You are on page 1of 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi Peti Surat 190, 89058 Kudat Sabah, Malaysia Tel / Fax : 088-677431 Email

: smk_banggi@yahoo.com

LAPORAN PROGRAM MASA CUTI 2011 KELOLAAN PANITIA GEOGRAFI

LATAR BELAKANG Sebagai sebahagian daripada pelan peningkatan akademik sekolah,program masa cuti dianjurkan buat kali kedua dikelolakan oleh Panitia Geografi.Untuk tahun ini beberapa pembaharuan telah dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan program.Objektifnya masih sama cuma pelaksanaan program telah mengalami porses tambah baik agar dapat memenuhi keperluan pelajar dan mencapai objektif yang digariskan oleh pihak sekolah.

ORGANISASI Rujuk lampiran 1

PELAPORAN Program ini dilaksanakan meliputi 2 fasa.Fasa 1 bermula pada cuti semester pertengahan tahun( 28 Mei 12 Jun ) manakala fasa 2 pada cuti pertengahan semester 2( 27 Ogos 4 September ).Bagi fasa 1,program telah dapat dilaksanakan dengan baik.Walau bagaimanapun,fasa 2 tidak dapat dilaksanakan kerana pengurusan ujian setara menyebabkan penggunaan maksima peralatan( mesin cetak,dakwat,master dan kertas ).Secara keseluruhannya walaupun program ini dapat dijayakan,masih terdapat ruang-ruang kelemahan yang perlu diperbaiki demi meningkatkan keberkesannya agar tidak menjadi hiasan semata-mata bak pepatah melayu tradisional seperti melepaskan batuk di tangga . Kekuatan yang dikenalpasti semasa program ini dilaksanakan ialah: 1. Guru-guru yang komited dan proaktif 2. Sokongan pengurusan sekolah yang padu. 3. Sokongan unit-unit dalam pengurusan peperiksaan( Unit Cetak) 4. Pelajar yang komited melaksanakan tugasan

Antara kelemahan-kelemahan yang perlu ditambah baik ialah: 1. Ketiadaan Jadual penentu ujian( JPU ) menyebabkan aras soalan tidak memenuhi aras kognitif pelajar. 2. Tindak susul guru kurang diberi perhatian( semakan ) 3. Skema jawapan tidak disediakan. 4. Set-set soalan tidak diserahkan kepada penyelaras untuk dokumentasi. Cadangan bagi penambahbaikan program adalah seperti berikut: 1. Set soalan akan diberikan berdasarkan prestasi pelajar. 2. Jumlah soalan dikurangkan mengikut prestasi kelas 3. Tindakan disiplin perlu dikenakan kepada pelajar yang tidak mengikuti program ini(tidak melaksanakan tugasan) 4. Pemberian hadiah sebagai motivasi/rangsangan 5. Pengiktirafan bagi guru oleh pihak sekolah 6. Pelantikan JAWATANKUASA PEMANTAU PROGRAM bagi pengurusan sekolah

PENUTUP Program akademik seharusnya menjadi medan kepada para guru untuk membantu pelajar menyiapkan diri menghadapi peperiksaan awam.Penyediaan soalan yang pelbagai aras mengikut Taksonomi Bloom perlu dijadiakn indikator bagi pengubalan soalan.Semoga sesi 2012 dapat memberikan satu anjakan paradigma secara total kepada semua guru yang terlibat demi mencapai SMK Banggi cemerlang menjelang 2014.

Pelaporan oleh, . ( MOHD JUNAIDEY BUASING) Setiausaha program

Lampiran 1 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM LATIH TUBI MASA CUTI

PENASIHAT PROGRAM EN.ROZLAN HASHIM PENGETUA

PENGERUSI PROGRAM EN.KILLY OTAHLAHID PEN.KANAN 1

PENGARAH PROGRAM UST.MADROUF SAID KETUA BIDANG KEMANUSIAAN

PENYELARAS PROGRAM

PANITIA GEOGRAFI
SETIAUSAHA EN.MOHD JUNAIDEY BUASING PENCETAKAN EN.AHMAT AMIT

PENYELIA MODUL / SOALAN

PANITIA MATA PELAJARAN

PENGGUBAL MODUL / SOALAN

SEMUA GURU TINGKATAN 1-3

You might also like