You are on page 1of 4

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN PENAJAAN MARA PROGRAM PASCA SISWAZAH DALAM NEGARA 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon Bumiputera warganegara Malaysia untuk mendapatkan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana, Doktor Falsafah dan Profesional di Universiti Kuala Lumpur, Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan dan Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan (MMU, UTP dan UNITEN sahaja). Pertanyaan mengenai Program Pasca Siswazah Dalam Negara 2011 boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-261 32075, 03-261 32057, 03-261 32043, 03-261 32061 dan 03-261 32073 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat infobpp@mara.gov.my. Calon-calon mestilah memenuhi syarat dan kelayakan seperti berikut: 1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN 1.1 1.2 Bumiputera dan warganegara Malaysia. Had umur pemohon bagi semua peringkat pengajian adalah tidak melebihi 45 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan. 1.3 Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dan mempunyai keputusan penuh pengajian semasa iklan dikeluarkan, atau pemohon lepasan Diploma yang mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan. 1.4 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama. 1.5 Mendapat tawaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah / Profesional secara sepenuh masa dan tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Universiti Kuala Lumpur / Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan / Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan (MMU, UTP dan UNITEN sahaja). Pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti sekiranya diwajibkan menduduki ujian Bahasa Inggeris berkaitan seperti International English Language Testing System (IELTS) dan Test of English as a Foreign Language (TOEFL), Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management

Admission Test (GMAT) dan sebagainya.

1.6

Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh MARA atau badan penaja lain untuk pengajian sebelum ini.

1.7

Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.

1.8

Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja pada peringkat pengajian yang sama atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.

1.9

Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan / perletakan jawatan secara bertulis daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.

1.10 Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah dikemukakan surat kelulusan perletakan jawatan. 1.11 Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah. 1.12 Pertimbangan bantuan pinjaman pelajaran MARA adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa berkenaan berpandukan syarat serta peraturan penajaan semasa yang ditetapkan oleh MARA.

2.0

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 2.1 Syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut: Memperolehi sekurang-kurangnya Kredit bagi

matapelajaran Bahasa Melayu yang diambil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf dan diterima masuk ke IPTA / IPTS yang berkenaan

3.0

KELAYAKAN KURSUS DAN TEMPOH PENAJAAN 3.1 Kursus yang ditaja adalah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Badan Profesional yang berkaitan. 3.2 Permohonan terbuka untuk pengajian secara Kerja Kursus

(Coursework) atau Penyelidikan (By Research).

3.3

Tempoh penajaan bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

PERINGKAT PENGAJIAN Ijazah Sarjana dan Profesional Doktor Falsafah

TEMPOH PENAJAAN 1 hingga 2 tahun 3 hingga 4 tahun

4.0

PINJAMAN PELAJARAN 4.1 Bagi kesemua peringkat pengajian, jumlah penajaan adalah tertakluk kepada kadar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

Jenis Elaun/ Bidang Pengajian Elaun Sara Hidup (Setahun) (RM) Elaun Buku (Setahun) (RM) Elaun Alat Perkakas (Setahun) (RM) Elaun Kertas Projek (Setahun) (RM) Elaun Tesis (Sekali sahaja) (RM) Yuran Pengajian
*

Sastera Kadar A* Kadar B** 9,660 8,211 690 115 173 345

Sains 9,660 8,211 690 230 173 345

Teknologi Senibina Veterinar 9,660 8,211 690 345 173 345 9,660 8,211 690 575 173 345 9,660 8,211 1150 575 173 345

Perubatan/ Pergigian/ Farmasi 10,626 9,032 1150 575 173 345

Berdasarkan yuran yang dikenakan oleh universiti. Pemohon dikehendaki menyertakan struktur yuran pengajian semasa menghantar borang permohonan.

Kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Seberang Perai, Johor Bahru, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Kajang, Selayang, Sepang, Sabah dan Sarawak. ** Kawasan selain di para *.

4.2

Jumlah penajaan di atas adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran di mana kadar bayaran balik minimum adalah sebanyak 25% daripada keseluruhan pinjaman, bergantung kepada prestasi pencapaian

akademik pada akhir pengajian.

5.0

PERMOHONAN ONLINE DAN PENGHANTARAN BORANG

5.1

Calon-calon perlu membuat permohonan secara online melalui http://eduloan.mara.gov.my yang akan dibuka untuk tempoh 12 23 September 2011.

5.2

Permohonan online itu perlu dicetak dan dihantar beserta borang permohonan dan dokumen sokongan selewat-lewatnya pada 30 September 2011 ke alamat berikut: Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

5.3

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut atau tidak lengkap tidak akan diproses.

5.4

Sila layari laman web www.mara.gov.my bermula 21 Oktober 2011 untuk keputusan permohonan. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 31 Oktober 2011 adalah dianggap tidak berjaya.

You might also like