You are on page 1of 1

Masalah penagihan dadah di kalangan rakyat negara kita semakin parah dan cukup membimbang masyarakat hari ini,

kerana ianya bukan sahaja merosakkan kehidupan penagih dadah itu, malah akan merosakkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara.Dadah merupakan sejenis bahan yang digunakan di dalam bidang perubatan tetapi dadah tersebut telah disalahgunakan sebagai alat hiburan pada zaman sekarang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan penagih mahupun bekas penagih cenderung bergelumang dengan kancah itu kerana sikap masyarakat yang meminggirkan golongan itu untuk mendapat tempat dalam kelompok sosial mahupun ekonomi. Lantaran itu, masalah dadah akan menjadi semakin serius jika kite tidak memberi peluang kepada penagih untuk kembali ke jalan yang betul. Persepsi masyarakat terhadap penagih juga perlu diubah kerana mereka bukanlah penjenayah, tetapi pesakit yang perlu diberikan rawatan. Memang besar mereka melakukan kesilapan pada peringkat awal kerana terjerumus dengan penagihan dadah. Tegasnya, sikap yang positif daripada masyarakat amat diperlukan bagi memastikan golongan ini dapat dibimbing agar dapat memperbaik cara hidup mereka.

You might also like