You are on page 1of 4

Punca Semulajadi Terjadinya Hujan Asid Kejadian hujan asid punca semulajadi ialah berpunca oleh pembebasan bahan

kimia yang dilepaskan ke udara. Bahan-bahan kimia seperti gas dioksida, nitrogen, dioksida, karbon dioksida dan karbon monosida. Bahan-bahan ini dilepaskan ke udara dan akan terkumpul di awan. Apabila hujan turun maka terhasilnya hujan asid. Bahan-bahan kimia yang dilepaskan adalah akibat aktiviti semulajadi yang berlaku dipermukaan bumi. Antara aktiviti semulajadi ialah seperti berikut; a. Letusan Gunung Berapi Pada masa kini, letusan gunung telah berlaku terutama di beberapa tempat kawasan Lingkaran Api Pasifik di

di Pulau Luzon dan Pulau Jawa dan Sumatera

Indonesia . Selain itu berlaku juga, letusan di kawasan banjaran Seperti Banjaran Himalaya dan Banjaran Karakoram. Contoh gunung berapi seperti Gunung Mayon, Gunung Pinatubo, Gunung Merapi dan Gunung Semeru. Gunung berapi berlaku apabila pengeluaran magma yang terhasil daripada

panasnya suhu di dalam interior bumi. Magma yang mengandungi gas, sedikit demi sedikit naik dipermukaan bumi.Letusan gunung berapi membebaskan bahan kimia gas sullfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida, karbon monoksida. Malahan letusan gunung berapi boleh menghasilkan batuan dan debu. Bahan yang dihasilkan adalah daripada kompenen seperti gas, abu, lapili dan bom. Akibat aktiviti gunung berapi menyebabkan kawasan tertentu tercemar dan bahan kimia yang dihasilkan dilepaskan ke udara dan angkasa dan seterusnya menghasilkan dikenali hujan asid. air hujan yang

Letusan Gunung Berapi Melepaskan Bahan Kimia

b. Kebakaran Hutan

Kebakaran hutan adalah salah satu punca berlakunya hujan asid. Pada masa kini, beberapa kawasan hutan telah terbakar.Punca semulajadi turut punca

kebakaran hutan seperti kebakaran hutan di

Victoria, Austalia pada Febuary

2009. Apabila hutan terbakar banyak membebaskan bahan-bahan kimia gas nitrogen dioksida ke udara. Malahan terdapat juga diakibatkan oleh pemanasan global yang berlaku disebabkan perubahan cuaca.

Hutan Terbakar
c. Semburan Lautan Lautan memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat yang terdapat di atas permukaan atau di bawah lautan.Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam edaran sulfur yang mudah merruap seperti dimethylsulfida (DMS). Kandungan DMS di udara akan dioksidakan kepada sulfat dan menghasilkan hujan asid. Fitopplankton membebaskan DMS untuk melindungi diri daripada kesan negative kemasinan tinggi lautan dan kesan pembekuan.

Semburan Laut

d. Penghuraian Bahan Organik Penghuraian bahan organik adalah aktiviti bacteria dalam tanah yang menukarkan nitrat kepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat.Selain itu, penghuraian bahan organic dan najis haiwan oleh bacteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfat kepada hydrogen sulfida.Anaerobik bererti dalam keadaan tidak beroksigen biasanya di kawasan bertakung seperti di kawasan tanah lembap.Dalam proses penurunan sulfat ini, bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup. Hidrogen sulfida bergabung dengan oksigen untuk membentuk sulfur dioksida.Sulfur dioksida ini bertindak balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.

Pelepasan Organik Melalui aktiviti tanah

You might also like