You are on page 1of 6

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SK PAKA II BismillahPengerusi Majlis,..

Yang Berusaha Guru Besar Jawatankuasa PIBG, Guru-Guru,Warga SK, Para Ibu Bapa / Bapa ibu / penjaga, Seterusnya anak-anak yang dikasihi sekelian Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan kurniaannya saya diberi kesempatan untuk bersama-sama dalam majlis yang sangat bermakna ini. Salam takzim daripada tuan PPD kerana tidak dapat bersama-sama Ucapan tahniah kepada semua warga sekolah / PIBG / ibu bapa atas komitmen dan komited terhadap usaha-usaha memartabatkan pendidikan. Ucapan tahniah kerana Berjaya mengadakan hari Graduasi Kecemerlangan sebagai pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan keupayaan dalam pelbagai bidang yang dinilai Tahniah kepada ibu bapa atas kehadiran ke majlis . membuktikan satu kesungguhan, keinginan dan iltizam untuk memartabatkan kecemerlangan pendidikan . Ia juga merupakan satu manifestasi pengiktirafan bukan sahaja kepada pelajar pelajar malahan kepada semua warga sekolah,PIBG atas segala kerjasama, sumbangan dan titisan kudrat yang dicurahkan bagi memastikan pembangunan pendidikan daerah Dungun terus berada di hadapan. A. ANALISIS UPSR 2010 .Keputusan UPSR-Indikator dan analisis SWOT perlu dilaksanakan. UPSR 11 November (9 tahun)-harapan kejayaan sedekad- muhasabah dan merangka startegi baru ( Analisis SWOT)-Menjana kecemerlangan dan kemenjadian murid

B. PERKONGSIAN AKTIVITI DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN YANG BERLAKU DI DUNGUN: MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Penyebar luasan KSSR ( BM,BI,PJ,PK, dan sebagainya) Program LINUS, PROTIM,e-pantau,Persediaan awal Tahun 2011, Kolokium Kajian Penyelidikan, pendedahan KOMSAS, Hari Anugerah Kualiti PPD Dungun,Persediaan SPM, Persediaan menghadapi Banjir ,Proses Pertukaran Guru dan sebagainya C. MELESTARIKAN KECEMERLANGAN Bagaimana mengekalkan kecemerlangan Pelan dan Perancangan strategic.taktikal dan operasi Analisis Swot melibat PIBG,agensi-agensi berkaitan Smart Partnerships / perkongsian bijak bersama-sama-sama syarikat swasta Teori kepimpinan (instructional Leaderships- )/ Blue Ocean They are true instructional leaders, because they continuously improve. They promote professional learning communities in their schools, where teachers collaborate with each other to continuously improve their practices. They advocate continuous professional development, and are leaders of learners. Penglibatan dan koloborasi menyeluruh ibu bapa dan komuniti Tindakan Sekolah o Kepimpinan pendidikan di sekolah 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menjelmakan visi dan misi sekolah dikongsi bersama komuniti Pengurusan sumber yang efisien dan bersesuaian (sumber fizikal,kemudahan ICT, pusat akses pusat komuniti. Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan pembelajaran (kursus,seminar,in house traning, kolokium dsb Perluasan akses pendidikan (internet,pusat akses, makmal computer) untuk menghasilkan murid yang cemerlang secara holistik (JERI) dan membina towering personaliti. (contoh : doktor-doktor perubatan ceramah agama)

C1.

C2. I. II. III.

PERANAN PIBG Rakan kongsi sekolah menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Membantu melengkapkan prasarana keperluan sekolah dan murid lain. PIBG yang bertindak sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar selari dengan perubahan lanskap pendidikan-ICT,ebook,netbook 1malaysia dsbiprogram ICT untuk ibu bapa

IV.

Merancang program selari dengan misi dan visi sekolah (kurikulum, program sokongan seperti motivasi,tuisyen, aktiviti ko akademik atau ko kurikulum)

Apa yang berkesan hari ini tidak semestinya berkesan hari esok dan apa yang terbukti berkesan semalam, tidak semestinya berkesan lagi hari ini yang pastinya ialah penyesuaian dengan keadaan dan tuntutan semasa D. E. DIMENSI MENJANA KECEMERLANGAN Dimensi instruksional ( ke arah peningkatan P&P) Dimensi budaya (membina pasukan) Dimensi strategik (memupuk komitment) Dimensi pengurusan pendidikan(membina visi pendidikan) Dimensi pengurusan organisasi (membina persekitaran sekolah mengurus sendiri) KUALITI DAN KECEMERLANGAN DALAM PENDIDIKAN Apa yang dimaksudkan dalam perkara ini antaranya adalah:

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermutu Proses P&P yang mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum

Kadar celik huruf yang tinggi Pencapaian akademik tinggi dan cemerlang Penyertaan kokurikulum yang aktif dan bermakna Pengurusan hal ehwal murid, kebersihan dan keceriaan mewujudkan suasana yang kondusif bagi membina budaya ilmu dan budaya sekolah yang tinggi

Pengurusan keseluruhan yang telus dan cekap lagi berkesan.

F.

MENGAPA PELAJAR-PELAJAR PERLU CEMERLANG? I. II. III. IV. V. Persaingan (SBP,Universiti,Pekerjaaan) Kepakaran Towering personality / personality unggulBordeless world/dunia tanpa sempadan Ledakan maklumat/ict/

G.

PRINSIP-PRINSIP MEMBINA KETRAMPILAN DAN KEWIBAWAAN

Sebenarnya tidak ada sesiapa pun yang terlewat untuk terus belajar, dan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini semua sumber pengetahuan berada di hujung jari sahaja. Cuma yang perlu ada ialah kesedaran diri (tak cukup ilmu), kehendak (desire), dan sikap "do it now." 1. DIRFT (Do It Right First Time) 2. Kaizen (Penambahbaikan berterusan) 3. Usaha Pencegahan (Prevention Is Better Than Cure) 4. Kepastian Kualiti (Tiada Istilah No.2) 5. Tanpa Cacat (Tak Main Barang Reject) 6. Total Involvement (Tak Ada Orang Yang Terkecuali) 7. Walk Your Talk (Cakap Serupa Bikin) 8. First Things First (Perkara Pertama Didahulukan) 9. Proaktif (Bukan Tunggu dan Lihat) 10.Fikir Menang/Menang (Abundance Mentality) 11.Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai.

isu isu dan Cabaran Pendidikan masa kini I. Pengurusan pendidikan masa kini sedang berhadapan dengan cabaran utama memenuhi keperluan pelanggan. II. keberkesanan kaedah sistem penyampaian dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan di semua peringkat III. Bidang Keberhasilan Utama Negara Sebahagian Daripada Proses Transformasi dan Pembaharuan Pendidikan . Pengenalan NKRA pendidikan merupakan sebahagian daripada proses transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan kita yang insyaAllah akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini.

Untuk mencapai hasrat ini, Kementerian Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan empat komponen kecil NKRA pendidikan iaitu: 1. Meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012; 2. Memastikan semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah; 3. 4. Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi; dan Memperkenalkan New Deal atau Baiah Baru kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Jadikanlah kepimpinan tuan-tuan dan puan-puan sebagai kepimpinan yang berkesan sebagaimana yang dikatakan oleh Presiden New York Times. I have never seen a good school with a poor principal, or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful school turned around into successful ones and outstanding schools slide rapidly into decline. In each case, the rise or fall, was due to the quality of the principal Guru Besar memerlukan kerjasama semua pihak dalam menerajui kepimpinan pendidikan di sekolah Kepada pelajar-pelajar cemerlang, ucappan tahniah dan syabas atas pencapaian Kepada ibu bapa - tahniah dan syabas atas kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjalinkan kerjsama dan permuafakatan bagi merealisasikan hasrat meningkatkan kecemerlangan ini. Saya percaya gandingan padu yang terbaik daripada para pelajar, ibu bapa, guru-guru, pentadbir sekolah, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu, Komuniti di sekitar dan Kerajaan Negeri telah menghasilkan keputusan terbaik yang telah dicapai dalam Peperiksaan Awam, sekolah ini khususnya dan .bagi daerah Dungun amnya.. Semoga gandingan ini berterusan dan lebih baik lagi pada masa akan datang agar harapan PPD untuk melihat Pembangunan Dungun Depan seterusnya Terengganu Terbilang mampu direalisasikan. Marilah kita menjadi manusia yang mahu mengubah dirinya sendiri, mengubah sikap, ingin belajar dan mengetahui segala apa yang diperlukan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Dengan lafaz bismilah saya mewakili yang berbahagia, En.Zakariah bin Ali, Pegawai Pelajaran daerah Dungun merasmikan Hari Graduasi SK Paka II....... Sekian,

You might also like