You are on page 1of 51

NURUL MARDIYYA ROSLAN PEGAWAI PSIKOLOGI JABATAN AUDIT NEGARA

ORGANISASI

KUMPULAN KERJA Dua atau lebih individu dalam interaksi sosial, memiliki struktur yang stabil, ahli berkongsi persamaan minat atau matlamat dan beranggapan diri mereka sebahagian daripada kumpulan. Terbahagi kepada:

PASUKAN KERJA Satu kumpulan yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungawab yang telah ditetapkan secara sinergistik untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian.

Satu gabungan kelompok manusia yang ditubuhkan bagi menjalankan aktivitiaktiviti secara sinergistik, kolektif dan simbiosis (Yusof, A.A, 2010)

WATAK Sifat yang ada pada seseorang sama ada ia dizahirkan ataupun tidak
Sifat yang zahir dan batin (Kamus Dewan)

1. Kumpulan Formal 2. Kumpulan Tidak Formal

KUMPULAN KERJA vs PASUKAN KERJA


KUMPULAN KERJA Menumpukan kerja masing-masing tetapi secara beramai-ramai Penekanan berkenaan setiap ahli mempunyai tugasan yang mesti disiapkan Biasanya ahli-ahli yang mempunyai persamaan daripada aspek cara berfikir, kemahiran, latar belakang dsb. Menganggap org yang berbeza bukan daripada kita Hanya fokus pada kerja masingmasing dan sendiri-sendiri Apa yang penting, siapkan kerja masing-masing Mempunyai hierarki dan status pelbagai bagi mengawal kerja Kurang komunikasi dan tidak telus Hanya menunggu arahan dan tugas yang diberikan

PASUKAN KERJA
Menumpukan pada matlamat pasukan Penekanan pada berkongsi matlamat dan tugasan dan menyumbang pada keseluruhan projek Dapat menerima ahli daripada pelbagai kemahiran dan latar belakang Menerima ahli yang berbeza sebagai sebahagian daripada kita Fokus pada menjayakan tugasan bersama, mengkoordinasi kerja dan menyumbang kemahiran tersendiri Ahli saling memerlukan antara satu sama lain Tidak menghiraukan jurang status dan biasanya tidaj mempunyai hierarki yang kompleks Komunikasi yang lebih terbuka dan telus Merancang dan merangka bersama

Tarikh Akhir

Prestasi Rendah

Bekerja Lebih Masa

Hubungan Peribadi Tidak Baik

Konflik Dalaman

KONFLIK
Perbezaan dua pihak kerana mahukan dua perkara yang berbeza Perbezaan cara antara dua pihak untuk mencapai objektif yang sama

PERANG

PELUANG

PERJALANAN

Asertif Tinggi

Bersaing

Bekerjasama

Bertolak ansur

Mengelak Asertif Rendah Kerjasama Rendah

Penyesuaian

Kerjasama Tinggi

Kebaikan
Menambah keakraban kumpulan

Keburukan
Tanggapan salah

Kredibiliti pegawai bercirikan pemimpin terserlah

Pertambahan stereotaip negatif

Percambahan idea-idea baru

Hilang rasional dalam membuat keputusan Fokus teralih kepada persaingan antara kumpulan berbanding kerja

Meransang inovasi dan perubahan

Meningkatkan motivasi

Kesihatan minda terganggu

Perang itu mencederakan, peluang itu ruang, perjalanan itu pengalaman

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya


Selalu bertanyakan soalan khusus kepadanya Bertanya soalan yang positif Elak daripada soalan tertutup yang memerlukan jawapan ya atau tidak Elak menggunakan soalan yang bermula dengan Adakah Beri peluang untuk menjawab soalan dengan diam seketika Sasaran: menjadikan individu ini sanggup bercakap bukan menukarnya menjadi peramah

PENDIAM

Pemalu Rendah diri Lambat memberi respon Tidak suka berkomunikasi Tidak suka memberi pandangan Lebih selesa menjadi pak turut Memberontak secara dalaman

Ajar mereka bergayut

KERA SUMBANG

Gemar bersendiri Tidak suka bertemu dengan orang lain Tidak suka melakukan kerja bersama Sukakan pejabat yang tertutup, tersorok dan tidak dikunjungi Tidak suka aktiviti berpasukan

Latih secara beransur-ansur Tidak memaksa mereka bersosial di majlis besar, cukup sekadar mengajak Selalunya mempunyai kemahiraqn sendiri, cuba cungkil bakat mereka Mudah berinteraksi melalui telefon, emel, SMS

Biar pecah di perut

SI PERAHSIA

Suka menyimpan maklumat yang dia tahu Tidak suka berkongsi ilmu Maklumat penting tidak diberitahu kepada orang lain Tawaran yang boleh menguntungkan juga disimpan sendiri Mementingkan keuntungan sendiri Sebab: ingin diiktiraf, berasa mempunyai kuasa pengetahuan

Minta maklumat dengan terperinci Minta penjelasan, sebaikbaiknya secara bertulis Memberikan maklumat yang diketahui dan meminta mereka melengkapkan maklumat tersebut Ucapkan terima kasih dengan penuh penghargaan

Korek telinga mereka

PEKAK BADAK

Tidak mendengar dengan baik, kemudian menyalahkan orang lain Bersikap sambil lewa Ambil mudah dengan arahan yang diberikan Bersikap acuh tak acuh dengan tugasan yang diamanahkan

Minta mereka ulang semula arahan yang telah diberi Meminta penjelasan lebih lanjut tentang bagaimana cara yang akan mereka gunakan untuk melaksanakan tugas yang diberi Beri tempoh tertentu untuk mereka menyelesaikan tugas yang diberi

Hati-hati panjat pokok

MAT JENIN

Lebih kronik daripada Si Pekak Badak Bukan sahaja tidak mendengar arahan dengan teliti, malah sering berangan dan berkhayal Sering melakukan kesilapan dalam kerja Cuai

Pastikan orang sebegini tidak bekerja berseorangan Berikan tugas yang boleh dilakukan bersama-sama Pelbagaikan pekerjaan yang diberikan, tidak rutin Maklumkan sasaran kerja yang ingin dicapai dan beri ganjaran setelah tugas selesai dilakukan

Ada sahaja alasannya

BERDOLAK DALIK

Penuh dengan alasan Tidak berdisiplin Tidak komited Tidak berdedikasi Banyak bertanya, dengan niat berlengah dan melambatkan kerja

Bercakap secara spesifik Lebih baik arahan diberi secara bertulis Jika mereka cuba berdalih atau berlengah, beri empati pada kerumitan dan kesusahan yang mungkin dihadapi tetapi tegaskan juga bahawa tugas itu perlu diselesaikan Jika mereka menyalahkan orang lain, pastikan fokus diberikan terhadap cara menyelesaikan masalah, bukan siapa yang perlu dipersalahkan

Asyik bising sahaja

KAKI KOMPLEN

Sentiasa ada sahaja perkara yang tidak kena Sentiasa mengomel and mengkritik 2 jenis: 1. Memberi teguran dan aduan yang jujur 2. Mengadu dan mengkritik kerana hobi dan suka-suka untuk dipandang hebat dan diterima oleh orang lain

Selalu merujuk kepada mereka apabila ingin membuat sebarang keputusan yang melibatkan mereka Sering bertanya pendapat mereka, jika ada yang tidak dipersetujui Apabila aduan dibuat, ajak mereka bersama-sama memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikannya

BUAH BETIK YANG SENSITIF

Jangan sampai terhempas


Tidak mengkritik atau menegur mereka dihadapan orang lain Elak daripada menjatuhkan air muka atau memalukan mereka di khalayak Memberikan teguran yang spesifik Mengelakkan kata-kata yang menjatuhkan dan melemahkan semangat Bawa mereka sama-sama berfikir tentang teguran yang diberikan Berikan pujian dan penghargaan yang sewajarnya

Terlalu sensitif Mudah terasa hati Sukar menerima teguran dan kritikan Dambakan pujian dan penerimaan Sukar menerima penolakan

SI MANJA YANG PERAJUK

Serba tak kena

Sering mengeluh dan merintih kepada pihak atasan Ingin menggambarkan kesusahan yang dihadapi, tanpanya mereka berasa tidak penting kepada organisasi Sering merajuk, merengek dan bermanja-manja walaupun dalam hal yang remeh temeh

Elak daripada beremosi Buat pertimbangan rasional tentang cerita yang disampaikan Jelaskan pada mereka secara mudah dan difahami Elak daripada terus-terusan mengikut kehendaknya Ajak berdiplomasi Bina suasana matang dan diplomatik

Jangan main-main dengan saya


Selalu hendak menang, walaupun ianya melukakan hati orang lain Ingin diiktiraf Ingin kuasa peribadi Kuasa memberikan mereka kepuasan Sering bertegang urat Tidak takut memberikan pendapat Berani Merasakan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik tanpa merujuk kepada sesiapa Berikan kerja yang boleh diawasi Tidak membiarkan mereka terlalu bebas membuat keputusan Bersetuju sebelum menegur Teguran fokus pada tindakan, bukan peribadi Bercakap dengan berhemah tetapi tegas Puji dan beri penghargaan Tidak beremosi Bertindak menggunakan rasional

AGRESIF

PEJUANG BERANI MATI

P.B.M
Sering menjadi pak sanggup demi mencapai matlamat organisasi Sanggup bekerja lebih masa Sanggup mengambil tugas tertangguh Sanggup berkorban demi organisasi Dalam tempoh masa yang lama, berkemungkinan menghadapi tekanan Bersemangat tinggi tetapi sensitif Memberikan tugasan dengan adil dan berpada-pada Pastikan mereka tidak terlalu terbeban dengan kerja yang diluar kemampuan Bantu mereka mengawal stres dan emosi Terangkan bahawa kerja berpasukan lebih menguntungkan organisasi daripada one man show Berikan pujian dan ganjaran sewajarnya Elak mereka terus terkorban

Dia sahaja yang mesti menang

PELUMBA PECUT

Suka bersaing Sentiasa ingin kehadapan Sentiasa ingin melebihi orang lain Dengan sifat agresif, mungkin menjadi tidak terkawal Merasakan diri lebih hebat daripada orang lain Bermotivasi tinggi untuk berjaya dan menang

Persaingan sihat memang digalakkan Bagi yang tidak terkawal, ambil langkah awal untuk membendungnya Fokus pada prestasi kumpulan, bukan individu Asingkan daripada sumber persaingan, sebaliknya beri tugasan bersendirian

Habis ingin diganggunya

PENGACAU

Penyibuk atau busy body Tidak senang jika tidak mengganggu orang lain Tidak boleh duduk diam Sangat ramah Mengganggu dengan menyapa, memasang muzik yang kuat, menyanyi dengan kuat, bersiul, mengetuk meja dsb. Merasakan diri sebagai penghibur

Berbincang secara tidak formal untuk menegur sikapnya Mengasingkan tempatnya daripada orang lain Tidak memberi sebarang reaksi apabila diganggu Buat tidak tahu Tidak menggalakkan mereka terus bertandang

Semua mesti sempurna

PERFEKTIONIS

Inginkan semuanya sempurna dan tersusun Berasa tertekan dengan sebarang ketidaksempurnaan Tidak percaya hasil kerja orang lain Sukar berkompromi Mempunyai standard sendiri yang terlalu tinggi

Berdiplomasi Meyakinkan mereka untuk mempercayai kebolehan orang lain Berbincang mengenai standard asas yang boleh diterima Melihat kesilapan daripada aspek yang membina Memberi peluang untuk mereka memilih orang yang dipercayai untuk bekerja bersama mereka

Ulat buku yang berlagak

ENSIKLOPEDIA

Sentiasa menganggap dirinya tahu semua perkara Berlagak pandai Mempunyai ego tersendiri Enggan mengaku kesilapan yang dilakukan Rajin mencari ilmu

Menegur secara individu Tidak memalukan mereka dikhalayak ramai Fokus pada tugasan, bukan peribadi Beri penghargaan dan pengiktirafan Meminta pandangan daripada mereka

Semuanya tidak boleh

Sentiasa berfikiran negatif Merasakan banyak benda mustahil dan tidak akan dapat dijayakan Sering menggunakan perkataan tak boleh, susah Tiada kreativiti Terlalu berhati-hati Tidak berani mengambil risiko Takutkan kegagalan

Tanya secara spesifik kenapa idea itu tidak boleh dijayakan Mencari asas ketakutan mereka Bertanyakan cadangan alternatif yang mungkin ada Berbincang dengan lebih terperinci tentang risiko sesuatu keputusan sebagai persediaan Tidak menyalahkan, tetapi menyelesaikan

PESIMIS

Tanpanya tanduslah ladang ini


Bijak Idealistik Kreatif Berpandangan jauh Mempunyai banyak idea baru

PENANAM

Agak individualistik Suka bekerja tanpa dikongkong Dalam satu kumpulan, terlalu banyak penanam akan menimbulkan percanggahan idea
Letakkan dalam kumpulan berbeza Jika dia juga sensitif, selang selikan teguran dengan pujian Memerlukan suasana yang serius untuk bekerja

Bertanyalah kepada mereka

MATA MATA GELAP

Berpengetahuan luas dalam banyak bidang Rajin membaca Prihatin terhadap fakta Gemar memerhati Pemerhatian yang tajam Banyak memberikan idea yang inovatif berdasarkan bacaan dan pemerhatian Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi Pandai melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza Perunding yang baik Pandai berdiplomasi dan tawar menawar Mudah menukar rancangan Tidak konsisten dalam satu-satu kerja Tidak berdikari Memerlukan motivasi dan dorongan yang kuat Suasana santai, produktiviti tinggi

Dia umpama bapa

PENYELARAS

Matang Bijak, walaupun bukan yang paling bijak Tahap disiplin yang tinggi Berkarisma Pandai berkomunikasi Dihormati Penyatu Tenang Mampu menguasai organisasi Bertanggungjawab

Dari bijih menjadi keris


Penuh dengan semangat bekerja Dinamik Gemarkan cabaran, suka dicabar Berkeupayaan menyatukan pekerja Berkarisma Pandai mempengaruhi undi Membuat keputusan dengan praktikal Keras kepala Tidak gentar berkonfrontasi/mengambil keputusan yang tidak popular

TUKANG BESI

Bijak dan dingin


Bijak menilai idea dan perancangan yang telah dipersetujui Berpengetahuan tinggi Fokus terhadap fakta, statistik, rekod, prestasi lepas, peningkatan, penurunan dsb. Pencari maklumat Berfikir secara objektif Penganalisis yang baik
Tidak pandai menilai emosi orang Bermotivasi berdasarkan fakta dan bukti, bukan sekadar kata-kata

PENILAI

Tanpanya, tiadalah hasil


Bersifat menyokong Prihatin dan memahami emosi organisasi Pendengar yang baik Pandai berdiplomasi Setia Tidak gemarkan konflik dan konfrontasi Kurang kompetitif Kurang dinamik Terlalu bergantung kepada pihak atasan untuk membuat keputusan

PEKERJA

Buat apa yang dirancang

PELAKSANA

Kemahiran pengurusan yang baik Berdisiplin Bijak menukar idea dan keputusan kepada bentuk tugasan yang tersusun Tekun dan sistematik Tidak gemarkan perubahan Merungut terhadap perubahan

Jangan tinggal sebelum siap


Sukakan kesempurnaan Bijak menyusun atur tugasan kerja Tekun Disiplin kerja yang tinggi Menepati masa

PENYUDAH

Gemar melakukan sendiri semua kerja Tidak pandai berkongsi kerja Tidak gemar agihan kerja-akibatnya bebanan kerja sering melebihi kemampuan

Setiap inci bisa dikuasai


Memiliki kemahiran lanjutan Mampu melihat proses kerja dari dasar hingga selesai Taksub dan ghairah dengan kerja yang dilakukan Sangat bersemangat Seorang yang pakar Gemar berurusan terus dengan pengurus Tidak suka kepelbagaian kerja Gemar meneroka cara baru tetapi dalam skop dan bidang yang sama Penuh fokus

PAKAR

KEBERSAMAAN: KAEDAH K.A.K


Kau Aku Kita

Setiap individu mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri Peranan organisasi: optimumkan kelebihan, toleransi dengan kelemahan-beri ruang untuk berubah Peranan individu: kenalpasti kelebihan dan menggunakan sebaiknya, perbaiki kelemahan

BEKERJA BERSAMA INDIVIDU SUKAR

Menyiapkan tugasan

Memastikan ketepatan

PERLAKUAN

Diterima semua

Dihargai

THE TANK
Suka berkonfrontasi, pemarah, membuat tindakan melulu, mendesak, agresif
1. Bertenang dan fokus pada pernafasan anda berbanding kemarahan yang dilontarkan Hentikan serangan dengan memanggil nama penyerang sehingga dia teralih perhatian Ulang semula isi serangan yang diberikan Berikan pendapat anda dengan tepat dan jelas Minta untuk berbincang semula pada masa lain Sasaran: Minta dihormati

2.

3. 4. 5.

Jika tuduhan yang diberikan itu betul: 1. Akui kesilapan 2. Beritahu apa yang telah dipelajari daripada kesilapan tersebut 3. Beritahu apa yang akan dilakukan untuk memastikan ianya tidak berulang lagi

THE SNIPER
Agak sinis, gemar memerli, sarkastik, gemar menjatuhkan air muka orang lain 1. 2. Sasaran: membawanya keluar daripada persembunyian

Beri fokus pada penyerang Tanya TUJUAN dia berkata begitu atau PERKAITAN kata-katanya dengan situasi pada waktu itu dengan baik Respon The Sniper: Berlalu pergi- teruskan kerja anda Terus memerli- teruskan bertanya Bertukar menjadi The Tank-gunakan strategi The Tank 3. Bersemuka dengannya secara individu untuk bertanya tentang ketidakpuasan hatinya- dengar penjelasannya dengan teliti- membiarkan The Sniper meluahkan perasaannya 4. Beri cadangan untuk bersemuka jika timbul sebarang masalah dan berjanji untuk berbincang mengenainya

THE GRENADE
Moody, meletup secara tiba-tiba, marah yang tidak terkawal Sasaran: mengawal situasi

1.

Dapatkan perhatiannya- panggil namanya, kuatkan suara tetapi tidak menengking, panggil dengan sopan 2. Tawan hatinya- tunjukkan keprihatinan anda 3. Bercakap dengan nada yang lembut, pujukan, perlahankan suara 4. Beredar sebentar daripada keadaan tegang tersebut 5. Meminta untuk berbincang semula kemudian tanpa bercakap tentang punca letupan tersebut 6. Bertanya dengan spesifik tentang punca kemarahan, dan apa yang boleh dilakukan pada masa masa begitu

THE KNOW-IT-ALL
Berkeyakinan tinggi, kurang sabar dengan percanggahan pendapat dan kesilapan. Jika berlaku, anda yang dipersalahkan 1. Sasaran: buka mindanya pada idea baru

Bersedia dengan setiap maklumat secara terperinci sebelum menyampaikannya 2. Memastikan setiap lontaran idea yang diberikannya diulang sebut sebelum memberi sebarang idea baru 3. Cari sebarang keraguan atau kelebihan yang dirasakan penting padanya, pastikan idea yang anda berikan mengambil kira dua perkara tersebut 4. Berikan cadangan secara bersahaja. Gunakan perkataan seperti mungkin, apa kata kita lakukan begini, bagaimana jika dsb. 5. Minta petunjuk daripadanya untuk melaksanakan sesuatu

THE THINK-THEY-KNOW-IT-ALL
Berlagak seolah-olah mengetahui semua perkara untuk mendapatkan perhatian walaupun sebenarnya tidak tahu apa-apa Sasaran: perbetulkan idea silapnya

1. Berikan sedikit perhatian Tunjuk kesungguhan dalam mengulang semula idea yang diberikannya Tidak perlu fokus pada isi tetapi hargai niatnya 2. Minta penjelasan yang spesifik dengan gaya ingin tahu, bukan gaya soal selidik 3. Berikan maklumat yang anda ada beserta bukti 4. Beri tanggapan bahawa dia memang telah mengetahhuinya 5. Beri pujian sewajarnya sebelum menukar topik

THE YES PERSON


Mudah berkata ya tanpa berfikir demi menjaga hati dan mengelak pergaduhan. Fokus pada kerja yang paling akhir diterima. Ambil terlalu banyak kerja, kemudian menyesal Sasaran: mendapatkan komitmen yang sewajarnya

1. Bina suasana yang selesa untuk dia berterus terang 2. Berbual dengan jujur tentang masalah yang dihadapinya 3. Bantu dia merancang pelaksanaan kerja yang diberikan 4. Pastikan komitmen berterusan Ulang janji yang dibuat, terangkan proses pelaksanaan, tulis dalam buku nota, beriakan tempoh yang spesifik, beritahu tentang kesan/akibat jika tidak dipenuhi 5. Menegur cara berhemah

1. Beritahu apa yang telah dia lakukan 2. Beritahu bagaimana ia memberi kesan kepada orang lain 3. Beritahu bagaimana anda rasa mengenainya 4. Tunjukkan kekesalan dengan positif 5. Tanya apa yang telah dia pelajari daripada kesilapan ini

THE MAYBE PERSON


Dalam membuat keputusan, gemar berlengah dan bertangguh dengan harapan keputusan akan muncul dengan sendiri, 1. Sasaran: membantu untuk berani membuat keputusan

Bina dan kekalkan rasa selesa dengan tidak terlalu menekan/ meminta keputusan diberikan secara ad hoc 2. Terokai konflik yang mungkin ada dan cari jalan penyelesaian bersama-sama dalam memutuskan sesuatu keputusan 3. Minta sebarang cadangan dan hasil perbincangan di atas ditulis 4. Galakkan dia menggunakan cara yang sama setiap kali 5. Ingatkan juga bahawa setiap keputusan mempunyai risiko tersendiri, maka tidak perlu terlalu risau 6. Hargai kejayaannya membuat keputusan

THE NOTHING PERSON


Tiada ekspresi, tiada pendapat, tiada cadangan, tiada respon, statik secara verbal dan non verbal
Sasaran: galakkan berkomunikasi

1. Memerlukan kesabaran yang tinggi 2. Sering bertanya tentang maklumat yang ingin diperolehi- setiap jam 3. Bertanya menggunakan soalan terbuka, bermula dengan siapa, apa, dimana, bagaimana 4. Jika masih tiada jawapan, ulang tanya semula 5. Pastikan keadaan adalah selesa, masukkan unsur humor untuk buat keadaan lebih relaks 6. Letakkan diri anda dalam diri dia dan cuba mengagak apa yang mungkin dia katakan, kemudian sebutkannya untuk melihat reaksinya 7. Beritahu kesan serta akibat jika dia terus berdiam

THE NO PERSON
Sentiasa mengatakan sesuatu itu sukar dan tidak boleh dilakukan atau dicapai, bermotivasi untuk menolak sebarang idea, pesimis Sasaran: mengubahnya ke arah menyelesaikan masalah

1. Biarkan dia dengan pemikiran negatifnya dahulu 2. Respon dengan terus menjadi orang yang positif tanpa menyalahkannya menjadi negatif 3. Gunakannya sebagai pengesan risiko setiap keputusan 4. Berikan ruang untuknya berfikir, bukan menekan- menekan akan menggalakkan dia berusaha untuk tidak membuat apa-apa 5. Respon dengan mengiakan apa yang dirasainya 6. Hargai niat baiknya yang begitu teliti melihat setiap sesuatu 7. Jika keputusan yang dibuat berjaya, puji dia bersama yang lain walaupun dia antara yang melambatkan kerja- untuk menukar persepsinya terhadap orang lain

THE WHINER
Sering mengadu bahawa dunia tidak adil, mengganggap diri penuh masalah, sebarang nasihat dianggap tidak memahami Sasaran: mencari penyelesaian bersama / jauh daripadanya!

1. Dengar luahannya dengan teliti 2. Tanyakan dengan spesifik masalah yang dihadapinya, tunjukkan yang anda benar-benar prihatin 3. Alih fokusnya kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut-tanyakan bagaimana dia rasa masalah itu boleh diselesaikan 4. Beritahu keadaan realiti bagaimana 5. Berikan dia sasaran- tempoh masa yang spesifik untuk atasi masalah tersebut 6. Jika dia masih tidak berhenti mengadu, hentikan perbincangan, minta dia berfikir dan beritahunya jika dia sudah ada jalan penyelesaian, anda sentiasa sudi mendengarnya

KESIMPULAN
Niat yang ikhlas untuk membantu

Jika tidak mampu melawan, sertai mereka Hadapinya, bukan lari daripadanya Berikan peluang untuk kebaikan
Mesti berani, jika undur susun strategi

Saya ada sebiji epal. Awak ada sebiji epal. Kalau kita tukar suka sama suka, Sekarang masing-masing tetap ada sebiji epal.. Saya ada satu ilmu. Awak ada satu ilmu. Kalau kita tukar suka sama suka, Saya ada dua ilmu. Awak pun ada dua ilmu..

HUBUNGI KAMI
SEKSYEN KAUNSELING BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JABATAN AUDIT NEGARA NO TEL: 03-88899201 (diya) 03-88899150 (fatin) EMAIL: ppsijan@yahoo.com diya@audit.gov.my fatin_balkish@audit.gov.my

You might also like