You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang berusaha, En Mohamad Noor bin Hassan,Tuan Guru Besar SK Kuala Kubang, Guru-guru penolong kanan, guru-guru, serta rakan -rakan sekalian. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, maka dapat kita bersama-sama pada hari ini berkumpul dan menikmati keenakan juadah di dalam majis jamuan gabungan antara tahun 2,3,4 dan 5. . Guru2 dan rakan-rakan, Jasa guru amat besar dalam mendidik dan membentuk sahsiah yang baik agar kita menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti..Guru juga mengajar kita sehingga boleh membaca, menulis dan mengira. Gurulah yang membentuk peribadi murid-murid yang mana murid-murid ini merupakan bakal pemimpin negara. Murid-murid ini juga suatu hari nanti akan bekerja memenuhi pelbagai sektor yang diperlukan oleh negara. Jadi ini menunjukkan bahawa murid-murid ini telah dibentuk oleh para guru sejak dari awal persekolahan lagi supaya mereka akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara suatu masa kelak. Terima kasih cikgu. Ketahuilah, Guru adalah guru kepada seorang buruh, Guru adalah guru kepada seorang nelayan, Guru adalah guru kepada seorang petani, Guru adalah guru kepada seorang mekanik, Guru adalah guru kepada seorang jururawat, Guru adalah guru kepada seorang doktor, Guru adalah guru kepada seorang pengarah, Guru adalah guru kepada seorang ahli perniagaan, Guru adalah guru kepada seorang jutawan, Guru adalah guru kepada seorang peguam, Guru adalah guru kepada seorang hakim, Guru adalah guru kepada seorang menteri, Guru adalah guru kepada seorang raja Dan, Yang paling istimewa, Guru adalah guru kepada seorang guru

Setiap insan di dunia belajar dari seorang guru. Dalam Islam, guru adalah manusia yang wajib dihormati selepas ibubapa. Malah menghormati guru adalah satu kewajipan terhadap setiap manusia. Mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut supaya apa yang kita belajar menjadi berkat dan dirahmati yang maha Esa.

Rakan-rakan sekalian, Marilah kita tanamkan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kita dan ibu-bapa kita tetapi untuk guru-guru yang banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk kecemerlangan kita semua. Saya pasti, guru juga akan berasa bangga jika kita berjaya tetapi akan turut berasa kecewa jika kita gagal. Kepada semua guru, saya mewakili seluruh murid memohon ampun dan maaf, andaikata ada di antara kami melakukan kesalahan kepada cikgu-cikgu sama ada kami sedar ataupun tidak. Budah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami sememangnya baru belajar, Kalau salah tolong maafkan. Semoga malis jamuan kita berjalan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah subhanawataala. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah , wassalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh.

You might also like