You are on page 1of 14

TITAS MTE 1M

PENGENALAN Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam merupakan salah satu tamadun yang memberikan sumbangan terbesar dalam pembentukan tamadun dunia. Kejayaan tamadun Islam meliputi pelbagai bidang sama ada dari aspek akidah mahupun teknologi, ekonomi, astrologi, pentadbiran, perundangan, perubatan dan falsafah. Tokoh dari tanah seberang ini dipilih untuk disisipkan dalam tugasan ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah merupakan seorang aktivis politik, penulis Indonesia serta ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebihlebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat negara kita iaitu adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar. RIWAYAT HIDUP Menyingkap kembali latar belakang Pak Hamka atau Buya Hamka adalah nama istimewa yang mempunyai nilai tersendiri di persada

perkembangan Islam dan dunia kesusasteraan nusantara. Hamka diberi sempena gelaran Buya yang berasal dari bahasa Arab perkataan Abi atau

Abuya makna Bapa atau seseorang yang dihormati. Nama Hamka itu sendiri sebenarnya adalah singkatan nama daripada Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah (ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Ayahandanya Haji Abdul Karim Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam
1

(kaum muda).

TITAS MTE 1M

Menariknya pula, datuk beliau adalah ulama tarekat yang terkenal. Tuan Kisa-i (datuk Hamka) tetap mengamal Thariqat Naqsyabandiyah, istiqamah mengikut Mazhab Syafie. Pemahaman Islam Tuan Kisa-i sama dengan pegangan Kaum Tua, tetapi pada zaman beliau istilah Kaum Tua dan Kaum Muda belum tersebar luas. Anak beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk tokoh besar dalam perjuangan Kaum Muda. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah menolak amalan Thariqat

Naqsyabandiyah, sekali gus menolak ikatan taqlid, tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Manakala ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah. Menurut sejarah, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim adalah tuan guru kepada Sheikh Haji Ahmad Jelebu[1]. Hamka mendapat pendidikan rendah sehingga kelas dua. Pada tahun 1915, ketika beliau berusia tujuh tahun, beliau memasuki Sekolah Dasar Maninjau di Padang Panjang. Pada tahun 1918, pula beliau menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah. Selepas itu, pada ketika usianya 10 tahun, beliau meneruskan pengajian awal agamanya dari Madrasah Thawalib di Padang Panjang yang didirikan oleh bapanya. Masa kecilnya, seperti kanakkanak lain beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa mengambil wuduk. Selepas itu, beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke Jawa, sempat menuntut dengan pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Antara lain, guru-gurunya juga merupakan ulama terkenal seperti Haji Fakharudin, Ki Bagus Hadikusumo, R.M Surjopranoto dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur. Mengenai kerjaya hidupnya pula, Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai
2

TITAS MTE 1M

dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). . Pada tahun 1970-an, Hamka adalah pemimpin Majlis Ulama Indonesia, organisasi kerajaan tambahan Islam di Indonesia yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Fatwa, dan mengandungi ulama dan cendekiawan dari Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Beliau juga terkenal di kalangan Cina Islam di Asia Tenggara sebagai Hamka Chan. Hamka adalah seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu

pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam mahupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal. Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhamadiah pada 1929. Selepas dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada
3

TITAS MTE 1M

tahun

1946.

Beliau

menyusun

kembali

pembangunan

dalam

Kongres

Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

2. Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf. Beliau juga merupakan tokoh agama dan

pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasil-hasil karya yang ditulisnya. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji

Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930. Pada tahun 1935 pula, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-

Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri Zaman Baharu. Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Antara beberapa buah nukilan novel karangannya ialah seperti Tenggelamnya Kapal Vanderwick,

Dalam Lembah kehidupan, Di Bawah Lindungan Kaabah,Kenangan Hidup, Merantau Ke Deli, Ayahku, Laila Majnun dan Siti Sabariah. Tidak ketinggalan juga dengan hasilan kitab agama dan falsafahnya yang terdiri daripada judul seperti Tafsir Al Azhar ( 30 Juz), Khatib Ul Ummah ( 1925), Tarikh Abu Bakar As Sidiq, Ringkasan Tarikh Umat Islam, Islam dan

TITAS MTE 1M

Adat Minangkabau, Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, Lembaga Hidup dan Lembaga Budi. Selain itu, PakHamka juga bergerak cergas dalam menghasilkan karya majalah seperti Kemahuan Zaman ( 1929), Al Mahdi ( 1933), Pendoman Masyarakat ( 1936 1942), Semangat Islam ( 19441948),

Menara ( 1946-1948) dan Panji Masyarakat ( 1959). 3. Peranan Sepanjang Hidup

Hamka memainkan peranannya sebagai seorang otodidiak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokohtokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal. Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928, beliau mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950. Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Julai 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali
5

TITAS MTE 1M

melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia. Kegiatan politik HAMKA bermula pada tahun 1925 apabila beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang kemaraan kembali penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, HAMKA dilantik sebagai Ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota

Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun1966, HAMKA telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, HAMKA dilantik sebagai ahli Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, HAMKA juga berperanan sebagai seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an lagi, HAMKA menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. HAMKA juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novelnovelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. PENUTUP

TITAS MTE 1M

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doktor Kehormat Universitas alAzhar, 1958; Ijazah Doktor Persuratan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada pemerintah Indonesia. Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai.

TITAS MTE 1M

Refleksi. Syukur alhamdulillah, akhirnya setelah brtungkus-lumus kami bertiga dapat menyiapkan hasilan kerja kursus pendek (KKP) yang berfokuskan kepada seorang tokoh yang popular dengan gelaran Pak Hamka atau Buya Hamka (Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah). Hasil dapatan kami dimana tokoh ini (Hamka) ialah merupakan seorang ulama dan intelektual Muslim berasal dari Minangkabau, Indonesia yang pengaruhnya melampaui sempadan Indonesia dan di seluruh Tanah Melayu. Ketokohan Hamka juga dikenali di seluruh Tanah Melayu dan beliau dihargai kerana pengaruh intelektualnya yang meliputi pelbagai bidang keagamaan, sastera, falsafah, sejarah dan kewartawanan sehingga dikenali sebagai seorang tokoh yang multi dimensi dan antara karya utamanya ialah Tafsir Al-Azhar. Walaupun kami hanya mengenali beliau melalui penulisan di buku dan media elektronik (internet), pada pendapat kami Pak Hamka merupakan tokoh yang berwawasan dan difikirkan perlu untuk dikongsi bersama di kalangan ahli akademik, para pendakwah, individu, organisasi atau mereka yang berusaha memartabatkan ilmu pengetahuan dalam apa juga bidang. Tokoh ini bukan saja cendekiawan Islam berilmu, berani dan gigih malah tokoh penyatuan bagi Malaysia dan Indonesia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa meliputi bidang budaya mahupun agama.

TITAS MTE 1M

Rujukan

1. Diperoleh Ogos 22,2011 dari http://www.scribd.com/doc/53402329/tokoh-sumbangan 2. Diperoleh Ogos 22,2011 dari http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-463549.html 3. Diperoleh Ogos 22,2011 dari http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/hamka.htm 4. Diperoleh Ogos 22,2011 dari http://www.scribd.com/doc/17219960/Hamka1 5. Diperoleh Ogos 22,2011 dari http://ummatanwasatan.net/2008/10/pemerkasaan-islam-dalammasyarakat-melayu-melalui-teori-pengislaman-mengikut-pemikiranhamka-bhg-1/ 6. Sohara Ghani. B.A(Hons). Owee Chei Lian. B.A (1993). SPM Sejarah Dunia. Petaling Jaya. Persekutuan Preston Sdn. Bhd. 7. Sidek Baba. Terbitan Pertama (2008). Pemikiran Hamka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Shobahussurur. (2008). Mengenang 100 Tahun Haji Abdul Malik Karim Amrullah HAMKA. YPI Al- Azhar.

TITAS MTE 1M

10

TITAS MTE 1M

11

TITAS MTE 1M

12

TITAS MTE 1M

13

TITAS MTE 1M

14

You might also like