You are on page 1of 69

NUTRISI KEMANUSIAAN

Aza Sherin Mohamad Yusuff

Kepentingan makanan
1.Membekalkan tenaga untuk metabolisme dalam badan-karbohidrat, lemak, protein. 2.Dalam pertumbuhan dan perkembangan dengan membina dan memperbaiki tisu tubuh protein (utama), mineral 3.Membantu dalam metabolisme vitamin, mineral, protein

Untuk tubuh berfungsi secara efektif, 40 nutrien dalam jumlah yg berbeza. Rujuk Saranan Pengambilan Harian (RNI) / RDA (US) Lebihan atau kekurangan memberikan kesan kpd kesihatan.

4 faktor utama pemakanan yg baik


1. Pelbagai setiap jenis mknn membekalkan nutrien yg berbeza atau mengandungi nutrien tertentu. Cth: buah oren mengandungi vitamin C dan karbohidrat ttp tiada zat besi atau protein

2. Sederhana - jangan makan satu-satu jenis mknn terlalu banyak dan kurang dlm mknn yg lain.
3. Semulajadi - makanan dalam bentuk semulajadi lebih baik daripada makanan terproses; mengandungi lebih nutrien dan kurang bahan tambah makanan yang meragukan.

4. Seimbang mengandungi makanan daripada semua kumpulan makanan dalam piramid makanan

6 Kumpulan Makanan
1. Karbohidrat 2. Lemak 3. Protein 4. Vitamin 5. Garam mineral 6. Air

1. Karbohidrat
Makanan pemberi tenaga segera kepada otot dan otak 1 gm = 4 Kcal tenaga contoh: Nasi, ubi, gula, makanan yang diperbuat daripada gandum 60% daripada sumber tenaga harian hendaklah dari kumpulan makanan ini.

2. Lemak
Sumber tenaga simpanan terutamanya dalam aktiviti tahap rendah (membaca dan tidur) dan aktiviti jangka panjang 1 gm = 9 Kcal Lemak haiwan (lemak tepu) penyakit jantung dan kanser Galakkan pengambilan lemak tumbuhan (minyak zaitun, jagung, bunga matahari) 25% daripada sumber tenaga harian.

3. Protein
Untuk pertumbuhan dan memperbaiki tisu yg rosak, sel darah merah dan sintesis hormon. Membekalkan tenaga kepada tubuh apabila tenaga daripada karbohidrat tidak mencukupi. 15% tenaga daripada protein. Cth: ikan, ayam, daging, kekacang.

4. Vitamin
Komposisi enzim dan aktiviti metabolisme. Tidak membekalkan tenaga. Vitamin A, D, E, K larut lemak Vitamin B, C larut air

5. Garam Mineral
Elemen dalam makanan untuk pembentukan struktur tubuh (kalsium dalam tulang; zat besi dalam sel darah merah utk pengangkutan oksigen) Lain-lain: magnesium, sodium/natrium, kalium, fosforus

6. Air
60-70% daripada berat badan menstabilkan suhu badan, pengangkutan nutrien kepada sel dan bahan kumuh daripada sel, utk sel berfungsi

Latihan
Ali, 25 tahun memerlukan 2500 Kcal tenaga untuk melakukan aktiviti hariannya. Sekiranya beliau ingin mengikuti saranan pengambilan diet iaitu sebanyak 60% diet daripada tenaga, 20% protein dan 25% daripada lemak, berapakah jumlah (gm) karbohidrat, protein dan lemak yang perlu diambil oleh Ali dalam sehari?

Karbohidrat 60% drp 2500 kcal = 1500 Kcal 1gm = 4 Kcal Maka 1500 Kcal = 375 gm karbohidrat. Protein: 20% drp 2500 Kcal=_____ 1 gm = _________ Maka Lemak: 25% drp 2500 Kcal = 500 1 gm = _________ Maka, ________

KARBOHIDRAT
4 kelas karbohidrat 1. monosakarida (gula ringkas yg tidak boleh dihidrolisiskan kpd btk yg lebih ringkas) 2. disakarida (dihidrolisiskan kpd 2 molekul monosakarida serupa/berlainan) {oligosakarida (3-10 monosakarida)} 3. polisakarida (>10 monosakarida)

1. Monosakarida
btk CHO yg plg ringkas. 4 jenis monosakarida - glukosa, fruktosa, galaktosa, manosa. Dlm buah-buahan dan sayur-sayuran Glukosa dan fruktosa 10% drp CHO dlm diet 1. Glukosa - dlm buah-buahan, jagung manis, kentang mentah dan madu (35%) -btk gula dlm sel utk hasilkan tenaga, - Dlm keadaan normal, sistem saraf pusat hanya boleh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.

Glikogen - Glukosa ditukarkan kepada Glikogen dan disimpan dlm hati (1/3) dan otot (2/3). - Kebolehan hati dan otot untuk menyimpan glikogen boleh ditambah 100% dengan mengubah diet yg berkaitan dengan senaman. - Cara ini dinamakan Muatan Karbohidrat (Carbohydrate Loading)

MUATAN KARBOHIDRAT (Carbohydrate Loading)


Selalu dilakukan oleh ahli sukan seperti pemain bola dan pelari jarak jauh yang banyak memerlukan tenaga yang boleh diperolehi daripada glikogen otot untuk selama 30 minit atau lebih. Ahli sukan akan mengosongkan simpanan glikogen otot dengan melakukan senaman untuk beberapa hari di samping mengikuti diet rendah karbohidrat.

Dua atau tiga hari sebelum perlawanan, dietnya ditukar kepada satu diet yang sumber tenaga utamanya ialah karbohidrat.
Dengan cara ini lebih banyak glikogen akan berkumpul dalam otot.

Cara ini juga akan meningkatkan simpanan glikogen hati dan glikogen dengan mudah boleh bertukar kepada glukosa untuk digunakan oleh sistem saraf pusat dan mengelakkan hipoglisemia.

2. Fruktosa gula paling manis - > cpt diserap oleh tubuh 3. Galaktosa gula dlm susu 4. Manosa drp manosan yg ada pd kekacang.

2. Disakarida
35% CHO diet adalah jenis ini. 3 jenis sukrosa, laktosa, maltosa 1. Sukrosa gula yg biasa dimakan (gula tebu, gula bit dan gula mapel) - dicernakan kpd glukosa dan fruktosa oleh enzim sukrase di lapisan sel saluran usus.

2. Laktosa terdiri drp glukosa dan galaktosa - hanya didapati dlm susu - dlm susu, mikroorganisma tertentu menghasilkan asid laktik drp laktosa yg tidak diserap 3. Maltosa - drp bijirin dan kanji. - terdiri drp 2 molekul glukosa - dibtk drp kanji oleh tindakan enzim amilase. - enzim maltase dlm usus akan menghidrolisiskan maltosa kpd 2 molekul glukosa.

3. Polisakarida
- Btk CHO yg lebih kompleks (kanji) - 50% drp CHO dlm diet - Terdiri drp unit glukosa shj yg diikat dlm bentuk rantai pjg (amilosa) atau rantai bercabang (amilopektin) - Dekstrin hasil perantaraan dlm hidrolisis kanji kepada maltosa

Gentian Diet Definisi: Semua komponen makanan yang tidak diuraikan oleh enzim dalam sistem pencernaan manusia untuk menghasilkan komponenkomponen kecil yang boleh diserap ke dalam saluran darah. - Terdiri drp. Hemiselulosa, bahan pektin, gam alga, selulosa dan lignin. - Hanya boleh diperolehi dlm mknn drp tumbuhtumbuhan seperti kekacang, bijirin, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.


1. 2. 3. 4. 5.

6.

Gentian diet boleh mengelakkan pengambilan tenaga yang berlebihan kerana: Ia melambatkan kadar pencernaan makanan. Ia mengurangkan sedikit kecekapan penyerapan zat makanan. Ia mengurangkan ketumpatan kalori diet secara keseluruhan Boleh mengelakkan sembelit, buasir dll. Dapat menurunkan kandungan glukosa dalam darah dan mengurangkan penggunaan insulin secara suntikan. Boleh mengikat lipid/lemak spt campuran hempedu dan kolesterol dan dikumuhkan bersama najis. Ini mengurangkan kepekatan lipid darah.

Elakkan pemgambilan gentian yg berlebihan kerana: 1. kepenuhan perut 2. flatulens (angin) 3. masa transit yang pendekmengurangkan penyerapan mineral 4. diarea 5. mknn yang tinggi gentian selalunya mengandungi sebatian asid fitik (mbtk kompleks dgn mineral dan tidak dpt diserap).

Penghadaman dan Penyerapan Karbohidrat


Pencernaan kanji bermula di mulut, aktiviti kunyah memecahkan struktur makanan dan percampuran dengan air liur yang mengandungi enzim amilase (kanji dihidrolisiskan kpd dekstrin dan maltosa). Aktiviti amilase terus berlaku sehingga asid hidroklorik di perut memusnahkan enzim amilase ini.

- pencernaan karbohidrat selalunya berlaku di usus kecil dgn aktiviti yg tinggi sekali di duodenum. - Amilase dr pankreas menghidrolisis kanji kpd dekstrin dan maltosa. - Maltase dari sel mukosa menghidrolisis maltosa kepada glukosa dan fruktosa - Pengangkutan ke hati dan seterusnya ke tisutisu yg memerlukan. - Ada glukosa disimpan sbg glikogen di hati dan otot. - Di hati fruktosa ditukar kpd glukosa. - Aras glukosa darah dikawal oleh hati, bergtg kepada isyarat hormon dan aras glukosa darah.

Insulin (dirembeskan oleh Beta pankreas), penting utk memasukkan glukosa dalam sel otot dan tisu adipos. Hormon Glukagon (dirembeskan oleh Alpha-pankreas), bergerakbalas pada aras gula darah yg rendah

Kanji dan gula diuraikan oleh enzim penghadaman kepada monosakarida dan diserap dalam usus kecil Karbohidrat yang tidak terhadam (Polisakarida bukan kanji) tidak diserap dalam usus kecil tetapi menjadi substrat fermentasi di usus besar.

Kadar pencernaan dan penyerapan (p&p) daripada usus kecil adalah penting dalam menentukan kesan metabolik karbohidrat. Faktor yang menentukan p&p CHO ialah 1. struktur dinding sel yg tegar 2. struktur fizikal mknn berkanji 3. kehadiran protein dan lemak

Kesan fisiologi karbohidrat sgt bergantung kpd kadar dan tahap penyerapan dalam usus kecil dan fermentasi dalam usus besar.

Apabila aras glukosa dalam darah rendah, glukagon akan meransang penguraian glikogen, dgn itu akan mengeluarkan glukosa dr hati ke dlm darah. Darah membawa glukosa ke semua tisu tubuh. Setiap sel akan mengambil glukosa dan menggunakannya sebagai sumber tenaga. Semua karbohidrat (dlm bentuk monosakarida) dibawa ke hati dan akan digunakan dlm satu drp 5 proses berikut:

1. Kebanyakan glukosa akan digunakan utk menghasilkan tenaga yg serta-merta. Berlaku dlm semua tisu. 2. Sbhgn disimpan sbg glikogen di tisu hati dan otot. 3. Sbhgn bertukar kpd asid lemak dan disimpan dlm tisu adipos. 4. Sedikit ditukar kpd karbohidrat lain. 5. Sbhgn utk hasilkan asid amino tak perlu oleh tubuh.

Fungsi Karbohidrat
1. Fungsi utama ialah membekalkan tenaga (1 gm=4 Kcal).[Jika kekurangan karbohidrat, asid amino dan lemak akan ditukarkan kpd glukosa bg membekalkan tenaga]. 2. Diperlukan utk metabolisme lemak yg normal.{metabolisme ialah proses bg sel mengubah nutrien drp mknn kpd tenaga berguna dan sintesis sebatian baru utk struktur dan fungsi sel}.

3. Diperlukan utk fungsi tisu saraf dan glukosa ialah satu-satunya sumber tenaga utk otak. Jika kekurangan glukosa, kerosakan otak akan berlaku. 4. Karbohidrat dlm btk gentian diperlukan utk kepukalan kandungan usus dan peristalsis pd saluran gastrousus. 5. Laktosa berada di usus lebih lama, dgn itu menggalakkan pertumbuhan bakteria berguna (bertindak sbg pelawas) yg boleh menghasilkan vitamin B kompleks dan K. 6. Mknn yg mengandungi karbohidrat juga membekalkan protein, mineral dan vitamin B kompleks.

LEMAK
Lemak cair minyak (sawit, kcgsoya, jgg) Lemak pejal mentega, marjerin Lemak terdiri daripada asid lemak dan gliserol. Kebanyakan tenaga drp lemak dibekalkan oleh jenis lipid yg disebut trigliserida (95% lemak dlm mknn adalah dlm btk ini). 3 kumpulan lemak i) lemak tepu ii) lemak mono-tak tepu iii) lemak poli tak tepu Kesemua lemak dan minyak mengandungi kombinasi ketiga-tiga komponen ttp pada kombinasi yg berbeza.

i) Lemak tepu - Meningkatkan aras kolesterol - cth: Sumber haiwan -Lemak susu, lemak lembu, kambing, babi dsbnya. Sumber tumbuhan minyak kelapa, mentega koko. ii) Minyak mono tak tepu (unsaturated fatty acid) cth: minyak zaiton, kanola, minyak biji sawi (rapeseed oil) ii) Minyak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) cth: m. jagung, k.soya, m. bunga matahari, minyak ikan.

Asid Lemak Perlu - Mesti dibekalkan dlm diet a. Asid linoleik tidak boleh dihasilkan oleh badan,diperlukan utk pertumbuhan dan mengelakkan penyakit dermatitis. b. Asid arakidonik asid lemak poli tak tepu, badan boleh menukar asid linoleik kpd asid ini. c. Asid linolenik

Kolesterol - Hanya diperolehi drp tisu haiwan - Komponen perlu bg struktur membran di sel - Komponen utama bg sel otak dan saraf. - Disintesiskan dan disimpan dalam hati. - Sumber utama kolesterol diet ialah kuning otak, otak, hati, ginjal.

Pencernaan, Penyerapan dan Metabolisme Lemak


Pencernaan lemak bermula di perut oleh tindakan gastrik lipase (pecahkan trigliserida kepada asid lemak dan gliserol) Lemak dlm diet menyebabkan makanan berada dlm perut lebih lama (> 4 jam) sebelum ke usus kecil. Di usus kecil, hempedu akan bertindak terhadap lemak bermolekul besar supaya dpt diuraikan kepada molekul yg lebih kecil (pengemulsian). [hempedu tidak mengandungi enzim; 1 liter hempedu dirembeskan setiap hari dr tempat simpanannya, pundi hempedu, ke duodenum setiap hari iaitu apabila ada makanan di duodenum dan perut).

Pengemulsian asid hempedu akan menghasilkan globul lemak yg lebih mudah dicernakan oleh lipase pankreas.

Fungsi Lemak
1. Sebagai sumber tenaga 1 gm=9 Kcal tenaga (2 kali ganda drp protein dan karbohidrat). 2. Lemak memberi sifat organolepsis kpd mknn. Lebih sedap dan mengenyangkan. 3. Diperlukan utk struktur sel dan fungsi membran. lemak diperlukan utk membentuk dwilapisan dan ialah komponen penting bg membran sel.

PROTEIN
Setiap sel yg hidup mengandungi protein. 20% drp jumlah berat bdn dewasa ialah protein. 50% di otot, 20% di tulang dan rawan, 10% di kulit, lain2 di tisu-tisu lain dan bendalir tubuh. Ada pada semua juzuk tubuh melainkan urin dan hempedu. Kesemua enzim, hormon dan virus adalah protein.

Pengelasan 1. Protein Ringkas -hanya mengandungi asid amino. -cth: albumin dan globulin 2. Protein Konjugat - selain asid amino. Protein ini mengandungi bahan lain spt lipid atau karbohidrat. - lipoprotein, glikoprotein, fosfoprotein dan metaloprotein 3. Protein terbitan - hasil degradasi dan perubahan protein asli

Komposisi Protein - Asid amino ialah unit asas bg protein - Terdapat 20 jenis asid amino. - Perbezaan pada beribu-ribu jenis protein adalah dr segi kombinasi asid amino. - 2 jenis asid amino 1.Asid amino perlu (kerana tidak boleh disintesiskan oleh tubuh) Fenilalanina,valina, treonina, triptofan, Isoleusina, Metionina, Histidina, Arginina, Leusina, Lisina.

2. Asid amino tidak perlu (boleh disintesiskan oleh tubuh, tidak perlu dibekalkan dalam makanan). eg: glisina, alanina, serina, sistina, tirosina, prolina, asparagina, asid aspartik, asid glutamik, hidroksiprolina, hidroksiglutamik

Kualiti Protein 1.Protein Lengkap/Protein Berkualiti Baik/Protein Bernilai Biologi Tinggi - protein yg mengandungi semua asid amino perlu dlm kadar yg sesuai utk pertumbuhan. 2. Protein tidak lengkap - Tidak mengandungi semua asid amino perlu dan dgn itu tidak membolehkan pertumbuhan dan pembentukan normal.

Fungsi Protein
Protein membekalkan asid amino untuk sintesis tisu dan menjalankan fungsi-fungsi metabolik tubuh. Fungsi-fungsinya ialah: Untuk pembentukan enzim, hormon dan bendalir tubuh. Utk memperbaiki atau mengganti protein tisu tubuh (anabolisme) akibat katabolisme yg berlaku dlm tubuh. Membtk tisu-tisu baru dgn membekalkan asid amino perlu sbg asas. Dgn sbb itu lebih banyak protein diperlukan waktu pertumbuhan spt peringkat bayi, kanak-kanak remaja dan ibu mengandung.

1.
2.

3.

4. Sbg komponen struktur ptg dlm tubuh. Misalnya protein otot dan protein darah. 5. Sumber haba dan tenaga. Membekalkan 4 Kcal tenaga bg 1 gm. 6. Menjaga keseimbangan asid-bes darah dan tisu. 7. Meransang pembtkn antibodi utk melawan serangan penyakit 8. Protein plasma berfungsi dlm pembtkn bahan-bahan lain.

Pencernaan, penyerapan dan metabolisme protein


Pencernaan protein bermula di perut oleh enzim pepsin Kebanyakan pencernaan protein diet berlaku di bahagian atas usus. Dari usus asid amino akan dibawa ke hati, seterusnya dibebaskan dlm peredaran darah dan dibawa ke tisu-tisu dan sel-sel yg memerlukannya. Asid amino daripada protein haiwan lebih baik diserap berbanding sayur-sayuran.

Metabolisme asid amino boleh dibahagikan kpd proses pendeaminaan dan pentransminaan. Dalam proses pendeaminaan, kump amino dikeluarkan drp asid amino dan membentuk urea dlm hati melalui kitar ornitinin. Urea dikumuhkan dalam urin. Bahagian asid amino yg tinggal adalah dlm bentuk asid keto, boleh samada 1. membentuk glukosa melalui glukoneogenesis utk mengeluarkan tenaga 2. ditukar kepada lemak dan glikogen utk disimpan

Pentransaminaan-melibatkan pertukaran kumpulan amino dan kumpulan keto antara 2 asid amino supaya hasil yg terbentuk boleh memasuki kitaran krebs untuk mengeluarkan tenaga, mensintesis albumin darah, protein tisu atau membaiki tisu tubuh. Selain urea, hasil kumuhan utama ialah asid urik dan kreatinin. Asid urik ialah hasil terakhir metabolisme purina iaitu komponen penting asid nukleik. Kreatinin pula ialah bentuk kumuhan kreatinin yang ada di dalam semua tisu otot. Amaun urea dikumuhkan berkaitan dengan pengambilan protein, sementara perkumuhan kreatinin berkaitan dengan jisim otot dan adalah konstan dlm mana-mana individu.

Metabolisme protein dibhgkan kpd 2 komponen: 1. metabolisme eksogen metabolisme protein dlm diet 2. metabolisme endogen kesemua pembentukan protein dan proses penguraian yg perlu utk kehidupan, pertumbuhan dan pemulihan tubuh.

Dlm tubuh, tiada tempat simpanan aa sentiasa digunakan utk membentuk sebatian lain dan diuraikan bg membentuk aa baru. W/pun, ada had di mana aa yg lebih akan degradasikan dan digunakan untuk tenaga atau disimpan sebagai lemak.

Protein diet (digunakan oleh sel dalam btk aa) digunakan dalam beberapa cara. 1. Jika pengambilan kalori mencukupi, aa diperlukan utk sintesis protein selagi dperlukan. 2. Jika pengambilan kalori tidak mencukupi @ jika aa berlebihan drp keperluan utk sintesis protein @ jika kesemua aa perlu tidak ada serentak, aa akan dideaminakan (kump amino akan dikumuhkan sbg urea).

3. Jika aa glukogen (boleh mmbtk glukosa) dideaminakan, aa ditukarkan kpd glukosa dan dimetabolismakan. 4. Jika asid amino ketogen (boleh mmbtk asid lemak) dideaminakan, aa itu akan ditukarkan kpd asid lemak. Boleh digunakan terus sbg sumber tenaga atau disimpan sebagai lemak.

1.

2. 3.

4.

Faktor-faktor yg mempengaruhi penggunaan protein Pertumbuhan bayi dan kanak-kanak memerlukan lebih banyak protein drp dewasa kerana pembentukan tisu-tisu baru. Kehadiran dan keseimbangan kesemua asid amino adalah ptg utk pertumbuhan. Pengambilan kalori Ketakmobilan kebolehan utk sintesis protein dipengaruhi oleh aktiviti. Pesakit yg terbaring/ org tua akan mengalami keseimbangan negatif nitrogen w/pun protein dietnya mencukupi. Kestabilan emosi tekanan emosi spt takut, lapar, sakit, kesejukan, dll akan meningkatkan hormon epinefrin yg menyebabkan kehilangan nitrogen,

You might also like