You are on page 1of 13

BAB II

KEMASUKAN PEKERJA ASING KE MALAYSIA

2.1

PENGENALAN

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat telah mengundang kemasukan pekerja asing yang rata-ratanya datang dari negara jiran. Secara umumnya terdapat dua gelombang migrasi pekerja asing ke Malaysia. Pertama ketika era British memerintah Tanah Melayu, ketika itu beribu-ribu pekerja asing di bawa masuk untuk bekerja dalam sektor pertanian atau perladangan dan perlombongan. Manakala gelombang kedua pula muncul setelah negara menukar strategi daripada ekonomi berorientasikan pertukaran import kepada industri eksport (Ramasamy 2004: 274).

2.2

SEJARAH KEMASUKAN PEKERJA ASING KE MALAYSIA

Menurut Parmer dan Sandhu (dalam Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999: 10), kemasukan pekerja asing ke negara ini bukanlah fenomena baharu, sebaliknya, pekerja asing telah dibawa masuk ke Malaysia sejak zaman kolonial lagi. Pada zaman tersebut, sewaktu British memerintah Tanah Melayu, pihak penjajah tersebut telah membawa masuk pekerja asing dari India dan China bagi bekerja dalam sektor perladangan, perlombongan dan komunikasi. Memandangkan orang Melayu ketika itu tidak mahu memberikan kerjasama dalam industri perladangan dan perlombongan, jadi pihak penjajah telah membawa masuk pekerja asing dari negara jiran ke Tanah Melayu. Antaranya ialah dari Pulau Jawa, China dan India. Hal ini kerana kos untuk mendapatkan pekerja dan upah mereka adalah rendah (Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999: 10).

19 Walau bagaimanapun, kemasukan pekerja asing sebenarnya telah lama wujud sebelum kedatangan pihak Inggeris ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, penghijrahan rakyat Indonesia ke Tanah Melayu didorong oleh kewujudan persamaan dalam bahasa dan budaya. Hal ini telah menyebabkan mereka hadir terlebih dahulu sebelum kedatangan pihak kolonial (Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999: 10). Jadual 2.1 Populasi rakyat Indonesia di Tanah Melayu dari tahun 1911-1957 Negeri 1911 Singapura Pulau Pinang Melaka Perak Selangor N. Sembilan Pahang Johor Kedah Kelantan Terengganu Perlis Jumlah 17.7 4.8 3.2 31.7 17.1 3.1 0.9 37 1.8 0.2 0.01 0.05 117.6 Populasi (000) 1921 21.4 3.3 2.8 41.4 25.4 3 3.7 66.6 2.8 0.7 0.1 0.03 171.2 1931 27.5 2.7 3.1 54.7 56 5.6 5.6 120.2 4.5 0.5 0.5 0.07 281.0 1947 48.4 3 5.4 59.9 80.9 6.4 3.7 101.6 3.9 0.43 0.4 0.08 314.1 1957 1957 2.8 5.1 49.5 92.9 7 4.3 113.5 5.1 4.48 0.6 0.1 346.8

Sumber: Bahrin 1966 dalam Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999. Jadual 2.1 menunjukkan populasi rakyat Indonesia di Tanah Melayu pada tahun 1911, 1921, 1931, 1947 dan 1957. Dapat dilihat pertambahan bilangan pekerja asing yang ketara dari tahun 1911 hingga 1957. Bagi tahun 1911 jumlah yang dicatatkan ialah seramai 117600 orang yang kemudianya meningkat kepada 346800 orang pada tahun 1957. Walau bagaimanapun, pertambahan jumlah populasi pekerja asing di Tanah Melayu adalah berbeza mengikut negeri. Negeri yang mencatatkan populasi pekerja asing tertinggi ialah Johor iaitu seramai 438900 orang. Perak pula

18 menunjukkan jumlah populasi pekerja asing seramai 237000 orang, manakala jumlah populasi pekerja asing yang terendah dicatatkan di negeri Perlis iaitu seramai 330 orang. Jadual 2.2 Pekerja asing mengikut warganegara dan sektor (Julai 1992-Januari 1997) Sektor Indonesia Thailand Filipina Banglades h Pakistan India Sri Lanka Myanmar Nepal Lain-lain Pembantu rumah 100,324 3,881 44,539 56 53 54 5 17 NA 7 Pertanian 139,701 225,36 49 322,71 183 306 4 125 25 NA Pembinaan 124,777 120,80 1,160 44,603 1,356 1,347 43 675 17 137 Perkhidmatan 4,154 1,534 8,28 6,719 435 446 39 282 97 11 Pembuatan 3,0773 298 1,401 76,326 1,694 198 28 125 262 54

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia 1997 Seiring dengan pembangunan negara, kadar penggunaan pekerja asing semakin meningkat. Jika dahulu pekerja asing hanya dikerah dalam sektor pertanian, kini pekerja asing turut terlibat dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan. Jadual 2.2 menunjukkan sektor pekerjaan pekerja asing mengikut negara asal mereka. Pekerja asing dari Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 400,776 orang. Pekerja asing tersebut bekerja dalam sektor pembantu rumah seramai 100,324 orang, pertanian seramai 13,9701 orang, pembinaan seramai 124,777 orang, pembuatan seramai 30,773 orang dan lain-lain seramai 1,047 orang. Manakala jumlah pekerja asing kedua tertinggi dicatatkan berasal daripada Bangladesh dengan jumlah keseluruhan seramai 16,0291 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 56 orang bekerja sebagai pembantu rumah, 32,271 orang terlibat dalam sektor pertanian, 44,603 orang dalam sektor pembinaan, 6,719 dalam sektor perkhidmatan, seramai 76,326 orang dalam sektor pembuatan dan 316 orang dalam lain-lain sektor. Jumlah pekerja asing terendah dicatatkan dari Sri Lanka dengan

19 jumlah keseluruhan seramai 119 orang. Penglibatan tertinggi pekerja asing dari Sri Lanka dicatatkan dalam sektor pembinaan iaitu seramai 43 orang diikuti dengan sektor perkhidmatan seramai 39 orang. Manakala dalam sektor pertanian, pembuatan dan pembantu rumah masing-masing mencatatkan jumlah seramai empat, 28 dan lima orang. Jadual 2.3 Jumlah pekerja asing di Malaysia, 2004-2008 Tahun 2004 2005 2006 2007 2008 Bilangan (orang) 1,470,090 1,815,238 1,869,209 2,044,805 2,062,596

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia 2009 dalam Buku Perangkaan Perburuhan 2009 Jumlah pekerja asing di Malaysia bagi tahun 2004 hingga 2008 dapat dilihat di dalam Jadual 2.3. Jumlah pekerja asing semakin bertambah semenjak tahun 2004 hingga 2008. Pada tahun 2004 jumlah pekerja asing ialah seramai 1,470,090 orang dan seterusnya meningkat kepada 1,815,238 orang pada tahun berikutnya. Bilangan pekerja asing semakin bertambah bagi tahun-tahun berikutnya iaitu pada tahun 2006, seramai 1,869,209 orang dan 2007 seramai 2,044,805 orang. Bagi 2008 jumlah pekerja asing yang dicatatkan ialah seramai 2,062,596 orang. Daripada 2,044,805 orang jumlah pekerja asing pada tahun 2007, lima negara tertinggi bilangan pekerja asing separa mahir dan kurang mahir di Malaysia ialah Indonesia, Bangladesh, Nepal, India dan Myanmar. Indonesia mencatatkan jumlah sebanyak 1,148,050 orang diikuti Bangladesh seramai 217,577 orang, Nepal seramai 216,416 orang, India seramai 142,031 orang dan Myanmar seramai 125,577 orang (Kanapathy V. 2008: 336).

20

Jadual 2.4 Pekerja asing mengikut warganegara dan sektor pada tahun 2008 Sektor Pembantu rumah 269,602 19 108 153 256 1,020 11,118 4 382 9,749 14 926 3 0 13 Pembinaan 203,337 64,211 3,909 14,617 5,838 3,986 1,832 5,725 1,328 112 1,803 100 6 0 69 Pembuatan 192,814 173,983 157,197 94,604 20,418 79,562 2,749 2,552 768 2,442 1,088 1,668 20 0 2 Perkhidmatan 40,467 28,922 30,350 23,496 55,201 2,599 4,120 1,714 17,988 260 6,868 737 3 3 2 Perladangan 274,978 31,461 2,049 1,825 17,953 52 39,56 1,209 67 189 29 131 1 0 0 Pertanian 104,460 18,805 8,484 9,917 30,599 587 2,938 10,074 532 144 20 378 29 0 0

Indonesia Banglades h Nepal Myanmar India Vietnam Filipina Pakistan Thailand Kemboja China Sri Lanka Laos Uzbekistan Lain-lain

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia 2009 Jumlah keseluruhan pekerja asing yang dicatatkan pada tahun 2008 ialah seramai 2,062,596 orang. Seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.4, sebahagian besar daripada jumlah pekerja tersebut merupakan warganegara Indonesia. Pekerja Indonesia paling ramai bekerja dalam sektor perladangan dengan jumlah seramai 274,978 orang diikuti dengan sektor pembantu rumah seramai 269,602 orang. Sektor lain yang melibatkan pekerja asing ialah sektor pembinaan seramai 20,3337 orang,

21 sektor pembuatan mencatatkan jumlah 192,814 orang, perkhidmatan seramai 40,467 orang dan pertanian seramai 104,460 orang. Hal ini seterusnya menjadikan pekerja Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi di Malaysia berbanding warganegara lain dengan jumlah seramai 1085,658 orang. Warganegara Bangladesh pula mencatatkan jumlah seramai 316,401 orang. Daripada jumlah itu seramai 172,983 orang terlibat dalam sektor pembuatan dan 62,211 orang terlibat dalam sektor pembinaan. Manakala dalam sektor perladangan dan perkhidmatan masing-masing mencatatkan jumlah seramai 31,461 orang dan 28,922 orang. Pekerja Bangladesh yang terlibat dalam sektor pertanian pula seramai 18,805 orang dan pembantu rumah seramai 19 orang. Jumlah keseluruhan bagi pekerja warga Nepal ialah seramai 201,997 orang. Sebahagian besar daripada jumlah tersebut datang dari sektor pembuatan iaitu seramai 157,197 orang diikuti dengan sektor perkhidmatan seramai 30,250 orang. Sektor pertanian pula seramai 8,484 orang, sektor pembinaan seramai 3,909 orang, sektor perladangan seramai 2,049 orang dan sektor pembantu rumah seramai 108 orang. Manakala Laos dan Uzbekistan pula masing-masing mencatatkan jumlah pekerja asing yang terendah iaitu seramai 62 orang dan tiga orang.

Carta 2.1 Peratus pekerja asing mengikut sektor pada tahun 2008. Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia 2009 Dalam carta 2.1 dapat dilihat sektor pekerjaan yang melibatkan pekerja asing pada tahun 2008. Sektor pembuatan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 35 peratus yang melibatkan seramai 728,867 orang. Manakala sektor kedua tertinggi dicatatkan bagi sektor perladangan iaitu sebanyak 16 peratus dengan jumlah pekerja yang terlibat seramai 333,900 orang. Sektor pembinaan pula mencatatkan jumlah sebanyak 15 peratus (306,873 orang) diikuti sektor pembantu rumah sebanyak 14 peratus (293,359 orang). Manakala sektor terendah ialah sektor perkhidmatan dan pertanian. Sektor perkhidmatan mencatatkan peratusan sebanyak 11 peratus (212,630 orang) diikuti oleh sektor pertanian iaitu sebanyak sembilan peratus (186,967 orang).

Jadual 2.5 Statistik PLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara) mengikut warganegara dan sektor sehingga 31 Disember 2009 seluruh Malaysia

19 Sektor Pembantu rumah 230,141 23 89 127 224 858 10,004 6 372 8,713 15 769 2 0 1 11 Pembinaan 196,929 65,212 3605 14,350 5,314 3,576 1,733 5,962 1,183 104 1,453 80 7 0 0 67 Pembuatan 167,155 178,821 139,845 90,175 17,353 65,359 2,516 2,334 710 2,183 958 1,240 16 0 0 2 Perkhidmatan 386,84 28,893 28,929 23,134 52,336 2,342 3,625 1,623 16,570 244 6,563 686 3 4 0 3 Perladangan 260,232 32,064 1,919 2,000 16,690 42 3,672 1,236 63 173 30 128 1 0 0 0 Pertanian 98,799 19,007 8,281 9,945 30,465 505 2,834 10,730 504 125 19 418 28 0 0 0

Indonesia Banglades h Nepal Myanmar India Vietnam Filipina Pakistan Thailand Cambodia China Sri Lanka Laos Uzbekistan Kazakstan Lain-lain

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia 2010 PLKS atau Pas Lawatan Kerja Sementara ialah kontrak sementara yang diberikan kepada pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Pekerja asing tersebut diberikan tempoh selama tiga tahun dan kontrak tersebut boleh diperbaharui selama dua tahun lagi (Kanaputhy V. 2008: 335). Jadual 2.5 menunjukan statistik PLKS mengikut warganegara dan sektor sehingga 31 Disember 2009. Dalam jadual di atas pekerja asing dari Indonesia mencatatkan bacaan tertinggi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 999,940 orang. Jumlah tersebut mewakili sektor pembantu rumah seramai 230,141 orang, sektor pembinaan seramai 196,929 orang, sektor pembuatan seramai 167,155 orang, sektor perladangan seramai 260,232 orang dan sektor pertanian seramai 98,799 orang.

18 Jumlah keseluruhan tertinggi seterusnya diikuti oleh warga Bangladesh iaitu seramai 319,020 orang. Pekerja asing dari Bangladesh banyak terlibat dalam sektor pembuatan dengan mencatatkan bacaan seramai 173,821 orang dikuti dengan sektor pembinaan iaitu seramai 65,212 orang, sektor perladangan seramai 32,064 orang, dan sektor perkhidmatan seramai 28,893 orang. Sektor lain yang melibatkan pekerja asing dari Bangladesh ialah sektor pertanian seramai 19,007 orang dan sektor pembantu rumah seramai 23 orang. Nepal pula merupakan negara ketiga tertinggi jumlah PLKS di Malaysia pada tahun 2009. Jumlah keseluruhan bagi Nepal ialah seramai 182,668 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 139,845 orang terlibat dalam sektor pembuatan diikuti 28,929 orang dalam sektor perkhidmatan, 8,281 orang terlibat dalam sektor pertanian, 3,605 orang terlibat dalam sektor pembinaan, 1,919 orang terlibat dalam sektor perladangan dan sektor pembantu rumah hanya seramai 89 orang.

2.3

PERSEPSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PEKERJA ASING

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar pada tahun 1997 di Pulau Pinang mengenai penerimaan penduduk tempatan terhadap pekerja asing, seramai 80 orang daripada 100 orang responden menyatakan tidak mempunyai masalah dengan pekerja asing. Bagi penduduk tempatan pekerja asing tidak mendatangkan masalah kepada mereka bahkan pekerja asing dilihat sebagai penjana ekonomi dalam sektor pertanian dan pembinaan. Manakala 20 orang lagi berpendapat sebaliknya, 12 orang responden berpendapat bahawa pekerja asing membawa masalah sosial dan selebihnya beranggapan pekerja asing membawa kepada penyusutan nilai tukaran wang negara (Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999: 91). Jadual 2.6 Persepsi penduduk tempatan mengenai masalah yang mungkin timbul dengan kehadiran pekerja asing Jenis masalah Bilangan Peratus Masalah sosio-budaya Masalah kesihatan dan kebersihan Masalah bahasa dan komunikasi 74 8 3 81.31 8.79 3.3

18 Menimbulkan kemarahan penduduk tempatan Tinggal lebih masa Ancaman keselamatan Menjejaskan ekonomi penduduk tempatan 2 1 1 2 2.2 1.1 1.1 2.2

Sumber: Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999: 94 Disamping itu, pekerja asing turut mendatangkan beberapa masalah dalam kalangan warga tempatan. Jadual 2.6 menerangkan mengenai persepsi penduduk tempatan mengenai masalah yang mungkin timbul dengan pekerja asing. Seramai 81.31 peratus orang daripada 91 orang responden berpendapat bahawa pekerja asing membawa masalah sosio-budaya ke dalam masyarakat tempatan. Manakala 8.79 peratus lagi berpendapat pekerja asing menimbulkan masalah kesihatan dan kebersihan. Masalah lain yang timbul dengan kehadiran pekerja asing ialah masalah untuk berkomunikasi (3.3 peratus), menimbulkan kemarahan penduduk (2.2 peratus), tinggal melebihi had masa yang ditetapkan (1.1 peratus), mengancam keselamatan awam (1.1 peratus) dan menjejaskan ekonomi masyarakat tempatan (2.2 peratus). Jadual 2.7 Pandangan penduduk tempatan terhadap pekerja asing dalam menghormati budaya tempatan dan wanita Jenis masalah Terhadap Budaya Terhadap Wanita (orang) Sangat menghormati Menghormati Tidak tahu Tidak menghormati Langsung tidak menghormati Jumlah 2 35 38 22 3 100 (%) 2 35 38 22 3 100 (orang) 3 34 38 23 2 100 (%) 3 34 38 23 2 100

Sumber: Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999: 94 Manakala Jadual 2.7 menerangkan pandangan penduduk tempatan terhadap pekerja asing dalam menghormati budaya tempatan dan wanita. Daripada 100 orang responden 35 peratus berpendapat bahawa pekerja asing menghormati budaya tempatan, 22 peratus berpendapat pekerja asing tidak menghormati budaya tempatan dan tiga peratus lagi langsung tidak menghormati budaya orang tempatan. Seramai 34

18 peratus responden juga berpendapat bahawa pekerja asing menghormati kaum wanita manakala 38 peratus tidak tahu mengenai perkara tersebut. Seramai 23 peratus pula menyatakan pekerja asing tidak menghormati wanita dan dua peratus pekerja asing langsung tidak menghormati wanita tempatan. Weiner dalam Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar (1999: 68) pekerja asing akan membawa kepada kebimbangan penduduk tempatan tentang pencemaran budaya dan kebanjiran pekerja asing yang semakin ramai. Di dalam konteks ini, pekerja asing akan mengubah cara hidup dan budaya masyarakat tempatan. Di sesetengah negara Asia Tenggara, kedatangan buruh asing tersebut lebih ditakuti kerana mereka berkecenderungan untuk melakukan keganasan dan perkara yang menyalahi undang-undang (Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999: 68). Jadual 2.8 Kegiatan jenayah yang melibatkan imigran Indonesia di Kuala Lumpur (1993-1994) Jenis jenayah 1993 Bilangan (kes) Cubaan Bunuh Membunuh Menyerang Rompakan bersenjata Lain-lain rompakan Jumlah 3 38 60 114 565 780 Peratus (%) 0.4 4.9 7.7 14.6 72.4 100 1994 Bilangan (kes) 23 37 74 466 600 Peratus (%) 3.8 6.2 12.3 77.7 100

Sumber: Polis Diraja Malaysia, Unit Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur dalam Ahm Zehdul Karim, Mohd Asri Abdullah dan Mohd Isa Haji Bakar 1999: 95 Kemasukan imigran telah memberikan kesan kepada warga tempatan terutama dalam jenayah, jenayah ini termasuklah merompak, membunuh dan mencuri. Dalam Jadual 2.8 dapat dilihat jumlah jenayah yang dilakukan oleh imigran Indonesia pada tahun 1993 dan 1994. Pada tahun 1993, jumlah kes ialah sebanyak 780 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 0.4 peratus (3 kes) melibatkan cubaan bunuh, kes bunuh sebanyak 4.9 peratus (38 kes), jenayah menyerang sebanyak 7.7 peratus (60 kes), rompakan bersenjata sebanyak 14.6 peratus (114 kes) dan lain-lain sebanyak 72

18 peratus (565 kes). Bagi tahun 1994 pula mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 600 kes. Jumlah tersebut menurun berbanding tahun sebelumnya di mana tidak terdapat kes dalam cubaan bunuh. Bagi kes bunuh sebanyak 3.8 peratus (23 kes), menyerang sebanyak 6.2 peratus (37 kes), 12.3 peratus (74 kes) bagi rompakan bersenjata dan lain-lain rompakan sebanyak 77.7 peratus (466 kes). Jadual 2.9 Statistik jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing (1999-2002) Tahun Bilangan pekerja asing yang terlibat dengan jenayah 3,970 3,488 3,364 3,113 Peratus pekerja asing yang terlibat dengan jenayah 2.3 2.1 2.1 2.1

1999 2000 2001 2002

Sumber: Statistik Jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing (1999-2000) dalam Sindhu A. S. 2005. Jadual 2.9 menerangkan mengenai statistik jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing pada tahun 1999 hingga 2002. Pada tahun 1999 jumlah pendatang asing yang terlibat dalam jenayah ialah seramai 3,970 orang, hal ini seterusnya membawa kepada 2.3 peratus kes jenayah sahaja yang melibatkan pendatang asing. Manakala bagi tahun 2002 pula jumlah pendatang asing yang terlibat dengan jenayah ialah seramai 3,113 orang, hal ini bermaksud hanya 2.1 peratus sahaja pendatang asing yang terlibat dengan jenayah. Menurut Hj Maasari (dalam Sindhu, A. S. 2005: 16) dalam satu kajian yang dijalankan di Johor, secara statistik kehadiran pekerja asing tidak memberikan kesan ke atas peningkatan indeks jenayah. Jumlah kes jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing adalah rendah berbanding dengan rakyat tempatan. Manakala menurut Ramasamy (2004: 288) dalam satu kajian yang dijalankan mengenai sikap penduduk tempatan terhadap pekerja asing, tidak menunjukkan sebarang tanda permusuhan diantara penduduk tempatan dengan pekerja asing. Di tempat kerja pula, sikap pekerja asing disenangi oleh pekerja tempatan. Hal ini disebabkan oleh pekerja asing terikat dengan kontrak pekerjaan dan tidak mempunyai hak untuk meminta gaji yang tinggi.

19 Sementara itu, dalam kajian yang dijalankan oleh Rudnick (1996: 49), walaupun kebanyakan daripada pekerja Bangladesh yang bekerja di Malaysia adalah lepasan universiti, boleh dikatakan hampir semua daripada mereka hanya terlibat dalam sektor pembuatan. Menurut Rudnick (1996: 50), daripada 16 buah kilang pakaian dan tekstil di Pulau Pinang, sebelas daripadanya menggunakan tenaga pekerja asing. Para majikan amat berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja Bangladesh. Di samping itu, pekerja Bangladesh menunjukkan mutu kerja yang baik daripada rakyat tempatan dan sanggup untuk bekerja lebih masa. Kehadiran lebih 200 pendatang asing dari Myanmar dan Indonesia di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul yang berkelakukaan biadap dan bertentangan budaya serta tatasusila masyarakat tempatan mengundang rasa kurang selesa penduduk di kawasan tersebut. Kewujudan pendatang asing tersebut yang gemar melepak dan membuat bising sambil bermain judi telah menimbulkan perasaan takut dalam kalangan penduduk setempat yang berjumlah 80 buah keluarga. Kebimbangan penduduk di kawasan tersebut turut bertambah dengan kekerapan berlaku jenayah seperti kecurian yang melibatkan warga asing tersebut (Berita Harian. 2010. 18 Februari). Di Jalan Silang, Kuala Lumpur, warga Nepal menjadikan kawasan tersebut sebagai Little Nepal. Hal ini kerana kawasan tersebut menjadi tempat pertemuan pekerja asing warganegara Nepal terutama pada hujung minggu. Pelbagai kedai berorientasikan produk dan pekhidmatan yang dimiliki oleh warga Nepal dan khusus untuk warga Nepal boleh didapati tersebut. Terdapat pekerja tempatan yang bekerja berhampiran dengan kawasan tersebut menyatakan Jalan Silang seolah-olah menjadi tempat orang Gurkha menghabiskan masa mereka terutama pada hari minggu (Berita Harian. 2010. 1 Mac). Dalam satu kejadian yang melibatkan seorang pekerja asing warganegara Bangladesh di pangsapuri Manjalara, Kuala Lumpur dilaporkan telah mencabul seorang wanita yang sedang berjalan berseorangan. Pekerja asing tersebut bertindak demikian setelah tidakannya untuk memikat wanita tersebut tidak dilayan (Harian Metro. 2010. 24 Mac). Peningkatan kes jenayah sejak lima tahun terdahulu telah menyebabkan Kementerian Dalam Negeri mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan keselamatan awam terjamin. Secara purata penglibatan warga asing di dalam kes jenayah ialah sebanyak 1.87 peratus. Menurut Datuk Seri Hishammuddin

20 Hussien, pendekatan yang diambil ialah dengan mengadakan pemantauan dan risikan di premis yang mempunyai populasi pekerja asing dan bekerja sama dengan pihak polis dari semasa ke semasa. Pekerja asing yang mempunyai rekod jenayah di negara asalnya akan ditapis sebelum dibenarkan masuk dan bekerja di negara ini (Harian Metro. 2010. 24 Mac).

2.4

RUMUSAN

Tidak dinafikan kemasukan buruh asing menjana ekonomi negara. Jumlah keseluruhan pekerja asing yang bertambah daripada tahun ke tahun menunjukkan kebergantungan negara kepada guna tenaga pekerja asing. Namun, kemasukan kumpulan pekerja asing disertai dengan pelbagai persepsi dan tanggapan penduduk tempatan. Tanggapan negatif terhadap pekerja asing misalnya dapat dilihat seiring dengan pertambahan kes jenayah yang berlaku di Malaysia. Pekerja asing dikaitkan dengan jenayah seperti mencuri dan merompak. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan positif rakyat tempatan terhadap pekerja asing yang dikatakan menghormati budaya dan wanita tempatan. Di samping itu, kesanggupan pekerja asing bekerja sebagai buruh binaan dan tukang cuci yang enggan dilakukan oleh penduduk tempatan telah membawa kepada penerimaan penduduk tempatan terhadap pekerja asing.

You might also like