You are on page 1of 15

MASJID MASJID NABAWI NABAWI

Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi.Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat.Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu

.Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa' Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara.Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid.Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi,boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa.

LOKASI MASJID NABAWI Masjid ini terletak 597 m dari aras laut, kedudukannya di tengah bandar madinah. Tanah tapak masjid adalah berasal dari tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhai dan Sahl) di bawah jagaan Asad ibn Zararah Al Ansari. Kemudian Rasulullah membeli tanah tersebut dan didirikan masjid disitu, yang dikenali sebagai masjid nabawi. Masjid nabawa di bina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu hari kedua setibanya Baginda rasulullah di madinah. Keluasan asalnya ketika itu adalah kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi. Atap dibuat dari pelepah tamar disimen dengan tanah liat dan dibuat condong sedikit untuk mengalirkan air hujan.

UKURAN MASJID NABAWI SEKARANG Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir oleh Khadam Haramain ialah tingkat bawah seluas 98.500M persegi boleh menampung seramai 167.000 jemaah dan tingkat atas (bumbung) seluas 67.000M persegi. Boleh menampung seramai 90.000 jemaah. Jumlah keseluruhannya seramai 257.00 orang jemaah. Kawasan persekitaran (kaki lima masjid) yang dijadikan tempat solat boleh menampung seramai 250.00 orang, jadi keseluruhannya Masjid Nabawi dan persekitarannya boleh menampung setengah juta orang jemaah dalam satu masa.

PINTU-PINTU MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH Ketika Rasulullah mula membina masjid, solat dilakukan menghadap ke arah utara,iaitu ke arah Masjid Aqsa. Hanya tiga pintu saja dibuka ketika itu, iaitu dibahagian timur, barat dan selatan. Apabila khiblat berubah menghadap Kaabah di Makkah pintu baru dibuka di bahagian utara dan pintu dibahagian selatan ditutup.

a)PINTU TIMUR Ia diberi berbagai-bagai nama termasuk Bab Usman dan Bab Rasulullah (kerana Rasulullah selalu menggunakannya) ia masih ujud sekarang dan dikenali sebagai Bab Jibril. b)PINTU BARAT Pada zaman dahulu ia dikenali sebagai Bab Atikah tetapi sekarang dikenali sebagai Bab Rahmah. c)PINTU BARAT Pintu ini dikenali sebagai Bab Al-Umar terletak dibahagian timur dinding selatan diantara Mihrab Rasulullah dan Makam. Pintu ini ditutup apabila pertukaran arah kiblat. d)PINTU UTARA Pintu ini dibuka oleh Rasulullah di dinding utara sebagai ganti pintu selatan yang ditutup akibat pertukaran khiblat.

CATATAN: Bab Al-Salam yang selalu dicari oleh jemaah nama asalnya ialah Bab Marwan, kerana ia berdekatan dengan rumah Marwan bin Hakam. Pintu ini tidak termasuk dalam masjid yang dibina oleh Rasulullah sebaliknya ia termasuk dalam binaan tambahan yang dibuat oleh Saidina Umar Al-Khatab dan seterusnya tambahan Saidina Usman Dam Al-Walid hingga kekal ke hari ini.

Ruang dalam Masjid Nabawi

Bumbung di ruang laman luar Masjid

Bumbung biasanya dibuka tatkala hari jumaat atau hari-hari tertentu untuk menampung kebanjiran jemaah

You might also like