebuah negara. Juga melibatkan perubahan struktur perniagaan dan masyarakat kepada yang lebih baik
9

1.1.2 Membantu melahirkan individu positif yang berjaya serta menpunyai ciri-ciri survival, daya tahan dan daya saing yang tinggi. Ciri keushawanan ini akan membentuk pemikiran yang berteraskan keushawanan dalam kalangan anggota masyarakat
10

1.1.3 Akan mengembangkan budaya keushawanan dalam masyarakat. Membentuk komuniti yang lebih berdikari dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kelahiran ramai keushawan yang memiliki ciri keushawanan yang tinggi.

11

1.1.4 Usahawan ialah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaaan, tetapi turut mendorong pembahagian kekayaan yang dimliki, seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi.

12

1.1.5 Kelahiran ramai ushawan akan meningkatkan daya saing sesebuah negara di peringkat antarabangsa, di samping membuka peluang pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar penggangguran serta kemiskinan di negara tersebut.

13

1.2 Konsep Usahawan dan Keusahawanan


1.2.1 Usahawan ialah perintis kepada kejayaan aktiviti perniagaan. Mereka mengesan dan merebut peluang disamping memasarkan produk baharu atau menambahkan nilainya.

14

Istilah Usahawan berasal daripada bahasa perancis, iaitu entreprendre yang membawa maksud memikul (tugas) atau mencuba. Antara orang yang masyhur memperkenalkan istilah usahawan ini ialah Joseph Schumpeter melalui karya tulisannya yang berjudul Theory of Economics Development pada tahun 1934.
15

Beliau menggambarkan usahawan sebagai seorang buruh yang unik, pencetus inovasi atau orang yang membawa perubahan atau pembaharuan. Ushawan juga dikatakan sebagai individu yang bertanggungjawab kepada pengeluran, pendorong daya cipta dan yang baharu dan ganjil dalam operasi biasa aktiviti ekonomi.
16

Scarborough dan Zimmer (1998) pula mendefinisikan usahawan sebagai orang yang mencipta perniagaan baharu dan berkeupayaan menghadapi keadaan yang tidak menentu untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan.

17

Kuratko dan Hogetts (2007) menyatakan bahawa usahawan ialah individu yang dapat mengenal pasti peluang dalam keadaan di mana orang lain melihatnya sebagai gangguan atau kecelaruan.

18

Usahawan merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi dan kegiatan keusahawanan mereka akan membawa dunia perniagaan ke hadapan. Menyumbang kepada penciptaan berterusan, yang seterusnya mencorakkan masa hadapan.

19

1.2.2 Keusahawanan Menurut Hisrich dan Peter (1998), keusahawanan ialah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko dalam bentuk modal, masa dan komitmen kerjaya.
20

Kuratko dan Hodgetts (2007) menjelaskan keusahawanan sebagai proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi, iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan, pendidikan dan perlembagaan. Keusahawaan merupakan simbol kepada kelangsungan dan pencapaian perniagaan.
21

Keusahawanan lebih daripada sekadar menubuhkan dan menjalankan perniagaan. Keusahawaan merangkumi sikap, kemahiran dan pengetahuan. Pengkajian bidang keusahawan telah merentasi pelbagai disiplin ilmu.

22

1.3 Ciri Keushawanan


Sebelas ciri utama keusahawaan menurut Kao (1991) adalah seperti yang berikut:
Komitmen,

keazaman dan ketabahan yang sepenuhnya. Dorongan untuk kejayaan dan berkembang maju Orientasi kepada peluang dan matlamat.

23

Mengambil

inisiatif dan tanggungjawab

peribadi. Membuat keputusan yang berterusan Realistik Mencari dan menggunakan maklumbalas Mempunyai lokus kawalan dalaman Mengambil risiko yang sudah diperincikan. Dorongan yang rendah ke arah status dan kuasa Integriti dan boleh dipercayai
24

Lima belas ciri usahawan berjaya menurut perspektif Islam (Mohd Salleh et al., 2005) ialah:
Mempunyai

keinginan dan kesungguhan yang

tinggi Mempunyai niat yang betul Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang cukup

25

Bertanggungjawab

kepada semua yang berkepentingan dengannya. Sentiasa berjimat mengunakan sumber Mempunyai kemahiran dalam membuat keputusan. Berfikiran ke hadapan Mempunyai kemahiran berkomunikasi Sentiasa menjaga kualiti

26

Menghindari

aktiviti yang diharamkan Mengelakkan belenggu hutang Sentiasa menilai tindakan dan berwaspada Bersyukur dengan kejayaan Tidak boros dan tidak tamak dengan kekayaan Sentiasa membayar hutang jika menanggungnya.

27

1.4 Perkembangan Keusahawanan di Malaysia


1.4.1 Keusahawaan bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing. 1.4.2Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka menjalakan sistem pemeritahan pecah dan perintah. Kaum melayu menjadi pentadbir dan petani,kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja di sektor perladangan.
28

1.4.3 Selepas kemerdekaan, pelbagai dasar dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020. Sambutan semua pihak menggalakkan dan mereka memberikan sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
29

1.4.4 Kementerian Pembangunan Usahawan ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai badan yang mengawal dan mempromosikan pembangunan keusahawanan di Malaysia. Sejak tahun 2005, Kementerian tersebut dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.
30

You might also like