You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

Tempat Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat satu, Blok Zamrud, Jabatan Mineral dan Geosains pada hari Isnin, 18 Julai 2011, jam 9:00 pagi. Kehadiran Ahli-ahli yang hadir: Encik Sahar Effendi Abdullah Azizi, Pengerusi Encik Abdullah Sulaiman, Bendahari Tuan Haji Azhari Ahmad Puan Rodziah Husain Tuan Haji Tormidzi Abdu Manap Mohd. Zaidi Mohd. Hassan Cik Nurul Huda Ramli, Setiausaha Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, yang lalu telah diterima dan disahkan tanpa pindaan. Ucapan Pengerusi Pengerusi selaku Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan membuka mesyuarat dengan bacaan umul kitab Al-Fatihah.

NURUL SYAFIQAH BINTI BAHARI 2011268314 2D MINUTES 8

2 Perkara-perkara Berbangkit Mesyuarat dimaklumkan bahawa pertandingan mencipta logo dan motto kelab akan tamat pada 20 Oktober 2011. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli kelab. Penilaian adalah merangkumi 30 peratus markah daripada undian pelayar laman web dan 70 peratus markah daripada pengadil pertandingan. Mesyuarat memutuskan bahawa jumlah hadiah untuk pertandingan ini adalah sebanyak RM100.00 Hal-hal Lain Encik Zahar memberitahu bahawa sebuah kedai komputer bersedia memberikan potongan harga kepada ahli kelab yang berminat untuk membeli komputer. Mesyuarat Akan Datang Mesyuarat bulanan seterusnya akan dimaklumkan kemudian. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:00 pagi dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi kepada setiap Ahli Jawatankuasa di atas komitmen yang diberi.

NURUL SYAFIQAH BINTI BAHARI 2011268314 2D MINUTES 8

You might also like